Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, July 15, 2007

Mari memasak bersama anak2

Assalamualaikum...


Sekejap aja dah seminggu maklang MC. Sekejap sangat rasanya. Tapi MC pun tak rasa macam MC sebab hampir setiap hari mesti ada call dari office. Tapi maklang tak kisah sebab kesian kat colleague maklang. Nak buat macamana. Layan ajelah!


Semalam semua ada kat rumah. Tak plan nak gi mana. Sebenarnya cadang2 nak tengok kawan sakit, tapi terlupa. Ingat nak pergi hari Jumaat pun lupa! Dah tua2 ni semuanya kena catit dalam buku!!:(


Semalam anak2 dara maklang ikut ke dapur. Breakfast, Bibik dah gorengkan nasik goreng. So, tak payah kisahlaa.


Malam sebelum tidur tu, dah mintak Bibik tolong hiriskan kobis, carrot dan sengkuang. Mintak jugak tolong keluarkan ayam cincang dari fridge. Kalau tak pesan nanti lambat pulak nak siap kerja. Bila dah siap breakfast, anak2 dara semuanya dah turun. Maklang tumiskan bahan nak buat inti popia. Kalau nak resepinya ada di blog masak maklang.

So, anak sulong maklang tolong bungkuslah popia tu. Dia yang sebenarnya berhajat sangat nak makan popia Vietnam ni. Maklang dapat resepi pun dari kawan sekolah, masa maklang pergi ke rumah dia beberapa tahun dulu. Popia ni yang uniknya intinya ada cili padi dan su'un. Sedap...Dhirah memang suka. Yang gelihatinya, masa nak bungkus tu, Dhirah dok pok pet kata pasal bungkusan dia tak cantek macam yang mak buat. Seghembeh aje. Maklang kata , dia ikut tuan dia laaa...Ha..ha..ha... Tapi bagus jugak, dia cuba sampai jadik cantek. And after bungkus 20-30 popia tu, adalah some improvements!


Inti popia yang dah siap. Tunggu untuk dibungkus aje.



Popia yang dah dibungkus. Yana paling atas, yang bersepah tu, tok sah tanya lah siapa yang bungkus!



Masa kami bungkus popai tu, Si Angah tolong bukak kan kulit2 popia yang melekat2 tu . Maya pulak tukang bulat2 pastri yang maklang dah uli untuk nak buat karipap. Bibik pulak sibuk potong kentang untuk nak buat inti karipap. Inti karipap yang lama masih ada sedikit lagi, so, kena tambah sikit lagi.

Maya tengah gelekkan pastri lepas dia dah bulat2kan. Ada jugak yang dia gelekkan tu jadi square! Maklang pulak isikan karipap dan kelimkan.


Bibik sedang menggorengkan karipap separuh masak.


Bila dah ramai kat dapur, cepatlah kerja siap! Sebelum kami start membungkus karipap tu maklang sempat tenggekkan kuah rojak India dan mixedkan batter untuk buat cucur udang.
Ini adalah campuran untuk nak buat batter cucur udang.


Cucur udang di goreng


Kentang dah masukkan kat microwave untuk nak dimakan dengan kuah rojak. Cucur kelapa tak buat sebab kelapa was not available in the fride. Tauhu pun tak ada. So, it was only the cucur udang, timun, telur rebus yang Along dah tolong rebus, kentang dan hirisan timun dan sengkuang.


Set rojak India...siap untuk di servekan.

Siap aje bungkus popia, maklang mintak anak2 dara yang besar 2 orang tu, siapkan makan untuk abah mereka. So, mereka serve sampai ke atas rumah. Anak2 ni kalau pasal mengampu Abah dia orang, memang jadik!

Cik Abang tengah enjoy the Rojak India. One of his favourite dishes!


