Orkid dan Muffin.
Assalamualaikum...............
Tengah tengok Heroes ni sebenarnya.....Sambil2 tu nak updatelah ni. Sekarang dah faham sikit2 cerita yang a bit confusing ni.
Hari ni satu benda tak menjadi. Pepagi tadi dah ikut Cik Abang pergi ke Kuantan. Time to service the car again. Kira Oklah, after 2 years kereta tu baru hit 35000km. Kali ni si tembam kecik tu ikut. Malam tadi merajuk dengan dia sebab dia berkeras nak tidur bilik maklang. Buat2 merajuk and maklang lari tidur kat bilik Angah. Sebenarnya dia tu bila dah tidur memanglah tak sedar apa2 pun. Masa nak lelapkan mata aje nak peluk2 lepas tu habis dia tendangnya kita. So, malam tadi dia enjoylah tidur kat bilik mak dia without mak!
Macamana hot pun kat dia, bila tengok pipi dia yang tembam tu tak sampai hati nak hot. Geram tengok pipi dia mesti nak cium punya. Kami bertolak dari Kerteh agak lewat, hampir pukul 8:00pagi. Cik Abang dah makan nasi lemak yang bibik masak. Sambal sotong coklat tu maklang dah masakkan petang semalam. Ingatkan masak dah banyak, tapi bila tengok pagi tadi dah tinggal sikit. Rupa2nya malam tadi Angah dah makan dengan roti. Ustadz pun makan banyak masa maklang hidangkan kat dia petang semalam. Dia kata sedap...Kembang2 hidung I kena puji. So, maklang bekalkan sikit buat Ustadz bawak balik sebab nampak dia berselera sangat makan sambal tu. Bila tengok sambal tu dah tinggal sikit,mintak bibik masakkan lagi sambal tu. Maklang tadi, siap bungkuskan nasi lemak dalam daun pisang dan kami makan dalam kereta. Berselera kami makan.
Tiba Kuantan dalam 9:15pagi. Kereta tu siap dalam pukul 11:00pagi. On the way balik tu kami singgah kat nursery yang kami dah lalu pagi tu. Maklang dah tergoda dengan orkid kat nursery tu, cantek2 betul. Geram. Masa nak ambil duit tu siap kena sound dengan bujang ...
"Mak, kata tadi tak ada duit. Mak nak beli bunga boleh. Hakim nak beli meinan tak boleh!". Blueekkk...Terjelir lidah dia. Abah dia senyum aje. Dia hot sebab maklang tak nak belikan dia kereta mini yang ada kat kedai letrik tu. Barang redemption. Harga dekat 3oo kot!. Budak bertuah tu demanding betul!
Last2 mak dia buat donno je and go ahead aje beli anggerik2 tu. Lepas tu mengangkut 6 pasu. Bawak pulak kereta kecik. So, tak muatlah bila dah susun semuanya kat celah seat belakang tu. Apalagi, terpaksalah meriba sibujang tu all the way to Kerteh. Lengoh2 lah kaki. Nasib baik masih boleh jalan lagi bila tiba kat rumah.
Petang tadi. Angah sempat buatkan muffin. Dapatlah 10 biji dari 500gm muffin mix yang dah beli last week tu. Pandai jugaklah dia buatkan. Dia pesan suruh ambik gambar muffin tu and letak kat blog ni. Kesian bebudak, tak dapat nak makan dulu sebab camera tak ada battery, lepas tu nak minta phone Abah, abah tengah tidur. Dah petang jugaklah baru dapat makan.
So, ni dia gambar muffin dan gambar orkid tu. ...
Hakim tengah makan baulu masa tengah tunggu Cik Abang solat Jumaat kat Masjid Semambu
Sempat jugak ambik gambar orkid, sambil tunggu Cik Abang. Kat sini tak kelihatan semuanya...
Ni gambar muffin ...lepas puas tunggu laaaamaaaa sangat untuk nak ambik phone dari Abah yang sedang tidur!
