Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, August 28, 2006

Makan ubat

Dah cuti seminggu dan dah puas merendam diri dalam ‘simming’ pool tu, semuanya pakat demam. Mula2 Hakim demam. Tonsil bengkak. Lepas tu Dhirah mula sakit2 badan. Maklang pulak kena selsema and mula nak batuk2 (nasib baik my Dr. in the House – Cik Abang le tu… dah bagi ubat Clarenese tu ). Hari Khamis tu, Maya dengan Angah pulak macam nak demam. Sampai hari ni Maya masih tak sihat dan Hakim masih batuk sikit2.


Kalau time anak2 demam dan tak sihat ni, memang maklang susah hati. Biasa kalau Hakim demam memanglah tempat tidur dia kat between mak dan Abah dia. Punyalah sempit. Yang tak tahan tu dia tidur melintang, samada kaki kat mak, kepala kat Abah atau sebaliknya. Tapi paling tak tahan ialah bila nak bagi makan ubat.


Bab makan ubat ni, yang payah sekali nak makan ubat bukan yang kecik2 ni. Yang paling tua sekali tu. Ya Alllah….payah nya dia. Nak2 masa kecik2 dulu. Bila nak suap ubat kena ada 2 orang bersama dia. Seorang pegang tangan dan kaki, dan seorang lagi tukang suap sambil tutup hidung dia dan hembuskan. Macam2 teknik kami dapat. Mintak pendapat kawan2 dan Atok Wan. Kadang2 tu bila ubat dah masuk kat mulut dia, boleh dia nganga dan biar ubat tu dalam mulut dia dekat ½ jam. Siap bunyi macam orang tengah gurgle lagi! Kelakar si Along tu. Sampai umur dia 8 tahun, kalau nak makan ubat, siap kena pukul lagi. Le ni, kalau makan ubat, nak yang pills aje. Kalau ubat syrup tak nak. Geli tekak agaknya.



Sekarang ni Hakim pulak. Payah nya lah nak makan ubat. Baru2 ni dia susah nak makan antibiotic dia. Bau tak sedap dia kata. Abah dia sampai bagi teknik macamana nak makan. Mula2 bagi dia 2-3 sudu air, lepas tu suruh picit hidung. Lepas tu Abah pun suap ubat. Hakim telan cepat2 dan tundukkan kepala. Lepas tu baru minum air. Senang aje. So, 2-3 hari ni sebelum ubat tu nak habis, dia gunalah teknik tu. Tapi kalau suap ubat, Abah dia suaplah paling senang. Sebabnya kalau tak makan kang, dengar suara Abah aje, dia dah boleh hujan. Kalau mak or Kaklong dia yang suap banyak betul songeh dia. Entah ikut siapalah takut makan ubat tu. Mak, Abah, Atok & Wan semuanya kalau telan ubat tak kisah pun.



Agaknya ikut arwah moyang dia kot. Moyang dulu kalau makan ubat memang macam2 kena standby. Bila nak telan ubat, mesti ada nasi sekepal sebelah ubat tu, kalau tak pun pisang untuk nak makan lepas ubat tu masuk kat mulut dia. Kakak Titin (pembantu rumah dulu) pun lebihkurang moyang jugak. Kami selalu gelakkan kakak masa tu…kadang2 rasa rindu jugak kat kakak ni….



Alhamdulillah Angah dan Maya tang makan ubat ni, no problem. Cool aje....ikut Abah dia lah tu..........



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

15 Comments:

At Monday, August 28, 2006 10:30:00 AM, Anonymous Anonymous said...

kuss semangat demam lagi.. adoi tensionnya ML

 
At Monday, August 28, 2006 12:02:00 PM, Blogger IKHWANI said...

semoga cepat-cepat sihat anak2 tu..kat rumah ni si kecit tu batuk2 sikit, kita pon ada gak rasa pahit2 tekak ni..

kat rumah tu Alhamdulillah anak2 tak susah makan ubat, depa tadah je mulut yang susah, Ummi depa ni ha! susu segelas lah, sat lagi buah lah. in the end ubat tak termakan jugak!

