Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, November 10, 2006

Diary cuti sekolah - Part Satu

Assalamualaikum....


Seminggu je lagi nak cuti sekolah. Lega sikit Bibik sebab kalau cuti sekolah baju yang nak dicuci dan basuh berkurangan 2/3 dari load biasa. Tapi mungkin kena kemas rumah terok sikit kot sebab anak2 ni memang suka buat sepah. Tapi cuti kali ni nak kena stress yang tak mau buat sepah. Kalau musim cuti ni anak2 yang 3 kecik tu, memang suka buat sepah. Selain dari tu suka "menyelanak"-arwah MIL's word- kat dalam bilik tidur kami. Maklang pulak memang pantang kalau tengok bilik bersepah. Apalagi kalau katil tu berterabur, bantal tak berkemas. Agaknya turun dari Wan lah ni. Pantang katil tu bersepah. Kalau kedut sikit, mesti nak kemas. Sampai Cik Abang tegur asyik dok kemas katil aje- masa muda2 dulu le- le ni dia dah biasa, dah tak heran kalau isteri dia dok betulkan katil tu. Dah lali kot.


Musim cuti sekolah ni, kami tak ada nak bercadang nak kemana2 lagi. Nak arrange cuti awal2 takut clash dengan hari Wan dan Atok nak gi haji. Alhamdulillah semalam baru dapat tahu tarikh berangkatnya. InsyaAllah 23.12 ni.. Kiranya bulan 12 ni memang sibuk sikit lah weekend dia. Mak De adek bongsu Cik Abang nak nikah pada 8.12 ni, sanding 9.12. Then kat rumah lelaki pulak on the 15.12 ni. Rumah lelaki kat Kemaman, so kami tak payah cutilah. Nak kompol cuti nak gi jalan. Cuti tinggal 9 hari aje lagi . Kalau cuti memanjang kang tak boleh pulak nak carry forward. Ingat2 nak cuti panjang jugak tahun depan, nak gi Langkawi ke, nak gi Tioman or Pulau Redang ke...entah tak decide lagi...nak gi Perth ke New Zealand ke (berangannya....)Oooopss...Cik Abang kata buat apa gi luar negeri, kita gi pulau2 je...eh...eh....boleh lah cakap, dia dah sampai...anak2 kata, orang nak gi gak, sampuk Along. Tahun 2008 dah kena stop jenjalan sangat. Angah dan Along nak periksa pulak.


Petang semalam kawan Maya datang sebab hantar surat dari Cikgu dia. Ada rehersal untuk nak ambik hadiah. Dia dapat no.3 . OKlah tu. Tak belajar langsung nak periksa baru ni. Nasib agaknya. Angah dan Along entah tercampak kat no. berapa agaknya. Maya ni dia Ok sikit dari kakak2 dia, setakat nilaa. Agaknya beri perhatian masa Cikgu ajar kot. Function tu agaknya Cik Abang yang akan attend sebab dia buat waktu sekolah. Tengoklah kalau dapat keluar kejap, bolehlah ambik gambar Maya. Sekolah agama pulak, Maya dapat no.2. Tahniahlah buat anak maklang ni. Angah dapat no. 4 out of entah berapa orang tak tahulah. Entah2 6 orang....


Balik pada cuti sekolah ni. Cadang2 nya nak mengemaskinikan almari budak2. Dah penuh sealmari dengan baju2 mereka. Nak kena sort baju mana boleh pakai dan yang mana tak muat dah. Plannya lepas2 Raya, tapi nampaknya weekend asyik sibuk aje. Biasanya baju2 ni ditutunkan pada adek2 atau sedekah aje kat orang. Kebanyakkannya baju Along, Angah boleh pakai, tapi kalau baju Angah pulak, nak kena tunggu Maya tu temban barulah boleh Maya boleh pakai. So, biasanya let go aje atau turn kat Batrisya anak Pak Ngah. Hakim punya baju pulak turun kat Adlan anak Busu. Nasib baik Busu tak kisah ambik baju second hand. Ialah kadang2 orang nak jaga standard, tak pakai baju second hand. Tu kena jaga, well...tulah dia orang. Macam maklang no problem punya. Masa kecik2 dulu, habis baju Wan maklang sapu, tapi le ni tak leh dah sebab no size, sama ngan orang...untung gak. Turn Dhirah nak sapu baju mak dia pulak. In fact, masa maklang dok kemas2 baju just before puasa hari tu, dia dah pesan supaya baju2 yang nak let-go tu tunjuk dia dulu, dia nak ambik before kasi kat orang. So dari 10-12 pasang tu, 7 di kebas kot!


Oklah ni aje buat hari ni. Nak siap nak gi pasar tani sat, beli barang2 for besok. Lepas tu nak siap gi KT pulak. Kita jumpa lagi, InsyaAllah...Selamat berhujung minggu. Wassalam....


Untuk Makteh....kalau pi visit sedara nak gi Haji tu, tolong sampaikan salam kami...seru2lah nama kami, kot2 dapat pergi pulak, InsyaAllah....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi..........

14 Comments:

At Friday, November 10, 2006 11:44:00 AM, Blogger Mummy Rizq said...

waa.. mak lang dah siap plan tok cuti nanti erk! baju rizq pun banyak.. nak dibuang / dikasi org terasa sayang. mana tau nanti kut kut rizq boleh dpt adik!.. tapi tak tahu la bila.....

