Masak macam2
Assalamualaikum...
Hari ni agak bosan kat office. Project yang maklang buat sekarang telah slow kembali. Lepas satu milestone dah tercapai, nak capai satu lagi will be sometime mid of next week. So, kerja kat office cuma cek-cek drawing and go thru e-mail aje. Tak banyak kerja.... Rasa macam dapat gaji buta pulak...
Ada jugak yang tak berapa happy dengan bonus dan increment. Bagi maklang, Syukurlah, walaupun kalau diberi lebih lagi, pasti akan lebih suka. Apa2 pun mungkin rezeki kita banyak tu aje. InsyaAllah, moga2 tahun depan rezeki akan bertambah lagi.
Sejak berkawan dengan Kak Liza ni, rasa macam makin seronok nak masak. Cik Abang pagi tadi dok tegur...Amboi...mak...sekarang ni ke dapur mesti bawak toy baru....Eh..eh..mestilah kan, nak ambik gambo! Tu yang iye-iye nak masak..Tapi sebelum ni, tak ada toy baru pun maklang masak jugak...cuma tak berapa nak ambik gambar.
So,pagi tadi, maklang masaklah ikan talapia goreng tomato, udang goreng bercili dan tofu jepun goreng dengan telur yang biasa maklang buat. Nak ambik gambar punya pasal! And of courselah sebab nak makan. So, pagi2 dah siaplah makan tengahari kami,sebelum maklang ke pejabat.
Breakfast pulak, bibik gorengkan meehoon. Makan dengan kuah taucheo. Ini sebenarnya mee goreng Singapura tapi dah kena modified sebab letak daging cincang. Sedap jugak...
Masa balik makan tadi, maklang dah masukkan bahan2 untuk nak buat roti and mintak bibik onkan the mesin buat roti at 4:00pm. So, by the time maklang balik petang tadi, maklang sempat buatkan roti untuk budak2 ni. Ada roti sausage, ada cinnamon roll dan ada roti letak sausage and mayo.
By the time maklang menaip ni, rasanya dah selamat semuanya. Roti tu rupanya tak cantek sebab dah lama betul tak buat roti. Last was before kakak Titin balik. Lebih setahun dah. Sekarang ni senang lah sikit sebab dah jumpa kedai jual tepung roti kat Kemaman. Kalau tak nak kena ke Kuantan baru dapat beli. Dan maklang pun dah jumpa bekas untuk nak buat muffin yang reasonable kat kedai tu...Syukur Alhamdulillah...
Sempat jugak mintak Angah mixkan muffin. Tapi sekerat jalan dia dah lari. Maklanglah yang siapkan semuanya dan Hakim tolong taburkan all the stars on to the mixture. Rajin jugak si bujang maklang mengsebukkan diri...mengacaulah tu!
Kata kat Cik Abang macam ni...kembang lagilah semuanya..macam sekembang yeast kat roti tu...
Ni gambar2 maklang cuba ambik, tapi masih tak kelas cam kak Liza's...
Aunty Elle, thanks for the cokelat...tinggal separuh aje lagi. Masa nak makan tadi dah tak ada rupa ceklat...tapi rasa masih tak berubah..Itulah orang kata, jangan pandang pada rupa aje kan..kan...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
17 Comments:
nampak nya maklang nak lawan tokay ni ...hahaha....satu hari di dapur agak nya satu minggu punya menu makalng masak nanti...semua pasal toy baru tu kan kan kan?
so bread maker tu bolih tahan juga lah...
betul tu jgn pandang pada rupa .... isi dan rasa yg paling important .... hehe
Wah maklang, pandai jugak maklang part baking baking ini...
Nampak gayanya ada chance nak buka MakLang's Bakery tak? Sedapnya roti sosej & muffins maklang.
Bintang2 yang kaler tu kat atas muffins pun buat sendiri ke??
Maklang, you kejam!!! Air liur I sudah melelah. Wuah..wuah..
Salam Mak Lang, Nora yang jauh kat Spura dah banyak dapat manfaat daripada resepi-resepi Kak Liza yang cukup mudah dan insyaallah pasti jadi. Ini kan Mak Lang yang dekat kat dia. Best kan?