Ni gambar muffin lagi berbackgroundkan Cik Abang yang baru bangun dari tidur..
Cik Abang dengan bebudak tengah kemas rumah. Hangin rajin datang kot. Cik Abang tengah nak pasang shelves yang beli kat IK3A hari tu....
Besok pagi kena keluar awal lagi. Ada PIBG. Deputy YDP memang kena hadirlahkan. Besok PIBG tu, siapa yang datang awal, akan ada chance masuk nama untuk cabutan bertuah. Hadiah dia RM 500 and 3 x RM 100. Siapa2 stay sampai petang boleh dapat sekaki payung seorang......
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Hobi
12 Comments:
Tadi pagi I chat ngan Dhirah kata kat dia nanti kalau aunty dtg bolih masak kan dia black pepper beef tu tapi kat dapur mak lah...haha
wah blanja orchid lagi...pandai angah buat muffin...kalau gitu dah bolih kawin tu maklang...ooopps lupa habiskan sekolah dulu kan?
orchid kat sini maklang, mak ooiii cantik2, besar2 & colorful bunga dia. baja free kan. tp takleh bwk balik. susah sbb kena kuarantin.
baca n3 maklang ni rasa macam ada kat ktn je, syahdu rasa. rindu betul tanah tumpah darah. lahir, belajar, keje, kawin, menetap situ..
Mak Lang, kat ofis Nora ada gambar orkid yang ditanam oleh bos & yang disewa dari nursery untuk CEO. Nanti Nora ambil gambar. Cantik tau!
Orkid yang ML beli tu pun sungguh menarik. Wah Angah dah pandai buat muffin lah...Keep it up! Macam sedap nampaknya.
budak kecik ada je idea nak dapatkan apa yang dia nak..yelah pulak , nak beli mainan tak de duit, beli orkid ada pulak.... otak ligat berpusing :P
Wah PIBG Rantau poket penuh..datang meeting pun dapat doorgift... keep it up !!
dulu masa alang kecik2 kalau kata tak ada duit senang je dia jawab..
"abah tak payah bayar abah sain je!! " he he..
kak elle:
Kalau nak datang masak, silakan lah...
Angah memang suka memasak. Dah banyak jugak benda dia dah boleh masak.
Mulan:
Ciptaan Allah ni memang cantek semuanya...
Oh kat sana baja free eh? Kalau tak boleh bawak bunga balik, bawa baja Ok dah!
nora:
sekarang ni tengah mabuk orchid. ambiklah gambar dia, maklang nak tengok jugak...
muffin tu memang sedap. Mix dia beli kat Kuantan.
LJ:
Kalau Hakim tu memamng banyak aje idea dia. Tapi kalau pandai pujuk, no problem.
SKRP OKlaa.... Door gift tu pun untuk nak attract orang supaya datang
zino:
Kalau main sign je, pengsan bila cukup bulan nak bayar bil.
aiyoo...lamer tak jenguk..masuk ajer..sudah ader makan..sodapnyer..
wahh..ML pun tgk heroes kerr..
UBA:
Maaak ooooiiiiii....lama nya tak nampak!!!
OK tak ni? rindu, lama tak dengar cerita. MAsuk jugak kat tempat awak, tapi tak nampak bayang! Ni dah update lom???
mak aiii cantiknya orkid..tadi masa morning walk ada gak nampak orkid kat dalam pagar rumah orang..cantik sangat! nak bela sendiri..tak laluuuu..
OO:
orkid tu bibik and pak omar yang rajin jaga....maklang usap2 aje and tengok. lepas tu belikan baja...he..he...
mak lang...cakap pada anagh, ni ada chef diva in the making tu!
maklang pangku hakim all the way? adoi!
chef diva...tak tau lah tu...hangin je...
aha...pangku Hakim all the way...jem sat tulang kaki ku...
Post a Comment
<< Home