Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, November 21, 2006

15 tahun

InsyaAllah besok genaplah usia perkahwinan kami yang ke 15. SyukurAlhamdulillah kerana cinta kami tetap utuh dan semakin mendalam....




Suami ku tercinta

Terimakaseh adinda ucapkan
Kerana sudi mengambil ku menjadi suri hidup mu
Kerana sudi menjadikan ku ibu kepada anak2 mu
Kerana sudi menjagaku ketika sakit
Kerana sudi membimbingku menjadi insan yang lebih sempurna
Kerana sudi menjadi pendorong ku dalam menghadapi dunia yang serba mencabar ini...
Kerana sudi membahagiakan ku dan anak2......

Suami ku tercinta

Terimakasih adinda ucapkan
Kerana tidak pernah bosan dengan perangai ku yang kadang2 menyakitkan hati mu
Kerana tidak pernah bosan melayan kerenah ku dan anak2 kita yang 4 itu
Kerana tidak pernah komplen tentang masakan ku
Kerana tidak pernah penat mencari rezeki untuk ku dan anak2 kita

Suami ku tercinta
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal abadi hingga ke akhir hayat hendaknya
Semoga bahagia milik kita selamanya, InsyaAllah


Terimakaseh kuucapkan kerana menjadi suami yang sangat kucintai.....



Sudah2lah tu maklang memfeeling malam ni. Cik Abang entah baca entah tak...Maklang ni tak pandai nak bermadah macam Abang Id tu, atau AM tu...dan macam Cik Abang,tapi yang maklang tulis kat atas tu memang benar2 dari hati kecil maklang....


Suami ku tercinta...

Terimakaseh atas pemberian cincin tu dan gelang tangan tu....haaaa Kak Elle...maklang dah beritahu pun apa hadiahnya....dia bagi malam tadi! Tak sabar2 nak beri, tak sempat tunggu besok pagi. Thanks again darling....








Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

14 Comments:

At Wednesday, November 22, 2006 2:14:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

eh, org pertama saya ni? biar betul...

hepi anniversari ya ML n PL..moga bahagia hingga ke syurga bersama. amin.

bestnya dpt hadiah2 tu. rezeki tu.

muka ML n PL ni ada iras2lah..tak panas rumahtangga kata orang.

hehe..lawaklah soalan bocor spm 2007 tu

 
At Wednesday, November 22, 2006 2:20:00 AM, Blogger Ajzie said...

Tahniah ML. Moga berkekalan dan bahagia hingga ke syurga.

 
At Wednesday, November 22, 2006 5:22:00 AM, Anonymous Anonymous said...

selamat ulang tahun mak lang...mcm syikin cakap..semoga berbahagia hingga ke syurga..

akhirnya terdampar jugak gambaq mak lang.. terima kasih la mak lang sebab tunjukkan diri..lama betul saya nak tengok gambar mak lang :0)

 
At Wednesday, November 22, 2006 5:24:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Happy Anniversary to both of you.Wah cincin lagi? tapi kali ni and sepasang ngan gelang syukur alhamdulillah.

 
At Wednesday, November 22, 2006 10:21:00 AM, Blogger pB said...

alhamdulillah sebab berjaya mengharungi 15 tahun sebagai suami isteri.

Moga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhirnya....

Moga segala kasih sayang yang terpahat dijiwa akan terus berkembang dan berkembang...

Moga ...adoi...byknya moga moga...

apa apa pun tahniah dan wah mesti syiok baget sebab dpt cincin n gelang tangan tu..

pstt....mak lang bagi apa kat che abe???

 
At Wednesday, November 22, 2006 12:06:00 PM, Anonymous Anonymous said...

congrats on the 15th anniversary...memang sejuk tengok wajah2 2 orang yang romantika d'amore ni..mmglah...paklang nyer muka iras sekali pakteh aka t-jay..hehehehe..kita nyer anniversary baru nak genap angka 2 digit - 10.

and thanx for your email!

 
At Wednesday, November 22, 2006 2:55:00 PM, Blogger Sya said...

Congratulations Mak Lang

 
At Wednesday, November 22, 2006 5:17:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Dearest Maklang dan Paklang,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-15. Saya dan keluarga mendoakan agar terus berbahagia dan dirahmati Allah hendaknya.

p/s: Pandai Paklang cover2 masa maklang belikan joint present armchair tu ya? Rupanya dia dah ada secret present utk maklang. Syoknya!!!

 
At Wednesday, November 22, 2006 5:58:00 PM, Blogger Kak Teh said...

tahniah dan semoga banyak lagi tahun bersama, berbahagia ke anak cucu.

 
At Wednesday, November 22, 2006 6:43:00 PM, Blogger Mama Rock said...

happy anniversary maklang, have fun celebrating!

 
At Wednesday, November 22, 2006 8:20:00 PM, Blogger zino said...

memang tak sak lagi sama padan dua sejoli ni..hehe.. semuga terus berbahagia sehingga ke akhir hayat..

 
At Thursday, November 23, 2006 7:42:00 AM, Blogger Count Byron said...

Congratulations ML for being a very loving wife to your husband. Memang feeling habis.. and with the cincin and gelang... they encapsulate the moment.
Semoga bahagia berkekalan.

 
At Thursday, November 23, 2006 10:20:00 AM, Anonymous Anonymous said...

untuk MAk Lang dan Pak LAng,

semoga berbahagia hingga ke anak cucu.Tabah dan cekal mengharungi dugaan hidup.Diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.

makteh

 
At Thursday, November 23, 2006 11:10:00 AM, Blogger maklang said...

Untuk semua yang memberi ucapan,

Terimakasehlah bebanyak kerana mendoakan kami....Moga2 anda jugak dilimpahai rahmatNya, InsyaAllah...

 

Post a Comment

<< Home