Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, December 28, 2007

Happy Birthday Suamiku tercinta

Assalamualaikum....


Hari ini Kekasih hati maklang punya birthday. Dah 44 tahun dah....Ramai orang kata dia nampak muda. Dan isteri dia yang tembam ni nampak lebih tua dari dia...tak apalah..asal dia sayang bini dia ni sudah...tak kiralah rupa macam manakan...Bak kata Jo, laki mana tak sayang bini... Dan bini mana tak sayang suami. Oleh itu, maklang ucapkan Selamat Hari Jadi untuk Suami maklang yang tercinta. Moga2 panjang umur dan murah rezeki...dan moga2 hidup kita bahagia bersama anak2 tersayang...


Dan oleh kerana cinta ku kepada suami ku yang dicintai ini, maklang pun bertungkus lumuslah memasak makanan yang disukainya. Kalau makan kat kedai mau 2-300 kena tu. So, maklang masaklah sendiri. Maklang dan 2 bibik baru maklang ( Along dan Angah) serta bibik Narsi sibuklah didapur tadi pagi. Lengohlah kaki. Siang ikan2, sotong, udang dan ayam semua. Sambil2 tu goreng tauhu, cucur kelapa, cucur udang dan buat kuah rojak. Anak2 yang 2 pulak sibuk buat jelly dan coklat cheese cake kat atas rumah. Lepas tu pulak mereka buat dadeh sementara maklang goreng ayam ~ nak buat lemon chicken. Then maklang goreng baby Kailan dengan Shittake mushroom.

Kami sempat nyanyikan lagu happy besday tadi, sebelum makan tengahari...
Bila dah dihidangkan Rojak kesukaan dia, memang berselera Cik Abang makan. Tak bercakap langsung. Menikmati dengan penuh khusyuk. Kenyang betul kata dia.

Ini lemon Chicken. Kuahnya tak nampak kat sini.
Baby Kailan with Shittake mushroom
Cucur udang dan cucur kelapa
Kentang rebus, telor rebus, sengkuang dan timun dan tauhu goreng



Ini rojak India...before di makan oleh Cik Abang
Ini pulak, jelly perasa blackcurrent yang Along dan Angah buat. Sedap jugak.


Baru kejap ni, Along bawak naik Chocolate Mud Cheesecake dia kebalcony atas. Siap with the pirings and air. Tak jumpa pulak lilin untuk Abah tiup. Angah pulak jumpa 2 lilin besar dan 1 lilin kecil. Jadiklaaa... So, the 5 of us (including Cik Abang) sang the Happy Birthday Song. Maya dah tidur dah at 8:45pm ( dia demam and furthermore, dia memang tido on time punye!), so there were the 5 of us only...

Sikit punya besar lilin tu...Tengok Angah punya kertas atas kek tu...tak ada seni langsung...tapi at least ada kan...
Sibuk Abah nak tiuo, sibuk lagi si bujang nak tiup!
Close up of the mud cake. Sedap. Very the chocolaty..
Terkoyak le diet....one slice of this, kena puasa the whole day besok! Kaw betul chocolate dia...Pandai dah anak mak buat cheese cake...Ok ler tu!
sedap aje bujang makan..
tersenyum2 mengkemam cheese cake!

Happy besday again sayang ku...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Thursday, December 27, 2007

Macam bau kat restoran Omputih

Assalamualaikum...

Hari ini maklang balik kerja lewat sangat. Maklang pergi meeting kat Kuantan. Jumpa Jabatan mineral kat Wisma Persekutuan. Bertolak tadi dekat pukul 1:00 tengahari sebab meeting pukul 2:30pm. Ingatkan sempatlah. Nak balik rumah ambik hp yang tertinggal pun malas sebab takut lewat. Tapi bila sampai ke Kemaman, perut dah keroncong, mula lah pikir nak makan pulak. Minyak kereta pulak habis dan kelip2 lampu minyak tu. Suspense pulak. Pergi satu setesen tu, minyak dia abis. Pelik sungguh. Tapi mungkin sebab tengah ada renovation kot. Terus ke stesen minyak satu lagi. Perut kosong tak pe, jangan minyak kereta kosong, kang ada yang kena tolak tu...


Kami singgah makan tengahari around pukul 2 kat Sg. Ular. Sedap makan nasi kawah. Silap tak bawak camera, kalau tak sure dah masuk kat blog ni. Sedap betul gulai daging. Banyak daging dia dan sedap. Lagi pulak tengah kelaparan..


