macam2 cerita
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...at last tamat jugak kursus Protection tu. Memang penat kalau pergi kursus sebab banyak yang nak absorb semuanya dalam massa yang sangat singkat. Cikgu pulak mengajar cepat jugak. Dah senior2 ( tualah tu...) macam maklang ni, macam lembab aje nak ikut apa yang diajar.
Bila tiba 12:30pm semalam, memang terasa lega. Sebabnya, adalah masa sikit nak kejar kerja yang banyak tunggu kat meja tu. Rasanya macam banyak betul bertenggek atas meja. Tak nak lah sebab kita orang lain tak boleh nak teruskan kerja. In fact masa 3 hari ada kursus ni, memang tak dapat rehat langsung in between breaks. Masa itulah yang digunakan untuk nak talipon sana sini. Nak buat macamana. Dah tugaskan.
Masa end of the kursus maklang tolong bungkus2 kan makanan. Kalau tak ,banyak terbuang. Ada jugak bekalkan untuk Mr LCK untuk nak bawak balik. Entah dia suka ke tidak satah tu...
Ini perserta perempuan. Lelaki ada kat sebelah kanan. ..Ada dari KL dan ada dari Kerteh dan Kuantan office.
Maklang dengan Mr LCK, my ex-boss yang bagi kursus tu. Rasa macam nampak muda la pulak kat gambar ni...perasan betul!
Kueh Raya....entah sape yang bawak. Most likely my Boss, Tuan Hj. Wan. Kueh sarang semut tu macam familiar aje...he..he...dia tempah dari maklang le
Petang semalam, Ibusara came to send me all these kotaks. Mulanya Cik Abang dapat satu, bekas isi kueh Raya, dari office dia. So, when Ibusara came beraya, Maklang tanya dia mana nak beli kotak2 tu sebab cantek kalau buat isi my sewing equipment. So, Ibusara kata dia ada banyak. Maklang mintak beli, tapi dia dengan murah hati memberi aje....Syukur..moga2 murah rezeki dia. Maklang tak tau pulak nak balas dengan apa! Thanks again, Ibusara. Ada jugak dia kasi maklang kueh siput, tapi maklang tak sempat nak ambik gambar kueh tu.
ini antara kotak2 yang ibusara kasi. Thanks again!
Ini pulak kotak dari Dodie, tiba sebelum raya..maklang suka sangat, Thanks Dodie... Kalau siapa2 berminat nak tempah cards, boxes, and macam2 lagi boleh lah pergi ke blog dia and tengok hasil rekaan Dodie. Menarik dan cantek. Ni maklang tolong promotekan. Tapi blog Dodie masih baru lagi...tak banyak lagi yang dia letakkan..Harap2 dia akan updet selalu!
Ini isi perut dia
Buka puasa petang semalam makan biasa2 aje. Bibik buatkan sup sayur dan ikan bakar aje. OKlah, but later part of it, I had a small portion of steak complete with mashed potatoes and some salad.
Ni steak yang tak berapa 'done' lagi!
Ini steak yang maklang makan. Terpaksa share2 ngan anak2 sebab yang lain tak siap lagi. Lagipun manalah boleh makan banyak2...darah naik wei...
Sedaaaap...Thanks to Wani and Along. Rajin pulak nak masak. Masa buka tu, there were the kids minus Cik Abang sebab dia dah makan kenyang before that.
Ini teman2 maklang masa buka. Maya tu tengah mood nak merajuk lah tu, tak mahu di photo-in, kata Bibik!
Cik Abang tak join sama sebab baru balik dari medical checkup kat Kuantan, so kelaparan lah and terus makan aje ...Dia cerita ada jumpa dith dan ikelah ( bila nak datang beraya kat sini??), tapi as usual Cik Abang tu, kalau jalan2 biasa nya memang orang dulu nampak dia. Sorrylah Ikelah, bukan apa, kadang2 dia memang tak perasan orang, kawan2 maklang ada jugak komplen, Cik Abang tak perasan they all, sampai ada yang cakap, jangan risaulah sebab Cik Abang tu tak pandang kat pompuan lain sebab memang dia macam tu. Lega jugak dengar ha..ha..ha...
