Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, November 11, 2007

Bekerja sambil bercuti

Salam..salam..

Maklang baru aje tiba dari KL pukul 11.30 pagi tadi. Penatnya..Berangkat dari KLIA pukul 9:10pg and tiba Kuantan 9:52am. Yang lamanya sebab nak kena naik taxi dari Kuantan ke Kerteh. Along naik sekali dengan maklang balik ke sini tadi.


Sebenarnya seminggu dua ni maklang terlalu sibuklaa. Tak larat dah badan tua ni nak ikut kerja macam ni. Tapi dek kerja punya pasal, terpaksalah jugak. Kami ke KL minggu lepas hari Selasa selepas maklang selesai meeting petang Selasa tu. Cik Abang bersama anak2 bertolak dari Kerteh dan ambik maklang kat Kuantan. Jadinya tak payahlah nak ke Kerteh semula. Yang kelakarnya sibujang dah menangis tersedu2 sebab ingatkan mak dia tinggal. Along apalagi, bila nengok adek dia dah macam tu lagi di usiknya! Angah tinggal di Kerteh waktu tu sebab ada camping di Agro, somewhere kat Setiu. Nampak dia Ok aje masa Abah dia tinggalkan dia kat Kerteh ngan Bibik. So, kira Oklah.

Kami tiba kat KL agak lewat. So, Cik Abang berbuka puasa 6 di kereta laa..bersuap laa..sampai di perkarangan hotel pukul 8 kot. Hujan lebat masa perjalanan. Sebab tu lewat. Malam tu, kami makan bekal nasik ayam bibik aje. Sedap jugak. Then semuanya lepak aje. Maklang pun gone cepat sebab keletihan kerja dan travel.


Hari Rabu tu, maklang ke ofis sebab nak attend course on Safety Health and Environment. Tapi serupa tak attend sebab asyik kena keluar kena attend meeting lagi. Bosan sungguh sebab ingatkan nak lari dari kerja, tapi dok kena carik aje. Nak buat macamana. In the end maklang attend course tu less than 3 hours aje, and bila balik ke tempat course tu, semua orang dah tak ada sekali dengan handout2nya. Frust jugak!

Cik Abang enjoy betul bawak anak2 jalan2 katPutrajaya dan Cyberjaya hari tu. Wan pun sampai di hotel petang Rabu tu jugak. Bila maklang balik dari ofis Wan dan Atok dah ada.

Malam tu, kami ke rumah Alang. Nisak dan Mynn nak jumpa Alang, so kami buat temu janji kat Tol sungai Buluh. Alang baru pindah, jadik kami pun tak berapa pasti rumah dia kat mana. Nasib baik Atok pernah pergi. So, malam tu, we had dinner, makan Domino Pizza kat rumah Alang ~ sambil menyambut birthday atok yang ke 69. Sempat jugak nyanyi lagu Birthday kat Atok. Seronok jumpa Nisak lagi...tapi si comei Sara tak ada sebab dah tidur.


Hari Khamis, Happy Deepavali. Atok kata Pandi ada buat open house hari tu. Kami pun pergi lah, tapi memandangkan ramai sangat orang, kami pergi ke kedai Berkat yang berhampiran. ALang dan Ucop pun ada. From there, kami ke rumah Alang. Sempat jugak tolong kemas2 sikit rumah dia yang masih berterabur lagi. Kesian Alang, maid dia lari the weekend before that. So, semua kena buat sendiri. Heran jugak, dah 3 tahun kerja boleh lari. Tapi Alang kata dia memang dah rasa2 maid tu nak buat sesuatu, cuma tunggu masa aje.

Dalam pukul 12:30pm kami bertolak ke rumah Aunty Asmah, makcik Cik Abang. Sedap makan. Nasi ayam lagi. Makngah and family serta Pak Chu and family pun ada. Sempat jugak usik makngah kata nak makan dendeng. Mana tau lembut hati Makngah dapatlah maklang makan dendeng..he..he...