Akhirnya kami tiba kat site di Gebeng almost 3:00pm. Dah call orang kat Wisma Persekutuan kata kami akan lambat. Nasib baik dia OK, tak pe kata dia asal b4 pukul 5:00! Syukur! Sampai kat site, tunjukkan kat my Boss kat mana nak tap the phone line, maklang pun bertolak ke Kuantan ( Boss datang naik kereta lain). Tiba Kuantan, kami solat dulu kat masjid negeri. Selesai solat baru pergi jumpa orang yang kami nak jumpa. Nampak2 nya kenalah nak submit surat dan cerita pasal projek ni. Lepas tu tak ada masaaalah, InsyaAllah.


Habis meeting, maklang singgah jumpa sedara kat Kamdar. Tujuan nak beli kain yang Wan Pari pesan tadi pagi masa dia tahu maklang nak ke Kamdar. Maka belilah kain2 keperluan Wan Pari dan as usual melekat kat maklang 3-4 potong kain plain untuk nak buat seluar Dhirah ( bilalah nak jahit ni:().


Kemudian carik pulak benang, dapatnya sponge untuk buat hantaran. Bertolak ke Kemaman, singgah kedai bahan buat kek. Belilah whipped cream, cream cheese dan serbuk dadih dan jelly serbuk. Itu aje dah dekat RM50. Ingat nak buat cheese cake besok, khas untuk suami tercinta. Then carik benang lagi kat kedai2 kat situ. Mahal pulak. Tak jadilah nak guna untuk nak buat tasbih. Guna benang biasa ajelah jawabnya. On the way balik, singgah pulak kat satu kedai ni. Maklang teringat kat Bujang. Lama dah dia mintak nak makan pancake. Tapi sebab sirap dah habis, maka tergendala laa. Beli lagi sos Coklat Hershey's, Pancake mix dan Kicap Kikkoman. Tu aje dah RM 54. Kira2 habislah duit claim hari ni. Anak2 punya pasal, tak apa...


Keluar dari kedai, phone kawan maklang bunyik. Alamaaak..mati aku, call dari phone sendiri..Mesti Cik Abang call. Dengar suara sudah takut. Dia sudah marah. Tak call tu apasal lah...My lame excuse was...he..he..phone tinggal kat rumah. Dah tu tak boleh guna phone kawan ke,beritahu kat mana?? SOWIEEEE, maklang jawab. Terus panas aje kepala kena marah! Tapi cool laa..memang salah sendiri lah. Dah pukul 7:00pm tak balik2. Tapi Cik Abang tahu maklang nak ke Kuantan!

Alhamdulillah bila sampai rumah, Cik Abang dah cool. Keluar aje dari kereta, Angah dah ngadu...Abah hot. Geram mak tak call...Alamak...camana ni?? Tapi bila maklang masuk rumah, Cik Abang senyum2 aje, salam2 , ehem2,semua Oklaah...Sayang jugak kat isteri dia yang tembam ni. Explain jugak, beli bahan nak buat kek untuk birthday dia besok...Hilang segala hangin dalam kepala...Syukur..Syukur...


Tapi yang bestnya, bila maklang siap solat Maghrib, Cik abang panggil makan. Dan terhidanglah yang berikut.




Kentang , ayam bakar dan salad ( lebih macam rojak aje!)


Ini lagi...


Pancake, Along yang buat. Seddaaapnya ...teringat Pancake House kat Columbia dolu2. Rindu!



Dan ini..






Selesai makan, maklang dan Cik Abang naik atas. Maklang kata kat dia, macam bau kat Restoran Omputih ~ ada ayam bakar dan ada pancake. Memang sedap lah baunya.... Tapi Cik Abang kata, Abang rasa macam rumah kedai pulak sebab bau naik sampai ke bilik! Kwang..Kwang..Kwang...


Selamat malam. I nak tidor cepat..Malam Jumaatkan...besok nak bangun awal nak pi pasar tani...he..he..jangan fikiran menerawang ke lain pulak, tapi kalau iye pun apasalahnya kan..kan..kan...

Have a nice weeked. InsyaAllah mine will be good!

Update at 7:13 am: Selamat Hari jadi yang ke 44 untuk suami tercinta...Hadiah, InsyaAllah besok lusa eh...masih kat JB lagi...kat kedai lagi kot!he..he..he..

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi...

Labels: ,

Wednesday, December 26, 2007

SeHari sebelum Raya

Assalamualaikum..