Ini mashed potato with black sauce. Sedap betul. We told Hakim ni ubat untuk orang nak beranak. Ada kuah akar kayu. Dia percaya jugak at first, tapi bila kasi rasa, dia kata tak pe laa..dia nak beranak jugak! Nanti kalau dia beranak, dia ada adek. Susu mak yang kasi laaa, katanya. Or kak long! Kelakar betul bujang tu
Malam pulak dah lepas buka, maklang berehatlah pulak. Sambil melayan VCD Winter Sonata yang tak tamat2 lagi tu, maklang jahitkan ribbons. ALhamdulillah bergerak jugak benda tu. Ni, tinggal the last one for the bag series. So, InsyaAllah boleh start on the cushions pulak.
my RE ~ bunga dwarft lily
ini untuk beg besar. Lebih kurang bunga for cushions.
Ini latest. Still in the process of nak letak manik. Hopefully boleh siap hari ni. Bunga Forget-me-nots.
Masa tengah nak tunggu Isyak, officemate maklang call kata nak datang. Sebenarnya dia dah call kata nak datang petang, tapi sebab Cik Abang tak ada, maklang suggestlah mereka datang malam. Lagipun tak selesa nanti husband dia sebab Cik Abang tak ada. So, kami jamu makan fish and sayur ball and the kueh raya yang dah dah tinggal gheja-gheja.
Ini tetamu kami malam tadi, Puan Thaahirah and her dear hubby.
Cik Abang dengan Muhamamad Ikram. Tak boleh duduk diam dia. Tapi bila Cik Abang pegang, dia senyap aje. Entah ilmu apa dia pakai sebab budak2 kalau dengan Cik Abang, memang dia lemah...nak2 si Ucop, kalau Paklong dia pegang, layu aje terus tertidur kat bahu Paklong dia!
Ini fish and sayur ball.
Ni pulak, tetamu maklang yang tak nak balik2. Ada aje bersama tetamu yang datang. Nampaknya dia yang makan lebih dari tetamu kami!
Hari ni kami cadang nak ke rumah Wan Pari di KT. InsyaAllah dalam pukul 9 nanti bertolaklah...Tapi cuma ada 2 kecik aje nak ikut. Yang lain malas. Along nak belajar sebab masih periksa and Angah nak joli katak ngan PC dia sebab dah habis periksa.
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
7 Comments:
Maklang,
I love the last pic of ribbon embroidery tu. I think the smaller the motives the better, :P
maklang,
Sedapnya fishball... Nak mintak resipi boleh??
Maya tu camera shylah Mak Lang. Tak macam Hakim eek?
Bila anak2 dah besar sikit, memang susah nak ajak berjalan. Dia org prefer layan Tv, PC...
maklang...
forget me nots tu lawa I think bunga yg kecil menarik.
wah mesti lah nampak muda after berdiri sebelah org berumur....hehehe
waaahhh mamasarah sampai dulu kerteh ni..!! kalau tunggu end of the year, boleh jumpa sekali kot.
he he.. nanti saya akan serbu rumah maklang..!! jangan lari ya..
dith:
maklang tak kisah besar ke kecik, janji siap dengan jayanya...he..he..
cat:
maaf, resepi tak de...kedai mari jugak, tinggal tuang minyak and goreng aje!
mamamia:
memang standard kot, dah besar aje , malas nak ikut mak bapak pi jalan. tapi Angah nak ikut pulak semalam!
kak elle:
oh..that forget-me-nots tu sempoi. I takut you tak suka. Kalau suka baguslaa..
mulan:
kalau ramai2 datang sekaligus, takut tak dapat nak layan bagus2 pulak! So..berapa ari bulan nak jumpa? Kita ajak Rina ngan Kak Elle nak..ke ada sesiapa nak join lagi??
Post a Comment
<< Home