Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, August 24, 2006

Maya Oh Maya

Hari ni Maya dah pun 8 tahun. Sekejap aje masa berlalu. Masih ingat lagi masa melahirkan Maya dulu. Dr. memang dah set date hari apa Maya nak dikeluarkan dari perut mak dia. Masa mengandung Maya, MaklangOK sikit kalau banding dengan masa mengandungkan kakak dia. Tapi pendarahan memang berlaku sehingga ada satu kali tu keluar darah sebesar duit 50 sen masa 3-4 bulan



Ingatkan Maya dah tak ada lagi. Dr. nasihatkan seupaya berehat aje kat rumah. Alhamdulillah semuanya OK lepas tu. Bila dah cukup bulan, Dr. kata dah boleh induced unutk nak keluarkan baby. Masa mula2 Dr. induce tu, baby’ heart beat was so getting slower. So, Dr buangkan ubat tu. Lepas aje Dr. buangkan ubat pitocin tu, ingat boleh relax lah sat, tapi tak sampai setengah jan ghesa nak keluar kan baby tu dating lagi. Dengan 2 kali push aje Maya dah keluar. Dr. kata tali pusat terbelit kat leher Maya, nasib baik tak apa2. Lepas tu, masa dah beranakkan Maya tu, rahim tu tak nak kecut. Bila Dr. tekan2 perut tu, darah memancut2 sampai kena ke diniding kat labour room tu. Dr. kata, maklang tumpah darah. Dr. pun cucuk ubat untuk nak womb tu contract sebab kalau tak boleh mati sebab banyak sangat tumpah darah. Lama maklang kat labour room tu. Mata berpinar2 tapi tak boleh tidur. Terok betul kali ni masa bersalin. Tapi alhamdulillah semuanya OK lepas tu. Tapi selang 2-3 hari lepas tu Maya kena kuning. Mulanya dia OK, tapi lepas tu reading bilirubin dia tinggi sangat. Lebih dari 400 tak silap. Dr. kata kalaulah Maya punya reading tak turun, memang dia kena masukkan blood baru. Tapi sebelum tu, Dr. masukkan air dulu sebab darah dia pekat sangat. Sedih sangat tengok dia. Anak sekecil itu dah kena masukkan air. Dr letak macam kayu (tak tahu panggil apa) kat tangan dia dan letak macam satu tube kecil yang berisi air unutk nak masukkan melalui jarum tu ke tangan dia. Lama jugak Maya macam tu. Maklang pulak pucat sangat sampai hemoglobin reading 6 plus aje. Terus Dr. suruh masukkan darah. Dr. kata kurang 2 pain darah kena masuk sebab masa tumpah darah tu memang banyak darah keluar. Maklang masa nak masukkan darah tu sempat jugak piker, kalaulah Dr. masukkan darah entah dari kaum mana, kang silap2 tumbuh bulu seluruh badan. Pulak2 sekarang ni banyak sangat orang hisap dadah lah, aids lah dan sebagainya. Alhamdulillah masa Cik Abang derma darah tu, kami insist nakkan darah dia dan Alhamdulillah darah dia matching dengan darah maklang dan masa masukkan darah tu, maklang OK. Adek2 pun dating dari JB menderma darah sebab takut darah Cik Abang tu tak cukup.


Dua minggu lamanya maklang duduk kat hospital tu. Macam biasa kalau makalng masuk hospital, cik Abang lah yang teman kan. Tak pernah pun dia tinggal kan maklang. Anak2 pulak parking kat MS Garden kat sebelah hospital tu dengan Wan dan Atok dan kakak. Duggan betul masa Maya baby dulu. Maklang asyik bersedih aje. Cik Abang selalu kata supaya jangan bersedih sebab nanti kalau dah besar tak larat nak layan perangai dia. Memang beul pun sebab Maya ni kalau dia mengamuk especially bila dia lapar, tak boleh nak dikawal. Teruk dia mengamuk. Pernah satu kalimasa kami nak balik ke Kerteh dari JB Maya asyik bergaduh aje dengan kakak2 dia. Sampai di jelir lidah dan tonggeng kan ponggong dia kat Angah. Lepas tu dia tarik seluar dia tunjukkan ponggong dia kat Angah. Angah tentunya marahlah sebab adek dia buat macam tu kat dia. Puas maklang pujuk dia tapi dia buat tak layan. Tiba kat Labis tu, kami nampak KFC, lalu Cik Abang berhenti belikan makanan. Dpat aje ayam gorng tu terus dia tersenyum…Langsung tak hot. Kalau ingatkan peristiwa tu kami selalu ketawa …Itulah dia unic nya Maya…kalau short circuit memang payah, tapi bila dah troble shoot langsung elok!!


