Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, April 17, 2007

Masak2 dan Langsir

Satu dua hari ni macam dah tak ada mood nak berblog. Malas sangat. Entah kenapa. Tapi kak elle kata jangan berhenti laa...so sementara nengok Tv ni boleh lah nak merepek sat.


Pagi semalam entah angin apa yang datang maklang sempat lah buat nasi kerabu. Lama tak makan nasi kerabu. Lama jugak tak beli kat pasar tani. Malam tu sebelum tidur, dah mintak bibik tolong kukuskan ikan kembong seekor. Berangan nak buat solok lada. Biasanya pergi beli aje solok lada tu. Kebetulan masa ke pasar malam last Saturday, ada pulak lada hijau warna hijau muda, yang digunakan untuk buat solok lada tu. Dah siap cari dalam internet resepi dia, and lepas tu confirm ngan Wan. Kiranya Oklah, sempatlah buat dalam sepuluh biji lada. Siap2 tu, maklang bakar ikan kembong seekor lagi. Hiris bawang merah, serai, lada merah and then tumbuk ikan kembong tu. Dah lumat, campurkan dengan kelapa yang dah diblend. Gorengkan semua bahan tadi sampai kelapa tu ringan. Jangan lupa letak garam pulak.


Lepas tu tumiskan kuah dia. Tumis bawang putih, bawang merah, serai, belacan dan lada kering yang dah diblend dan goreng sehingga gareng. Bila dah naik minyak, letakkan santan dan masak samapi agak pekat. Masukkan asam keping and then masukkan garam dan sedikit gula...Siap dah kuah nasi kerabu.

Untuk ulam2an dia maklang hiriskan kacang panjang, daun kesum yang petik kat belakang rumah tu dan timun. Lepas tu mintak bibik goengkan ikan kembong dan rebus telur masin. Siap dah untuk makan tengahari. Tapi tengahari tu frust jugak lah sebab Cik Abang dah makan kat sekolah sebab ada perasmian anak angkat...Last2 bawak sikit ke opis untuk kawan2, tapi tinggalkan sikitlah untuk makan malam. Maklang rasa nasi kerabu tu macam tak sedap, tapi Cik Abang kata sedap...entahlah, kot2 nak ambik hati agaknya. Kesian kat isteri yang kelam kabut memasak pagi tu...


Hari ni pulak masak ikan tenggiri masak kari. Kari ni memang tak guna santan. Lepas tu goreng tahu lembut with lada hitam with tomato and mushroom. Tak ada apa sangat pun. Bibik tinggal gorengkan kangkung aje...


Kat opis tok sah cerita sebab masih macam biasa. Kelam kabut aje. Hari ni package keluar dah. Lega satu perkara.

Balik opis tadi, maklang terus aje balik rumah. Tak ada pun nak menyinggah kat pasar malam. Dapatlah save duit. Kalau ke pasar malam sure terbang $$$$$. Tengok baju RM5 nak, tengok ikan fresh pun rasa nak beli and tengok anggerik bebanyak, pun nak. So, senang sekali jangan pergi. Lebih baik balik rumah, naik threadmill tu...Dapat lah exercise sikit.


Petang tadi Cik Abang ajak gunting kain langsir tu. Alhamdulillah gunting separuh before maghrib tadi and sambung pulak lepas Isyak tadi. Dah siap dah semuanya...Ni bolehlah tengok TV sambil update-update ni...

Ni sebahagian dari kain langsir yang nak di gunting
Cik Abang guna entah apakebenda ni untuk nak ambil height from ceiling to the floor punya measurement. Laboh jugaklaa...About 11 kaki 3 inici. So, gunting 141 inches
Ni kain langsir yang dah siap gunting before maghrib tadi...
Ni langsir 18 keping untuk ruang TV baru tu c/w valence dan jugak langsir kat kawasan tengah rumah 6 pieces with valence dia.

Sure lepas ni kena chase ( dengan Cik Abang) bila pulak maklang nak siapkan the langsirs...


Besok Datok nak datang sini. Maklong dan Paklong nak anta anak dia ke Dungun so nanti they all singgah sinilah sekali...Selamat datang Datok... :)


Good nite semua....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

20 Comments:

At Tuesday, April 17, 2007 10:58:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

nie yg susah nie..terliuq jer kalau masuk sinihh...

eeeiihh..nie yg jelez nie boleh pakai baju 5 hinggit...uba jgn harap laa..takder size..:(

 
At Tuesday, April 17, 2007 11:02:00 PM, Blogger zino said...

teringat lansir tak tukar lagi.. mem kata nak tempah dengan jiran sebelah..

nasib baik ke bukan maklang jiran zino tu hehe

 
At Wednesday, April 18, 2007 6:18:00 AM, Blogger Kak Elle said...

banyak nya langsir yg nak di jahit.Rajin paklang tolong gunting.
Maklang I tak pernah tengok or rasa nasi gerabu agak tak tau makan pun.

 
At Wednesday, April 18, 2007 1:02:00 PM, Blogger silversarina said...

Ehmm sedap jugak nasi kerabu tu, dulu selalu beli je kalau teringin nak makan tapi senang jugak nak buatnya..boleh jugak try ni...tq bagi idea .

 
At Wednesday, April 18, 2007 1:23:00 PM, Blogger aNIe said...

Kak lady memang suka nasi kerabu...lebih2 lagi kalau banyak ulam dia...dan kelapa goreng tu sedap...boleh tambah2...

Banyaknya langsir nak jahit...nampak aje bertindan2 tu dah rasa penat dah...

 
At Wednesday, April 18, 2007 4:17:00 PM, Blogger Mulan said...

harap2 bila balik nanti hubby dapat posting pi kerteh. memang mulan akan menenggek & order semua kat maklang nanti. sulam baju ke, jahit langsir ke, masak2 ke...

tengok maklang buat semua macam petik jari je.. terer la maklang..!!