Kami menerima kunjungan tetamu dari KL sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Sebenarnya tak sangka pun kawan lama cik Abang masa di Universiti days nak singgah. Tak silap maklang mereka serumah masa diluar negeri. Kebetulan hari Rabu tu maklang tak ada masak apa. Cuma buat Laksa Penang aje. Tak sedap pulak tu. So, maklang mintak Dhirah rebus ikan baru dan masak lagi. Sedikit ajelah buat kami sekeluarga. Jam 10 pagi Rabu tu maklang ada teleconference sehingga 11 lebih. Bila naik ke tempat maklang, officemata kata ada dekat 10 kali phone berbunyi. Hp lagi. Bila tengok kat hp ada 9 missed call. Mesti ada yang penting sangat ni. Bila Cik Abang talipon maklang tanyalah kenapa. Dia kata kawan lama dia nak singgah dan mereka dah tiba kat Kijal! 15 mins away aje. Bila kata kat Cik Abang tak ada apa nak kasi makan sebab tak masak, dia kata tak apalah. Dan takkan lah maklang nak biar macam tu. Terus aje mintak balik awal sedikit dan bergegas pulang. Maka pagi tu, dengan pertolongan dari Dhirah, maklang managed to cook a few hentamed dishes tapi macam lipas kudung le.... Syukur ayam dah lembut sebab nak digoreng dan daging fresh yang maklang beli pagi tu ( sempat ke pasar sebelum ke office dan dapat le beli daging batang pinang!)semuanya dah ready to be cooked. Cepat2 potong daging and campak dalam kuali. Idea nak masak apa, semuanya timbul...dan Syukur at around 12:45pm, semuanya dah terhidang! Lega....Alhamdulillah, I have made the guests happy, I have also pleased my darling sebab menjamu tetamu istimewa dia...Lepas tu...lengohnya ya amat lutut gue!!! Lepas tetamu balik, kami ke pejabat semula...






Mr. Mahmood and wife beserta 6 anak mereka...nak balik dah ni...
Daging goreng berlada dengan kentang. Lepas dah tumis lada kering, letakkan garam dan terakhir perahkan limau kasturi, balik2kan dan angkat.
Ini ayam masak tomato. Senang aje. Gaulkan potongan ayam dgn bawang putih, bawang merah dan halia dan garam. Goreng sehingga garing. Masukkan sos cili dan sos tomato, lada dan bawang besar potong dan akhir sekali masukkan sayur campur. At first nak buat chicken cashew nut, tapi tak sempat, so tukar resepi laaa...
Mixed vegetable. Sempoi aje.

Telor masak kicap pun ada...tak ada idea lagi nak masak apa...
Salad pun ada, nak buat banyak macam aje... Last2 yang makan banyak tuan rumah...he..he...tapi tetamu pun makan bertambah nampaknya...

Ini laksa by Dhirah. Tak hidang pun sebab laksa nya ada sikit aje. Sedap jugak...
So much about that. Semalam maklang pergi beli kasut dan baju anak2. Baju Hakim aje sebenarnya. Baju Angah baru petang tadi siap, dan baju Along masih tak bertampal lagi koceknya. InsyaAllah wiken ni boleh selesai. Beli jugak kasut Angah dan Hakim. Kasut Along dan Maya dah selamat masa kami di KL.

Balik tengahari semalam, maklang buat nasi tanak. Tak ada idea nak masak lauk apa, timbul pulak idea nak buat kentang oregano ni. Cik abang dan anak2 bukan main suka lagi...




Mula2 potong kentang wedges. Goreng sehingga lembut. Angkat dan tos. Goreng gajus sehingga kekuningan. Angkat. Panaskan butter. Tumis bawang besar yang dah dipotong bulat dan lada hijau atau capsicum. Masukkan sedikit oregano, lada hitam dan sedikit garam, goreng hingga naik bau dan masukkan kentang. Gaul rata..sedaaaap nih...

The set..Nasi tanak, papadom , salad telur dan kentang.
Petang pulak, Along buat Pizza tuna campur dengan frankfurter. Sedap ni...
Petang semalam, sempat jugak gubah2 bunga untuk buat hantaran. Maklang rsa macam tak menarik aje,,,:(
Ini pulak bakso yang Along buat tengahari tadi. Bole lah...
Ini my dinner. Bujang siap room servis lagi.
Ini pulak RE dah nak dekat siap. Pesanan Shikin Ahmad...peminat maklang! He..he...
So, Shikin, InsyaAllah dapat lah tu!

I just have to stop here. My eyes are drooping...tak boleh tahan punya... Take care semua...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum


Sekitar peristiwa yang berlaku pada malam Raya dan hari Raya...berita bergambar sahaja... Besok maklang nak ke KL lagi sebab Along ada checkup lagi. Sehingga berjumpa lagi...(ada masa nanti maklang akan ceritakan...most likely lepas balik dari KL kot...Selamat bercuti!





























Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , , ,