Takut...
Assalamualaikum..........
Alhamdulillah Cik Abang dah selamat sampai pukul 3:20 pagi tadi. Dia talipon masa dia kat kawasan Telok Kalong tu. Maklang memang letak hp tu kat sebelah katil. Talipon biasa pun kat sebelah katil. So, no way tak kedengaran...tapi tak tahulah kot2 sebelum tu dia dah call tapi tak dengar. Masa Cik Abang call first time tu dia kata dia akan call sekali lagi bila dia dah dekat Awana. Bila dia call sekali lagi tu barulah maklang keluar nak ambik dia.
Memula kejut bibik dulu. Then offkan alarm tu, nyalakan lampu luar. Pesan kat bibik supaya kunci pintu and on kan alarm tu semula.(Takut jugak sebab kat sini memang rami orang buat OT waktu malam ni...pecah rumah). Then mintak dia tutupkan gate jugak ( remote gate tu dah tak ada battery).Then Maklang start kereta. Bukak lampu kereta, reverse, hon kat Bibik mintak tutup gate. Bila gate dah tutup terus aje bawak kereta ke simpang tepi Balai Polis tu. Dekat aje dalam 1.5km away from the house. Taklah gelap mana pun. Lampu jiran depan terang benderang. Lampu jalan pun terang. Tapi takut jugak sebab nak ke simpang balai polis tu kena lalu kat rumah yang agak menakutkan. Adalah cerita2 kata ada penunggu kat situ. Kakak kat office yang cerita. Suspense lah jugak....
Bila dah naik kereta tu, terus onkan radio. Macam2 jteringat kat kepala ni. Especially bila tengok ad on cerita 'jangan pandang belakang'...(Sya... maklang teringat mail tu...terpaksa I tutup mata...terperanjat besar!)Bila sampai kat simpang tu, Cik Abang tak tiba lagi. Lamanya rasa 5 minit. Tertunggu kat situ. Enjin maklang tak matikan. Mana tahu kalau ada orang jahat, boleh terus pecut aje. Tapi kalau ada yang terlompat2 tu...yang boleh masuk kereta tak payah bukak pintu kereta, naya jugak...Penakut jugak maklang ni kaan. Bila fikir2 gelihati pun ada...
Bila dah nampak kelibat Cik Abang baru lega. Dia jalan sampai ke kereta dan lepas tu kami balik. Tak boleh tidur la pulak lepas tu....
Alhamdulillah...kekasih hati dah pulang ke pangkuan kami sekeluarga...Dan hari ni masa maklang sibuk kerja kat office (banyak project dah nak due. So, kenalah OT sikit and dapatlah jugak buat duit sikit...), Cik Abang dok kerah tenaga dengan anak2 dia mengemas buku2 dia dan bilik budak2 yang bersepah macam kandang......tu...TQ Abang sayang....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
10 Comments:
Maklang,
Yang duduk kerteh dan selalu datang KL tu bukan hubby saya tapi kawan dia. Dia keje kat waiti-el.. ala.. yang generate electricity tu la....
Kami memang bercadang nak JJCM kat kerteh tapi cuti sekolah hari tu baru sampai kuantan, InsyaAllah next JJCM kami sampai.
Alhamdulillah, abe maklang pun dah sampai dan semua nya pun selamat.
tu yg I nasihatkan masa kita YM last night drive carefully pepagi tu...ye lah sape lah tau kan nampak org pompan sorang2...tapi alhamdulillah lah semua nya selamat and paklang pun dah mula mengemaskan bilik anak2...rajin betul:)
alhamdulillah selamat sampai.. tengok jgk preview JPB (jgn pandang belakang).. aiyoo... remang2 bulu roma..
Hahaha...penakut jugak maklang ni...kak lady ni rasanya taklah sampai penakut camtu...tapi nak cakap abis tak boleh lah...kalau kene macam iklang cerita "Jangan Pandang Belakang" yang dok ikut tepi cermin kereta tu rasanya mau abis nombor kat meter tu akak tekan minyak...hahahah
alhamdulillah dah sampai..
luculah cerita maklang. saya pun penakut gak... kihkih.
Eh, biler dah sampai rumah and tak leh tidur tu, maklang buat apa ek ngan paklang ? citer ler sikit.
jangan pandang belakang ya hehe
bahaya malam-malam, dengan kisah pecah rumahnya , dengan hantunya sama naik....( I tak cam rumah mana yang dikatakan berhantu tu ...seram jugak )
ahni:
Kalau JJCM ke mari call2laa eh...harap2 maklang ada sini laa...
kak elle:
yelah..dub dab dub dab juagak masa keluar tengah2 malam tu...macam2 I imagine!
mulan:
tak payah la pi tengok, kang terbayang2 lak!
kak lady:
mak kawan maklang pernah kena cam tu. nak cerita pun dah naik bulu roma!
mamasarah:
so, kita sama geng laa...
djinsakti:
shhhhh...rahsia, tak leh certia! he...he...
zino:
kita pandang depan aje...
LJ:
Rumah tu rumah kayu, just a few houses before mine...dahlah tak mo cerita!
Post a Comment
<< Home