Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, November 19, 2006

Busy menjahit dan mencari...

Assalamualaikum................


Baru pagi ni dapat berblog lagi. Almaklum pagi ni tak turun ke dapur pun. Dah pesan Bibik goreng nugget dan tengahari nanti tinggal panaskan lauk 'leftovers' yang dah menimbun dalam freezer. Lepas tu buat ikan goreng tepung sikit dan goreng chap chai. Cukuplah. Lagi pun Cik Abang tengahari ni ada makan kat opis dia. Anak2 masih tidur lagi. Lepas Subuh sambung balik lah. Kenkadang rasa nak buat camtu jugak, tapi mata payah nak lelap kalau nak tidur lepas Subuh ni. Rasa sayang nak korban masa dengan tidur aje....



Hari Jumaat lepas kami ke Kuantan. Cik Abang nak hantar servis kereta dia. Free servis. Masih ada setahun lagi. Next weekend hantar servis lagi kereta yang satu lagi. Susah kat sini, kalau nak servis kerete mesti ke Kuantan sebab tak ada outlet jenama kerete Jepun tu kat sini. Ada baiknya jugak sebab boleh singgah tengok Datok dan bershopping sikit2...


Kami bertolak pagi2 lagi. Along ikut sebab nak cari baju sekolah dia. Maklang memang tak ingat warna dia. Tu yang paksa dia ikut. Tiba Kuantan pukul 9:00pg. Register kereta dan kami pun menapak ke KMC. Ingat nak breakfast kat situ2. So, menyinggah le kat Restoran @lif tu. Breakfast sat dan kami menapak lagi kat K@md@r. Baru bukak kat Kuantan ni. Besar jugak kedai tu. So, sibuk lah mencari kain2 unutk Along, Angah, Maya dan Hakim. Along baju warna biru muda, kain kelabu, tudung kelabu, angah baju kuning air, kain biru tua,tudung kuning, Maya baju biasa dan Hakim baju Melayu putih. Lepas tu carikan Hakim baju kotak2 untuk nak buat baju Melayu sebab dia tiap hari Khamis kena pakai baju Melayu warna warni. Cari jugak kain untuk nak buat samping dia. Beli 2 pasang aje. Si Hakim baju sekolah tahun ni memang tak boleh dah pakai tahun depan. Seluar dan baju semuanya dah senteng. Budget memang lari laaa. Ni maklang tengah berkira berapa helai nak jahit baju. Ada kot 18 pasang. Pengsan. Nasib baik kain cotton kebanyakkannya. Baju along dan Angah aje kain lembut. InsyaAllah ada 1.5 months ni siap kot. Semalam pun dah mula jahit tudung Along . Dah siap jahit tepi tapi belum lekatkan untuk jadi 3 segi. Kalau siap tu baru gunting baju dan kain dia. Kena selesai satu2 or else lagi bersepah bilik study yang dah memang tonggang langgang ni. Semalam lepas siap kerja kat dapur tu , terus register kat bilik jahit ni. Sampai pukul 9:00mlm kat sini. Tapi ada 2 kali break. Ada kawan datang. Kalau tak, lagi awal siap. 3 mesin sekali on. Kelakar pulak. 2 buat sulam tudung dan satu maklang jahit tudung Along.



Datok ada dengan kami sekarang. Kami ambik dia sebab mesti dia boring duduk di Kuantan, tak kemana2. Mungkin seminggu di sini. Lagi pun bolehlah maklong rest sikit. Maklumlah menjaga orang tua ni bukan senang. Datok masih boleh mengurus diri dia, tapi ialah kan orang dah tua ni sensitip...kalau salah sikit kot2 'hangin'. Tapi biasa dah Datok kat sini. Seminggu dua kalau dia nak balik, nanti Cik Abang akan hantar.


Masa kat Kuantan tu, maklang ada gak gi ke Parkson, tak tahu nak cari apa hadiah untuk Cik Abang. InsyaAllah hari Rabu ni genap dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Itulah, nak beli jamtangan, baru aje beli tak sampai setahun lepas, nak beli hp, baru aje tukar 2 bulan lepas, talipinggang, baju, seluar, semuanya dah banyak. Beg kerja pun masih boleh guna. Dia selalu mintak belikan motor sejak 4-5 tahun lepas, tapi tak tercapai dek budget den. Last2 mintak singgah kat Fella petang Jemahat tu, dan order sampul cushion 1 set. Lepas tu beli ada armchair sepasang. Maklang kata ke dia..."Haaa ni laa my anniversary present untuk Abang"....OK jugak dia kata. So, ni anniversary present dari Abang untuk L jugak!. Waaaa...senang banyak le. Dia lupa maklang yang bayar semua and dia claim tu hadiah dia untuk maklang...Kelakar betul laa...Entahlah tak tahu apa hadiah lagi nak bagi...Susah kat Kerteh ni tak ada mall.



Bila ingat2 pasal hadiah ni, maklang teringat rantai pintal yang Cik Abang hadiah masa 5th anniversary. Dah lama tak nampak kelibat dia. Entah kat mana terselit. Dari malam tadi dok menyelongkar, belum jumpa lagi. Jangan hilang sudah. Masa ke bank tempohari, tak nampak pulak rantai tu. Ni satu lagi gelang hadiah masa kawin tu, tak nampak pulak. Tak ingat masa Raya lepas ada bawak balik ke tak....Ni kena 'ops carik' pulak lepas nih....