Wah..cantiklah pinggan flower power tu...
wah wah maklangg semuanya nampak sedap2 ni! nyumnyumm!
toy baru menggalakkan Mak memasak dan satu family dapat makan!
plan nak gi terengganu cuti sekolah ni - kalau jadi I'll buzz you..mana tau boleh singgat sat kat kerteh.
giler...sekali masak tu dia punya banyak. muka jin dah biru ni, kelaparan.
kak elle:
taklah kak, itu untuk sehari.
masaknya sikit2 sebab anak2 ni taste mereka lain2. So kalau yang ini suka, yang itu tak, nanti ada yang tak makan!
tapi yang pastinya roti tu semuanya dah selamat. Tinggal satu kepina aje pagi tadi...petang ni nampaknya macam kena buat aje lagi!
cat:
Expert tu taklah...sikit2 jugak boleh...
bintang2 tu buat kat kedai aje...senang kan!
Zlaa:
Oh...ampun..ampun...!:)
Nora:
Alhamdulillah..kawan dengan Kak Liza ni, dapat jugak maklang belajar2 lagi. InsyaAllah next weekend nak tolong kak Liza memasak lauk pengantin..best ni!
Pinggan tu I beli kat Pengkalan Kubur, Kelantan about 2 years ago...Memang minat tu, bunga ros pulak tu!
itot:
Alhamdulillah..semuanya yang masak semalam dah habis...lega...
Nanti itot datan gsini, maklang masakkan, Insyaallah!
OO:
Alhamdulillah semua dapat manafaatnya
Silalah ke Kerteh...tapi wiken pertama tu kami dah ada rancangan. 17-20, kami tak ada di Kerteh!
Djin:
Djin lapar? Jilat aje gambar kat PC tu!
salam,
rindu kat blog maklang, sempat jugak masuk kejap pagi ni...
wah, dah jadi gang kak liza, makin best masak.....
btw, I sampai kemaman 6sept nanti, InsyaAllah, boleh jumpa masa raya ke nanti.... :)
MakLang, AY teruja sungguh dengan MakLang yang rajin memasak dan menjahit dan berkerjaya glamer lagi....AY pun suka memasak, tapi sekarang dah kurang sangat memasak....just ala kadar...
PakCik dah dapat darah tinggi dan berkelestrol tinggi jugakk...dah tak berapa boleh nak enjoy food.
...:-(
Rina:
Nanti Rina dah kat sini, lagi ramailah gana masak kita...nanti kendurilah kita kan...
Lama tak nampak awak...rupa2nya sibuk urusan kahwin Zaid ye...
Aunty Yan:
Maklang ni pun ada HBP. Kena masa ngandung Angah lagi. Tapi lepas beranak Maya dia tak mau pergi2...
Masak2 ni sebab anak2 ramai yang tengah membesar, jadik masak untuk merekalaa..Kami yang dah tua2 ni pun makan jugak, tapi kena jaga2 AY. Kalau takkan dia kembang macam roti tu nanti!he..he..he..
Kalau macam ini punya entry, bulan puasa yg nak dekat ni, saya masuk blog Mak Lang waktu lepas buka lah........
seronok kan masak masak nih.. saya ni biler duduk negara orang ni baru pandai nak memasak. Selalu dok jenguk fp kak liza dan mak lang...dan saya suka daging masak hitam mak lang tuh.
Adoilah, banyak sungguh makanan kat sini. Kalau jadi neighbour Mak Lang tentu best boleh tumpang makan (muka tak malu heheheh) :-)
Kalau anak2 berselera makan memang seronok kita masak, kan?
Aku tak ler sampai kebulur macam tuh. menyesal komen.
mamamia:
kalau bulan posa masuk...carik resepi ok apa...
zakiah:
terimakseh kerana masuk sini...eh..maklang ada letak resepi daging masak itam ke? lupa dah
Queen:
Jom pindah sini..nanti senang nak hantar makanan...Maklang memang seronok kalau bila masak2 ni , anak2 n cik abang suka makan. Hilang penat...
Djin:
Alaaaah...merajuk pulak adek ensem sorang ni..gurau je tu...jangan mare...kang ilang ensem dia! Cenyum cikit!
Post a Comment
<< Home