Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, August 23, 2006

Birthday Maya Hilang....

“Maaaaak.....Maaaaak...........besok 24 haribulan kan”

“Ye......mak tahu. Besok 24 hb. Mak ingat besok birthday Maya”.

“Tak…mak tengok lah sini”, kata Maya sambil tunjukkan kat calendar yang boleh koyak sehelai2 tu. Kalender yang macam zaman dulu2 yang banyak kat kedai kopi tu. Memang maklang saje tampal satu kat Fridge tu jadi senang anak2 nak koyakkan tiap2 hari.

“Dah tu kenapa?”

“Ni cuba mak tengok. Hari ni kan 23, besok 24, tapi ni 24 tak ada. Terus aje 25. Habis macamana? Birthday Maya tak ada!”, Maya tanya dengan sedih sekali.

“Tak apa, kalau kalender tu tak ada tulis 24, mak tahu besok memang 24. Mak tahulah …kan mak yang beranak kan Maya. Mesti lah mak ingat! Siapa pulak yang koyakkan calendar tu?”

“Entaaaaaaaaah............mana Maya tahu! Angah ke Along kot!”

“Biarlah Maya...........jangan risau Mak ingat besok birthday Maya”


Baru dia puas hati. Sejak awal bulan lagi Maya dok ingatkan birthday dia. Tiap2 hari dia beritahu , berapa hari lagi akan tiba birthday dia. Dia seronok sangat. Yang pasti, InsyaAllah masa birthday dia mesti mak akan belikan dia kek harijadi. Dia memang seronok sangat kalau tiba birthday2 ni. Tak tahulah apa yang dia nak tahun ni. Tapi being Maya, dia memang tak demand orang nya…apa yang mak kasi semua dia terima.....tapi kalau dia nak and tak dapat, moncong dia sebatu. Kalau ada kelapangan, InsyaAllah weekend ni kami akan bawak dia makan kat luar, tengoklah kat mana nanti. Nasib baik dah dekat ujung bulan, taklah perit sangat.



Tapi yang tak tahan ni bila Hakim pulak tanya,” Mak.......24 hb ni pun birthday Hakim jugak ke?”. Kalau boleh tiap2 kali birthday kakak2 dia, dia nak sambut birthday dia jugak.......Nak buat macamana…itulah dia anak2…


Yang pastinya yang koyakkan tarikh tu mesti antara dua kakak si Mayalah tu...Sebab Hakim memang tak faham lagi pasal haribulan. Yang dia pasti 30hb sebab nak hadiah dia...


Maya yang mak sayang...Mak ucapkan, Selamat Harijadi yang ke 8. Mak doakan moga2 Maya jadi insan yang berguna satu hari nanti, jadi seorang anak yang solehah dan kuat beramal, InsyaAllah… Mak saaaaayaaaaang sangat Maya.....





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

16 Comments:

At Wednesday, August 23, 2006 6:58:00 PM, Blogger Lollies said...

dah termiss kot stamping calender tu.

anyway happy birthday ya maya

 
At Wednesday, August 23, 2006 7:50:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Happy Birthday to Maya for tomorrow semoga jadi anak yg soleha..pak kal jauh kalau tak aunty bagi present banyak lagi ole2 dari Perth I bought last trip.Sape lagi yg sorok tanggal 24hb tu ye ML?

 
At Wednesday, August 23, 2006 8:25:00 PM, Blogger Sherin de Souza said...

Happy Birthday Maya Sayang. Semoga membesar menjadi insan yg berguna & beriman.

Siapa sabotaj calendar Maklang ni? Kena siasat!

 
At Wednesday, August 23, 2006 9:15:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

hepi birthday Maya.

Amin...moga makbul semua doa mak.

Part bila birthday hakim yg tk tahan tu..hehe.

 
At Wednesday, August 23, 2006 10:50:00 PM, Blogger Izhal said...

lahai, untung setahun la lagu tu...

ps-HAPPY BIRTHDAY MAYA :) minta kat mami loaded kereta sebijik heheh...

 
At Thursday, August 24, 2006 4:20:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

Happy Birthday Maya.

Semoga happy dapat makan birthday cake nanti. NAnti tangkap gambar banyak2. Boleh upload kat sini. Kami nak tumpang tengok.

Belajar rajin-rajin, dan semoga menjadi insan yang taat kepada Allah dan ibubapa.

 
At Thursday, August 24, 2006 5:20:00 AM, Blogger simah said...

happy birthday maya.. tu mesti kakak dia nak sakat tu...

 
At Thursday, August 24, 2006 9:39:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Happy birthday Maya,laa kalau tahu kita bawa dari KL dulu hadiah kat Maya.Anyway Paklang turun tak KL, kalau turun nanti kita pass kat PL.

 
At Thursday, August 24, 2006 1:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ada orang sabotaj kot tu..hehehehe..saja nak nyakat maya...

birthday anak2 kecik yang depa tau kek je lah..dah besar sikit tanya hadiah....

HAPPY BIRTHDAY MAYA..SEMOGA DIBERKATI ALLAH DAN DIPANJANGKAN USIA DALAM IMAN.

 
At Thursday, August 24, 2006 4:26:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Selamat Hari lahir maya, semoga panjang umur, murah rezeki, dan menjadi anak yg solehah, amin

 
At Thursday, August 24, 2006 7:40:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

happy birthday maya..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..semoga menjadi anak yg baik..

 
At Thursday, August 24, 2006 9:20:00 PM, Blogger maklang said...

Lollies:

TQ. Adalah tu yang buat kacau. Tapi Maya dah pandai, dia cari calender lain...so dia taklah risau.


Kak Elle:

Pos aje those goodies!TQ


Sherin:

Entah siaplah punya kerja tu, kalau tanya pun tak ada yang ngaku punya. Buat penat aje...


Syikin:

InsyaAllah jadi orang yang berguna...

Tadi pun puas Abah dia pasang lilin sebab Hakim pun sibuk nak tiup lilin!

Izhal:

Pak cik Izhal tak nak kirim camera sebijik untuk birthday Maya ke???


Mamasarah:

TQ. InsyaAllah nanti kaklong Dhirah tolong uploadkan gambar unutk mamasarah dia...

Simah:

Memang sah dah tu...TQ


Mak Teh:

Tak yah tunggu Pak Lang gi sana. Posman ramai. Pak Lang tak jadi nak ke KL. Dia kata dia letih dan tak berapa sihatlaa...


Onde:

Aunty Onde, Maya kata TQ.

Mar:

InsyaAllah...

UBA:

TQ. Maya dah pandai buat risolle. Dia kata bila Aunty Mas nak datang sini???

 
At Thursday, August 24, 2006 9:59:00 PM, Anonymous Anonymous said...

sape yg sabotaj kalender tuh mesti kerje angah. along dok tgk Yakitate Japan je dlm bilik die. so kerje angah ar tuh... along x de kene mengene

 
At Thursday, August 24, 2006 10:12:00 PM, Anonymous Anonymous said...

cam mana nak pos tak ade alamat!!!

 
At Thursday, August 24, 2006 10:27:00 PM, Blogger Nong said...

Selamat menyambut hari jadi untuk Maya.

 
At Friday, August 25, 2006 7:51:00 AM, Blogger maklang said...

Along:

Sama aje awak dua orang tu ...suka sangant nyakat adek2!


Kak Elle:

Boleh tu...nanti bagi eh...


Nong:

TQ aunty Nong....Maya

 

Post a Comment

<< Home