Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, April 12, 2007

Tertinggal kapalterbang....

Assalamualaikum.....



Petang tadi dalam pukul 5:00ptg, maklang dapat call dari Cik Abang.


"Abang tertinggal kapalterbanglaaa..."

"Apasal? Meeting habis lambat ke?"


"Taklah..Abang keluar meeting sebelum meeting habis. Pukul 4:30 ptg tadi dah kelaur"


"Habis tu macamana boleh lambat?"


"Kat sini ujan lebat...."


"Habis macamana? Abang balik macamana?",


"Abang balik naik bas"


"Oklah..baik2"


Satu jam lepas tu Cik Abang call lagi

"Abang masih kat dalam taxi ni"

"Duit ada tak? Sure kena mahal sebab taxi tu kena berpusing dari Kay El Si Si then ke Airport Subang then nak ke Putra bus stop"


"Cukup kot...nanti keluarlah kat bank kat situ!"


"Oklah..baik2 bang"


Macam tulah Cik abang. Kalau ke mana2 jarang dia bawak duit cash bebanyak kat wallet dia. Nak2 macam sekarang ni terlalu banyak peragut dan penyeluk saku. Maklang pulak kalau Cik Abang kena outstation memang risau. Takutlah apa2. Mintak2 dia selamat pergi dan pulang ke pangkuan kami.


Kesian jugak Cik Abang kena kerja keras nak mendapat kesenangan. Kami sama2 kerja kuat untuk kesenangan anak2. Ini dia baru aje kena kerja kat KL, jauh dari family. Kalau ke laut lagilah teruk dia. Itulah dia pengorbanan seorang suami dan bapa...



(Baru sat ni dia call lagi, lebihkurang 1 jam selepas last call tadi. Dia kata tiket bus MARA, and bus2 lain yang terkenal semuanya habis. Nasib baik ada satu lagi bas yang tak terkenal ,masih ada tiket. Ni pun dia tengah kat Food Court kat Yoahan tu tengah makan...kesian dia sure letih tu bila tiba Kerteh nanti. Kami doakan Abang/ Abah selamat balik ke pangkuan kami, InsyaAllah.....)







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

17 Comments:

At Thursday, April 12, 2007 8:22:00 PM, Blogger KakNi said...

Kawan hubby saya duduk area kerteh jugak dan selalu ke KL tapi dia drive - tapi saya tahu drive memangletih giler kan? Agaknya dia malas nak terkejar-kejar macam tu la kot, nak kejar flight, nak kejar taxi, nak kejar bas.

Saya ni kan makin suspenlah pulak dengan 'kawan' baru maklang tu, apa kebende tu ?

 
At Thursday, April 12, 2007 8:23:00 PM, Blogger Kak Elle said...

lah paklang tertinggal flight ..kesian...whats the next flight?Bus bertolak kul berapa and sampai kul berapa pulak?nampak2 ni tido dlm bus lah mlm ni kan?

betultu maklang skg ni banyak sangat pakcopet jadi baik jgn bawak $$ bebanyak.

 
At Thursday, April 12, 2007 8:29:00 PM, Blogger silversarina said...

Kesian pulak ur hubby kena naik bas..... harap tak apa-apa.....


itulah kan I pun selalu pesan kat anak-anak belajar rajin-rjin jangan siakan penat lelah ayah mencari rezeki demi masa depan kami semua....

 
At Thursday, April 12, 2007 10:31:00 PM, Blogger maklang said...

ahni:


biasa2nya tak apa2 cuma kali ni aje.


laa...tertinggal keretapi la ni....ni pun masa ahni tengah membaca ni pun ahni ada picit2 kawan tu...maklang punya pun sama aje...

Abang Ahni sama kompeni ke ngan Abang maklang ni??? Kalau selalu ke mari, ahni ikutlaa boleh singgah rumah maklang...


kak elle:

itulaa...kesian kat Cik Abang. Hopefully the trip back is OK. Dia baru naik bus. tiba around 4:oo am , Insyaallah...


LJ:

Sebab tu kena suruh anak2 belajar nak appreciate. Kena ajar anak2 susah sikit....

