Sakit mata dan Negotiation Power
Assalamualaikum..............
Ni masih dalam telekong lagi. Dah buat apa yang patut lepas solat Maghrib tadi. Sambil tunggu ni, doklah nak update blog ni. Mata kiri ni pulak semacam aje. Tadi petang lebihkurang pukul 4:30pm tadi, tak aleh2 mata rasa semacam pulak. Berkabus aje. Ingatkan sebab dok tenong PC untuk nak update report. Terkocoh terkacah sebab terlupa nak update report tu. Hari ni kena submit pulak tu. Nasib baik minggu ni tak banyak progress, lagi pun baru aje update. Kalau tidak mau tak siap dan tak dapat E-mail ke semua parties yang involved. Bila dah siap lega lah jugak. Kalau tak kena stay lah. Bila selesai solat Asar tadi ingatkan boleh lah balik, tapi Boss pulak nak tanya pasal projek lain, kenalah carik sekejap kat internet tu pasal barang yang nak dibeli. Nasib baik dapat balik sebelum pukul 6.oo ptg tadi.
Ni mata masih berkabus. T@hi mata dah mula banyak. Semalam baru aje cakap dengan anak sedara Cik Abang kat Kontan and she told me semua kat rumah FIL kena sakit mata. Semua except FIL. Tak sure pulak if Ayah dia kena tak. Tak aleh2 hari ni maklang pulak yang kena tapi tak sure jugakkan. Tengok lah besok macamana. Mintak2 tak apa2. Kalau tak mau kena MC dua tiga hari. Hari Ahad ni pulak maklang dah set nak meeting dengan Ti N Bee. Macamana pun kena attend jugak.
Habis cerita pasal sakit mata. Ni nak cerita pasal negotiation pulak.
Kalau nak hidup ni maklang rasa memang kena terror negotiate. Kalau masa nak mintak kerja, masa interview tu kena pandai negotiat untuk nak mintak gaji banyak. Kalau nasib baik, pandai negotiate, gaji boleh jadi bagus. Lebih dari yang kita jangkakan. Tu cerita pasal luar rumah, tapi kalau dalam rumah pun kena pandai. Dalam bilik tidur pun kena pandai negotiate. But don't get me wrong. Ni maklang negotiate dengan bujang sorang tulah apalagi...
Malam semalam, Hakim merajok2 nak tidur kat bilik maklang. Memang dah 2-3 malam ni dia asyik mengengek aje nak tidur kat bilik maklang. Mula2 tu pujuk2 lah, ajak dia baring sebelah maklang dulu. Tapi tak leh nak tepok2 sampai dia terlelap. Kalau dah terlelap memang lah tak terangkat. 30 kg beb!. Mau bengkok pinggang maklang ni. Abah dia pun dah tak larat...
Muncung aje bila kata dia tak boleh tidur sini. Memula pujuk2 ingatkan OK dah. Dia dah masuk bilik Angah dah. Bila maklang sudah solat Isyak, dia datang semula. Kena sambung pujuk2 dia.
Sambil bisik2 , "Hakim, Akim tidur lah kat bilik Angah. Mak upahlah kat Hakim seringgit. Ok tak?"
Muka dia masih masam lagi.
"Alah...mak ....Hakim nak seringgit sembilan posen boleh tak?"
Terpaksalah maklang korek handbag tu. Nasib baik adalah dua tiga keping duit syiling tu. Bagi kat dia , dia macam Ok aje. Tapi macam liat tak mau tidur kat bilik Angah. Maklang pun temankan dia. Muka moncong lagi.
Bila ketuk pintu bilik Angah, rupa2nya Bibik dah ada kat bilik tu. Memang sekarang dia tidur dengan Bibik. Tengok dia macam tak happy aje.
Last2 maklang cakap kat dia. "Hari Jumaat nanti Hakim boleh tidur kat bilik mak eh...Hari Jumaat je tau, sama kalau Abah tak sini".
