Cuti2 November Part 2
Assalamualaikum...
Ni maklang sambung lagi percutian yang lepas.
23/11/07
Lepas dari IMAX, budak2 dah meragam, esp. si Ucop. Lapar agaknya. So, kami bawak semuanya pergi makan kat KFC kat tingkat paling bawah, sambil2 tunggu Alang tiba. Ucop memang mengamuk aje. Penat ke apa ke, tak tahulah pulak. Tantrum terus menerus. Last2 Cik Abang ambik dia and bawak jalan2 kat Cold Storage, Ucop kalau kena dengan Paklong dia, memang mati kutu. By then, Alang dah pun bersama2 kami.
Lepas dari situ, anak2 naik ke bilik. Maklang pulak temankan Alang nak belikan Uncle Jai birthday present. Uncle Jai dah 35 dah...Alhamdulillah..moga2 sihat selalu. Lepas tu Alang hentam menyopping entah apa2. Maklang ikut aje...
Sementara, kami membeli belah tu, Cik Abang dan Angah pulak temankan bibik sebab katanya nak jumpa sedara dia. Tapi lepas lebih sejam sedara dia tak tiba2. Apalagi, hanginlah Cik Abang saya. Sedara dia pulak tak talipon2. Mana tak geram...Sabar..sabar...Tapi kesian betul kat bibik. Memang dia berharap sangat nak jumpa sedara dia. Last2 tak jumpa. So, malam tu Bibik ikut Alang balik rumah dia sebab besok pagi2 kami nak bertolak ke JB!
24/11/07.
Sebenarnya, masa mula2 buat plan cuti ni, kami memang tak cadang nak balik Johor. Tapi malam sebelum kami bertolak ke KL, maam besar kat JB (Wanlah tu!) sudah talipon, kata kalau boleh baliklah ke JB untuk nak hadhiri wedding Nana, anak tunggal Tok Li. Lagipun Tok Li tu rapat dengan maklang sebab sedari kecik, Atok memang selalu bawak maklang ke rumah kawan baik dia ni. Masa Wan beritahu Tok Li yang kami tak balik, memang dia frust betul. So, untuk tidak menghampakan Tok Li, Cik Abang pun decided nak balik lah...
So, the next morning we left KL around 7:45am and reached JB about 11:00am. Macam terebang aje. So, dari sini bermulalah cerita bergambar lagi...
Mengantuklah sangat...Naik aje kereta..semuanya gone...Senang mak dan abah nak berbual...and aman damai!
Bujang mula2 payah jugak nak lelap, tapi akhirnya..senyap jugak. Kalau tak Abah dia kata macam BA*. Memang tak diam...kalah DJ kat radio!
Maya dah lama landing kat seat paling belakang!
Kami balik ke rumah Wan dulu. Lepas solat zohor baru kami ke rumah Tok Li. Semuanya pergi except for Alang's sebab mereka tak balik JB.
Ini dia gambar pengantin dari jarak dekat...
Maklang snap ni dari jauh untuk nak nampakkan the pelamin yang indah..
Alan sempat bergambar kat lauk pengantin!
Nasi beriani set. Memang sedap...
Bujang and Cik Abang tengah enjoy the food.
Atok and Wan sedondon...Maya posing aje...
Antara kuih dan buah pembasuh mulut...
Setakat ni dulu. Masa buat ni, internet jem...so terpaksa ada Part3! Gambar2 tak leh nak upload !
*BA ~ B*ntot Ayam
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration, Cuti cuti
5 Comments:
cantik pelamin tu...bunga hidup atau palsu tu mak lang?
maklang,
Sedapnya nasi beryani... Maya memang cute... Always like her posing and cute little face.
wahh ada tapai lah kat rumah pengantin tuh.. sedap nyaaaa..
Tapai ubi ke pulut mak lang?
Lain macam jerk tido cik abe baju biru tuh..tido betul2 ker main2 jerk tuh..he.he.he..
ingat ke kl je rupa2nya sampai ke jb ya :)
Post a Comment
<< Home