Lepas tu kami cek in kat BTS. Biliknya besar, tapi tak well kept. OK jelah. After that, kami bertolak ke rumah Makngah sementara nak tunggu ke rumah Pak Dek (Pakcik Cik Abang)malam tu.Makanan kat rumah Pak Dek banyak betul. Tapi pikirkan diyet...kenalah bersabar banyak2. Malam tu kami terpaksa mintak diri awal sebab Along pulak sakit mata. Kami hantar dia terus ke UH dengan Alang. Sebab Alang kata nampak serius sakit mata dia. Takut infection apa2 sebab dia muntah2. Dalam hati Allah aje yang tahu..risaunya tak terkira. Janganlah apa2!It was a long night for all of us. Alang called later that night kata Along kena follow up that Friday. So, kami berdoa ajelah sebab alang kata banyak possibilitiesnya...Mintak dijauhkan Allah hendaknya..


The next day, morning tu, maklang ada arrange meeting dengan one of the Consultants yang buat projek yang maklang dok sibuk ni. Jumpa kat Lobby hotel aje. Dalam pukul 10 lebih selesai semuanya, and kami terus ke rumah sedara mara kat jalan TAR, ingat nak cari bahan untuk nak buat embroidery. Kejap aje kat situ , kami terus bertolak ke Ijok nak jumpa Paklong maklang yang dah lama tak jumpa. Atok kata dia pun dah rindu sangat nak jumpa Paklong. Alhamdulillah we arrived at his place about 2:30pm. Tu pun sebab Cik Abang dan Atok singgah solat Jumaat kat Sg. Buluh. Hilang rindu Atok dapat jumpa Abang ipar dia ( Maklong dah meninggal lebih 10 tahun). Kejap aje kami kat situ dah lebihkurang jam 4:00kami bergerak pulang ke rumah Alang. Maya dan Hakim tak mahu ikut, nak mandi swimming pool. So, maklang tinggalkan mereka dengan Wan dan Atok. ( Along since morning dah berkampung kat UH sebab kena lalu series of tests)Maklang dan Cik Abang pergi ke USJ, sebab nak jumpa Kak Umi yang maklang terjumpa kat blog ni. Kak Umi ni senior maklang masa belajar dulu ( see previous entry). Rasa tak puas berbual dengan Kak Umi and seronok tengok her embroideries. Cantek2 betul. Memang tak boleh nak ikut. Berhalus betul! Malu aje kalau compare dengan mine!

From there, Maklang dan Cik Abang ke rumah kakak Cik Abang. Macam biasa Angah kalau masak memang best. Dapat jugak makan Dendeng Makngah akhirnya... Thanks a lot Ngah. Memang sedaaaap!. Letih malam tu. Balik Hotel, kami terus gone aje.

The next day, lepas siap2 kami pergi ambik anak2 kat rumah Alang. Along tinggal sebab kena folo up lagi on Monday. Hopefully semuanya OK...to be continued

Ini kat Cyberjaya kot...i pun tak pasti di mana ni..

salah sebuah rumah yang di minati.
Terlelap2 Along. Maklumlah siangnya dok ronda2 Cyberjaya dan Putrajaya. Ni on the way to Alang's place.

Nisak and family kat rumah Alang.

Nisak , Mynn dan Ramadhan (adek Mynn). Maya tu..mana2 ada aje!




Berkotak2 pizza..Maya is everywhere!






Ramadhan bersama Amar.
Di Sungai Bulon, ru,ah Aunty Asmah. Gambar lain blur...
Semasa kempunan thosei Pandi. Kami terus gi makan kat Berkat, di PJ.




Atok tengok syok kot..masa semua tengah nyanyika lagu Happy Birthday dia.
Di Ijok, sempat jugak Wan mintak pokok bunga.
Lagi di Ijok
Gambar kenangan di Ijok





Semasa menunggu nak ke rumah Mak dek. Atok bergaya dengan songkok Pak Ngah yang tinggi tu. Songkok style orang minang kot?
Time baik. makan bersuap Maya dan Hakim kat dalam kerete, on the way back to Kerteh
I lurve this teapot. Dapat gambar jadiklaa..
Bersama kak Umi, the professiona tukang jahit RE




Cik Abang dengan suami kak Umi yang jugak bekas senior maklang.



Lagi makan berdamai!
Dari tingkat 31 kat BTS




Pemandangan dari tingkat 31 - Pudu Jail


Sekian dulu...nanti maklang cerita lagi.... ( finally dapat pun letak the details @ 6:49pm 13/11/07)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

19 Comments:

At Sunday, November 11, 2007 12:37:00 PM, Blogger Kak Elle said...

nampak nya banyak cuti dari kerja maklang...hehe

mak oi tengok perut si macho tu sedang tido....hahaha

 
At Sunday, November 11, 2007 12:41:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:


gambar masa kerja tak ambiklaaa...gambar masa jalan2 aje I ambik. Buat malu aje click2 kamera dalam ofis! he..he..

