Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, December 03, 2007

Batu selemban

Assalamualaikum..


Semalam lepas balik kerja, maklang terus aja masak2 kat dapur. Sayur dah habis, ikan dah tak ada. So, maklang masak lah sikit2 and lepas tu kami makan berdua. Sekarang ni, tengahari memang kecoh. Tak dapat den nak berbual dengan Cik Abang. Mana taknya semuanya ada kat rumah. Kecohlah sikit! Time kita balik tulah mereka nak makna sekali. LEpas tu asyik usik mengusik, lepas tu hot!

So, sambil makan2 petang semalam, dapat lah berbual sikit2 sambil2 mencari inspirasi nak buat alas meja untuk kat dapur tu. Lama dah pakai yang biasa, yang besar yang tutup the whole meja. So, semalam, hangin rajin datang, maklang siap jahitkan table runner sepasang dengan langsir kat dapur (langsir dah lama siap!). Alhamdulillah ...siap laa...dan nampak berseri sikit dapur maklang.


Lepas solat maghrib pulak, maklang jahitkan buadak2 ni batu selemban. Ke batu seremban? Ingat lagi masa kat sekolah dulu, pantang waktu rehat mesti main punya. Sekarang ni turn anak2 pulak. Sampai si bujang pun minat nak main! Tapi yang kelakar sekali, Cik Abang pun main dengan anak2 dia. Katanya, dia pandai main samapi batu 20! Ada ke? Seingat maklang lah cuma ada batu 10 ke batu 12 aje. Tak tahulah pulak kalau ada batu 20! Tak sangka, terror jugak Cik Abang maklang ni!



Cik Abang tengah demonstrate kat anak2 main batu selemban.
Ini table runner maklang. Buat dari kain cotton aje. Tak letak tassel pun sebab takut asyik cuci nanti, rosak pulak tassel dia. Nanti nak letak tassel yang detachable.
Pagi tadi pulak, maklang masakkan Tauhu Jepun dengan isi Ayam. Kalau masak tauhu ni kena catu sikit, kalau tak anak2 bedal, sampai mak abah tak dapat rasa!

But the best part of today was bila maklang dapat cakap dengan kawan lama, masa kat sekolah dulu. Just tak boleh imagine how she looks like now! Ingat2 masa ke KL this Wednesday, nak meet up dengan dia dan Nita! Hopefully, jadiklah nak jumpa!

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

17 Comments:

At Monday, December 03, 2007 8:58:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wahh...sedapnye beancurd itu....!

 
At Monday, December 03, 2007 9:28:00 PM, Blogger Kak Elle said...

kat sini kita panggil batu selembat or five stones...

maklang nak gi KL lagi?

 
At Monday, December 03, 2007 10:48:00 PM, Blogger demonsinme said...

Ibunda ML:

Buat la buku resepi, makanan kat sini amat laaa mengiurkan.

Salam hormat saya pada keluarga Ibunda ML.

 
At Tuesday, December 04, 2007 1:51:00 AM, Blogger simah said...

main baru seremban dalam rumah tu tak ter*pecah* ker apa apa bila baling batu tu?

memang best kan main benda ni? saya tiap tahun bila pi pantai mesti kutip batu bulat nak main seremban.. main sorang sorang aja..tak dak sapa mau main hehe

sedapnyaaa tauhu tuuuuuu

 
At Tuesday, December 04, 2007 1:52:00 AM, Blogger simah said...

dan terima kasih akak for ur support..(sms n comment kat my blog)... i really appreciate it... :0)

 
At Tuesday, December 04, 2007 2:00:00 AM, Blogger MAMAMIA said...

Sekarang dah ada jual batu seremban warna warni. Canggih.. Kita dulu kutip batu tepi jalan aje...

Baru teringat nak tanya soalan sama ngan K.Elle, "nak gie KL lagi?"

 
At Tuesday, December 04, 2007 6:39:00 AM, Blogger maklang said...

tulipurple:

benacurd tu memang feberet kat rumah ni!

kak elle:

oh..batu selembat. BAru first time dengar!

Ye, InsyaAllah ke KL lagi this Wednesday. Wan nak berangkat ke Mekah, pagi Kahmis,pukul 2 pagi!

Demonsinme:

Oh..buku resepi dah lama ada...Pargi kat Link: Dari Dapur Maklang yang ada on the right side of this blog tu.....adalah resepinya, InsyaAllah...

 
At Tuesday, December 04, 2007 7:49:00 AM, Blogger maklang said...

simah:

no problem dear...u take care!

And may Baba mudah melaluinya..InsyaAllah..

Mamamia:

Ye nak gi KL lagi..kali ni sebab nak hantar Wan gi haji...lepas ni tobat rasa ..malasnya nak travel, just harap tak ada dah meeting kat KL!

 
At Tuesday, December 04, 2007 9:08:00 AM, Blogger Zareda Norman said...

pi blog mak lang ni memang selera makan tu membuak buak.. heheh asik gambor makan jer.. hehhehe

aniway, selamat diucapkan pada Wan..

 
At Tuesday, December 04, 2007 9:12:00 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

sedapnye nampak tauhu jepun nih..terliur di buatnye....

 
At Tuesday, December 04, 2007 10:22:00 AM, Blogger IKHWANI said...

tauhu jepun is one of my fav!

kalau saya kecik2 dulu in kelantanese speak panggil batu selambuk..

tengok sekarang ni memang ada yang dijahit taruk small beans kat dalam - kacang hijau lah selalunya..so baling tak pecah apa2 dan kot2 kena dahi tak benjol!

 
At Tuesday, December 04, 2007 10:56:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Tauhu jepun tu kalau masak claypot pun sedap jugak kan..?? Dah lama Cath tak makan tauhu jepun... Kat sini susah sikit nak carik...

 
At Tuesday, December 04, 2007 12:11:00 PM, Blogger Helena said...

teringat zaman main batu seremban.... beriya2 jahit esp akhir tahun nak main kat sekolah... hehe..

sekarang boleh beli ajer kat kedai...

 
At Tuesday, December 04, 2007 1:45:00 PM, Blogger zaitgha said...

thanks for the greenlight ....tak reti nak cakap material dlm gambar tuh.....

the other day ada gak makcik sorang dtg ambik pasir sejemput kata nyer nak buat batu seremban for the grandchildren.....i mmg tak reti main benda nih.....

 
At Tuesday, December 04, 2007 1:53:00 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

batu seremban.. eh pandainya paklang main sampai batu 20 hehehe saya tau main samapai batu 7 aje :)

 
At Tuesday, December 04, 2007 3:23:00 PM, Blogger cikdinz said...

batu selemban ke atau batu seremban negeri sembilan.
mana 1 yeik....konpius...

 
At Tuesday, December 04, 2007 8:11:00 PM, Blogger maklang said...

zareda:

terliur ke...alahai..kesian!

terimakaseh..moga2 mudah untuk Atok dan Wan menjalankan ibadah haji mereka, InsyaAllah..

mamaranggie:

masak aje mama, ada resepi kat blog masak!

OO:

maklang pun feberet makan tauhu ni...sedap sangat!

maklang pun anak2 dok pester suruh buatkan..tu yang buat jugak tu

Cat:

bagilah maklang resepi claypot tu kat maklang, boleh maklang cuba buat!

 

Post a Comment

<< Home