Pedoman
Assalamualaikum,
Dengan badan yang tak berapa sihat dan batuk yang tak baik2 lagi ni rasa macam tak larat betul. Tapi Alhamdulillah, anak2 maklang kalau tengok mak dia tak sihat, mereka pun taklah nak mengacau. Si Angah especially kalau tengok mak dia tak sihat, bukan main lagi. Makanan dia tolong bawakkan ke atas, siap dengan airnya sekali. Kalau tidur, dia selimutkan and she always does those little things that makes me love her more.
Anak2 ni memang kiranya back up mak no. 1. Biasanya kalau mak buat apa2, jangan risaulah, mesti dia orang back up. Entahlah ek...Allah bagi perasaan yang istimewa untuk anak2 menyayangi ibu lebih dari bapa. Looks like it laaaa...tapi sebenarnya semuanya sama. Cuma mungkin berubah dari masa ke semasa. Lagipun pada anak2lah si ibu dapat bermanja sekiranya kasih si bapa dah berubah...
Kami di pejabat, nak2 yang hampir nak setengah abad ni selalu jugak bertekak pasal nak berpoligami ni. Biasanya geng2 maklang ni memang lah against poligami. Sebabnya dah nampak dengan mata kepala sendiri, pasangan yang berpoligami tu, teman kami sendiri, tidak mengamalkan keadilan. Biasanya isteri no.1 lah yang banyak berkorban. Ialah orang kata, mungkin sebelum mencuba tu nak cuba, tapi bila dah cuba tu baru padan muka. In fact salah sorang isteri kedua tu ada berkata, kalau boleh janganlah ikut jejak dia. Susah katanya. Tu pengakuan dia sendiri.
Ada jugak kat situ, usia dah lebih setengah abad bercerai berai. Sayang betul. Isteri dia lawa sangat. Anak2 dah besar panjang. Cucu dah ramai. Lepas balik haji, jatuh talak! Tapi nak buat macamana, si suami panas baran jadinya jatuhlah talak buat kali ke 3. Gigit jari ajelah sang suami....
Itulah, bila melihatkan keadaan begini, kita jadi takut pulak. Memang le, dah makin berusia, makin sensiif jiwa kita. Isteri sentiasa nak jaga hati suami, tapi si suami tak kira, main ikut suka aje. Time dia nak marah, dia marah. Time dia nak baik dia baik. Kalau si isteri tak setuju sikit dengan suami, mulalah sisuami tarik muka. Nak buat macamana. Si isteri terpaksalah mendiamkan diri pulak. Kalau macam ni macamana nak hidup bersama sampai akhir hayat? Si isteri pun ada harga diri. Takkan asyik nak tunduk aje ikut kan perangai si suami. Sekarang ni pun memang melambak kes cerai berai. Melihatkan angka tu je kita dah takut!
Apa2 pun harap2 rumahtangga kita kekal sampai keakhir hayat. Kena banyak bersabr. Tapi sabar pun boleh sampai takat manakan. Sebenarnya kena ada persefahaman antara keduanya, barulah aman dunia!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Life
11 Comments:
Betul tu mak lang kekadang di luar nampak happy cuma tuhan sahja yg tahu apa kaum hawa mengalami.Org lelaki ni di bagi peluang apa lagi kan?Mmg sayang bila melihat family yg dibena hingga anak dah besar akhir nya bercerai juga.
Insya'allah dan saya doakan maklang dan paklang akan kekal keakhir hayat....amin.
Madam ML:
A gift for you.
Bag, Sack, Rack
hey there traveller vexed,
relax,
it's the only thing you can pack,
when trudgung in a world mastered by a man made of wax,
now sit is what you have to do next,
free your bag and put it in my sack,
give it to me so I can put it on my rack.
vexed traveller,
eat as I know you are haunted by hunger,
as I know every traveller is also a hunter,
looking for the mystical beast no mind can figure,
to give you strength traveling in the path of meander,
that the hunger would set you lost in anger,
and ends you as a meal cook on a sweet fire.
I know, I know it's a heavy bag,
I know, I know the content is no hag,
but you really should put it in my sack,
and you really should put it on my rack,
it would really make you relax,
and free you from the contunious vex,
I should know for I am the paver of every traveller's track.
kak elle;
harap2nya begitulah....moga2 dugaan tidak terlalu berat untuk dipikul!
demonsinme:
TQ...TQ
assalamualaikum...
apa2pun, poligami tu dah ALLAH halalkan...suka tak suka kenalah terima.tapi, iman kita ( esp me..) tak dapatlah nak mengatasi bab2 hal poligami ni lagi..takut memeng takut.
anyway, what's going on? call me...
maklang....... bab cerai-berai ni dah macam biasa je dan banyak kes pompuan yang jadi mangsa... poligami walaupun halal tapi bukan senang nak adil.... setakat ni my hubby selalu kata ..sorang pun payah nak jaga ....( rasa macam selamat je I ). wallahualam.
Reen,
Nothing is wrong. I am just feeling a bit low with the coughing and all. Tau..halal, tapi Allah dah kata, kalau tak mampu jangan teruskan...
Cik Abang so far OK aje. Tak pernah pulak nak tengok2 yang lain...InsyaAllah. With the 5 of us , 1 isteri and 4 anak plus work pun dah keep him more than occupied!
LJ:
Alhamdulillah..harap bahagia hingga akhir hayat!
takut kan dengar org bercerai berai ni...lebih2 lagi yg dah berpuluh tahun berumah tangga...mintak2 allah tidak menduga kita mcm tu.
ml saloma mcm mane? klu jumpe die kirim salam eh...tq
dp
Menakutkan bila dgr cerita mcm tu??? yela mcm myself nie bru jek kahwin hopefully everything will be alrite.. happy with my son n wife but sometimes she gets on my nerves jugak cemburu tak tentu pasal......
Moga kekal berbahagia kan Mak Lang.
Asam garam kehidupan. Bab poligami memang favourite orang lelaki, tapi bab ketakutan orang perempuan. Yang penting bersyukur dengan apa yang ada. Semuga rumah-tangga kita semua berkekalan dan diberkati Allah. Amin.
dp:
saloma baru beranak. Naik kerja 3rd April kot. tak sempat lagi nak menjengah...terok betul I ni, dah weekend je tak de rumah...
anon:
cemburu tu tandanya sayang...kalau tak cemburu pun susah gak tu...kata tak kisah lak! Tapi apa2 pun semuanya kena sederhana...InsyaAllah everything will be Ok. dia tension tu sebab ada baby tu...
Ajzie:
InsyaAllah...InsyaAllah...
Adah:
Betul tu Adah, bab poligami tu yang menakutkan kita perempuan. Sebab tu duit kena ada sikit dalam simpanan kita. Nasib baik kita kerja, kalau jadi sesuatu tak lah kita bergantung pada duit suami aje. Tapi doa2 taklah berlaku benda2 camni...minta dijauhkan Allah...
Post a Comment
<< Home