Sibuk memanjang..............................
Bismillahirahmanirahim.....Al Fatihah...
Sejak 3-4 hari yang lepas, Kerteh telah diselubungi suasana yang agak muram. Walaupun kami tak mengenali Allahyarham Kapten Salleh bin Teguh secara dekat, hati kami semua berasa amat terharu dengan pemergian beliau.
Masa hari kejadian tersebut, Ahad, tak silap, kami menerima berita yang ada chopper terhempas semasa hendak mendarat disalah sebuat platform milik Exxo*n. Perasaan cemas mula menyelubungi teman2 sepejabat maklang. Walaupun kami tak mengenali semua pilot2 yang membawa pekerja kepelantar minyak, hati kami turut terusik. Teman sepejabat maklang, Kak A menalipon seorang kenalan nya dan mendapat tahu bahawa pilot yang hilang tu adalah suami kepada jirannya. Bila Kak A menyebut bahawa pilot tersebut hilang, langsung berair mata maklang. Sedih betul rasa. Mungkin sebab masyarakat di sini kecil, jadinya bila terjadi perkara2 begini, semuanya terasa tempiasnya. Maklang sempat jugak ke rumah Allahyarham. Walaupun tak mengenali isteri beliau, maklang pergi jugak dengan harapan untuk memberi semangat kepada isteri Allahyarham.
Kak M kelihatan sungguh tabah. Mungkin hari sebelumnya dia sudah puas menangisi pemergian suaminya. Anak bongsunya duduk disisi Kak M sambil bertanya bila Papanya akan pulang....Sayu rasa hati....
Walau apa2 pun, Alhamdulillah jenazah Allahyarham telah ditemui dan khabarnya keadaannya baik dan Allahyarham telah selamat disemadikan malam semalam. Sama2 lah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmatNya dan Kak M seta anak2 diberi kekuatan iman, InsyaAllah.... Al-Fatihah...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
***************************
Maklang sekarang ni amatlah sibuk. Kat office tak ada masa nak relax. Ada 2-3 project nak kena issue. Nak buat macamana, nak cari makan. Tak ada yang senang nak cari makan kan. Tapi kalau kita berusaha, InsyaAllah mudahlah. Doakan maklang ye.
Entah bila nak mula menjahit tudung semula ni. Badan rasa letihlaa. Cik Abang dah sound dah tengahari tadi. Dia kata asyik kerja aje. Kat rumah sibuk, kat office sibuk. Kena rehat katanya.... dan di sinilah saya malam ini. Sebenarnya baru aje pulang dari menghantar baju kawan yang maklang jahitkan manik tu. Kat lengan aje. Alhamdulillah sempat siap. Dia kata nak pakai besok sebab besok ada hari terbuka di pejabat dia. Kebetulan besok pun ada buat jamuan hari Raya di pejabat maklang. Maklang ditugaskan untuk masak lodeh aje. Malas nak masak lain2. Tahun ni surrender...Open house pun tak buat. El-fulus kurang tahun ni. Tapi, InsyaAllah ada rezeki, tahun depan buat pulak.
Sebenarnya malam ni pun ada jemputan dari opismate, tapi kami tak pergi. Cik Abang pun pulang lewat sebab ada mesyuarat PIBG petang tadi. Balik dekat 7:30pm. So, malas dah nak keluar. Atok dan Wan pun baru tiba petang tadi. Kejap aje kat sini, katanya hari Sabtu dah nak balik JB. Besok dia orang ada kursus haji di Kemaman. Lepas tu, hari Jumaat kami nak ke KT, nak ziarah makcik Maklang yang nak gi haji jugak. Sambil2 tu beraya jugaklaaa...
Malam ni tak boleh merepek panjang sebab nak tido awal. Besok kena bangun extra awal sebab nak memasak pulak. Kalau tido lewat, nanti besok kat opis ngantok and boleh jadi tak produktif. Oklah sini dulu. Buat Bro Zino, OK ke dah type panjang2 ni....no gambar this time!
Ooops....lupa pulak, maklang tengah dok pikir nak masak apa untuk DR.2 di Kuantan tu....Selamat datang. Kami tak sabar nak jumpa abang dan kakak di Teratak buruk kami ni....
Wassalam.....
10 Comments:
tu le terbaca juga kisah tu di paper dan TV.. zino ada sorang kawan kerja di pelantar tu.. dia tu juruteknik letrik..
bila benda2 macam tu berlaku teringat org kertih dan kat kawan zino tu..
semuga rohnya di tempatkan bersama sama roh org beriman..al-fatihah..
sedih baca cerita arwah dari maklang maklum lah kita dah lama tak baca malaysian paper online...al-fathihah untuk arwah.ML you kena rest sikit nanti badan tak larat susah and betul kata paklang tu.Berapa banyak sayur lodeh you nak masak?ramai ke your officemate?
mak lang, jaga kesihatan...jgn terus menerus macam duracell bunny tu. bila time rehat, rehat..
Ada juga terbaca di utusan online. SEmoga keluarganya tabah.
BAwa-bawa berehatlah Maklang. TAk henti2 lagi dari sebelum puasa lagi kan?
Alfatihah.
salam,
maklang tau tak..masa berita buruk ni disiarkan buat kali pertama kat berita tv tu, hati saya terdetik kot2 suami maklang terbabit sama atau tidak..
takziah n alfatihah utk arwah.
Zino:
Ialah...moga2 rohnya dicucuri rahmat...InsyaAllah...
Kak Elle:
Ni dah start rehatlah..but kalau tak de benda nak buat ni boring mulalah mencenkam...nak kena lekatkat kat novels, baru boleh rehat aje atas katil tu...
Lode masak unutk 50 orang aje. Taklah masak banyak sangat sebab ada makanan lain. Alhamdulillah tinggal semangkuk besar aje. Tu pun kengkawan bawak balik.
KakZ:
Al-Fatihah
MamaSarah:
Yes..Maam. I am on tehat mode now. Ni nak siap gi Raya kat rumah my aunty kat KT...So, this weekend berjalan aje...tapi besok kena buat spaghetti and goreng mee lagi, Dhirah aje kengkawan dan Cikgu dia datang pulak...
AM:
Hai...Lama tak nampak??? Sihat tak?
Syikin:
Thanks...Alhamdulillah Cik Abang selamat. Dia pun jarang gi pelantar. Tapi bila dah dengar camni, jadik takut pulak!
Maklang,
Thanks for being so welcoming to us! As I said, jgn susah2!
Kak Roza,
Memang tak susah...makanan kg kan. Maklang nak kutip pucuk ulam, ikan kering ngan sambal belacan je...Ok tak???
Selamat datang sekali lagi...tengah sibuk kemas rumah lah ni...
Oklah tu maklang. Jgn masak banyak2 sbb kami dtg berdua jek. Anak kecik saya yg selalu mengekor saya tgh exams!
Thanks!
Post a Comment
<< Home