Barulah dia boleh senyum. "Ok mak, hari Jumaat nanti Akim tidur ngan mak eh. Kalau Hakim tidur ngan mak hari mak kerja, nanti mak penatkan!" Pandai pulak dia nak ampu mak dia. Memang le...kalau tidur ngan dia memang jadi penat. Katil tu jadi sempit. Badan tak boleh gerak dan kenkadang tu kena tendang punye....Nak buat macamanakan...Hakim punya negotiation power is stronger than mine...Nasib...Nasib....
Ni maklang letakkan gambar kat balkoni yang dah siap tu. Jadi tempat tengok TV dan macam mini gym as well. It was a good decision to renovate the area, kalau tak memang wasted space aje....
Pasal kehadiran threadmill tulah kami decide nak renovate kawasan ni..
Ni TV ruang tengah rumah. Dah kami alehkan kat balkoni tu. Ok jugak , taklah sepah sangat rumah. Ni tengah tunggu nak alihkan Astro supaya boleh kontrol dari balkoni ni jugak.
Ni sofa lama. Dulu letak kat ruang tepi tangga kat bawah. Beli masa on the way nak ke hospital nak beranakkan Maya. So, umur sofa tu dah sebaya dengan Maya. 24 August ni jadi 9 tahun.
Ni mainan Hakim, dah letak dalam bekas supaya taklah bertabur....
So, janji nak masukkan gambar balkoni ni dah tertunai ye, kak elle, kak lady dan dp....So, bila nak datang sini????
Best besok TAK kerja....Yeay...Have a nice weekeng...:)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
21 Comments:
Maklang! Last week saya dan anak sakit mata jugak heheheh
Enjoy your weekend!
maklang balcony tu bolih buat bilik bukan main besar sekali..threadmill tu sape yg gunakan?yg lansing kat sana cuma Maya sorang.....hahaha...jgn marah eh bergurau sahja:)
maklang, my youngest pula suka tidur ngan abah dia. bila abah dia balik, tidur kat karpet depan tv tu, diapun sama tidur bawah ketiak. malam2 pula abah dia kena tuck-in. umur dah 15 tu, tapi masih nak manja!
selesa balkoni tu... family-room untuk melepak dan tengok tv, eh?
Amboi maklang...cantiknya tempat yang direnovate tu...ade threadmill lagik...dpn plak ade tv...mesti lepas ni rajin buat excercise kan...
Bila nak pegi eh?...kak elle...bila kita boleh pegi ?? heheheh......boleh kidnap table runner maklang...ataupun crosstitch dia yang banyak tu ke...heheheh
ala lama lama tu nanti biasa la dia tidur asing dengan mak dia tu...bila pulak hakim nak dapat bilik sendiri mak lang? mesti dia nanti lagi senang nak berenggang dengan mak dia...
anak manja bongsu memang susah nak berenggang dengan mak dia kan?
nice usage of space la mak lang..boleh exercise sambil tengok tv lagi tu :0) mak lang exercise tak?
beyooooootiful !!!
ahni:
Alhamdulillah...dah Ok pagi ni. Agakya mata penat kot sebab tengok PC banyak sangat!
You too, enjoy your weekend!
Kak Elle:
I pun lang jugak! Mak LANG!. Sing tu kena di usahakan! Sekarang ni ada jugak buat exercise. 3 x a week dah Oklah. Plus nak kena control diet jugak!. Eh...akak pun dah berapa kg turun ni?
Intan:
Ha...15 tahun! Pengsan nak tunggu. Kerja dia asyik nak menempek aje. Kenkadang balik kerja penat and malam nak kena rest. Bila tidur ber3, walaupun katil King, terasa sempitnya sebab dia dah besar. Tidur lasak pulak tu. Last2 I have to sleep with his sisters! Ni yang tak boleh jadik ni....:)
Kak Lady:
Itulah purpose dia...letak TV depan threadmill, at least bolehlah berlari sambil tengok movie, kalau tak sure boring punya. Then baru guna yan gnak kempis kan perut tu! Kena kerja kuat kalau nak lawan kak elle yang dah banyak kg turun tu!
Datanglah sini, nanti maklang buatkan table runner satu. Tapi kena beritahu awal2 sebab I tengah mood malas nak menjahit ni!
