Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, December 08, 2007

Berkat ...

Assalamualaikum...


I am back...in my home sweeeeeet home. Asyik pergi balik Kerteh - KL ni, lama keluar dari rumah, rindu betul kat rumah ni, especially kat katil kat rumah ni. Tak tahulah..maklang biasa memang rindu kat rumah.


Seronok pergi KL kali ni. Kami tiba kat KL lebih kurang 2:30 petang. Cepat pulak kali ni. Lepas maklang habis jumpa TNB, kami terus aje ke rumah Alang, no stop at all. Cuma berhenti isi minyak kereta aje.

Petang tu kami tak kemana. Maklang duduk rumah aje. Malam tu jahit2my RE and siaplah sedikit. Nasib baik bawak, kalau tak sure bosan! Mula2 kami cadang nak check-in tapi bila maklang call vendor tu dia kata bilik tu kena share dengan orang lain. Tak sangka pulak ada room sharing. Mana pulak nak letak Cik Abang dan anak2. Last2 kami deciced to just give the room to Shah and wife. Kalau tak mana pulak Shah nak letak wife dia.


So, malam Khamis tu, maklang, Cik Abang dan Alang bersiap nak hantar Atok dan Wan ke Kelana Jaya. Bertolak dari rumah Alang lebih kurang pukul 12:30pagi. Sebelum keluar rumah, Cik Abang azankan untuk kedua ibubapa kami yang tercinta. Tiba di Kelana Jaya, Wan dan Atok kena beratur untuk mendaftar diri dan dapat hadiah untuk jemaah. Kami menunggu sehingga 2:45pagi sebelum jemaah dapat masuk ke ruangan menunggu. Letihnya badan. Doa kami semoga Atok dan Wan selamat pergi dan balik dan mudah menunaikan ibadah haji dengan sesempurna mungkin dan dianugerahi dengan haji yang mabrur, Insya Allah...

Cik Abang tengah azankan jemaah2 yang sangt kami kasihi...



Keluar dari rumah Alang


Di kereta Atok...masih ada barang nak diisi dalam beg besar.





Wan semasa nak mendaftar dan mengambil hadiah buat jemaah

Atok mendaftar dibahagian lelaki


Semasa menunggu, di khemah menunggu



Lagi..maklang pun nak gak bergambar!

Wan sedang menarik beg purple masuk ke dewan...Atok berada di belakang.



Gambar Atok dari belakang, menuju ke dalam dewan menunggu. Wan berada di depan.


Bila tiba di rumah Alang , it was already 3:30am. Besoknya pulak kena attend symposium. Rasa malas betul nak pergi, tapi paksa jugak, sebab rasa rugi sebab dahlah ambik tempat kawan yang tak mahu pergi, ni tak nak pulak pergi. Bukan sebab apa, cuma mengantuk sangat rasanya sebab cuma tidur 3 jam aje. Maklang kalau tak cukup tidur ni, badan memang sakit2 laa...Pagi tu, maklang cuba aje call Atok mana tahu masih belum bertolak, sebab masa menunggu kat Kelana Jaya, ada announcement mengatakan yang kemungkinan ada flight delay. Cuba2 call tapi tak dapat. Rupa2nya Wan dah call Alang and beritahu yang flight mereka delay sehingga petang hari Khamis tu. Dan yang kelakar sekali, Wan dan Atok di hantar ke Sunway Resort Hotel...kat tempat maklang nak pergi untuk Symposium tu. What a coincident. Allah Maha Kaya! So, maklang dan Alang ke sana jumpa Wan dan Atok. Lepas aje maklang register nama kat Symposium tu, kami terus mencari Wan dan Atok di bilik mereka. Wan share ber3 satu bilik dan Atok pulak dibilik lain bersama dua jemaah lain. Sekejap dengan Wan dan Atok, maklang ke Sunway Pyramid nak attend the talks.


Dalam pada mencari bilik Wan, sempat jugak Alang berposing kat depan pokok Christmas. Rasa macam kat USA pulak...malah dekorasi melebihkan kat negeri omputih. Cantek betul..berwarna warni!


Sebelum tiba kat bilik Wan, maklang snap gambar batu seremban ni!

Ini makcik dari Dungun. Katanya datanglah ke kedai makan nya..Liz Corner kot, kat Dungun, semewhere dekat2 UiTM.


Wan posing kat bilik dia.