Selamat berhujung minggu. Maklang nak pi opis dah ni...Wassalam................



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

12 Comments:

At Sunday, November 19, 2006 8:47:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Selamat pagi mak lang ni I dah open ceremony.Gosh you beli kain lagi untuk jahit baju budak2 ait raya punya baju tak cukup ke?hahaha...nak tanya ni kerteh sebetul kat daerah mana?KT,marang....

 
At Sunday, November 19, 2006 9:59:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Baju sekolah laa...anak2 ni kalau yang beli, tu selalu tak cukup size atau terlebih! Kena potong sane sini. Baik jahit sendiri...

Kerteh is situated in between Kuantan and Kuala Terengganu. Daerah Cukai.100km both ways. Bila nak datang??

 
At Sunday, November 19, 2006 1:06:00 PM, Blogger Kak Elle said...

oh ok ingat baju raya haji:)I tried looking for kerteh online but not listed,airport kat kerteh kan?I remembered flying to KL my last trip more than 10 yrs ago.

 
At Sunday, November 19, 2006 2:51:00 PM, Blogger Mama Rock said...

maklang, hepi anniversary ya! and to many mroe happy years to come!

 
At Sunday, November 19, 2006 5:54:00 PM, Blogger Ajzie said...

Banyak nya mak lang nak jahit..18 pasang.. Tp tentu seronok kan dapat jahit baju anak2 sendiri. Jimat pun jugak kan.. Ajzie memang tabik spring betul ngan Mak Lang nih..serba boleh..

P.s
Kami suka beli parfum utk hadiah anniversary or birthday..

 
At Monday, November 20, 2006 2:49:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

ni baru wanita handal eheh..

18 psg??banyaknya...nampaknya saya kena belajar menjahit gak ni, anak2 saya 4 org tp baru 2 sekolah ni, lum lagi 2 tu masuk skeolah..cam akak nantilah nak kena sediakan baju depa banyak pasang..kalau beli semua..ayokkk..bertambah gugur rambut cik abe.

wah 15 thn dah ya..moga bahagia dunia n akhirat ya ML.

tahun depankan ML, susah sgt nak cari hadiah..bagilah angpow hehe.

 
At Monday, November 20, 2006 4:36:00 AM, Blogger simah said...

happy anniversary mk lang..

ala mak lang dah bagi hadiah yg terbest utk abang mak lang.. anak anak yg menceria hidup dia.. :0)

semoga mak lang dan pak lang berbahagia ke akhir hayat..

 
At Monday, November 20, 2006 7:34:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Happy aniversary.

Awak dah sampai dulu ke Kamdar tu. Kita yg duduk sini tak sampai2, :p. Banyak choice kain eh?

Lain kali kalau ke sini, call le, kalau kawe tak keje boleh ler kita jumpa. (but please excue my house,dear,hehe)

 
At Monday, November 20, 2006 8:36:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Manalah ada Kerteh on line...bandar koboi je bukan kota metropolitan...

mamarock:

TQ. Tapi anniversary is on Rabu nih...


Ajzie:

Tabik tu jangan spring sangat, kang tercabut lak tangan tu...


Syikin:

Memang bagus belajar jahit ni...Bila anak2 pakai rasa macam best aje....Syok sendiri lah ni, tapi bila nak jahit sampai banyak2 pasang ni kena sabar le...lagi pulak, warna sama aje, putih..putih...biru...hijau..merah..kelabu..kuning ...tapi nasib baik ada campur2 kaler...

Nak bagi angpow takkan 10 inggit je...kang tak happy lak...apa dapat ngan 10 inggit sekarang ni...


Simah:

TQ doakan kami..moga2 bahagia dunia akhirat...InsyaAllah...


Dith:

Tangan gatal aje nak call, tahu dith sibuk kat kelinik. Nantilah cuti2 Malaysia kami call.

Paklang selalu kata yang Kamdar, Gulatis, Metro, Kerry's, Parkson etc. ni semuanya sedara dekat, jadi tak eloklah kalau tak visit. Kain2 dia memang banyak choice tapi maklang suka kalau beli kain baju sekolah kat sini sebab kain dia elok...


Rumah mana2 sama aje je dith..asal penghuninya bahagia, syukur Alhamdulillah....

 
At Monday, November 20, 2006 10:47:00 AM, Anonymous Anonymous said...

ha! 18 pasang????? dengar pon dah nak pengsan!

tahun depan, KAkak jadi librarian so kena pakai sut baju hijau - tudung light green = baju dan kain hijau tua - tak leh beli ready made, cita-cita nak jahit sendiri tapi kain belum beli lagik ni..nak jahit tudung tu yang tak reti - weekend ni lah kot pi carik kat nagoya, katanya ada sale tuh.

 
At Monday, November 20, 2006 10:47:00 AM, Anonymous Anonymous said...

ha! 18 pasang????? dengar pon dah nak pengsan!

tahun depan, KAkak jadi librarian so kena pakai sut baju hijau - tudung light green = baju dan kain hijau tua - tak leh beli ready made, cita-cita nak jahit sendiri tapi kain belum beli lagik ni..nak jahit tudung tu yang tak reti - weekend ni lah kot pi carik kat nagoya, katanya ada sale tuh.

 
At Monday, November 20, 2006 12:04:00 PM, Blogger maklang said...

OO:

jahit tudung yang senang...nak ajar ke?? nanti maklang mailkan...

 

Post a Comment

<< Home