Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, November 06, 2007

Bithday Atok and It is indeed a small world!

Assalamualaikum..


Sebelum berceloteh panjang...nak ucapkan Selamat Harijadi yang ke 69 untuk Abah @ Atok Johortersayang....Semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik...We love you very much..Muah..muah..muah..muah..muah..muah..from the six of us. Besok malam, kita pergi makan eh...InsyaAllah!


Maklang sekarang teramatlah sibuk. Orang kata..Sibuk gila..lebihkurang macam tu laa...nak buat camana. Project due for submission end of the month. Masalah kalau deal dengan badan2 tertentu ni. Yang bengangnya semalam masa maklang call jabatan tu, ada ke dia kata, dia tak terima apa2 surat dari ofis maklang. Walhal kami pergi kasi by hand masa meeting about 2 weeks ago. Janjinya last week nak kasi surat and nak kasi tap water pressure tu, tapi habuk pun tarak! Bengang bengang! Tu antara satu kes..banyak lagi, tapi simpan dalam hati aje laa...


Tapi yang best semalam, dalam pada sibuk tu, maklang sempat call kak Umi. Sebenarnya maklang jumpa blog dia thru blog kak Intan. Call pun sebab nak tanya pasal buku yang dia nak tolong order kan. Apalagi bila dah cakap pasal RE ni, jadiklaa...Maklang masa dengar cara dia cakap, maklang teringat satu Kak Umi masa maklang belajar dulu. Ambik sama kursus ngan maklang tapi senior 3 tahun. So, maklang tanya dia kat mana dulu, betul tak kenal si polan so on..Kak Umi pun kata betul..Ha..ha..jumpa senoir maklang! Memang masa maklang ke Kedah a few months back maklang teringat kat dia. Tapi nak carik kat mana! Kedah bukannya kecik! Anyway, masa tu rasa syok sangat! Walaupun maklang taklah serapat mana dengan Kak Umi masa study dulu sebab masa maklang datang dia pun sibuk sesangat nak grad dah...jadinya kawan gitu2 ajelah..Tapi Syukur dapat bercerita! InsyaAllah nak jumpa kot masa maklang ke KL nanti.


InsyaAllah habis meeting di Kuantan , maklang akan ke KL, petang nanti. Cik Abang will bring the kids to Kuantan and pick me up kat sana. Maklang ada course di KL besok and Friday ada meeting dengan one of our sub consultants. InsyaAllah nak beraya rumah pakcik2 Cik Abang jugak...


Angah tinggal sebab dia ada perkhemahan di Setiu. Jangan dia meraung carik mak and abah dia sudah..jangan tak tau manja sorang tu...

Kat sini maklang nak letakkan gambar sandwich telor yang Maya buat kat sekolah dia last Sunday. Dia simpan 2 keping untuk Mak dan Abah berbuka puasa...Sedap jugak si kenit tu buat!Thank you sayang mak...






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

13 Comments:

At Tuesday, November 06, 2007 10:51:00 AM, Blogger Cat Cat said...

Happy Birthday to Abah maklang..

Makan best2 & jangan lupa tunjuk gambar ya...

 
At Tuesday, November 06, 2007 1:12:00 PM, Blogger aNIe said...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ATOK...semoga Atuk dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik...itu yang paling penting kan Maklang...semoga atok sihat selalu di samping wan...

Enjoy betul kak lady tgk geng2 maklang berhari raya...macam2 juadah...

 
At Tuesday, November 06, 2007 1:27:00 PM, Blogger simah said...

Selamat menyambut Hari lahir utk tok.. semoga panjang umur dan murah rezeki ..atok la ni umur dah berapa mak lang?


lama betul saya tak ke sini.. maaf yea mak lang... sejak dua menjak dok cuba kuruskan badan ni memang malas betul nak main lompat lompat... tak sempat...

memang blog ni interesting kan? kita boleh jadi kawan dengan ramai orang dan dapat jumpa kawan lama thru it....

wah..... ur daughter is in the making of being a great cook mcm mak dia la ni yek?

take care mak lang! :0)

p.s... boleh tak saya dapatkan no tel nisak?

 
At Tuesday, November 06, 2007 6:04:00 PM, Blogger ays_as said...

happy bday atok!! :D
ur blog never fail to make me kecur air liur...
bestnya kalau pandai masak mcm maklang ni!!!!

 
At Tuesday, November 06, 2007 9:21:00 PM, Blogger arsaili said...

maklang..tak abis2 beraya lagi ker..jeles nya...uhuhuhu

 
At Tuesday, November 06, 2007 10:17:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Happy birthday to Atok semoga happy selalu bersama keluarga tersayang dan tak lupa dipanjangkan umur beserta kesihatan.

Ait maklang holiday lagi di KL .... shopping sakan lah nanti eh maklang.

 
At Wednesday, November 07, 2007 1:59:00 AM, Blogger Mulan said...

maklang, raya haji sebulan ke? sempat la tu kot beraya umah maklang sampai habis bulan zulhijjah.

raya haji nanti kami atas keretapi kot, backpacking ke utara vietnam kejap..

 
At Wednesday, November 07, 2007 6:25:00 AM, Blogger zino said...

orang kat sini pun sibuk juga ya hehe..

jangan lupa pesan zino kat blog..

 
At Wednesday, November 07, 2007 8:02:00 AM, Blogger dith said...

Kebetulan my dad's birthday baru ni on the 1st. Dia dah 72. But I didnt get to celebrate with him, :((

Maklang, apa saja makanan yg awak letak kat blog nmpak sedap jek. Sampai sandwich tu pon nampak best. hehe

 
At Friday, November 09, 2007 11:07:00 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

hmm saya selalu akan stuck lama kat sini kalo dtg melawat.. suka tgk makanan and suka tgk hasil kerjatangan Maklang..

-dari pembaca senyap blogmu-

 
At Saturday, November 10, 2007 8:39:00 PM, Blogger anggerik merah said...

Selamat hari lahir untuk atok.Semuga dipanjangkan umur dan sentiasa murah rezeki.

 
At Sunday, November 11, 2007 12:07:00 AM, Blogger Izhal said...

itu sandwhich telur+mayo+timun ka?

slamat last day raya dan selamat ulang tahun ke 62 kepada atuk... semoga panjang umur, sihat dan boleh beraya banyak tahun lagi. amin.

 
At Sunday, November 11, 2007 12:48:00 AM, Blogger Unknown said...

Selamat hari jadi ayahanda Mak Lang... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Mudanyaaaaaaaa... ayahanda Mak Lang tu... ngeh ngeh ngeh... sihat ke semua Mak Lang?

 

Post a Comment

<< Home