About 11:20am, Cik abang sms, kata dia and anak2 dah on the way nak jumpa Atok dan Wan kat Sunway Resort. About 11:30am maklang keluar sebentar untuk say our goodbyes. Bila tiba kat SR tu, Cik Abang with anak2 dan E-cop (Ucp bahasakan diri dia E-cop)dah ada kat sana. Sedang maklang nak ambik gambar Wan Atok dengan Cik Abang dan anak2, tiba2 datang seorang jemaah, kata nak tolong ambikkan gambar kami sekeluarga...rupa2nya Boss maklang...so, bergambar lah kami, dan sempat jugak maklang ambik gambar Boss dan isteri bersama Atok dan Wan. Dan kebetulan mereka pun akan menginap di rumah yang sama bersama Atok dan Wan. Bila Atok dan Wan di panggil untuk makan tengahari sebelum ke KLIA, Cik Abang dan anak2 pun keluar dan maklang pergi ke Symposium semula.
Gambar kami sekeluarga yang Boss maklang voluntarily snap kan. TQ Boss!



Ini pulak gambar Boss dan isteri bersama family kami.


Atok dan Wan nak gi makan dah...Selamat Jalan semuga mendapat haji yang mabrur!


Nak pulak posing kat pokok kale Biru di SR! Menarik lampu2 dan hiasannya!


Ni kat pokok merah di SP.

After the talk we had lunch. It was alrite and then maklang pi solat. Surprisingly the bilik sembahyang memang cantek. Tak sangka sebab selalunya bilik solat ni tersuruk aje, tapi kat SP ni memang class. Macam jakun sebab this is the first time maklang kat sini! Tengahari tu, maklang punyalah mengantuk, sampai tak boleh bukak mata. Paksalah jugak and sampai tersengguk2! Teruk betul! Then it was tea time again and then all of us were called in sebab ada Lucky Draw. Memang semua sttendees di galakkan untuk isi borang for every talk yang kita attend and that was what all of us did. Harapan nak dapat the lucky draw memang agak tipis sebab cuma ada 7 hadiah shaja for about 200 participants! Yang bestnya was yang dapat tu familiar faces aje! Dua dari hadiah dpat ke kawan2 maklang. Sebuah jam dan satu thumb drive. Dan by then kami memang tak ada harapan lah nak dapat. Dalam hati kata, tak apalah tak dapat sebab kalau dapat kena nak salam dengan lelaki! Tapi bila masa nak bagi hadiah grand price yang berupa sebuah I-pod Nano 8G dan house makeover worth RM5k, the Country Manager, seorang wanita yang bagi hadiah. Bila dia pick up the paper, the MC anounced..

" Wah....We have a lucky person from Terengganu!"

"Anybody from Terengganu?", dia tanya. Maklang malas lah nak angkat tangan sebab malas laah...

Then dia kata, " Dari RW! " Dup dap jantung maklang. Macam nak terkeluar dari dada maklang. Berdebar semacam dan bila maklang tengok kertas yang dia pegang tu memang macam kertas yang maklang submit tu. Renyok semacam sebab masa maklang isi form tu tak ada alas and masa dengar talks tu, tak persan benda tu dah renyok.

Then dia kata," Ada Ms H. kat sini?" Terus maklang bangun and rasa macam tak percaya rasanya. Maklang dapat grand prize! Dan its worth almost 6K! Tersenyum2 sampai nak pecah pipi ni rasanya! So, petang tu, maklang jadik star le kejap. Ada orang ambik gambar, ni nanti masuk kot kat bulletin Schneider tu...tunggulah nanti kalau maklang terima the bulletin...Syukur betul. The presenter explained yang mereka akan contact maklang untuk nak makeover the house ~ tukar the light switches and the DB including the MCBs etc! Rezeki betul! Berkat hantar orang ke Haji agaknya...Cik Abang kata..." Hati mau baik!" Syukur Alhamdulillah....

Sempat bergambar dengan kawan lama...( yang tengah) dan my officemate.Adalah dekat 15 tahun kot tak jumpa...And dia still kenal. Dia kata, I look the same. No change cuma maybe kecik sikit dari dolu2...Ye ke ni??




This is the gift. Nak compare I-pod baru (yang Along kata dia nak tu), dengan my hp..dan the sijil sekali untuk makeover.


Friday was also an exciting day. Maklang pergi ke KLCC jumpa kawan2 maklang. Cik abang was so sporting that he volunteered to take care of the kids while maklang with Alang dan Angah ke KLCC. Maka at around 12:3opm, maklang jumpa Nita lagi. And our mutual friend, Aini, our classmate since standard 2 dulu arrived kat Madam Kw@n. Just imagine, kami tak bertentang mata since 25 tahun dulu! Dan biasalah, bila dah jumpa tu, gamatlah...Update about diri sendiri and about all our friends. Alhamdulillah...

