Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, April 02, 2007

Family Day 2007

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah....segala masalah dengan Bro Id InsyaAllah dah selesai. Maklang berdoa tak adalah orang nak buat fitnah dan nak melagakan antara bloggers lagi. Ni peringat untuk sendiri dan kawan2 semua sebab memfitnah itu adalah salah satu daripada dosa2 besar. Anak maklang yang baru sebelas tahun tu pun tahu dosa memfitnah ni.


Kita tinggalkan bab2 ni semualaa...macam maklang kata mengabihkan bhogheh je...Kalau dilayan nanti terikut pulak pe'el yang tak baik tu...Mintak dijauhkan Allah.



So, let bygones be bygones...look to the future lagi best. Tapi hari ni maklang nak toleh kebelakang sikit, nak cerita tentang Family Day yang baru lepas ni.


Tahun ni Family Day office maklang diadakan lebih awal dari biasa. Kami sebenarnya tak sedar pun telah tiba masanya nak pergi jalan lagi. Semuanya gara2 kerja yang melambak2 kat office tu dan selalu jugak kena kerja luar office tahun ni. Biasanya tak macam tu...Tahun ni office dapat project agak besar dari company besar dari negera luar, dan loji baru tu nak dibina kat Kem@m@n nilaaa...


Kami bertolak dari rumah FIL pada pagi Jumaat tu lebihkurang pukul 10:30pagi. Anak2 dalam pukul 9:30pg semuanya dah siap. Maklong pulak sibuk belikan kami bekalan kueh2 dan nasi lemak untuk makan tengahari. Kalau di rumah sendiri boleh lah masak2 sendiri, tapi ni dah dalam perjalanan malas pulak nak sibuk kat dapur. Maklong ada order popia gareng sira dengan sambal tu, tapi kakak yang buat kueh tu, cucu dia sakit. Jadinya tak jadilah bawak popia tu. Bekalan kami cuma nasi lemak, kueh gendang kasturi, donut dan kueh sagu dengan kelapa tu. Alhamdulillah....Lagipun pagi tu Datok dah beli roti canai dan maklong ada beli nasi lemak jugak.


Sebelum kami bertolak tu, office mate maklang dah talipon setibanya dia di Gebeng. Mereka semuanya berkonvoi dari Kerteh. Kami tunggu gang2 dari Kerteh depan Kolej Islam Sultan Ahmad Shah tu. Dalam pukul 11:00 lebih , mereka tiba dari Kerteh. Adalah dalam 10 buah kereta. Yang lain2 tak convoy. Pergi sendiri2 aje. Seronok juga berconvoy ni. Kami berhenti makan kat tepi pantai just after bandar Pekan. Yang kelakar tu ada jugak kawan maklang tak bawak apa2. Dia expect kita berhenti kat gerai2. Tapi dah masuk kat kawasan situ manalah ada gerai. Lengang aje. Nasib baik kami ada bawak makanan banyak. Memang dah agak mesti ada yang tak baca e-mail betul2. Kesian depa. Dan nasib baik makanan banyak,cukuplah nak share2 dengan dia dan anak2nya. Lagipun anak2 masih kenyang sebab baru sarapan.ni masa berhenti kat tepi laut makan tengahari , 40 mins before reaching Summerset



Lebihkurang 40 mins kat situ kami bergerak semula.

Pintu masuk ke Summerset



Ingatkan jauh sangatlah Summerset tu rupa2nya dalam 40 mins dah tiba. Best jugak tempat tu. Kami dapat 2 bilik. Tapi kat sini tak ada interconnecting rooms. So, bila dah duduk bilik asing2 ni, memang lah asyik ding dong ding dong aje bell tu. Last2 malas nak kunci pintu. Lagipun semuanya officemate. Maklang, Cik Abang dan si manja tu, satu bilik. Along, Angah dan Maya satu bilik. Tengahari tu semuanya dok berehat. Dekat pukul 4:00ptg baru keluar dari bilik. Anak2 tu nak berendam dalam swimming poollah apa lagi. Maklang pun lepas2 dah iron baju baru keluar. Petang tu pun tak ada apa, cuma ada treasure hunt dan makan2 aje. Oklah...the food was Ok. Ada mee mamak ( rasanya tu kali ke 3 makan mee mamak minggu tu, 1st di K@yu, then di Terminal Satay and now here!)Ada ayam goreng dan kueh2. Seronok bila jumpa kenkawan di luar dari office ni. Kami dok gurau as usual. Nampak jugak Shah dengan Maam baru dia kat ceruk sana. Dah tak nampak kami, kakak2 dia. Langsung maklang kata kat Kakak A mintak sms kat dia. Maklang masa tu tak bawak hp, kalau tak, lama dah usik Shah. Bila dapat aje sms, terus Shah bawak Maam dia kat meja kami. Jangan marah ye Shah... ( Shah kata nanti dia nak bagi tengok gambar dia jadi pengantin jugak...bilalah tu agaknya)


