Cheesecake..crust..KERAS
Assalamualaikum....
Mesti rasa bestkan sebab besok tak kerja. Maklang pun best jugak ari ni. Bermalas2an sambil dok main2 PC ni. Pagi tadi lepas solat and lepas dah buat breakfast dan buat sambal jawa untuk lunch, sempat jugak sembang ngan Azie. Bila dah sembang lamalah jadiknya. Sambal Jawa untuk lunch
Last2 pergi pasar tani, orang dah nak balik! Tak pernah dibuat orang. Ingatkan memang lah terlambat sangat tadi, tapi bila sampai kat pasar tani tadi, ramai lagi orang. Agaknya sebab cuaca gloomy aje, jadiknya semua orang macam malas je kot..
Pagi tadi, ada pulak kawan Cik Abang nak datang. Talipon pukul 9:25 pg kata nak datang pukul 9:30pg, mana tak gelabah!Nasib baik cucur sotong tadi buat banyaklah jugak. And as usual karipap dan popia penyelamatnya. Kalau tak tadi, mau gelabah jugak dibuatnya.
Ini tetamu Cik Abang. Aswad and his friend
Hari ni kira break recordlah maklang pergi pasar tani tak sampai 30 minit. Cepat2 order ayam, beli sotong coklat, beli sayur sikit, then beli paper, pergi kedai beli butter and yogurt and then dah sampai rumah. All in it was about 45 minit aje. Then berkejar ke pejabat. Nasib baik tak start lagi teleconference. Alhamdulillah, it lasted less than an hour!
Balik dalam pukul 12:15pm, maklang prepared cheese cake....Nasib baik ada pembantu setia maklang, Along. Angah tak ada sebab pergi berkhemah since semalam petang. Senyap sikit rumah ni... Along pun dah rindu kat adek dia. Time orang tu ada nak gaduh aje. Si Maya pualk tengah tonggang terbalik kat bilik study dok dengar lagu..Thank You Allah by Raihan...terjerit terlolonglah tu agaknya...maklang tak dengar pulak kat bawah sebab bunyi mixer.
Siap dengan PC kat dapur sebab nak tengok resepi Kak Liza. Semalam dah print the recipe, tapi entah cicir kat mana. Tengah2 buat, ilang pulak kat PC ni, tak leh tengok the website! Geram betul!
Ini dia cheesecake yang crust dia KERAS!
1 potong for me. 3 potongs for Along, 2 potongs for Hakim..Last2 tinggal 1/4 aje...Keras pun keras lah...janji sedap! (Perasaanlah ni...)
Nampak macam sedap, tapi dia punya biskut tu agak keras. Agaknya sebab bakar lama kot. Maklang memang ikut resepi Kak Liza tu step by step, cuma maybe baking time was too long sebab guna Turbo Oven. Tak reti nak guna toy baru lagi sebab tak baca manual lagi..
Petang tadi, masa maklang tengah dok bersih2kan telekong, Kak Liza datang. Bawak kek dan buah mangga. Ini cake yang Kak Liza bawak...
Sedang elok aje. Boleh tunjuk kat dia cheese cake tu. Sempat Kak Liza rasa and bagi comment! Nanti maklang nak kena buat lagi supaya menjadi perfect. Sempat jugak jamu Kak Liza dengan cucur sotong yang bibik baru goreng petang tadi dan rojak buah yang Cik Abang campurkan ( Thanks Bang, tolong buatkan..).
Ini cucur sotong dan kentang. Resepi ada kat tempat masak Rojak Buah...Ada carrot, apple, sengkuang, timun and tahu. Cik Abang yang 'spin' kan sebab dia kata takkan nak tinggalkan Kak Liza sorang2 kat depan...Thanks..
Sedang berbual2 Cikgu Zihan tiba. Antar makanan lagi..Manalah tak kembang semuanya. Ustadz pun ari ni langkah kanan. Macam2 kami jamu...Syukur Alhamdulillah...
Kak Elle, UBA, OO..ampun..ampun...ampun...nanti you all datang sini,InsyaAllah... kita jamu selera Ok...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
4 Comments:
itew rojak buah very tempting lah...nak2 tarok lebih kacang ...haha
cheese cake tu mmg nampak base nya keras tapi kalau dah habis tu mesti filling nya sedap..cheese kata kan...nanti i bagi Maria nya recipe tapi tak bakar.
UBA jom kita attack umah maklang.
maklang,
Cath kalau makan cheese cake, Cath makan filling aje. Base-nya Cath tinggal-kan.
Kat USA ni ada dijual base yang dah siap dalam acuan. Cuma isi filling & bakar. Senang kan..?
tumpang lalu maklang...
cath its sold here in sg ... pernah beli to make my oreo cheese cake.
Jomlaa..nanti kalau makan rojak jangna berebut ngna Paklang...tu feberet dia..
Base cheesecake tu memang keras kak...tak pass lagi...bila nak kasi resepi?
Cat:
Aha memang senang kalau dah siap. Kat sini maklang tak sure ada tak macam tu...
Kak elle:
TQ for the info
Post a Comment
<< Home