Dan bila bergambar, maklang rasa maklang nampak tua sangat....Sedihnya...Almaklum..orang dari kampung!


Ini Puan Nita.

Ini Aini. Nampak lain sedikit dari dolu2. Orang koporat lah katakan...


Dan kami bertiga...betapa bezanya ...dari kampung dan bandar! He..he..he...



Lepas dari situ kami ke bandar, nak beli sedikit barangan untuk jualan and we got stuck dalam jem. Dalam pukul 6:15 dari situ, and kami tercari2 tempat nak solat. Nasib baik teringat Masjid Wilayah dan terus ke sana.

Sempat jugak snap gambar masa tengah jem tu! Cantek2 pokok2 bunga ni





Lagi pokok2 bunga

Menggigil2 sebab dah nak dekat maghrib, bimbang tak sempat nak solat. Tak pernah rasa seteruk itu, berdebar semacam sebab kesuntukan masa! Kami berlari2 untuk ke ruangan wanita, dan alhamdulillah sempat bersolat lebihkurang 10 mins sebelum azan berkumandang. Kami tunggu sehingga maghrib dan sempat berjemaah...Sedap sungguh mendengar bacaan AlQuran oleh Imam Sudaish...rindu rasanya ke MasjidilHaram...moga2 kami dipanggil ke rumah Allah lagi InsyaAllah....


Sempat posing sementara menunggu waktu Maghrib

Minah Over yang mengekor maklang dari tengahari...tersenyum simpol!

Lepas solat kami balik and Alang ke locum dia. Maklang balik, makan and then terus kemas2 untuk nak balik JB. Tidur pun lewat dalam 1:30pagi sebab dok berbual dengan Alang sambil tengok2 barang2 yang dibeli siang tadi!

Antara barangan yang di beli.

Geram punya pasal, remote control Astro kat rumah ni dah terok semuanya. Maklang borong 6 bijik sekali! Dan hadiahkan kat Cik Abang sebab tolong tengokkan anak2!


Dan seperti biasa, sebelum kami pulang ke Kerteh pagi tadi, kami singgah membedal thosei lagi....

Maya dan Hakim sempat jugak nak makan mee goreng mamak.



Beriya mereka makan. Yang kelakar siMaya, dah menangis dulu mula2 nya ...padahal, Abah suruh duduk dalam aje. Langsung hot dan nangis. Yang sebenarnya perut dah lapar sangatlah tu!


Penuh konsentrasi...thosei keping yang keberapa lah tu...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

19 Comments:

At Saturday, December 08, 2007 9:36:00 PM, Blogger Kak Elle said...

First of all tahniah maklang dapat top prize tu...rezeki anak2 dan cik abg..

mudah2an atok dan wan selamat semua nya di sana..insya'allah

cantik rumah alang nanti gi KL bolih lah singgah kan?Alang kalau baca ni angguk ye...yessss!!!hahaha

 
At Sunday, December 09, 2007 12:03:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Serunutnye tgk org gi aji kan,moga lepas ni giliran sy pulak :).
Moga atok n wan dianugerahi haji mabrur.
wahh...sungguh murah rezki maklang ek!
Betul tu sis elle,cantik ek umah alang.
maklang....kg2 pun maklang power per...blogger gitu,bak kata paklang 'ati mau baik'!xde bezanye kg@bandar...rezki di mana2 kan maklang...

 
At Sunday, December 09, 2007 12:10:00 AM, Blogger KakNi said...

MakLang, panjangnya entry ni...

Tahniah pada Mak Lang sebab dapat grand prize.

Semoga parent MakLang dapat haji mabrur.

 
At Sunday, December 09, 2007 4:13:00 AM, Blogger Queen Of The House said...

Aduh Mak Lang, banyaknya activity semasa di KL ... baca pun dah penat!

Semoga atok & wan mendapat haji mabrur.

Rezeki you murahlah .... dapat grand prize!

 
At Sunday, December 09, 2007 10:56:00 AM, Blogger Mulan said...

wallaaaa dapat grand prize..!! tahniah maklang, tahniah..!!

alaaa maklang, yg penting hati kita, bukan paras rupa..

eeiiyyy tak sabar nak makan tosei tu la..

 
At Sunday, December 09, 2007 1:44:00 PM, Blogger simah said...

mak lang tak larat nak baca semua... panjang betullllllllll!! will come back later to re read..

semoga mak n pak akak selamat pergi dan selamat pulang...love the photos.. n thanks 4 the sms...

