Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, August 21, 2006

Teratak baru dan musim orang kawin....

'Berat dah tu...'Dhirah asyik bising aje...'Blog mak dah berat!'


So hari ni, kena bukak blog baru. Sama rupa dan bentuk...address pun sama. Yang lama tu masih ada. Cuma Address dia tukar. Siapa2 nak masuk yang lama, add dia macam ni:


http://dariteratakmaklangini.blogspot.com



So.....Selamat datang ke rumah baru maklang. Cepat sikit boleh masuk!





Macam biasa kalau cuti2 sekolah ni, rumah ni Alhamdulillah ada aje tetamu. Sejak dari Jumaat lepas ada aje sedara yang datang. Mula2nya sepupu dan geng2 dari KL. Lepas tu, SIL dan FIL pagi Sabtu tu, petang tu masa on the way nak balik ke Kerteh dari Khenduri kawin di Kuantan, ada dua pupu datang dengan geng2 dia dari UiTM kat sini. Nasib baik pagi tu dah merendang daging, tinggal beli lemang aje...or else mau gabra, tak tahu nak jamu apa....Dan, InsyaAllah hari ni BIL nak datang selori....eh..eh....marah pulak dia kang...se Alphard....bolehlah kami test derive petang nanti!!!



Dan macam biasa kalau cuti2 ni banyaklah jemputan kawin kat sini. Hari Sabtu lepas, ada officemate branch lain di Kuantan menerima menantu, semalam kak A pot pet punya anak kawin, hari ni officemate punya anak punya wedding dan end of the week Ustadz kat sekolah Angah pulak dapat menantu....maklang lagi 10 tahun kot baru dapat menantu....InsyaAllah...



Semalam masa pergi wedding kak rumah Kak A tu, kami pergi berdua aje. Waktu lunch Cik Abang ambik maklang dan kami terus ke sana. (Anak2 semuanya tak nak ikut. Nak mandi kat swimming pool buatan tu). Sedap jugak food dia. Yang best buah tangan dia, lelaki dapat surah Yassin dan perempuan dapat gula2. Kiranya first time pergi khenduri dapat surat Yassin. Good idea kata Cik Abang...



Sambil2 makan tu, Cik Abang dok perhati je kat satu orang budak Cin@ ni. Memang kami kenal dia sebab dia kerja kat kedai sebelah rumah kak A tu. Tapi kenal muka ajelah. Bukan main semangat dia nak makan guna tangan dia. Agaknya sebab ni upacara orang Melayu so dia naklah makan ikut cara orang Melayu. Guna tangan, takkan nak guna chopstick pulak kan...Tapi yang kelakar nya dia makan guna tangan kiri. Kidal gamaknya....Langsung jadik geli....Tapi bagus macam ni, sekurang2nya dia cuba nak menerapkan budaya Melayu di majlis orang Melayu....




Selamat Datang kami ucapkan kepada keluarga 'terbesar' kami dari Pematong Badork...
Menu of the day...ikan bakar, gulai tempoyak dan BBQ ayam. Dah ready dah, tinggal tunggu tetamu je lagi!

9 Comments:

At Monday, August 21, 2006 2:03:00 PM, Blogger simah said...

good idea la mak lang.. my blog pon dah berat..bole curik idea ni mak lang??

selamat berkenduri kawin...makan jangan tak makan hehehhe

 
At Monday, August 21, 2006 5:18:00 PM, Blogger sue said...

selamat menjamu nasi minyak,tapi kesihatan kena jaga..take care.

 
At Monday, August 21, 2006 5:50:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

berat means dah penuh ker aper ML?? bykla owang kawin bulan nie..tak terkejar..termasuk ler kakak sendiri..

 
At Monday, August 21, 2006 7:46:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

selamat ada blog baru.

selamat bercuti n hadiri kenduri serta menerima tetamu yg tak kunjung putus ke rumah maklang

 
At Monday, August 21, 2006 7:54:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ok ada rumah baru tentu ramami tetamu akan mengunjung.Sama lah kat sini musim cuti sekolah ramai lah org kerja kawin..lagi ni nak dekat bulan ramadhan.

 
At Monday, August 21, 2006 7:57:00 PM, Anonymous Anonymous said...

kalo page da lambaaaaaaaaaaat sesangat nak load tuh, tuh la maksudnye page tuh da berat. ouh. mak tuka blog baru x kasi taw eh...

 
At Monday, August 21, 2006 10:01:00 PM, Blogger Izhal said...

wah bersih berkilat blog baru ni :)

 
At Tuesday, August 22, 2006 6:47:00 AM, Blogger maklang said...

Simah:


No problem...kita sama2 belajar...

Bab makan lauk khenduri ni yang lemah...Memang kena jaga...Berat naik le...


Sue:

Mintak2 semuanya selamat...Termasuk awak tu ngan baby...Baby OK tak? Mak dia pun OK kan...InsyaAllah...


UBA:

Budak tombam tu dah tolong jawabkan.

Cakap kat kakak Selamat Pengantin Baru...dan Selamat Hari Jadi untuk awak yang ke Sweet berapa?...


Syikin:

TQ.

Alhamdulillah ramai sedara dan kawan2 datang. Setakat ni memang macam tu, kalau dah mula orang datang, rasa macam Raya pulak. PEnat jugak melayan tetamu tapi kami gumbira!!

Anakku:

Tak payah kasi tau...kan mak pindah mestilah bawak awak sekali kan!!!

Izhal:

Eh...Eh...rumah lama pun berkilat jugak!!!

Kak Elle:

InsyaAllah...tapi tamu yang datang ke rumah baru yang itu..itu aje. Agaknya sebab maklang pun belum ada masa nak berkunjung tempat2 lain. Maklumlah dah dekat puasa dan Raya...Melambak jahitan tu!

 
At Tuesday, August 22, 2006 12:04:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

budak tombam pun comei tau!!! tengkiu ML..kiter 31tahun nie..

 

Post a Comment

<< Home