Cik Abang saya....
"Maaf, posting hari Khamis lepas banyak betul spelling error. Kerja Dhirah lah tu, dia load tapi tak check spelling.... Terok betul dia, walhal dah pesan dah suruh checkkan.."
Macam biasa tiap Jumaat adalah hari sibuk se dunia. Walaupun pagi2 dah siap menyiang ikan tapi bila kerja tu dah siap mulalah meng'gatal' nak mengemas fridge pulak. Daripada dah clear semua kat dalam sink tu masa pukul 10:00 pagi tu, akhirnya pukul 12:00 baru boleh ke atas untuk nak menyiapkan kerja kat bilik jahit. ALhamdulillah banyak jugak jahitan yang siap semalam. Baju Alang siap 1.5 helai and baju sendiri siap 2 pasang. Jadilah tu. Telekong untuk kawan tu dah siap di sulam, tinggal bersihkan dan letak manik ( which requires a lot more hours!). Ni sambil memblog ni mesin sulam tu tengah sulamkan tudung kuning tu...nampak sweet pulak dengan bunga ros warna kuning tua. Minta2 si empunya tudung tu suka lah nanti bila dah siap, InsyaAllah.
Hari ni plan2 nak pergi ke 3 Bekwah. Eh...betul ke Bekwah ni. Maklang biasa dengar orang sini cakap khenduri tu Bekwah tapi maklang sendiri tak pernah gunakan perkataan tu. Kang silap2 termalu pulak!
Ada 3 khenduri tu semuanya kat kawasan sini. Satu di Kemasik tu, Ustadz dan Ustadzah Angaah dan Maya di sekolah Agama tu. Dua di Kerteh ni, satu kawan maklang dan satu teman pejabat Abang. Semalam dah beli hadiah dan Angah dan bungkus pun. Nsib baik ada yang minat bungkus membungkus ni. Ni memang ikut Abah dia lah sebab Cik Abang kalau part membungkus ni memang bagus. Kalau mintak tolong dia bungkus barang memang kemas. Tak kiralah bungkus guna apa, bungkus pakai plastic ke, pakai kertas ke, semuanya boleh dibungkus kemas2. Kalau maklang asal ikat dan dapat simpan sudah le...
Cik Abang memang terkenal dengan satu tugas ni. Bukan aje dikalangan keluarga tapi kat pejabat dia pun. Kalau di pejabat ada buat makan2 dan makanan tak habis, dia lah kerja membungkus makanan tak habis tu. Bukan unutk sendiri, tapi untuk siapa2 yang mahu. Tulah dia Cik Abang saya. Wan pun suka mintak tolong Cik Abang kalau pasal nak bungkus barang ni. Entah kenapa dia minat sangat tak tahulaa... Kalau nak simpan barang2 siap vacuum-packed lagi. Nak tahu dia buat macamana? Di sedut angin kat dalam plastic tu baru dia ikat sebab tu kemas. Tapi Wan bila Cik Abang dah tolong ikat2 barang2 tu sure Wan complain sebab payah nak bukak semula ikatan tu. Memang payahlaaa....( Bukan Wan je...maklaang pun sama, kalau dah diikat barang tu oleh Cik Abang pasti payah nak bukak!)
Satu lagi minat dia ialah nak serve orang especially masa kami ada buat makan2 masa Raya ataupun masa office dia buat makan. Dia letak towel kat lengan dia sambil bawak pinggan or makanan. Macam waiter kat hotel tu...Lepas tu dia kata,' Dulu nak jadi waiter tapi tak jadi!" And masa tu kami ketawakan dia...Dia kelakar sebenarnya. Cerita pasal ni, teringat maklang satu kejadian yang memang tak dapat nak lupa. Masa tu kami baru kawin and rasanya it was my first Raya kat JB, rumah Wan. Macam biasa Cik Abang dengan ramahnya melayan tetamu sebab maklang sibuk kat dapur. Nak ambik hati mak mentualah kononnya. Dengan tuala di tangan dan pinggan correlle Wan tu, dia pun menjemput tetamu makan. First round everything went smoothly, tapi second round..."PHAAAAAANGGGGG................." berderai 2-3 biji pinggan Corelle Wan. Semua orang ketawakan dia dan kata "Patutlaa tak dapat jadi waiter!". Nasib baik Wan tak hot masa tu....lagi pun hari raya mesti maaf memaafkan...Lagipun Cik Abangkan menantu kesayangan Wan....
Apa2 pun moga ikatan kasih sayang kami berkekalan sehingga ke akhir hayat, InsyaAllah...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
ni pengunjung pertama datang lagi.. hehe
bagus le cik abang macam tu ringan tulang.. senang le kalau kenduri kendara nanti hehe..
ok next time I know who to call for help:)can u email with yr home number.
Zino:
Alhamdulillah Cik Abang ringan tulang nak tolong isteri dia. Biasanya kalau hari raya, dia jaga bab air. Maklang pulak bab lauk pauk ni. Wan dan Atok layan tetamu je...
Kak Elle:
Eh...Call secretary dia dulu le...baru boleh arrange free ke tak. Nanti apakata, Raya kak Elle turun JB?
I ni tak tau jln sendiri karang sesat kat JB...JB kat mana?
kak elle,
kalau tunggu kat Leisure Mall tu, nanti maklang gi ambik laa...tu dah dekat sangat dengan rumah mak!
insya'allah nanti i find out where is leisure mall....selalu driver bawak jadi tak cam sangat...any direction to leisure mall.
btw how safe is the postal service?takut if I send gifts from Perth for the children tak sampai.
alaa.....best nya....dah planning nak jumpa musim raya kak elle dan mak lang ni...:)
Eh mak lang...abang mak lang tu memang ada skill istimewa tu...bahagian simpul mati tu la maksud Id...
Sekali tersimpul tak akan terlerai lagi....begitu juga dengan kasih sayang maklang berdua hendaknya...ameennn.
Idham
Mak lang, tak sangka cik Abang ada bakat waiter.
Didoakan semuga maklang & cik abang bahagia hingga ke hujung nyawa. Take care!
Id:
InsyaAllah...moga2 kasih sayang kami berkekalan hingga akhir hayat...
AM:
Sebenarnya Cik Abang ni memang banyak bakat terpendam!! InsyaAllah...kalau sama2 inginkan kebahagiaan kenalah sama2 berusaha untuk mendapatkannya...
hehehe...gelak kak lady baca...hubby akak bab membungkus ni di tak suka...tapi kalau ade kenduri kendara dia suka bab mencuci pinggan mangkuk dan kemas periuk belanga...
Sebenarnya bab bungkus membungkus untuk orang ni memeningkan kepala....
Post a Comment
<< Home