 
At Thursday, April 12, 2007 10:36:00 PM, Blogger kakLuna said...

sapa tak sayang suami oii..hehehe :P

 
At Thursday, April 12, 2007 11:00:00 PM, Blogger Syaliza Abdul Rahman said...

kesian paklang tertinggal flight. memang lebat hujan petang tadi. semoga paklang selamat sampai ke pangkuan family.

 
At Friday, April 13, 2007 6:23:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

terkenang zaman2 turun naik bas. sekarang ni harapnya kualiti bas dan sikap pemandu lebih baik dari dulu.

 
At Friday, April 13, 2007 7:53:00 AM, Blogger maklang said...

kak luna:

betul tu....tapi kalau dapat suami yang kaki pukul camana?


syana:

Alhamdulillah dah sambil pukul 3:20pagi tadi.....Baru senang hati


mamasarah:

bas yang paklnag naik tu macam naik kuda dia kata. Bergegaran seluruh anggota, tapi dek kepenatan dia tertidur jugak!

 
At Friday, April 13, 2007 8:36:00 AM, Blogger Zareda Norman said...

Mak lang
kenapa tak amik erl saja dari KLCC ke KL Central.. tak de jem jem.. pas tu amik komuter ke The Mall.

Memang betui kata mak lang.. kalau suami kaki pukul, kaki perempuan. nak syang ugak ker?

 
At Friday, April 13, 2007 10:15:00 AM, Blogger Mulan said...

betul maklang.. mulan ni pun rasa bersalah je sbb hubby kena keje sorang2. sini company tak kasi pompuan keje. susah itu ini la.

tp tak keje ni takleh berpoya2 dgn $$ sendiri, tak syok la dok pakai $$ suami, rasa guilty je memanjang...

harap2 anak2 kita semua ni tau susah payah mak ayah keje nak besarkan depa ni..

 
At Friday, April 13, 2007 10:50:00 AM, Blogger cikdinz said...

camne lah leh tertinggal flight. takpelah, itu tak di dugakan nak jadik.
semoga selamat....

 
At Friday, April 13, 2007 10:54:00 AM, Blogger Izariza said...

Salam Mak Lang ..

Eh eh Mak Lang duk Kerteh ke? Oh oh .. tak jauh dari kampung hamba :D

Semoga hubby selamat tiba ..

 
At Friday, April 13, 2007 11:20:00 AM, Blogger kakLuna said...

kalau dpt suami kaki pukul pun sayang jugak maklang..dah fitrah wanita ni, dia bahagia kalau org lain bahagia..tak mcm lelaki, mereka bahagia bila mereka bahagia je :)

tapi kan mmg lelaki,wanita berbeza..suami isteri saling melengkapi.. :P

 
At Friday, April 13, 2007 12:29:00 PM, Blogger Penabahari said...

Semoga semuanya baik dan selamat. Salam untuk Maklang dan "Abang "

 
At Friday, April 13, 2007 3:29:00 PM, Blogger Sya said...

Mak Lang .. skrg dah tak de Yaohan lagik.. The Mall je sekarang

 
At Friday, April 13, 2007 6:14:00 PM, Blogger maklang said...

zareda:


cik abang naik kapalterbang kat Subang. Tu yang kena naik cab...


mulan:


tak salah kalau kita tak kerja sebab kita kan tanggungan suami. Ysng salahnya ialah kalau suami tak nak tanggung kita....nak buat macamana kan tu dah hukum Allah...


yelaa..mintak2 anak2 pandai menghargai apa jua pengorbanan kita!


cik dinz:

Alhamdulillah dah selamat sampai....

 
At Friday, April 13, 2007 9:12:00 PM, Blogger maklang said...

izariza:

kalau balik kampung singgahlah kat rumah maklang..he..he...


kak luna:

sayang tu kena berpada2 supaya dia tak mengada-ngada...ha..ha..ha...


pharmy53:

Selamat datang ke teratak hamba...


sya:

Oh ye ke....maklang mana lah tau. Pergi the Mall pun entah berapa tahun sekali. Tapi kedai kat situ kedai apa sekarang?

 

Post a Comment

<< Home