Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, August 30, 2006

Semangat Mahu Ada...

Dalam kami sibuk3 kat office ni, hangin mulalah naik. Seme nak cepat belaka. Bahagian project department tinggal bagi instructions aje. Tau2 kerja siap aje. Kami jugak yang terkial2 nak siapkan kerja. Bahagian technical ni memang banyak kerja. Yang technical part, tukang2 buat kerja yang tu tu lee.......


So dalam geram2 tu banyak nama project yang sedap2 dah ditukar2 . Dari nak buat Swivel jadik Sewel, dari Aeration Basin jadik projek Besen dan dari projek Quenching jadik ‘Kenci*g”. Ni semua sebab sakit hati punya pasal lah…macam2 kat sini ni….Tapi tak apa…kalau tak sibuk kang boring pulak. Maklang prefer jadi sibuk ni, tapi kadang2 tu tak larat. Belum bab kena stayback sampai lewat2 lagi. Jangan dibuat masa bulan puasa nanti sudah laa…nak jugak prepare untutk kat ‘sana’ nanti, InsyaAllah.


Kat rumah pun sibuk jugak. Semalam petang dapatlah gunting baju kurung 3 pasang. 2 untuk Angah dan sehelai untuk Maya. Angah punya cukup dah dan maybe Maya dan Along tambah sehelai lagi. Rancang cuti 3 hari naklah selesaikan. Alang punya ada 2 helai lagi. Kalau dah siap memang lega banyak. Ada kawan baik nak upah untuk nak jahitkan langsir dia. Dah lama dia pesan, so,kalau OK ingat nak buat sikit2 dulu. Tapi kain, dia tak beli lagi. Tu yang kena siap baju2 ni dulu. InsyaAllah Oklah tu.


Cik Abang semalam tanya, “Eh…tak ada entry ke hari ni?”

“Alah…Bang, tak sempatlaaa........Banyak kerja laaa”.


Dia memang rajin nak baca my entries. Peminat setia. Lebih kurang macam kakak kita kat Singapura ye kak…. Thank you for being my supporters untuk maklang terus merepek kat blog ni. Tapi Cik Abang, dia Cuma baca aje, tak rajin nak komen. Cuma 4-5 hari lepas, entah macam mana semangat dia berkobar2 sangat nak komen. Kiranya ni satu perubahan besarlaa sebab dia nak komen. Seronok jugak rasanya. Masa petang tu, I just came back from work dan dia ada kat study room. Pagi tu dah pesan kat dia, tanya if PC yang hantar betul tu dah OK ke tak. Laptop pulak, wire ke battery charger tu ‘injured’, so tak boleh pakai langsung. Alhamdulillah petang tu, dua-dua PC dah boleh pakai, so Cik Abang pun semangatlah nak komen. Beriya-iya dia komen, cerita pasal PC dia,anak2 dia godeh! Yang kelakar tu dia post dekat entry yang lepas dan bukan yang latest!. Dia kecewa jugaklah sebab tak ada pun orang balaskan komen dia tu. Gelihati maklang........tapi apa2 pun semangat mahu ada.........walaupun HHTA........


Untuk semua teman2 bloggers, maklang minta maaf sebab tak dapat nak menyinggah buat sementara, tak dapat nak macam dulu2 lagi. Bukan sebab terlalu sibuk tapi sebab wireless kat rumah tu kong. So, kena guna laptop kat study room aje. Tak best sebab nanti tak dapat nak duduk dengan Cik Abang sambil dia menonton kat dalam bilik tu. Masa tu aje dapat nak bual2. Kalau dah sorang kat bilik study dan sorang kat bilik tidur, bilalah pulak nak cerita ceriti. Kalau wireless, sambil dia tengok TV tu bolehlah maklang menyinggah kejap2 kat bolg kengkawan ye….Maybe ni, InsyaAllah weekend panjang ni boleh lah menyinggah bila dah penat menjahit!



Selamat meyambut hari Merdeka....Tak sabar nak tunggu besok........cuti panjang minggu ni- 3 hari terus and InsyaAllah Wan dan Atok nak datang lagi.........BEST!!!!





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

10 Comments:

At Wednesday, August 30, 2006 8:46:00 AM, Anonymous Anonymous said...

wireless pun boleh kong jugak ya...saya ni bila pulak nak sambung menjahit ni..

tak perlah tak dapat blog-hop; la ni kami datang jenguk, esok2 time kami bz, mak lang pulak yang menjenguk.. :D

Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan ke 49!

 
At Wednesday, August 30, 2006 9:14:00 AM, Blogger Sherin de Souza said...

Saya punya wireless pun kong pula. Sekarang dah wired macam dulu.hahahaahah..Nak tunggu cik abang fix untuk saya.

Semangat tu mmg penting. Ia membolehkan kita melakukan apa saja.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat bercuti

 
At Wednesday, August 30, 2006 10:08:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

hehe..sib baik wireless rumah saya dah dibaiki...itupun berwired gak dua hari..

sibuk tul maklang buat persiapan baju raya..untung pandai jahit ni..saya ni bilalah nak mula belajar menjahit..ikut cik abe saya lagi ssenang, tak yah susah2 menjahit, nanti dia keluarkan duit beli baju anak2...tp hati ni dah mula terbuka nak belajor menjahit. nantilah..

 
At Wednesday, August 30, 2006 7:12:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Ni Pak lang punya komen. Dulu punya komen tersalah letak. Pak Lang punya kerja, tukang betulkan PC aje kalau rosak. Tapi bila nak pakai, tu tak boleh, ni tak boleh, tu rosak, ni lembab dan berpuluh sebab pasal apa tak boleh pakai.