 
At Monday, August 28, 2006 5:10:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

moga semuanya cepat sihat.

alhamdulillah, anak2 saya semua ok makan ubat, siap nganga besor2 lagi mulut depa. alia dulu paling susah, asyik kena kepit aje.tp satu hari terkejut sbb dia bukak mulut besor2 nak makan ubat.hehe.agaknya dia dah serik kena kepit time nak makan ubat.si Aiman, blh merajuk kalua org lain makan ubat, dia tak makan. si Huda, volunteer nak makan ubat bila tak sihat sikit.

untungnya maklang sbb paklang rajin packing makanan..tak lah susah..

 
At Monday, August 28, 2006 8:32:00 PM, Anonymous Anonymous said...

kesian semue sakit .... padan Dhirah tak email..harap mereka akan sembuh soon.ML kat sini ade my niece si Adrianna kalau nak bagi die ubat bolih gaduh:)

 
At Monday, August 28, 2006 10:37:00 PM, Blogger Izhal said...

semoga lepas ni semua genki :) AMIN...

 
At Tuesday, August 29, 2006 6:45:00 AM, Blogger simah said...

semoga mak lang anak beranak cepat sembuh...

 
At Tuesday, August 29, 2006 7:30:00 AM, Blogger maklang said...

EL:

Biasalah tu...lepas enjoy sesangat sure demam! Tapi dah beransur pulih, Alhamdulillah.


Onde:

Budak2 ni ikut angin, kalau angin OK tak payah suruh makan, mintak lagi ada...

Syikin:

Tak pelah susah2 masa kecik, harap2 dah besar senang, InsyaAllah...


Kak Elle:

Dhirah sibuklah le ni, dia dah sekolah balik. Sibuk deng portfolio family...


Izhal:

Kalau dah genki, ML pun mula pening semula!


Simah:

TQ...Bilalah I nak meronda seantero dunia, lama tak melawat blog kenkawan....sibuk sangat!

 
At Tuesday, August 29, 2006 9:15:00 AM, Blogger Sherin de Souza said...

maklang, mmg susah hati kita kalau anak-anak sakit. Insyaallah ok la tu. take care maklang

 
At Tuesday, August 29, 2006 11:06:00 AM, Blogger aNIe said...

Bukan Hakim aje...anak akak si Fareez ni kalau nak makan ubat...ya Allah macam nak kene sembelih...kene pegang sampai 2-3 orang...tapi last2 dia muntahkan jugak....payah betul

 
At Tuesday, August 29, 2006 4:00:00 PM, Anonymous Anonymous said...

auntie elle, dhirah mane ade kene netsu. jarang on da skang. penat la balik sekolah. cuti pun kekadang malas nak on sebab kerje rumah menggunung tunggu utk disiapkan.

nak wat camne? along memang x ske makan ubat!! ubat taste like mud!! yuck (afiqa's style)!!

 
At Tuesday, August 29, 2006 8:18:00 PM, Blogger Count Byron said...

Makan ubat tu nak.. :)
Maklang.. u never come home to J? hope to meet up on your next homecoming trip..

 
At Tuesday, August 29, 2006 10:48:00 PM, Blogger zino said...

bzby zino satu masa dulu susah jugak makan ubat..macam nak perang bila suruh makan ubat..

tapi sekarang ni ok pulak.. dia pulak yg ingatkan kita.. kalau lambat makan hehe

 
At Wednesday, August 30, 2006 8:31:00 AM, Blogger maklang said...

Sherin:


Memang perasaan ibu memang cam tu....


Kak Lady:

Janganlah sampai nak sembelih!. Parah dah tu...


Dhir:


Sibuk aje...tapi cerita Cina petang2 tu, mesti tak miss kan...sibuk apa tu????


Count:

InsyaAllah, Raya ni kami balaik before weekend before Raya tu, Count masih kat JB ke? Bolehlah kami singgah!!!


Zino:

Sure baby kena pegang perisai! Nak perang lah katakan...

 
At Wednesday, August 30, 2006 6:23:00 PM, Blogger Count Byron said...

Fortunately this year, we will be raya-ing in JB cos my daughter in law will be delivering her first near raya time.. so as proud grand-parents.. and a doting dad&mom-in-laws we opt to stay home to look after mom and baby..
Yes.. we should be able to meet up ok ML?

 
At Thursday, August 31, 2006 8:20:00 AM, Blogger maklang said...

Count...

InsyaAllah...InsyaAllah kita jumpa, kami yang ke UTM ke atau Count nak datang ke my parents, either way will do...BEST ni...

 

Post a Comment

<< Home