Alhamdulillah semuanya siap by 2 o'clock. Siap makan sekali! Kira Oklah. Sebenarnya kami mula pun lebihkurang pukul 10:00pagi! So it took us less than 3 hours to complete the popia, karipap and rojak. Lupa pulak, sempat ajar Angah masak ayam masak lomak cili padi sementara dia kat dapur tu. Maklang rasa seronok sebab ramai pembantu! Tapi ini jarang2 berlaku! Mungkin semalam angin rajin melanda budak2 ni. Kalau tak, cuma maklang dan Bibik dan sekali sekala Along ada menempek! SyukurAlhamdulillah...


Tak ketinggalan si Bujang. Lehernya bengkak. Kena gigit semut agaknya...


Lepas makan, maklang menonton Man Laksa kat TV4 kot. Bukannya plan nak tengok TV pun, tapi bila tekan2 Astro tu, tertekan channel 4. So, tengok lah. Tak sempat nak habis tengok cerita yang sungguhlah mengelikan hati maklang, makcik maklang dan suami nya tiba dari KT/


So, dari jam 4 sampailah lepas maghrib kami melayan mereka. Dapatlah merasa karipap dan popia dan rojak India tu....


Karipap dan popia yang dah digoreng


It was an enjoyable day. Tak sempat pun nak usik jahitan maklang. Malam aje dapat buat sikit.


Ini pulak jahitan yang siap hari Khamis malam. Nak dijadikan beg yang kawan tempah

Ini jahitan kusyen yang tak siap sepenuhnya lagi. Nanti dah siap, maklang letakkan kat bilik jahit. Silalah kesana...link ada di atas.


Then tidur land laa..


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

18 Comments:

At Sunday, July 15, 2007 10:05:00 AM, Blogger Cat Cat said...

Sedapnya maklang makan rojak india.. Udang besor2 pulak tu... Ini mesti puas makan kan maklang.

 
At Sunday, July 15, 2007 10:50:00 AM, Blogger Eddie Putera said...

ARGHHHHHHHHHHH !!!! terkena lagi..volume computer sungguh kuat..maka berjoget lah VE...adeiiiii...

Beli ah PDA..kasik ingat itu ingatan yang makin pudar.

 
At Sunday, July 15, 2007 11:28:00 AM, Blogger Bergen said...

Nice picture of abang enjoying rojak india, and the complimentary picture of the treadmill in the background. Great photographic moment like this is rare. Sapa ambik gambar? LOL, beautiful shot.

 
At Sunday, July 15, 2007 11:29:00 AM, Blogger maklang said...

cat cat:

udang besar2 memang seeeeddaaaaaapppp sangat!

Djin:

Memang padan muka tu..ha..ha..ha...Lupa nak turunkan volume tu...ha? Siapa yang dah warga emas tu??? Maklang ke Djin??? Gelihati I...

PDA tu stail orang muda! Kalau orang tua2 macam KITA ni, tulis kat note book 3 -5 tu cukup laa...

 
At Sunday, July 15, 2007 11:40:00 AM, Blogger Kak Elle said...

wah maklang sibuk di dapur rupa nya...nasib baik ada anak pompan ramai dan rajin pulak menolong sekali....itew cucur udang looks very sedap nak sikit pleaseeee.

Bag tu pun cantik berkenan bunga kecik2 .... hehehe

Wow paklang tak toleh kiri kanan makan sorang aje...hp kat sebelah,ha keyboard pun ada...nampak lepas makan rojak india naik threadmill ke?

 
At Sunday, July 15, 2007 11:49:00 AM, Blogger maklang said...

Bergen:

Along yang ambik gambar. Memang kena tengah enjoy makan tu...Semangat betul, maklumlah dah lama maklang tak buat!

Thanks for visiting. Lama tak nampak batang idung!

Kak Elle:

Yelah kak. Yesterday was a dapur busy day. Nasib baik pembantu ramai. Kalau tak mau senget bahu maklang ni..

Kalau nak cucur udang seperti itu, jomlah datang sini!

Cik abang memang enjoy makan tu...Tapi tak taulah lepas tu naik Threadmill ke tak...Tapi for sure tak tidur lepas makan tu...kalau tak sure lagi naik badan...

