Swimming Pool dan BBQ
Semalam maklang ambik half day. Dalam pukul 10:00 pg., Cik Abang dah call beritahu yang Pak Teh and family akan tiba sekitar jam 12:00 tengahari. Pasal apa nak jamu dah tak kisah sebab sambal tempoyak dah siap masak malam sebelumnya dan dah mintak Bibik bakar ikan kembung. Memang rezeki dia orang agaknya, tiap kali nak datang sini, memang ada aje ikan fresh kat pasar malam tu. Kalau arwah MIL ada mesti dia cakap cam ni....”Itulah nak...…hati mau baik!”( Dalam kes ni, Pak Teh and Mak Teh lah yang baik hati!!!) Alhamdulillah...kami pun seronok menerima tetamu. Kalau nak kira penat tak usah kiralah sebab sejak Jumaat lepas, tamu datang tak berhenti2. Tapi kami seronok dan puas hati. Anak2lah tension sebab mak dan abah asyik bising aje....”Kemas bilik tu , kang orang datang ternampak bilik awak yang macam nak belayar tu...Malu Mak ngan Abah!” Kalau tiap kali beritahu mereka orang nak datang pasti mereka tanya …sebab kalau orang yang mereka biasa memang mereka buat dek aje....…Kalau sedara lagi dia buat dek.. Biarlah bilik dia bersepah! Tapi tu satu cara nak force mereka to keep bilik mereka neat and tidy le.
Masa anak2 tahu Pak Teh and Mak Teh nak datang memang mereka seronok sangat. Maklumlah lama jugak tak jumpa. Sejak dari bulan 5 lepas masa ada makan2 kat rumah Pak Teh hari tu. Kalau dah jumopa budak2 ni memang group2 lah ikut umur mereka. Pipa dengan Dhirah, dok memerap dalam bilik dengan PC. Angah dengan Maya , Ariff dan Hakim masuk dalam pool tak sudah2. Anne aje yang memula malu tak nak berendam tapi akhirnya teruja jugak dan terus berendam sampai dekat Maghrib. Hakim berendam sampai sekitar pukul 5:00ptg, lepas tu demam! Kesian dia... Si Azim sibuk dengan mainan kereta …asyik dengan kereta aje...Baby Dilla pulak dok kena kelek aje ngan Mama dia (age group ni maklang tak ada....so mereka kena main ngan Mama dia ajelah...Maklang dah tak 'kuat' nak buat baby dah...*wink*).Maklang, Cik Abang, Pak Teh and Mak Teh dok kat ruang tamu cerita pasal anak2 and macam2 le.....Seronok bila lama tak jumpa ni!
Petang tu, kami barbeque lagi. Lambat pulak api nak hidup, tapi at last bara dia menjadi dan dapatlah kami makan bbq tu. Sedap...tapi yang bestnya Mak Teh tukang bakar, Maklang tukang makan je....bagus I jadi host camni!.(Gambar BBQ agaknya nanti Pak Teh letak kat blog dia nanti). Lagipun semalam tu dok melayan Hakim yang demam tu, mandikan dia, kasi ubat and all. Malam tadi dia menempek le celah ketiak mak dia....
Pak Teh and family bertolak balik about 8:45pm. Anak2 puas merayu mintak balik the next day, tapi rayuan mereka tak laku....Si Pipa melalak dalam kereta sebab nak tidur sini. Macam2 anak2 ni. Lagipun besoknya (hari nilah), mereka nak drive ke KL. Rabu dah kerja..penat….maklumlah semuanya dah tak leh jalan banyak2 cepat letih...InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi dan boleh berlama2 kat sini. Cuti bulan 12 masa Christmas ke......OK dah tu, InsyaAllah….
Maklang pulak dalam pukul 10:00 dah gone. Letihnya….
