Tenguk penyu bertelur!
Assalamualaikum…
Petang semalam, Cik Abang dan Angah pergi ke tepi pantai untuk melihat penyu bertelur. Lepas Cik Abang balik kerja, Angah dan Abah dia, masing2 bergegas keluar. Nak pergi tengok penyu bertelur!
Ini adalah anjuran PIBG sekolah Angah. Cik Abang sebagai YDP terpaksa menggantikan tempat AJK persatuan sebab AJK ada urusan kerja di luar negeri. Sebenarnya maklang tak dengar lagi cerita lanjut dari Cik Abang. Yang tahu cuma malam tadi sekitar pukul 10:00malam mereka melihat acara melepaskan penyu. Entah pukul berapa mereka melihat penyu bertelur pun maklang tak tau lagi. Tapi yang pasti nasib mereka baik sebab dapat tengok penyu bertelur.
Cik Abang kata mereka dapat melihat cara penyu mengorek lubang untuk bertelur. Semuanya kena senyap sebab kalau tidak nanti penyu tak jadik bertelur! Tu Cik Abang cerita laa. Lain2 tak tanya pulak. Sekarang ni pun mereka masih tidur lagi.
Malam tadi masa mereka melihat penyu, maklang dengan dengan Along, Maya dan Kikim berkampung kat bilik maklang. Maklum Boss besar tak ada, bolehlah makan kat bilik. Tapi biasalah maam besar bagi permission-no problem. Entahlah, maam tadi Dhirah yang prepare burger tu. Sedap betel rasa. Adek2 pun kata sedap. Kembang sekejap Dhirah...So malam nanti pun dia nak buat sosej pulak. Asyik makan nasik aje terasa muak pulak.
Ini kat bahagian luar bangunan
Ini kat pintu masuk...
Kat depan pintu masuk ke Sanctuary penyu...
Ni kata Angah tengah tunggu nak dapat bilik.
Sama jugak tengah nak tunggu bilik
Ini kat dalam bangunan, maklang rasa tengah ada briefing.
Mana Angah...gambar kecik sangat. Mak dia pun tak leh jumpa!
Tengah beratur ...maklang pun tak tahu budak2 ni buat apa...( rupa2nya dengan sampah yang dikutip sebelum balik!)
Tadi pagi, Angah dan Abah dia tiba lewat kat rumah. Janjinya pukul 9 dah samapi tapi tunggu tak jugak tiba. So, maklang with Along dan 2 adek dia, terua aje ke pasar malam. Sakit jugaklah leher ni sebab kalau nak bawak kereta kena tengok kiri kanan, banyak gerakkan leher, terasa nyut2 dia. Tapi masa ni dah Ok sikit. Memang mintak Along ikut tadi. Kalau tak siapa pulak nak angkat barang2 berat.
So, balik pasar tadi, sempat masak ni....Hentam aje. Tak ada mood nak masak plus tak ada idea dah...Tengok kalau rajin besok nak buat kan rojak India untuk darling I...
Udang masak tomato.
Ikan lele goreng berlada. Tau tak ikan lele?. Kalau nenek maklang panggil ikan lele lah....ikan sembilang. Sedap goreng garing2 lepas tu berlada kan dan last2 sekali perahkan limau kasturi.
Selamat berwiken!
Eh..eh...lupa pulak. Terimakasehlah kerana mendoakan Wan dan Alman. Tadi pagi Wan dah buat scope tu dan Alhamdulillah CLEAR. Syukur pada Allah dan Baby Alman dah keluar dari hospital. Berat pun dah nak dekat 2 kg! Syukur...Syukur!
Inilah akibatnya kalau berjaga malam sebab nak tengok penyu bertelur! Kesian darling I...ngantuk sangat2!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
P/s: Sila2lah melawat Dapur dan bilik jahit maklang. Ada N3-N3 baru...
Labels: anak2, Experience, Life, Makan
8 Comments:
SALAM,
maklang duk malas masak pun, masakan simple tu menyelerakan sungguh :D
bestnya aktiviti sek. anak maklang.
untung anak dara maklang pandai masak dah :D
maklang,
Nampak sedap sungguh ikan goreng berlada tu... Kena dengan nasi panas, syiok kan..? Meleleh air liur Cath...
paklang pergi baru satu mlm tu pun ngan angah..maklang bagi lah mereka peluang...kah kah kah...acah aje eh maklang biar maklang ketawa sikit:)
saya tak pernah merasa ikan lele nampak geli gitu tengok misai dia...hehe... masa kat states dulu banyak catfish yg muka serupa dia.
kata org tak baik mengambil gambar org sedang tido .... kesian paklang kepenatan dek menunggu penyu bertelur.
penyu bertelur ni ada musim kan? tentu penyu tu malu malu nak bertelur semua dok intai dia hehe
kaklong,
kalau malas tak masak, lagi tak boleh rehat sebab semua masuk hantu sebab lapar!
Alhamdulillah anak2 dah boleh harap, kalau kita masak dia tak suka, dah pandai dah masak sendiri...
cat:
kat sana tak boleh buat ke? mesrti rindu nak makan masakan malaysia kan...cian dia
kak elle:
budak2 ni manja dia lebih ngan mak ler..kalau ngan abah manja jugak, tapi ada sikit takut sebab suara abah besar!
ikan lele tu sedap. maklang dulu makan, then tak makan, then makan sikit2 sebab paklang tak makan! Geli konon! Masa kat US dulu, makan aje semuanya sebab kat sana namap omputih Catfish! So, makan le...Dhirah suka sangat!
Pasal gambar orang tidur tu, kat sini melambak gambar and macam2 pesen orang tidor yang paklang suka ambik! Tak pe kak, InsyaAllah tak apa2.
Zino:
Ada musim kot, paklang kata dia datang 2-3 minggu sekali selama beberapa minggu then the next time dia bertelur will be about 8 tahun akan datang. Sekali bertelur dekat2 100 biji!
ikan goreng berlada... uwaaaahhhh!! nak jugak!
D...boleh masakkan..ikan goreng berlada aje...Sempoi aje!
Post a Comment
<< Home