 
At Monday, November 12, 2007 7:28:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, teapot tu cantik lah...

 
At Monday, November 12, 2007 9:42:00 AM, Blogger Zareda Norman said...

Sesekali kerja dan cuti cuti.. hehheh tapi ekceli kat mana tu?

 
At Monday, November 12, 2007 10:58:00 AM, Blogger pB said...

Salam Mak Lang ...


Naik Menara TM ker???

TInggi benor ...

 
At Monday, November 12, 2007 1:04:00 PM, Blogger aNIe said...

Oit!! Posting gambar dulu ke baru nak cerita....heheheh

 
At Monday, November 12, 2007 8:53:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Bila nak update detail ni?

Cantik teapot tu...

 
At Monday, November 12, 2007 9:48:00 PM, Blogger Mulan said...

kesiannya gambar anak dara tengah tido pun maklang amik.. hakim tu memang cute lah gambar camna pun...

 
At Tuesday, November 13, 2007 12:56:00 PM, Blogger cikdinz said...

pergi raya lagi.
siap ada mama sarah.

 
At Tuesday, November 13, 2007 2:47:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hello maklang....kakak yang pakai tudung coklat tu siapa ye....member RE maklang ke....

 
At Tuesday, November 13, 2007 3:33:00 PM, Anonymous Anonymous said...

nape xde detail lg....sure maklang busy giler ngan project tu,:(
pics tu snap from KL ofis ke?

 
At Tuesday, November 13, 2007 7:00:00 PM, Blogger maklang said...

nora:

agreed!

zareda:

kat KL je..

pB;

taklah...tak ada yang jemput naik..kalau ada, mau jugak naik, he..he...

kak lady:

lebihkurang gitu lee...

 
At Tuesday, November 13, 2007 7:02:00 PM, Blogger maklang said...

mulan:

hakim tu cute, ikut sape lagi...tak yahlah i cakapkan..kan...

mamamia:

sowie..sowie..ni dah updet details!

TQ for bersabar.

Cikdinz:

nilah baru dapat nak beraya!

mamasarah memang ada...seronok jumpa dia lagi!

 
At Tuesday, November 13, 2007 7:04:00 PM, Blogger maklang said...

inna:

akak tu senior masa kat U dulu, tapi now dah jadi member RE jugak!

bunda:

I pun rindu nak cerita2 ngan u...tak semat2 lagi. InsyaAllah besok jumpa kat opis!

 
At Tuesday, November 13, 2007 7:42:00 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang dengan nisak relatives ker mak lang?

memang mak lang tak cukup tangan dengan meeting etc..etc...

still... seronok saya tengok semua gambar tu...

 
At Wednesday, November 14, 2007 8:46:00 AM, Blogger Yatie said...

mak lang thank you sbb singgah ke corner saya

 
At Thursday, November 15, 2007 9:21:00 AM, Blogger Sarah Mohd Shukor said...

Salam maklang.

salam kenal. found ur blog thru my aunt's, Rozilah Kamarudin. mmg biasa nampak nick maklang ni but never expect yg maklang kenal my mak andak. actly nk tnya ni. amar in above pic, is that amar son of Mama Sarah yg duduk di UK? kalau betul, mesti maklang ada contct dgn mama sarah kan? sampaikn salam sy utk dia n fmly ye.

 
At Thursday, November 15, 2007 3:58:00 PM, Blogger maklang said...

simah:

nisak tu related dalam Islam je...

dah cakap kat dia yang simah dok carik dia. dia tak contact simah lagi ke?


yatie:

Terimakaseh kembali!


Sarah:

Maklang kenal your aunt gitu2 aje. Dia lebihkurang kenal dengan Paklang. Satu officelaa..

Ang yes, tu Amar anak mamasarah. Nisak tulaa mamasarah ~ pakai baju purple!

 
At Thursday, November 15, 2007 10:40:00 PM, Blogger Sarah Mohd Shukor said...

oh laa...yg tu ke mama sarah.. dh lama lost contct since she paused blogging a few months back. dh tgk semula gmbr tu baru sedar sebelah tu husband dia :) apa relation maklang dgn mama sarah? ops sorry byk sgt tanya itu ini :)

 

Post a Comment

<< Home