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
13 Comments:
Ramai tetamu ML ya...cuma tetamu sg ni ntah bila nak sampai lagi:)besar swimming pool tu?ML apa khabar dah dapat balik yr sleeping pattern ?
mak dhirah bukan ngan pipa la semlm. pipa semlm kan terjun skali masok kolam. dhirah ngan afiq lar!!
sejak menjak ni bila maklang buat entri ada kaitan pasal makan mesti ada BBQ hehe..
naik terliur di buat nya hehe
Mak Lang, awat sebut sambal tempoyak ngan ikan bakar? Sedapnya... dah lama tak makan sambal tempoyak.. Hubby tak tahan bau tempoyak la.. Ada 7 tahun tak makan tau.. mmmmmm sedapnya.. BBQ lagi? sedapnya. Maklang ni mmg pandai main dgn selera saya. sedap betul.
bestnya BBQ,meriahkan rumah maklang, setiap tetamu yg dtg tu bawa rezeki kan..dah lama tak berbarbeque.
ML..sometime i wonder where all you superb people have all the energy..me yg single nie kena cucuk langsir pun dah stress!!
bestla rmh ML ada kawasan yg blh buat bbq.
tempoyak oh tempoyak..saya cukup suka makan sambal daun kayu tempoyak.
rumah mak lang ada pool bestnya...setiap masa boleh terjun..splashhhhhhhhhh..
bila ramai ramai n in good companies ni bila makan pun jadi sedap kan? mak lang dah pengsan dah??
kak elle:
Boleh tahan besarlah pool tu. Bolehlah Maya swim2 kat situ. Sleeping pattern is betterlaa...Alhamdulillah...
Dhirah:
Oooopsss...anak mak teh tu ramai sangat sampai mak tertinggal piqa. FYi tu typo error le...and lupa tulis pipa pun masuk pool!!
zino:
sebenarnya tak de cerita lain tu....
Sherin;
Tempoyak tu feberet Cik Abang. Boleh makan camtu je tak payah nasi. Maklang pulak suka buat aje. Tak berapa suka makan. Sikit2 je...Memang asyik BBQ je selagi tak muak!
Sue:
Alhamdulillah...rezeki tu ada...Maklang pun lama tak bertamu ke rumah Sue...sibuk sangat sekarang ni
UBA:
Energy tu kena guna sebab banyak dah lemak terkompol ni!!!
Syikin:
Kawasan tak besar mana...pool yang collapsible tu le..Budak2 ni asal boleh berendam aje jadi le....
Simah:
Pool tu adek maklang yang bagi kat anak2. Dia beli masa di UK. Besar pool tu...
Memang rasa macam nak demam aje sekarang. Kat office pun banyak saaaaangaaaaat kerja. Pening kepala. Tapi ni sempat cilok sat...he..he..he...
budak2 kalau dapat berendam memang tak mau keluar sampai kecut2 jari!
BBQ oh BBQ! bila la nak merasa masakan maklang nih!
thanks PAk lang,mak LAng.. melayan kamini.. dhira,faezin,maya and hakim melayan geng-gengnya..
MAk lang masak besst...
Onde:
Bukan jari je kecut...habis sebadan semua kecut!!!
Jemputlah datang nanti kami BBQ lagi...Bila agaknya tu???
Eazylady:
Kami yang patut terimakaseh banyak2 sebab sudi nak datang ke rumah kami....Tapi sama2 kaseh lagi bagus kan.
SiPipa tertinggal selipar and Anne tinggalkan baju and seluar dia...Nanti jumpa maklang bawakkan sekali.
TQ. Maklang masak biasa2 aje...Korang yang jarang makan kat rumah...Orang Kolumpo mana masak!!*wink*wink*
Pool kita tu boleh assemble and disassemble. Plastic punya tapi 5m diameter and 0.7m height.
Ni kerja Paklang lah tukang pasang. Tiup pakai vacuum cleaner punya exhaust (jadi macam blower lah)
Maklang punya BBQ tu dah tengok ke? tak nampak pun dalam blog ni.
Ni PakLang yang tulis, baru terasa nak mengomen dalam blog.
Sebabnya Desktop yang kat bilik study tu baru baiki. Hancus dikerjakan oleh anak-anak sampai tak dapat nak boot lagi.
Notebook pulak terputus power dia punya wire, jadi PakLang lah yang kena betul. Bila dah betul dua-dua, tu yang menggatal nak komen dalam blog ni.
Sesekali ku rasa teringin..(Nyanyian Shima dulu tu)
Post a Comment
<< Home