Jadi bila dah betulkan dua-dua tu, tu yang semangat nak komen. Lepas tu pulak tersalah letak. Jadi Cik Adik kata, mana ada orang baca komen-komen yang lalu.

Pak Lang memanglah kalau dah datang semangat tu memang semangat betul. "A-Girl-with-many-names" kata abah ni tulis panjang dan tulis full words. Tu yang tak paham kalau anak-anak tulis short form yang simbol-simbol aje. Suruh Cik Adik atau AGWMN baca dan translate kan.

AGWMN pun suruh buat entry, tapi istiqomah tu tak ada nak buat entry tulis hari-hari. Baca tu laratlah, tapi nak tulis hari-hari tak larat. HHTA kata Maklang tu lah gayanya.

Gambar BBQ yang Pak Lang buat tu ada kat entry Jokontan. kat entry Maklang ni tak nampak pun. along malas nak masukkan untuk mak dia. Gambar dah ada.

Pak Lang nak masukkan tak berapa reti. Flikr ke Gambar-Basket ker tak belajar lagi.

Sekian sahaja untuk kali ini. Harap dapat masuk entry yang betul. Kalau ada semangat and ada persistent nanti mungkin buat entry lah.

 
At Wednesday, August 30, 2006 7:19:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

haahahaha paklang sudah berkata-kata tu.

maklang ngan paklang romantik lah pulak. nak duduk bersama-sama nak sembang2 ya? baguslah, boleh saya belajar juga.

 
At Wednesday, August 30, 2006 7:48:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ewah pak lang dah komen...mak lang sape kakak kat sg tu ye?mungkin dia takde ape nak buat bab tu rajin membaca blog...she's very free lah...haha
OK selamat menyambut hari merdeka 49 ...best nya cuti 3 hari...jeles kita.

 
At Wednesday, August 30, 2006 10:09:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ML forgot to ask if you have any projects with Yokogawa....was talking with my bro in law and he says he has project kat kerteh dulu...he's a design engineer.

 
At Wednesday, August 30, 2006 10:40:00 PM, Blogger Izhal said...

amboi paklang hard ware support... tanpa hardware, apalah software heheh...

tak pa mak lang, teruskan kerja dulu... biar bz dan produktif barulah hidup berkat dan rock ;)

 
At Wednesday, August 30, 2006 11:04:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hai ml, lama tak komen citer ml... bukan apa... cuma bz sikit... kebelakangan ni. melawat tu ada, tapi cuma sekejap aje.

ingatkan pl tak berapa minat dgn blog2 ni... rupa2nya sama jugak citerasa macam ml. kira oklah tu...

bolehlah belajar dgn dhirah... kan dhirah lagi terre... jgn marah ye pl

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

 
At Thursday, August 31, 2006 7:34:00 AM, Blogger maklang said...

OO:

Wireless tu kong lee...geram nengok kan. Nak betulkan tak tahu...kenalah tunggu belas ihsan dari sang suami tercinta. Bilalah agaknya dia nak betulkan tu! InsyaAllah, kejap lagi nak pergi menjengoklah ni...


Sherin:

Memang semangat tu mesti ada. Kalau tak bersemangat langsung lagi terok. Biar pun Hangat2 je...

Syikin:

Kalau nak beli tu boleh jugak, tapi anak2 maklang ni size dia orang pelik2. Kalau beli banyak yang kena betul kan. Ptong lengan lah, pendekkan kainlah and so on. Tapi maklang suka jugak jahit sendiri sebab rasa best sangat bila tengok anak2 pakai baju yang kita jahit sendiri. Macam masa anak2 makan makanan yang kita masak. Semuanya done with lots of love....Tapi lagi seronok kalau dapat jahitkan Cik Abang baju Melayu untuk dia. Tapi cuma yang leher baju Melayu telok belanga je lah...cekak musang tak pandai!

Tuan Tanah Kedaung:

Wah...dah mula nyek..nyek..nyek...

Bagus le tu, tambah lah nak orang nak komen kat blog ni. Thank you so much!Kalau dah komen ni, lagi bersemangat nak memblog!.

Dhirah kalau mintak tolong, memang sibuk selalu tapi kalau dia mintak tolong kita, nak segera aje, tak kira kita tengah kat office ke tengah buat apa2...betul tak bang?

Mama sarah:

Keromantikkan tu memang kena ada sebab umur2 cam ni lagi kena jaga...lagipun waktu malam baru ada masa, kalau siang sibuk kerja dan jumpa sat aje waktu lunch. Tu pun nasib baik semua ada waktu lunch, kalau tak, malam ajelah berjumpa. Kalau tak buat cam ni lagilah tak berbual2!

Kak Elle:

Orang Singapore tu of course lah akak. Oh...tak ada kerja eh...boleh mai sini, tolong sembatkan baju sebakul tu...


Ada jugak sikit2 jumpa orang Yokogawa. Masa tu project CCTV. Tapi kalau engr instrument memang selalu jumpa Yokogawa punya orang.


Izhal:

Paklang memang selalu bagi support. Tak kiralah dalam apa bentuk sekali pun. He is a good husband setakat ni...Alhamdulillah (orang kata, kalau cakap tu biar berlapiskan...)

Kena bz kan diri sebelum puasa ni. Bulan puasa sibuk pulak nak buat biskut raya. Izhal, Raya kat sini ke?? Nanti jemput datang rumah eh...


DP:

Oh...Lama jugak tak nampak daun pandan ni. Tiap kali tengok daun pandan ni teringat saya kat awak! Bila nak mai sini? Keropok banyak tu nak bagi kat awak!

 

Post a Comment

<< Home