 
At Wednesday, April 18, 2007 4:28:00 PM, Blogger Nong said...

Langsir kat rumah tu pakai buang je. Hari tu nak cuba basuh, koyak rabak. Rupa2 nye dah reput....

Masa dulu2 pandai jahit sendiri langsir. Sekarang ni dah tak ada skill.

 
At Wednesday, April 18, 2007 4:33:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Berapa banyak tingkap kat mansion Mak lang ni? Hehehe, memang banyak tu nak jahit.

Na kerabu .... yummy. Nasi goreng kerabu pun sedap juga kan?

 
At Wednesday, April 18, 2007 8:27:00 PM, Blogger maklang said...

UBA:

HA..ha...jangan tertipu, baju yang RM5.00 tu sebenatnya baju yang reject!. Size orang putih..kalau maklang muat, awak lagilah muat!

Zino:

Kalau maklang jiran sebelah, bolehlah tempah ngan maklang kan!


kak elle:

paklang memang rajin tolong. tadi pai dia kata, dia nak tolong jahit lagi...

nasi kerabu tu, nanti kalau kak elle datang sini, maklang belanja lah nanti!

 
At Wednesday, April 18, 2007 8:30:00 PM, Blogger maklang said...

LJ:

Kalau nasi kerabu yang jual kat pasar tani kat Kerteh ni, yang dijual oleh seorang kakak tu memang sedap. Dia kata dia asal dari Kemaman.


kak lady:

meman sedapkan...maklang memang suka nasi kerabu tapi takleh makan selalu, kembang kah jawabnya...

Kalau nak tolong jahit Ok gak kak. Hubby dah balik, ni kurang lah kerja...


Mulan:

Ok gak kan kalau dapat posting kat Kerteh..nanti kita bolehlah jumpa!

 
At Wednesday, April 18, 2007 8:33:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Nong:

Maklang pun tak tahu jahit langsir yang pelik2 tu...Jahit straight aje...

Kalau pakai buang ni tak mampulah maklang...

QOTH:

Rumah biasa aje, tapi banyak na tingkapnya. Plus area yang baru extend tu, semuanya terdiri dari tingkap. Kalau tak letak langsir tebal, panasnya ya amat.

 
At Wednesday, April 18, 2007 9:21:00 PM, Blogger KakNi said...

Nasi kerabu utara dengan nasi kerabu pantai timur tak sama. Saya suka kedua-duanya, cuma nasi kerabu utara memang susah nak cari area KL, kat kpg saya pun masa bulan puasa aje ramai orang jual.

Wowwwww... banyak tu nak jahit maklang....

p/s gambar yang baru ni gambar quilt, pandangan tepi seorang gadis memegang bunga warna kuning

 
At Wednesday, April 18, 2007 9:46:00 PM, Blogger KakNi said...

Maklang, blogrolling tu selalunya dia ok, kdg2 aje dia x ok. Bila dia x ok tu kan, blog dah update pun dia tak tunjuk tanda.

Lepas tu ada sesetengah blog tu memang tak keluar tanda langsung walaupun update hari2.

Saya nak beritahu le awal2.

 
At Thursday, April 19, 2007 9:56:00 AM, Blogger NBK466 said...

Ish...cepatnya tukaq langsir..raya lambat laie..he.he.he... Sampai 18 keping tuh...langsir rumah ker dewan MLang?

 
At Thursday, April 19, 2007 11:06:00 AM, Blogger Intan said...

oh, maklang, i paling bercinta kalau kena jahit curtain!!! Good luck to you!

 
At Thursday, April 19, 2007 12:53:00 PM, Blogger Sya said...

sedapnya nasi kerabu... very very the favourite tu.. tenguk langsir mak lang teringat jahitan kat rumah he he he yg dah berzaman tertangguh

 
At Thursday, April 19, 2007 2:41:00 PM, Blogger simah said...

wah...nasik kerabu..ikan itu..ikan ini.. best semua tu..

anak anak mak lang kalau makan diaorang memilih tak? ker semua yg ada atas meja diaorang tibai?

 
At Thursday, April 19, 2007 4:15:00 PM, Blogger Izariza said...

Mak Lang,
Langsir rumah saya dah masuk tiga tahun tak bertukar uwaaaaa!!

 
At Thursday, April 19, 2007 6:32:00 PM, Blogger maklang said...

ahni:

maklang tak pernah rasa nasi kerabu utagha...camana ek...

maklang ni pun belajar2 aje buat tu. Arwah nenek memang biasa buat kerabu kelantan, lepas tu mak maklang pulak....kira ni resepi turun temurun laa...

maklang ada masuk kat blogrolling semalam tapi sat aje, nantilah bila ada masa maklang pergi kat situ lagi...entah bilalah nak buat tu...

nbk466:

tu bukan ganti langsir, tu nak buat langsir untuk extension rumah tu...kalau tak tak kosa den nak gante... :)


kak intan:

langsir tu Cik Abang yang semangat nak tolong jahitkan...legalah sikit!

 
At Thursday, April 19, 2007 6:35:00 PM, Blogger maklang said...

sya:

ha...tulaaa...tak tahulah berapa lama langsir tu nak bertenggek atas kosi tu...tengok moodlah bila nak jahit. Sekarang tengah big capital M!!

simah:

memang best kat sini. ikan fresh2 belaka....nanti balik malaysia boleh singgah sini, OK.

anak2 maklang ni kalau kita masak dia tak berkenan, dia orang akan masak sendiri. tang makan tak payah worry..tengoklah body memasin!

Izariza:

Tak pe...nanti ada masa, pergilah beli yang baru!

 

Post a Comment

<< Home