 
At Friday, November 10, 2006 1:55:00 PM, Blogger Mama Rock said...

wah dah ready itinery cuti ya, semoga tercapi cita2 beercuti luar negara tu...ni ada setahun lagi nka plan ni...so boleh lah usha tiket murah sikit etc :)

 
At Friday, November 10, 2006 4:24:00 PM, Blogger pB said...

Insyallah , Mak dan Ayah PB akan berangkat ke Mekah pada 25hb November 2006.

Moga semua para jemaah haji akan selamat dan sihat di sana. Dipermudahkan segala urusan mereka ...AMin...

 
At Friday, November 10, 2006 5:25:00 PM, Anonymous Anonymous said...

jarang dah dgr company yg bagi carry forward cuti. generousnya company maklang.

 
At Friday, November 10, 2006 7:12:00 PM, Blogger Kak Elle said...

mak lang my wardrobe pun dah macam tongkang pecah...main sumbat aje..baru hari tu bagi my sis baju from the other cupboard....mmg mals nak mengemas pasal esok lusa sumbat lagi:)

 
At Friday, November 10, 2006 8:10:00 PM, Blogger Ajzie said...

MakLang, mak dan bapa MakLang pergi haji berangkat dari mana? Senai ke KLIA? Moga selamat segala2nya dan mendapat haji zg mahbur.
Masa di Msia sempat sorting baju2 yg dah tak muat dah... kasi pada anak2 sedara aje..sama lah kita.

 
At Saturday, November 11, 2006 6:43:00 AM, Blogger maklang said...

kakz:

Agaknya makcik Indonesia tu pun tak tahu nak bagi ke siapa. Nak diposkan, ongkosnya dah berapa pulak!

Marlina:

Macam baju2 Riz tu kalau masih elok, simpan aje. InsyaAllah adalah adek dia tu...

mamarock:

Nak cuti luar negara tu macam mimpi je laa....nak tunggu duit dari langit tak turun2 pulak...asyik ujan je yang turun...he..he...

pb:

Moga2 mereka mendapat haji yang mabrur...InsyaAllah...

Mamasarah:

Company kasi carry forward sampai bulan March or June, tak ingat dah, to the next year aje. Kalau tak guna jugak nanti burn je laa...

Kak Elle:

Alhamdulillah wardrobe maklang taklah sampai macam tu. Kalau macam tu, dengan maklang sekali pengsan kot. Ni entah bila nak sort ni lemari bebudak ni...

Ajzie:

InsyaAllah, ikut KLIA. Senang sikit, boleh kami meet dirumah Alang.

Moga2 segala urusan haji mereka di permudahkan olehNya, InsyaAllah...

 
At Saturday, November 11, 2006 6:21:00 PM, Blogger simah said...

*Angah dapat no. 4 out of entah berapa orang tak tahulah. Entah2 6 orang....*

mak lang ni memang kelakar lah!!

selamat mengemas mak lang..
tahniah utk anak anak mak lang... semua dapat bawah no 10... mak pak dia mesti bangga..

 
At Saturday, November 11, 2006 8:02:00 PM, Blogger maklang said...

Simah:

Pernah terjadi, satu tahun tu memang ada 6 orang aje kat kelas ngaji dia, and dia dapat no. 4. Tapi yang ni , InsyaAllah betul. Dah pergi ambik hadiah pun tadi...Alhamdulillah...


Eh...simah dah tengok ke gambar maklang. Dah tahu yang mana???

 
At Saturday, November 11, 2006 8:39:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...First thing...tahniah buat Maya...heheh...tentu dia seronok kan?

Yang akan berangkat ke Mekah...moga di permudahkan segala perjalanan untuk menjalankan ibadah & moga mendapat haji yang mabrur....

Yang nak cuti sekolah tu...hehehe...jgn buat mak tu terkeluar anak tekak...hahaha...maklang...kak lady ni pening kalau cuti sekolah...dua-dua yang kecik ni asyik berebut nak tengok tv...& main kompuer...peninggggggggg....

 
At Sunday, November 12, 2006 6:24:00 AM, Blogger zino said...

tu le zino pun nak merancang utk musim cuti sekolah ni nanti.. lebih2 lagi bila alang dah habis priksa.. tapi ramalan cuaca pulak.. skrg ni hari2 hujan.. macam mana ya..

 
At Monday, November 13, 2006 1:05:00 AM, Blogger Mulan said...

mulan ni family panggil DBKL. kalu balik sure sume sorok baju/brg terpakai. he he, tiap kali balik mesti spring cleaning nya lah. apa la nak simpan kalu dah tak muat/tak nak?? sedekah je la, panjangkan pahala. se-afdhal sedekah ialah sedekah brg yg masih elok. takkan nak bagi org baju2 yg dah berlobang kena tembak!! tak baik kan. sini, kami selalu buat charity drive, sedekah la benda2 yg patut... byk bebenor orphanage sini..

 
At Monday, November 13, 2006 1:13:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

ML, salam aidilfitri n maaf zahir batin...how r u sis?

 
At Monday, November 13, 2006 8:21:00 PM, Blogger maklang said...

Kaklady:

Memang dia suka le...dapat hadiah !

Memang musim cuti ni kena expect rumah tonggang langgang le...

Zino:

Maklang baru nak booking kat Times Square, Entah dapat entah tak. Tapi mintak2 dapatlah, InsyaAllah...

Mulan:

Memang senang kalau dapat letgo baju2 tu. Beri yang masih boleh dipakai, kalau yang koyak tu buang ajelaa...

UBA:

Same2...Lama tak nampak? Sibuk sangat ke? Maklang nak gi KL, 22/12 ni, InsyaAllah...

 

Post a Comment

<< Home