Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, December 28, 2007

Happy Birthday Suamiku tercinta

Assalamualaikum....


Hari ini Kekasih hati maklang punya birthday. Dah 44 tahun dah....Ramai orang kata dia nampak muda. Dan isteri dia yang tembam ni nampak lebih tua dari dia...tak apalah..asal dia sayang bini dia ni sudah...tak kiralah rupa macam manakan...Bak kata Jo, laki mana tak sayang bini... Dan bini mana tak sayang suami. Oleh itu, maklang ucapkan Selamat Hari Jadi untuk Suami maklang yang tercinta. Moga2 panjang umur dan murah rezeki...dan moga2 hidup kita bahagia bersama anak2 tersayang...


Dan oleh kerana cinta ku kepada suami ku yang dicintai ini, maklang pun bertungkus lumuslah memasak makanan yang disukainya. Kalau makan kat kedai mau 2-300 kena tu. So, maklang masaklah sendiri. Maklang dan 2 bibik baru maklang ( Along dan Angah) serta bibik Narsi sibuklah didapur tadi pagi. Lengohlah kaki. Siang ikan2, sotong, udang dan ayam semua. Sambil2 tu goreng tauhu, cucur kelapa, cucur udang dan buat kuah rojak. Anak2 yang 2 pulak sibuk buat jelly dan coklat cheese cake kat atas rumah. Lepas tu pulak mereka buat dadeh sementara maklang goreng ayam ~ nak buat lemon chicken. Then maklang goreng baby Kailan dengan Shittake mushroom.

Kami sempat nyanyikan lagu happy besday tadi, sebelum makan tengahari...
Bila dah dihidangkan Rojak kesukaan dia, memang berselera Cik Abang makan. Tak bercakap langsung. Menikmati dengan penuh khusyuk. Kenyang betul kata dia.

Ini lemon Chicken. Kuahnya tak nampak kat sini.
Baby Kailan with Shittake mushroom
Cucur udang dan cucur kelapa
Kentang rebus, telor rebus, sengkuang dan timun dan tauhu goreng



Ini rojak India...before di makan oleh Cik Abang
Ini pulak, jelly perasa blackcurrent yang Along dan Angah buat. Sedap jugak.


Baru kejap ni, Along bawak naik Chocolate Mud Cheesecake dia kebalcony atas. Siap with the pirings and air. Tak jumpa pulak lilin untuk Abah tiup. Angah pulak jumpa 2 lilin besar dan 1 lilin kecil. Jadiklaaa... So, the 5 of us (including Cik Abang) sang the Happy Birthday Song. Maya dah tidur dah at 8:45pm ( dia demam and furthermore, dia memang tido on time punye!), so there were the 5 of us only...

Sikit punya besar lilin tu...Tengok Angah punya kertas atas kek tu...tak ada seni langsung...tapi at least ada kan...
Sibuk Abah nak tiuo, sibuk lagi si bujang nak tiup!
Close up of the mud cake. Sedap. Very the chocolaty..
Terkoyak le diet....one slice of this, kena puasa the whole day besok! Kaw betul chocolate dia...Pandai dah anak mak buat cheese cake...Ok ler tu!
sedap aje bujang makan..
tersenyum2 mengkemam cheese cake!

Happy besday again sayang ku...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum


Sekitar peristiwa yang berlaku pada malam Raya dan hari Raya...berita bergambar sahaja... Besok maklang nak ke KL lagi sebab Along ada checkup lagi. Sehingga berjumpa lagi...(ada masa nanti maklang akan ceritakan...most likely lepas balik dari KL kot...Selamat bercuti!





























Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , , ,

Wednesday, November 28, 2007

Cuti2 November Part 2

Assalamualaikum...

Ni maklang sambung lagi percutian yang lepas.


23/11/07

Lepas dari IMAX, budak2 dah meragam, esp. si Ucop. Lapar agaknya. So, kami bawak semuanya pergi makan kat KFC kat tingkat paling bawah, sambil2 tunggu Alang tiba. Ucop memang mengamuk aje. Penat ke apa ke, tak tahulah pulak. Tantrum terus menerus. Last2 Cik Abang ambik dia and bawak jalan2 kat Cold Storage, Ucop kalau kena dengan Paklong dia, memang mati kutu. By then, Alang dah pun bersama2 kami.


Lepas dari situ, anak2 naik ke bilik. Maklang pulak temankan Alang nak belikan Uncle Jai birthday present. Uncle Jai dah 35 dah...Alhamdulillah..moga2 sihat selalu. Lepas tu Alang hentam menyopping entah apa2. Maklang ikut aje...


Sementara, kami membeli belah tu, Cik Abang dan Angah pulak temankan bibik sebab katanya nak jumpa sedara dia. Tapi lepas lebih sejam sedara dia tak tiba2. Apalagi, hanginlah Cik Abang saya. Sedara dia pulak tak talipon2. Mana tak geram...Sabar..sabar...Tapi kesian betul kat bibik. Memang dia berharap sangat nak jumpa sedara dia. Last2 tak jumpa. So, malam tu Bibik ikut Alang balik rumah dia sebab besok pagi2 kami nak bertolak ke JB!



24/11/07.