Petang tu lepas dah puas berendam, kami bawak budak2 tu naik. Along dah jumpa member2 dia, so entah manalah dia pergi. Kebetulan ada 2-3 orang kawan dia punya parents satu ofis maklang.


Hakim berendam kat swimming pool











The dinner was good. Ketam dia besar2. Maklang dok meratah ketam aje.






Maya, maklang dan Hakim tengah enjoying dinner..



my two anak daras...tak lama lagi boleh menantulah...tapi kena habis belajar dulu!!!
Cik Abang with the award winning shirt...
ni makanan yang terhidang. gambar ketam yang sedap tu tak berapa clear pulak...tapi tak pe, janji dah kenyang!

Cik Abang pulak kalau tak dikorekkan isi ketam tu memanglah tak makan. Anak2 pun sama. So, malam tu dok korekkan ketam untuk semualah. Tapi memang sedap2 makanan dia lah. Kueh2 biasa aje. Malam tu yang paling excited sekali ialah anak2 sebab nak tunggu lucky draw. Tapi, alangkah malang nya sebab kami tak menerima apa2. Tapi yang bestnya Cik Abang was awarded as the best dressed man.(Maam Shah dapat best dressed gak...berselendang berkeelip2 lagi...) Ha...berbaloi beli baju tu kat Rempoa masa ke Jakarta tu...Alhamdulillah...Gelihati sangat bila nama Cik Abang's name was announced. Dia siap curtsey lepas bangun dari kerusi dia dan ada catwalk kat atas stage. Pusing2 tunjuk baju dia tu...Semuanya gelakkan dia. Teringat masa dia masih kerja satu office dengan maklang dulu, first year masa kami kat sini, dia dan maklang buat performance, The Merry Widow. Bestlah masa tu...Kesian budak2 sebab we were not lucky enough to get the lucky draw. Yang gelihati sekali, masa Angah tunduk2 berdoa supaya nombor mak dia di panggil....








Besok tu ada games. Selepas breakfast ada warming up session. Anak2 masuk games jugak. Ada yang menang ada yang kalah. Si Dhirah nak main, so maklang tak dapat mainlah. Kids her age range tak ada games. Tu yang dia nak main jugak.



Ni Hakim masa tengah tunggu nak main game kutip gula2 tu
Ni Hakim dengan perut buncit dia lepas kutip gula2 tu...puas hati dia...

Hakim boring lepas main kutip gula2 ....

Angah dengan pemainan Giant Clogs



Kami bertolak pulang sebelum pukul 1:oopm. Anak2 naik kereta terus aje tidur. Cik Abang cadang nak lunch kat Pekan tapi memandangkan keadaan yang begitu tenang tu, kami teruskan perjalanan dan plan nak makan di Kemaman aje. Budak semua vote for Pizza Hut instead of kedai mamak or roti aje....Memang confem punya. Pizza tu feberet mereka. After that we stopped by kat kedai Letrik sebab nak pick up hadiah DVD SONY and then gi buat grocery before stopping kat Masjid untuk solat. Finally we reached home almost 6:00pm...


It was an enjoyable weekend for all of us...Seronok kalau dapat jenjalan selalu and all is for free...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

16 Comments:

At Wednesday, April 04, 2007 12:35:00 AM, Blogger Ajzie said...

Mak Lang..gendang kasturi tuh yg inti kacang hijau dan kelapa tuh kan kan.

Angah berdoa tunggu number lucky draw naik yea... Ajzie pun sama..mcm tuh masa Annual Dinner tempat kerja dulu.. Tapi tak pernah dapat ponggg.. Tiada rezeki...

 
At Wednesday, April 04, 2007 7:09:00 AM, Blogger Kak Elle said...

best nya family day:)mmg patut paklang menang kemeja tu cantik very eye catching.Tempat summerset ni tak banyak singaporean ke maklang?first time dengar tempat ni.

