Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, March 26, 2007

Lega...

Semalam masa masuk office, terima email dari HQ kata kehadiran maklang diperlukan di sana. Mulanya last week memang dah plan nak adakan meeting dengan pembekal gas di menara yang kembar kat KL tu. Sampai ke hari Jumaat masih tak dapat lagi keputusan. Payah betul nak jumpa dia orang ni. Maklang sebenarnya nak adakan mesyuarat tu minggu ini sebab kebetulan Cik Abang pun ada mesyuarat jugak pada minggu ni kat sana. Jadinya boleh pergi sekali.


Bila dapat email tu pagi semalam, memang macam pucuk dicita, ulam mendatang. Ingatkan memang tak dapat nak pergilah. Tak ada chance punya sebab tak ada keputusan. Tapi hari ni masih boleh cuba nak call pembekal gas tu. Mungkin boleh jumpa hari Rabu atau Khamis nanti. Cik Abang dari minggu lepas dah tanya, confirm ke meeting minggu ni sebab kalau tak dia nak book flight aje. Maklang suruh dia teruskan buat booking. Kalau naik kapalterbang pun kami tak boleh pergi sama sebab kapalterbang dia dari Kerteh dan maklang akan ambik dari Kuantan. Sebabnya kapalterbang yang dia naikki tu hanya untuk kakitangan pejabat dia. Maklang tak sepejabat dengan dia.


Pagi semalam terus hantar e-mail kat Cik Abang kata yang maklang pun nak keKL. Dia langsung kensel flight dia dan kami akan pergi bersama menaiki kereta, InsyaAllah tengahari ni.


Tapi…..yang risau ni nak tinggalkan anak2. Ye laaa…dua2 mak dan Abah tak ada kat rumah. Tinggal dengan Bibik aje. Malam tadi dah call Pak Omar mintak tolong teman kan budak2. Risau jugak kalau apa2. Bibik pun bukan biasa sangat lagi. Mintak Atok dan Wan stay sampai kami pulang, Wan kata Atok dah set nak balik hari ni….Wan kata Atok dah janji nak balik hari ni. Alamaaaaak….Wan ni. Janji tu boleh diubah. Entah janji ngan sape entah. Setahu maklang janji dengan Tok Li lah tu ( best friend Atok dan Wan). Alah, kalau tak jadi balik , call aje Tok Li. Wan kata Tok Li dah cakap kat dia, yang ada orang tu, dah tak jumpa jalan balik ke JB!. Ialaah…lagipun Wan ngan Atok dah berjalan sejak 28 Feb lepas. Dekat dah sebulan.


Tapi…Alhamdulillah, pagi ni Atok dan Wan tukar fikiran. Mereka tak jadi balik. Legalah sikit hati kami nak tinggalkan anak2. Cik Abang, Along dan Angah bising2 pagi tadi kata tak payah salamlah dengan Wan dan Atok sebab kalau tak salam Atok ngan Wan tak boleh balik!. Ada ke pulak macam tu. Maklang pun rasa Atok dan Wan macam tak jadi balik sebab biasanya kalau nak balik pepagi lagi Wan dah turun. Ni sampai maklang siap masak, tak nampak2 mereka berdua. Maklang dah masak banyak sebab nak bekalkan makanan untuk Wan dan Atok. Tapi masa nak masukkan ikan merah dalam sup tu, hati tergerak kata, mungkin mereka tak jadi balik kot. So, tak dimasukkanlah ikan tu…Dan bila Maklang naik atas nak siap gi opis, Atok kata dia tak jadi balik…Lega nya rasa….Thanks Atok dan Wan….We love you!!

ni gambar Atok dan Wan taken a few years ago...






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

24 Comments:

At Monday, March 26, 2007 10:07:00 AM, Blogger Mama Rock said...

kalau sempat boleh lah lunch lagi :)

 
At Monday, March 26, 2007 11:45:00 AM, Blogger silversarina said...

eemmmm......dua-dua orang outstation ke tempat dan hari yang sama....tapi ada wan and atok, Alhamdulillah.

 
At Monday, March 26, 2007 12:37:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ke kl lagi ke?
dp

 
At Monday, March 26, 2007 1:42:00 PM, Blogger maklang said...

MR:

Rasanya tak sempat. Meeting start around 9:oo tp kat Empire Tower. Habis kol berapa tak tau lagi.

Yang pembekal gas tu tak tau bila pulak boleh jumpa. Bz memanjang...

LJ:

NAsib baik Atok ngan Wan ada, kalau tak Pak Omar dan Cik Yah lah yang temankan.

Dp:

Ye ke KL lagi...bila ek dapat jumpa awak???

 
At Monday, March 26, 2007 6:05:00 PM, Blogger Eddie Putera said...

Waaaa...honeymoon ek ?