Sebenarnya, masa mula2 buat plan cuti ni, kami memang tak cadang nak balik Johor. Tapi malam sebelum kami bertolak ke KL, maam besar kat JB (Wanlah tu!) sudah talipon, kata kalau boleh baliklah ke JB untuk nak hadhiri wedding Nana, anak tunggal Tok Li. Lagipun Tok Li tu rapat dengan maklang sebab sedari kecik, Atok memang selalu bawak maklang ke rumah kawan baik dia ni. Masa Wan beritahu Tok Li yang kami tak balik, memang dia frust betul. So, untuk tidak menghampakan Tok Li, Cik Abang pun decided nak balik lah...


So, the next morning we left KL around 7:45am and reached JB about 11:00am. Macam terebang aje. So, dari sini bermulalah cerita bergambar lagi...



Mengantuklah sangat...Naik aje kereta..semuanya gone...Senang mak dan abah nak berbual...and aman damai!



Bujang mula2 payah jugak nak lelap, tapi akhirnya..senyap jugak. Kalau tak Abah dia kata macam BA*. Memang tak diam...kalah DJ kat radio!

Maya dah lama landing kat seat paling belakang!




Kami balik ke rumah Wan dulu. Lepas solat zohor baru kami ke rumah Tok Li. Semuanya pergi except for Alang's sebab mereka tak balik JB.



Ini dia gambar pengantin dari jarak dekat...







Maklang snap ni dari jauh untuk nak nampakkan the pelamin yang indah..




Alan sempat bergambar kat lauk pengantin!







Nasi beriani set. Memang sedap...





Bujang and Cik Abang tengah enjoy the food.




Atok and Wan sedondon...Maya posing aje...



Antara kuih dan buah pembasuh mulut...



Setakat ni dulu. Masa buat ni, internet jem...so terpaksa ada Part3! Gambar2 tak leh nak upload !





*BA ~ B*ntot Ayam

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Monday, November 26, 2007

Cuti2 November Part 1

Assalamualaikum....


Masih lengoh lagi pinggang ni. Penat duduk dalam kereta. Kalau bawak kereta tak taulah camana!

Sebelum cerita panjang, maklang nak ucapkan banyak2 terimakaseh pada yang memberi ucapan Anniversary dan mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga...Terimakaseh banyak2...Moga2 diperkenankan olehNya...InsyaAllah...


Kami tiba tadi pukul 6 lebih. Bertolak dari PJ lepas makan nasik daun pisang and hantar Ucop pada mummy dia, kami terus aje bertolak ke Kerteh. Tamat dah percutian kami. Cuma ke KL je. Anak2 nak main kat Cosmo Park di BTS. Seronok benar mereka. Maklang pulak bershopping bahan jahitan dengan Alang aje semalam. So, kat sini maklang buat cerita bergambar ajelaa eh...





22/11/07

Pagi Khamis tu kami bertolak lebihkurang pukul 9:30pagi. Kami singgah TNB sekejap sebab maklang nak hantar dokumen and nak bincang2 sikit dengan orang situ. Tapi bila kita sampai dia pulak tak ada. So, kami meneruskan perjalanan dan singgah makan nasik ayam yang bibik masakkan pagi tu. Makan kat tempat rehat Kuantan. Macam biasa, kalau anak2, mak dan bapak anak, makan memang berselera!
Ini dia nasik ayam...Terkena pulak ada leher ayam tu...Memang Cik abang tak minat, walaupun dah kawin..sebab dulu2 orang kata kalau makan leher ayam, nanti kawin sanding lentok!ye ke...
Tengok anak2 makan...berselera sekali...

Bujang duduk jauh2, takut orang mengecek ayam dia agaknya...
Wah....Maya kalau pasal bergambar...posing aje...

Kami tiba kat rumah Alang lebih kurang pukul 4 lebih sebab tersangkut kat jam kat bulatan Gombak jap.

Malam tu kami ke rumah Makteh. Makan2 macam biasalaa...makan free. And macam biasa macam2 makanan ada. Maklang tak sempat pulak nak ambik gambar nya... Mak teh siap belikan annivesary kek jugak. Coklat cheese cake. Sedaaaap.....TQ so much makteh!

Yang kelakar tu siap tiup2 lilin and nyanyi2 lagi...



Dan suap2 kek lagi...



















Maya and Pipa..macam kembar aje...sebab.....



.....bapak2 mereka pun cam kembar...Masa Hakim tengok gambar ni, dia kata...eh mak, Pak Teh ngan Abah macam sama aje...laaa...budak ni selama2 ni, dia tak perasan agaknya!



Masa memotong kek...





Anak2 tak sabar nak makan kek..tapi kek tu memang le sedap...berebut2 pulak tuh!


Tengok semangat Cik abang bukak hadiah dari Mak teh. Pipa yang tak sabar sangat tu!








Ini hadiah dari pak teh...from the land of Planteeh...entah apa ker namanya... Thanks..I collect fridge magnets...lain kali kalau ke mana2...jangan lupa ye...esp on 6th Dec. ni...

Ini hadiah dari makteh...Memang cantek sungguh. Tambah collection I...Corak dekat2 sama dengan sofa kat ruang tamu!



















23/11/07

Besok pulak, dari rumah Alang, maklang jalan2. dengan Cik Abang..kat town. Ada urusan sedikit. Anak2 tinggal ler kat rumah Alang sekejap....Lepas tu kami check in di BTS. Petang tak ada apa nak buat, kami ke IMAX. Tengok ler cerita Undersea ke haper nama dia. Sampai ngantok2 dibuatnya. Anak2 seronok tengok 3-D..

Ucop, Akim dan Maya






Along dan Angah before masuk kat Imax ...







Kelakar...macam nak gi snokerling aje...














To be continued....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,