 
At Wednesday, April 04, 2007 11:58:00 AM, Blogger Eddie Putera said...

Kalau pergi kuala kubuuuu
Pakai baju bunga bungaaaaa..

hehe... terkenang lagu Sudirman.

 
At Wednesday, April 04, 2007 1:53:00 PM, Blogger maklang said...

ajzie:

ye betul tu...sedap kalau dapay yang gareng2 tu...

kak elle:

tak perasan pulak kalau ada ramai singaporean tak...tapi the place is nice.

djin:

pakai baju bunga2 sebab theme dia "Flora dan Fauna"

 
At Wednesday, April 04, 2007 2:41:00 PM, Blogger anggerik merah said...

Cerianya family day tu..

Ye lah...anak dara maklang dua2 dah besar.

Maklang, dah tak ingat anak maklang yang mana sama age with my lil man? 11 year old this year?

 
At Wednesday, April 04, 2007 4:02:00 PM, Blogger pB said...

besh nyer...

pejabat pB baru dok ura ura nak arrange family day...

hajat di hati tu nak buat kat Sg Klah Hot Spring (Sungkai)

Harap harap jadiklah....

 
At Wednesday, April 04, 2007 11:56:00 PM, Blogger silversarina said...

Family Day.... kat sini tak de company family day, yang ada family day sendiri je....

Baiknya maklang tolong dapatkan isi ketam untuk diaorang semua.... nyumm nyumm ketam mesti fresh kan :)

 
At Thursday, April 05, 2007 12:15:00 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...baju paklang tu meriah betul...dari jauh dah nampak...hehehhe....

Best ye ...semua sporting...si akim pun bukan main lagi...banak dpt gula...

Tapi yang best...makan2 tu...nampak sedap...ketak bagi kak lady tak dpt makan pun takpe...malas nak kopek

 
At Thursday, April 05, 2007 3:17:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

Syoknya family day macam tu. nampak cuaca macam tak panas sangat.

saya senyum je baca entry ni. esp bab dapat award best dressed. sporting betul!

 
At Thursday, April 05, 2007 4:52:00 AM, Blogger simah said...

nampak meriah betul la..semua dalam gambar tu nampak happy jer :0)

 
At Thursday, April 05, 2007 6:23:00 AM, Blogger zino said...

hari keluarga yg di sponser ni lagi le meriah hehe..

 
At Thursday, April 05, 2007 10:10:00 AM, Blogger Mama Rock said...

yang tang free tu buat lagi seronok...ha'ah penat kerja, kurang2 pun compnay subsidize for the time lost tak sama ngan family during the day.

 
At Thursday, April 05, 2007 11:07:00 AM, Blogger Mulan said...

kita orang pahang pun tak lepas pi sana lagi. ni kena pi nanti ni. ketam2 tu toksah cite la.. memang berhantu. tp tu keje hubby la korek isi ketam. saya korek, hancur semua..

 
At Thursday, April 05, 2007 12:50:00 PM, Blogger maklang said...

AM:

InsyaAllah dalam masa 10 tahun bolehlah dapat menantu!. Kalau dia baca ni sure dia hot...

Yang no.2 - angah tu sebaya ngan your lil man!

pb:

Hot sping sg klah tu kat mana? Nanti letak gambar bebanyak eh...mana tahu next yr boleh propose kat situ pulak!


LJ:

Mengorek isi ketam tu memang perkara biasa. Cik abang tu kalau tak korekkan memang dia tak makan. Sama aje dengan anak2 yang kecik 2 tu. Kalau tak dia orang makan dengan tulang2 tu sekali. Tercekik kang, lain pulak ceritanya...

 
At Thursday, April 05, 2007 2:17:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

memang best kak ketam tu...rugi kalau tak makan!


Nisak:

Thank you kerana tersenyum...

Cik Abang memang senyum sokmo...dan sporting sokmo.

Sebab tu korek ketam tu kena buat kan, kalau perut dah keroncong nanti tak larat nak senyum!

 
At Thursday, April 05, 2007 2:19:00 PM, Blogger maklang said...

simah:

kalau pergi bercuti ni memang senyum dan happy aje!


zino:

pergi jalan yang ditaja memang le best. tinggal tuang minyak kat kereta aje, lain tanggung beres!


mulan:

orang yang suka makan ketam ni selalunya banyak bersabar...sedap...sangat!

 

Post a Comment

<< Home