Tapi petang kami bawak dia dan kakak serta adek dia makan di KFC. Waktu lunch tadi, Maklang belikan dia kek. Kecik aje sebab kalau beli besar tentu tak habis. Memang pun tak habis, masih berbaki lagi di peti ais…


Selamat ulangtahun yang ke 8 buat Maya tersayang, Selamat Ulangtahun yang ke 67 untuk Tok Li. Semuga panjang umur dan murah rezeki….InsyaAllah


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

11 Comments:

At Friday, August 25, 2006 12:26:00 AM, Blogger zino said...

yes..peserta pertama..

selamat hari lahir utk MAYA.. semuga panjang umur murah rezeki jadi anak yg solehah dan di permudah segala urusan..

 
At Friday, August 25, 2006 2:39:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

happy birthday Maya!

hehehe lawak cerita Maklang kali ni. esok bila Maya dah jadi Doctor ke, Engineer ke... sure syok nak ungkit balik bab buka seluar tu kan?

 
At Friday, August 25, 2006 7:50:00 AM, Blogger maklang said...

Zino:

TQ jadi yang pertama...

InsyaAllah dengan didikan dan kasih syang, Maya akan jadi insan yang berguna....


Mamasarah:

Kalau cerita kat dia sekarang mesti dia malu, dah besar lagilah agaknya...

 
At Friday, August 25, 2006 8:46:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Maya sebaya fathini lah ni ya..
kalau cakap pasal dugaan ni (masa bersalin ke, atau bila2 masa), berserah lah kita pada Allah swt dengan banyak beristighfar dan berdoa (ingatkan diri sendiri)..InsyaAllah setiap dugaan yang datang tu ada hikmahnya kan..

 
At Friday, August 25, 2006 9:13:00 AM, Blogger Sherin de Souza said...

Happy Birthday to Maya & Tok Li. Alhamdulillah Maya selamat sekarang, walaupun setelah melalui macam-macam masa baru lahir dulu. Semoga Maya akan sentiasa sihat & selamat selalu.

 
At Friday, August 25, 2006 7:37:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Wah terror juga Maya ni ... but its her good spirit to fight and she is here now.Dhira ade email last nite.

 
At Friday, August 25, 2006 7:46:00 PM, Anonymous Anonymous said...

sape la yg salah eje namem orang nih? bukan dhira tp dhirah!! H tuh mesti ade!!! wajib!!

 
At Friday, August 25, 2006 8:14:00 PM, Anonymous Anonymous said...

sorry lah terlupa H tu .....jgn lah marah nanti cancel presents ...haha

 
At Saturday, August 26, 2006 12:45:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

Ya Allah..ngerinya baca part darah memancut kena dinding tu..alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik.

 
At Saturday, August 26, 2006 8:38:00 AM, Blogger maklang said...

Onde:

InsyaAllah adalah hikmahnya tu...kita doa aje moga2 anak2 kita menjadi anak yang berguna satu hari nanti, InsyaAllah....


Sherin:

Alhamdulillah semuanya Ok sekarang...


Jepun sosek:

Ape ni marah2 kat blog orang..macam Jepun pandai sangat cakap Melayu...he..he...

Kak Elle:

JAngan dilayan beudak Jepun tu...dia perasan dia Jepun. Muka dah memang macam Jepon!


Syikin:

MEmang ngeri kalau ingatkan tu. Dr. kata tak pernah lagi dalam sejarah hospital tu ( sebab hospital tu baru bukak 2 yearas) ada kes macam tu. Nasib baik selamat kalau tak kena buang rahim tu Dr kata...Alhamdulillah OK...

 
At Saturday, August 26, 2006 9:53:00 AM, Anonymous Anonymous said...

MAMA SARAH:

MAYA TAK NAK JADI DOCTOR.MAYA GELI NAK JADI DOCTOR.


INI MAYA

 

Post a Comment

<< Home