Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, October 31, 2007

Kerja lagi...

Assalamualaikum...


Cepat sungguh rasanya aberlalu. Diam tak diam, dah nak hujung minggu dah besok. Maklang rasa sepanjang minggu ni tak sempat nak berehat. Kelam kabut sokmo. Baik di pejabat atau di rumah.


Semalam, kami mula ada kursus pasal Protection kat Office. Yang mengajar nya adalah Boss maklang masa maklang baru2 kerja dulu. Tua dah nampak dia. Maklumlah masa tu dia dah dekat 40 tahun, sekarang ni dekat 60 tahun dah agaknya. Menarik kursus tu. Tapi bagi kami yang dah nak masuk setengah abad ni, macam tepu aje kepala otak ni. Pulak tu, kepala pun fikir pasal projek. Memang tak ada rehat langsung. Walaupun ada tea break almost every 2 hours, masa tulah digunakan nak baca mail and nak buat kerja2 yang melambak ata meja. InsyaAllah, hari Jumaat sekerat hari aje kursus and petang tu bolehlah nak rehat. Tu pun kalau tak ada orang datang. Cita2 maklang nak ajak kawan datang makan masih tak tercapai lagi. Tengoklah nanti, macamana.


Tadi Wan Pari, Tok Uncle dan anak mereka Uda sampai kat rumah dalam pukul 6:30pm. Memang dah talipon sejak 2 hari lepas kata nak datang. Ni pun baru aje mereka pulang. Maklang tak ada jamu apa, cuma mee Hong Kong aje. Wan Pari kata sedap mee tu, macam Mee Hwa Moi kat kedai kat JB tu. Habislah dekat 2 bungkus setengah mee hoon. Kira lakulah. Sebenarnya maklang gunakan jugak resepi dari Nenek Paklang di Singapore dan tambah2 ramuan sikit ikut selera! Seronok tengok mereka makan, bertambah betul!


Sebenarnya kami berpuasa hari ni. Dah 3 hari dah. Kalau boleh nak teruskan sampai Jumaat dan break sehari sebab cadang nak ke rumah Wan Pari di KT hari Sabtu ni. Kena bertolak pagi sebab ada undangan makan petang tu. Sampai 2 rumah...entahlaa, tak tahu nak pergi yang mana satu tak tahu laa... mee Hong Kong

Lagi Mee Hong Kong

Tengah berbuka puasa











Dalam pada maklang sibuk2 ni, sempat jugak maklang jahitkan RE ni sebab deadline untuk nak hantar the bags dah nak dekat. Hopefully siaplah kelima2nya...InsyaAllah...

yang ini tak siap2...

yang ini pulak yang siap dulu!





Selamat berhujung minggu...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

10 Comments:

At Thursday, November 01, 2007 5:31:00 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang u r not alone smlm saya pulang dari clinic jam 7.15mlm sampai rumah dekat jam 8mlm sempat juga membeli fast food untuk dinner dr Long John Silver their new black pepper grill fish with rice.

Mee HK ni mmg sedap makan panas2 kan?

RE yg kat bawah tu lawa suka saya cute kecik2 bunga nya:)mungkin simpan sendiri.....hahaha

 
At Thursday, November 01, 2007 9:20:00 AM, Blogger IKHWANI said...

AH, SEDAPNYA NAMPAK MEE HONG KONG TU! macam basah2 sikit eh?

 
At Thursday, November 01, 2007 10:16:00 AM, Blogger Sya said...

Mak lang..mihun tu menggoda sungguh

 
At Thursday, November 01, 2007 1:22:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang...boleh mintak resipi mi hk tu tak? Sungguh menyelerakan la.

SG Passerby

 
At Thursday, November 01, 2007 5:34:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Sedapnya mihun tu, boleh masukkan resipi dlm dapur mak lang, saya pun puasa juga hari ni, dah hari ke5

 
At Thursday, November 01, 2007 8:02:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

mee apa pun kalau makan panas2 jadik sedap! Pulak perut tengah lapar, lagi laju...

maklang pun suka Re yang ros kecik2 tu...si angah perasan roses tu untuk dia!

OO:

menggoda memang kan...nak2 kalau puasa!

Sya:

Jom join makan sekali!

 
At Thursday, November 01, 2007 8:03:00 PM, Blogger maklang said...

SG Passerby:

InsyaAllah..nanti maklang letakkan kat blog masak.

Ibusara:

InsyaAllah...kita letak kat blog tu. Kita hari ni baru 4 hari...InsyaAllah besok puasa jugak.

 
At Thursday, November 01, 2007 9:53:00 PM, Blogger dith said...

Maklang dah raya lom? Love the ribbon cusions

 
At Friday, November 02, 2007 7:08:00 AM, Blogger maklang said...

kak roza:

Belom Raya lagi. InsyaAllah...hari Senin baru Raya. Hari ni hari ke5, then Sabtu ponteng sehari sebab nak ke rumah Aunty kat KT. Then sambung balik hari Ahad.

Kan ribbons tu Maklang ada letak kat beg telekong ...tapi yang itu sempoi je laa...

 
At Friday, November 02, 2007 12:09:00 PM, Blogger cikdinz said...

bee hoon hong kong lar.
bukan mee hong kong....heheheheee..

 

Post a Comment

<< Home