Packing lagi
Assalamualaikum...
Maklang baru aje habis mempack baju. Baju maklang, Cik Abang dan anak2 yang 3. Along tak ikut. Malas kata dia. Lagipun kali ini pergi naik kereta kecik aje. Kereta yang boleh memuatkan kami sekeluarga, air cond dia rosak. Masa maklang ke Kuantan dengan Cik Abang last Friday untuk nak servis kereta, terkena batu kat radiator air cond. Dah 2 hari kami pergi balik kat kedai Air cond kat sini, tapi spare part yang di hantar dari KL tu asyik tak kena aje dengan kereta ni. Model tahun sama, tapi version lain. Jadinya memang tak ada chance nak bawak kereta yang besar sikit.
Kami ke KL kali ini adalah sebab nak hantar Atok dan Wan nak menunaikan haji. Ingat tak, tahun lepas, Wan dan Atok tak jadik pergi sebab Wan di diagnose ada that big C thing. Alhamdulillah, Wan dah sihat. Moga2 ibadah haji mereka kali ini mabrur hendaknya dah mudah di tunaikan, InsyaAllah. Dan semoga selamat pergi dan kembali...Amin...
Hari Khamis ini pulak, maklang nak attend symposium kat SunW@y. Ada free one. Ini pun ganti tempat orang. Rezeki. Tapi kali ini mileage tak boleh claim. Cuma claim sampai Kuantan aje sebab sebelum ke KL, maklang nak singgah Kuantan, nak jumpa orang letrik tu...
Tak ada apa2 acara lain selain yang maklang dah cerita, cuma mungkin nak gi merayap kat kedai Alang dengan Dodie atau UBA kalau mereka nak ikut. And kalau ada rezeki nak jumpa dengan Nita dan Aini....
Sehingga berjumpa lagi!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
15 Comments:
semoga semua selamat untuk atok dan wan.
Alang ada kedai ke maklang?kalau jumpa mas and dodie kirim salam kat dia org ye ... chocs I beli untuk dia org dah bagi2 kat my nephews and nieces....hehehe
Salam Mak Lang.
Macam mana trip ke KL kali ini?
Semoga Wan & Atok selamat pergi & kembali serta mendapat Haji yang mabrur...dan dipermudahkan segala urusan....
Selamat berangkat ke Tanah
Suci utk Atok & Wan, semoga mendapat Haji yg Mabrur
SEMOGA SELAMAT SEMIANYA...
Semoga Dia permudahkan segala urusan dan ibadat sebagai tetamuNya utk Atok & Wan.
Maklang nie email saya,nak tanya pasal tempahan aritu :)tulipurple@yahoo.com
Semoga Wan & Atok selamat pergi & kembali serta mendapat Haji yang mabrur...dan dipermudahkan segala urusan....
semoga slamat pegi dan balik...
aikk...along tinggal umah...nie buat ape nieee...
moga dipermudahkan perjalanan dan segala2 nya bagi atok & wan sewaktu menunaikan haji nanti..
jalan lagi ya maklang.. syok tu..
semuga tok dan wan selamat pergi selamat di tanah suci dan selamat kembali..
so aka stay kat sunway ke.
bleh lah jumpa geng-geng blog...
Semoga Atok dan Wan selamat pergi dan kembali mendapat haji yg mabrur.
saya kekadang merasa macam mengintip ke dalam rumah orang bila memasuki sesebuah blog. Secara tak lansung mengharungi kehidupan mereka. Saya selalu jugak menjengok ke rumah maklang dan mencuba resipi maklang tanpa memintak kebenaran dahulu. Saya harap maklang meredhakan. terima kasih
kak elle:
mana ada kedai....cuma kedai yang Alang suka pergi je...
ahni:
maklang dah cerita kat N3 baru..he..he..
Kak Lady:
Terimakaseh..dan InsyaAllah ye...sama2 doa untuk mereka..
Ibu Sara:
Thank you!
mamaranggie:
TQ
Tulipurple:
Ok nanti maklang email. Kalau nak tengok jahitan, masuklah kat blog jahitan maklang.blogspot.com
azie:
TQ!
UBA:
TQ..Along tu enjoy le main PC aje!
Mulan:
TQ...Kerja sambil berjalan...
Zino:
TQ!
Cikdinz:
Tak tinggal kat Sunway, kat rumah alang aje. Kena share bilik camanalah kan...Cik Abang dan anak2 nak letak kat mana??
mutiara:
Terimakseh kerana sudi nak datang kat blog maklang...dan kerana cuba resepi maklang...
kalau tak kasi orang baca, maklang taklah bukak pada semua kan...so, no problem, singgahlah selalu. Bila rajin, tinggalah komentarnya!:)
Post a Comment
<< Home