Oh...terimakseih, penat nak cari idea camana nak jahit bunga2 ni...

 
At Sunday, July 15, 2007 6:42:00 PM, Blogger Mak Teh said...

Nasib! Nasib! dapat jenguk mak lang di alam siber saja. Kalau dekat mak teh dah sampai nak rasa sama masakan yang sedap-sedap tu. Mak lang taj jenguk ke blog saya hari ini ada surprise!

 
At Sunday, July 15, 2007 8:02:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

ehh..ML when u said there's no more kelapa in the fridge..rojak india pakai kelapa ker??

lepaih tu jgn luper laaa..masukkan menu popia spesel tu nanti biler singgah ke teratak ML...

 
At Sunday, July 15, 2007 8:13:00 PM, Blogger maklang said...

Mak Teh, maklang dah gi blog Makteh, tapi tak tahu apa surprisenya?? Kena beritahu kot..he..he...


UBA:

Oh...popiah tu nanti kita sama2 buat. Kalau tak pun, maklang simpan yang buat semalam tu. Maklang freezekan banyak tu...tinggal tunggu Mas sampai aje!

Rojak India kan ada cucur kelapa. Sebab tu pakai kelapa. Kuah dia tak pakai kelapa...

 
At Sunday, July 15, 2007 9:29:00 PM, Blogger Mak Teh said...

mak lang, surprise nya tu sebab mak teh baru pandai post gambar! he, he, he

 
At Sunday, July 15, 2007 10:56:00 PM, Blogger aNIe said...

Kalau hari cuti anak2 semua ada kat rumah...memang meriah kat dapur...seronok buat kerja ramai2...macam2 resepi ade...

 
At Monday, July 16, 2007 5:44:00 AM, Blogger zino said...

mak aiii. sodap nampak popia tu hehe

 
At Monday, July 16, 2007 9:05:00 AM, Blogger maklang said...

mak teh...

Oh tu dia...maklang puaslah dok pikir apa tadi...Ingatkan makteh nak letak gambarmakteh

kak lady:

btul kak, nak nak anak perempuan maklang ramai..seronok!

zino:

eh..macam tau je sedap...tengok gambar pun dah tau ke?

 
At Monday, July 16, 2007 9:31:00 AM, Blogger IKHWANI said...

rojak ni favourite che abang kita jugak! kena belajar buat kuah rojak and rojak dgn maklang!!

p/s: i finally found the kedai that sells ribbon embroidery! and i also found something else to learn too - tapi tak beli lagi lah sebab buku dia jer pun dah 89.90 but the book kan oh so complete! InsyaAllah ada rezeki lain kali - sekarang nak buat projek ni dulu.

 
At Monday, July 16, 2007 12:21:00 PM, Blogger lelakhalidah said...

Mak Lang...

terliurrrrrrrr leh visit blog nie...

Nanti jejalan sana leh singgah umah mak lang nie...

 
At Tuesday, July 17, 2007 12:06:00 PM, Blogger Arena said...

Masuk blog maklang ni, buat lapar jek.. semua makanan sedap2 dan jahitan pon cantik2 ... bestnya..

 
At Wednesday, July 18, 2007 7:42:00 AM, Blogger maklang said...

OO:

Selamat menjahit le...

Maklang dah masukkan resepi bakso n rojak tu kat blog masak maklang. Selamat mencuba...

Lelakhalidah:

Jangan lupa singgah pulak, kang maklang dah masak, awak yang tak tiba2...

Arena:

Oh..ye..ke...dah makan ke belum tu...

Terimakasehlah ...maklang baru2 belajara je...tak boleh lawan sifu!

 
At Thursday, July 19, 2007 1:38:00 PM, Blogger AuntieYan said...

Ya Allah! Mak Lang rajinnya memasak berjenis-jenis...tapi, tukang makan ramai tak pe....letih memasak tak terasa kalau tengok ahli keluarga berselera makan masakan kita...:-)

 

Post a Comment

<< Home