 
At Monday, March 26, 2007 7:50:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang...hakim tido ngan sape mlm ni?abeh bila balik keteh?

 
At Monday, March 26, 2007 8:13:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

nasib atok dan wan sporting!

 
At Tuesday, March 27, 2007 8:17:00 AM, Blogger Mulan said...

wan & atok kasi can maklang & paklang la tuu.. jgn lupa ole2 utk depa..

atok wan mana la yg tak sayang cucu.. sure risau depa sbb maklang & paklang nak pi kl tu..

 
At Tuesday, March 27, 2007 8:45:00 AM, Blogger NJ@Goboklama said...

selamat pergi dan selamat kembali,amin..

 
At Tuesday, March 27, 2007 12:28:00 PM, Blogger pekan said...

sib baik atuk & wan ader.. kalau cuti sekolah boleh la bawak diorang sekali..

 
At Tuesday, March 27, 2007 1:50:00 PM, Blogger zino said...

wan dan atok tu masih segak lagi..

dari opis zino ni nampak pun menara berkembar tu.. hehe

 
At Tuesday, March 27, 2007 4:45:00 PM, Blogger Sya said...

Mak Lang ke KL lagik.. ada plan nak jumpa kaklady ke?

 
At Tuesday, March 27, 2007 4:48:00 PM, Blogger simah said...

selamat bermeeting mak lang :0)

 
At Tuesday, March 27, 2007 5:46:00 PM, Blogger Ajzie said...

yealah nasib baik wan n atok nak stay kan.. Risau juga tinggal kan anak2 sendiri aje dengan bibik kan...

Wahhh honeymoon dengan Pak Lang lah..yea sambil bermeting2..hihihi..

 
At Tuesday, March 27, 2007 6:14:00 PM, Anonymous Anonymous said...

rindula ngan wan and atok...so used to have them here..rasa kosong lak rumah dengan budak mati kutu@ucop..insya-ALLAH diorang akan dtg sini on 2nd april..ada appoinment dengan prof.syukur sangat yg CT scan wan insyaALLAH take sign of recurrence.syukur yang amat...tq for all mak lang's bloggers yang doakan ibu kami yg tersayang.

 
At Tuesday, March 27, 2007 10:14:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...seb baik atok & wan ade ketika maklang betul2 memerlukan mereka....

Dtg KL ke? Minggu ni? Selamat bermesyuarat...maklang sibuk dgn kerja...akak plak sibuk kat umah

 
At Wednesday, March 28, 2007 2:02:00 PM, Anonymous Anonymous said...

steady je tok dengan wan tu.

 
At Wednesday, March 28, 2007 3:40:00 PM, Blogger cikdinz said...

nasib baik ada orang nak jaga.

meeting ngan sape kat KL...

 
At Wednesday, March 28, 2007 7:05:00 PM, Blogger david santos said...

Hello!
Great work, thank you
have a good week

 
At Wednesday, March 28, 2007 10:11:00 PM, Blogger maklang said...

djinsakti:

honeymoon laaa...apalagi!...Nilah masanya bila anak2 tak tag along...he..he..

kak elle:

budak2 tidur kat bilik maklang. Hakim pun tidur dengan bibik kat our room...

mamasarah:

Alhamdulillah..Wan dan Atok sporting. Cik Abang senyum aje bila tau Atok and Wan tak jadi balik!

mulan:

sudah tentu ada ole2. Beli kat Ikea petang semalam...

 
At Thursday, March 29, 2007 7:20:00 AM, Blogger maklang said...

goboklama:

Terimakaseh...dah [ergi dan kembali pun...


pisces:

itulaaa...kalau cuti sekolah memang hangkut semuanya...

zino:

oh...dari opis maklang tu pun nampak menara kembar tu...tapi meeting tu tak jadi kat menara tu...hampa I...

sya:

tak sempat lah meeting ngan kak lady. Meeting ngan staff aje!

simah:

TQ

Ajzie:

Meeting dan honeymoon...Part yang latter tu better...he..he...

 
At Thursday, March 29, 2007 7:22:00 AM, Blogger maklang said...

reen:

Atok n Wan akan ke Your place Insyaallah besok....sedih kami Atok n Wan nak balik!

Kak Lady:

Yelaa kak, sibuk di mana jua. Cik Abang ada kat Malaysia lagi ke?

NBB:

Alhamdulillah Atok n Wan sihat2 aje..

 
At Thursday, March 29, 2007 7:23:00 AM, Blogger maklang said...

Cik Dinz:

Alhamdulillah...Wan dan Atok ada. Kalau tak kena ajak Pak Omar pulak datang sini!

David:

Thanks for dropping by...

 
At Wednesday, April 04, 2007 11:53:00 AM, Blogger cikdinz said...

mak lang jual tong gas ke....

 

Post a Comment

<< Home