 
At Sunday, December 09, 2007 5:02:00 PM, Blogger Ajzie said...

Tahniah utk MakLang..

Mak Lang..
Tak kira lah dari bandar ke atau dari kampung kan.. janji hati mahu baik mcm Pak Lang ckp tuh... Mak Lang tetap muda di hati..

 
At Sunday, December 09, 2007 5:28:00 PM, Blogger IKHWANI said...

dapat grand prize? alhamdulillah, itulah rezeki - memang tak kemana2 kalau dah mmg hak kita.

insyaAllah semoga atok dan wan dapat haji mabrur.

 
At Sunday, December 09, 2007 6:15:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

waaaa kak lina...menang ipod nano..makan hati la along....

itu makeover best nyerrr....congratulations mak lang...

 
At Sunday, December 09, 2007 10:25:00 PM, Blogger arsaili said...

salam moga mendapat haji yg mabrur...maklang bila lagi

 
At Monday, December 10, 2007 2:04:00 AM, Blogger demonsinme said...

Ibunda ML:

Tahniah tahniah and welkom home. Gambor makanan lain daripada daun pisang tu takde ke...

ANOHER gift from my latest entry, but, this time it comes with a wish - that some one could give it a good tune and make it a good song so it could be sang as a gift to all the love ones of the people who want to make it as a gift.

MORNING

I opened my eyes this morning,
I felt how fast my heart keep beating,
I know that the lights are not lying,
When it shine on your face my darling...

I hope there'll no ending,
to this beautiful sight I'm seeing,
coz I fear the yearning that is coming,
when I hear what the strings are playing...

Darling can you hear me wondering,
wheather my life has any meaning,
if open my eyes this morning,
and see that only the pillows I'm hugging...

And darling can you see me crying,
in my prayers for every evening,
hope the god forgive my sinning,
and let me wake beside you again my darling..

Coz I hate to wait for that morning,
and realise its you I'm missing,
as it would make my life have no meaning,
when you are not there to share my feelings.

 
At Monday, December 10, 2007 6:52:00 AM, Blogger D said...

seronok nampak! mak lang nak nampak muda tak boleh pakai title 'mak' kot... Aunty Lang camane? Dulu D memang ingat Mak Lang ni tua la sket, bila tengok gambar, terkejut - muda rupanya! *gurau je yea*

 
At Monday, December 10, 2007 7:33:00 AM, Blogger Norabella said...

Tahniah Mak Lang! Semoga Atok & Wan mendapat Haji yang mabrur, insyaallah.

 
At Monday, December 10, 2007 9:04:00 AM, Blogger zino said...

semuga tok dan wan selamat di tanah suci.. amin..

tosei atas daun pisang.. aduhh enak tu..

 
At Monday, December 10, 2007 9:36:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

rezeki anak2 dan cik abang aje ke? Rezeki maklang mana???he..he..he...

Nanti kalau ke KL bolehlah ke rumah Alang.. Insyaallah...Wan dan Atok OK, semalam baru sms!

Tulipurple:

Alhamdulillah atas rezeki dari Allah..

Terimakaseh kerana mendoakan kesejahteraan Wan dan Atok.

Ahni:

Panjang sebab nak cover activity 4 hari..he..he..

InsyaAllah, Atok dan Wan dapat haji mabrur...


Queen:

Memang penat. Seme nak buat dalam masa 4 hari. Lepas tu tak cukup tidur pulak tu.

Alhamdulillah rezeki yang Allah beri:)

TQ kerana doakan Atok dan Wan.

 
At Monday, December 10, 2007 9:53:00 AM, Anonymous Anonymous said...

wah tahniah dapat grand prize. Itu clipsal siis cantik.Dulu ada ingat nak beli tapi tak jadi sebab mahal.

 
At Monday, December 10, 2007 11:40:00 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

wah..penuh xtiviti mak lang...x kira lah dr bandar ke atau kg,janji erti persahabatan tu di hargai,betul x maklang?

 
At Monday, December 10, 2007 6:14:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Congrat Mak Lang, dapat grand prize lagi, itu rezeki Mak Lang lah, bolehlah tengok nanti ya, dpt tengok pun jadilah, nak beli, tak mampu.

 
At Tuesday, December 11, 2007 11:38:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Tahniah, murah rezeki maklang. Tahniah juga utk atok dan wan kerana akan ke tanah suci makkah..
Satu lagi, mana ada kg dan bandar maklang.. sumer sama saja.. cuma kekadang tu bila tak bertudung nampak muda skit. Kita pun nampak muda di mata cikabg kat dlm rumah..

 

Post a Comment

<< Home