Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, November 20, 2007

Aunty Kak Ha dan Cyborg

Assalamualaikum..

Aunty Ha and the gang


Tanpa di duga, hari ini maklang menerima panggilan dari Aunty Kak Ha. Rasanya dalam N3 yang lepas2, maklang ada bercerita tentang Aunty Kak Ha. Tapi pada yang tak tahu, Aunty Kak Ha ni adalah jiran maklang masa maklang duduk menyewa kat rumah di Fasa 2 dulu. Maklang memang rapat dengan dia. Dia baik orang nya dan paling best, Aunty Kak Ha ni kuat ketawa dan peramah. Terror masak pulak tu. Anak2 panggil dia Aunty Kak Ha sebab maklang panggil dia Kak Ha. Mereka fikir nama Kak Ha ialah Kak Ha dan bukan Ha aje.




Anyway, masa Kak Ha call maklang tadi pagi dia kata dia nak memasak untuk anak dia, Angah. So, maklang menjemput diri sendiri untuk nak pergi makan kat rumah Angah. Masa pergi lunch kat rumah Angah, Angah tak ada pun, so, cuma kami berempat aje. Kak Ha, sepupu dia dan anaknya serta maklang. Rugi tak bawak camera, kalau tak boleh ambik gambar ikan merah masak asam Kak Ha. Memang special!






Kat office macam biasa. Taklah sibuk. Kena siapkan benda2 untuk nak submit kat Kuantan this Thursday. Tak ada apa sangat. Tapi yang kelakar sangat tadi bila ada kawan maklang cakap cam gini:


"Kak, projek kita tu nak buat cyborg kan?"


"Ha...apa dia?"


"Cyborg"


"Cybog?"


"Ialah...alaaah...papan tanda tu!"


"Laaa...ingatkan nak buat Cyborg. Rupa2nya Sign Board!". Langsung tergelak maklang. Terperanjat pun ye sebab projek yang maklang handle sekarang ni pun memang deal dengan bahan radioaktif. Manalah tau kot2 ada pulak hasil sampingan nak buat Cyborg. Kelakar betul. Entahlah dah 10 tahun duduk sini, masih tak boleh nak faham segalanya! Kelakar!







Balik opis, maklang cadang nak jahit langsir, tapi bila teringat ada tudung yang Kak Ha tempah tak dibubuh berliannya lagi, langsung maklang gosokkan berlian2nya. Lepas tu kena pulak jahit manik. Tak sempat nak bagi pada Kak Ha masa dia datang tadi. Sebenarnya masa Kak Ha datang tadi, maklang tak ada serve apa pun sebab dia kata dia tak nak makan. So, mintak Bibik goreng risolle dan Faezin pulak dah buatkan cream caramel. So, itu aje hidangan buat malam ini.
Aunty Ha bersama sepupu dan anaknya






Risolles..nyum nyum..sedap nih!



Cream caramel by Faezin...Sedap tapi manis macam orangnya! Perasanlah tu!


Angah jugak, anak Aunty Ha yang no. 2. Kerja di Kerteh jugak.



Aunty Ha...senyum aje...




InsyaAllah lebih kurang 4-5 jam lagi Cik Abang sampai agaknya.. Tak sabar!











Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

11 Comments:

At Wednesday, November 21, 2007 1:18:00 AM, Anonymous Anonymous said...

salam mak lang.. happy anniversary..!! love the pics kak elle letak kat blog dia... semoga akak happy selalu insyaAllah

 
At Wednesday, November 21, 2007 6:49:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Happy anniversay maklang...wah tak sabar tunggu ni rindu ke tunggu hadiah anniversary dari cik abang....hahaha

maklang nak risolle tu sikit pleaseeeeeee

 
At Wednesday, November 21, 2007 8:43:00 AM, Blogger pB said...

Salam Mak Lang ...

hari hari jenguk blog mak lang , tapi tak tinggalkan komen.

Happy Anibersary ....

Mak lang mintak ler resepi risolle tu ...

 
At Wednesday, November 21, 2007 12:12:00 PM, Blogger IKHWANI said...

HAPPY ANNIVERSARY KAK!
SEMOGA DIRAHMATI ALLAH, DI PANJANG USIA DALAM IMAN DAN BERPANJANGAN KASIH SAYANG, DIMURAHKAN REZEKI SENTIASA..AMEEEEEN!

HUGS!

 
At Wednesday, November 21, 2007 3:02:00 PM, Blogger umie@kakyong said...

salam mak lang, cream caramel tu feberet umie,,,,,

hepi anniversary...
biar kaseh sayang berpanjangan,,, amin...

 
At Wednesday, November 21, 2007 3:05:00 PM, Blogger Yatie said...

Maklang... resepi risolle takde ke.. first ime dengar nama nih.. nak jugak try masaknye
tq

btw HAPPY ANNIVERSARY!!!!

 
At Wednesday, November 21, 2007 9:32:00 PM, Blogger zino said...

iangat apa benda lah cybog tu.. macam bunyi katun robocob je.. hehe

 
At Thursday, November 22, 2007 7:48:00 AM, Blogger maklang said...

simah:

maklang suka gak the pics..macam nak copy jerk...

Kak Elle:

Thank you! Risolle tu kalau nak, jom lah sini!

Tahun ni tak ada hadiah...kasih sayang aje...he..he..

pB:

Ingat manalaj menghilang...tak nampak2..rupa2nya sembunyi ye!

TQ

 
At Thursday, November 22, 2007 7:50:00 AM, Blogger maklang said...

OO:

TQ...Hugs to you too..

Bila nak start crochet the kasut baby yang comei2 tu? Dah ada yang nak tempah!

umi:

Kalau datang sini nanti maklang suruh angah buat lagi..

TQ

Yatie:

InsyaAllah maklang letakkan nanti...boleh yatie buatkan!

TQ!

 
At Thursday, November 22, 2007 7:51:00 AM, Blogger maklang said...

Zino:

TUlah pasal...terperanjat dan pening kejap maklang!

 
At Thursday, November 22, 2007 6:43:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Mak Lang, macam kenal je anak Kak Ha tu, rasanya keje sama ofis kot dgn IbuSara

 

Post a Comment

<< Home