Simah:
Yang frust tu, dia kata bila ada katil 2 tingkat, dia nak tidur dengan Angah dan Maya. Bilik Angah ada 1 katil Queen, Katil 2 tingkat tu ada single bed kat atas dan Queen kat bawah. Katil tu custom made pulak tu! Sekejap aje nak tidur situ, last2 carik mak jugak! Tak tau dah nak buat macamana!
mamasarah:
Apa tu???? Part mana yang beyooooootifoool???:)
tumpang lalu maklang...sebentar aje:)
kaklady anytime after July after my trip from europe kita attack kerteh biar gempar satu rumah ngan kita punya combat...
maklang so far dah 5kg...tentang extra babat kat tummy I gunakan my OSIM sampai bergegar satu badan bila pakai and good for my backache kena urut dek osim belt tu.
Kalau tak jaga makan mmg gitu lah jadi nya...nak buang lemak yg lama hidup kat situ yg susah tu.
semalam pun cuma makan kiwi fruit and banana for dinner bab malas nak masak.
maklang lupa nak tanya kenapa kenapa kain langsir tu singkat??
salah ukur ke?tapi kalau bilik tido I muat agak nya....hahaha
Laaa bila agaknya leh sakit mata dan cuti berhari2 he he he
(dah nak nangis)
Mak Lang ajak akak akak tu jer...
Tak pelawa pB pun ......
Hmm...yang kat umah tu dua anak dara pun dok mujuk nak tido bilik mama....
Mama kater " bila abah out station jer boleh..."
what a nice balcony you have there!
bestnyer sebab banyak macam breezy jer....entah bila nak singgah rumah you sis..memang ada plan nak ke belah kuantan or terengganu..tak tau jadi ke tak.
-OO-
i hope tak sakit mata lagi dah ya...oops, cantik balcony tu!
Agaknya musim sakit mata....
I suka ruang santai macam tu....
tunggu hakim dapat adik kot baru dia tido sendiri...hehehe
itu treadmill macam tarak pernah digunakan jer...jadi tempat collect habuk kan ?
selesanya nampak rumah maklang :o)
have a great weekend, maklang :o)
kak elle:
Datanglah...kalau cuti sekolah bulan August Ok gak. Kami ada kat rumah tapi kena set date early. Cik Abang ada buat booking kat Redang Island. nanti konfem later, OK. Bukan gempak rumah aje, kita gempak Kerteh!
Langsir tu pendek sebab tu langsir kat ruang tamu. Langsir baru ni kena kompol duit dulu. Lagipun malasnya nak menjahit!
Sya:
Tak sakit dah mata ni. so, tak cutilah. Malam tadi dia keluarkan t@hi je. Agaknya penat sebab banyak sangat tengok computer!
pb:
Laaa..buat apa lah nak nangis. calling2 je...nanti jemput le datang kat rumah maklang yang tak seberapa ni...
ang Abear sekali dan 4 putri2 tu eh...apakata cuti sekolah bulan 5, minggu kedua kami adalah kat rumah. Minggu pertama dah cadang kat ke Penang, InsyaAllah...
Double O:
Ingat James bond tadi, rupanya Jamie bond...
tulah kan, kita ni bercerita dah lama, jumpa aje belum...jemputlah datang sini. Kuantan Kerteh 1.5 hrs aje. Tidur sini tak pe...:)
mamarock:
mata tak sakit, hati pun tak sakit.
I am one happy woman....wiken apa....
LJ:
Memang best ruang santai baru ni...
Rasanya Hakim kalau dapat adek pun kena beli kat kedai....
Djin:
Eh...guna lah ....ni 3 kalai seminggu guna tau...nak join ke?
Kirim salam kat apek tu eh...kata kat lia kalu mau main itu teledmee aaa, sini boleh kasi sewa loo...
syana,
selamat datang sini...
u have a great weekend too...
Mak Lang, bestnya balcony ni...selesa sungguh lah!
Kak Elle, Kak Lady: Nora nak ikut pergi Kerteh. Sya....yuk Sya kita pergi sama2!
nora:
Jom...jom..datang sini, kita barbecue sambil makan BBQ!. BBq Cik abang yang prepare dan muffin Sya yang bawak...
Maklang buat air je OK tak??
Post a Comment
<< Home