Selamat datang tetamu Beseghoh...
Assalamualaikum….
Dah Isnin dah today. Hari ni kat office busy sikit. Ada audit. Maklang sure kena soal. Biasanya dia ambik pegawai bawah maklang, tapi since now semua dah kena seconded, sayalah yang kena soal. Ni, baru mintak draftslady tu tolong check document. Paling benci kalau buat project ni nak memfailkan document. Kalau time malas nak file tu, mintaklah tolong adek2 drafting tolong buat. Bukan sikit2. Melambak atas meja. Kalau tak fail, bila buat audit, tak jumpa, mulalah kena warning…Mintak2 today semuanya OKlaa…InsyaAllah. Ingat nak cabut pi tengok Maya gi ambik hadiah, tak ada chancelaa. Angah memang la tercampak ke bawah sekali. Lebih kurang aje dengan sepupu dia yang kat KD tu le…maklang ada compare notes ngan mak dia hari Sabtu lepas. Perangai lebih kurang sama aje. Anak no. 2 = 2, anak no.3 =3. Apa lagi nak buat tak tahu. Pening kepala kat yang sorang ni. Tahun depan dah darjah 5. Memang kenalah masukkan tuition tu. No way lah kalau prestasi terok macam ni. Turun kelas pulak tu!!!! GERAM betul.
Kadang2 rasa macam tak larat nak carry dah. Mana nak buat kerja kat opis. Mana nak masak kat rumah. Mana nak train bibik yang susah sangat nak paham tu. Mana nak jaga kepentingan sekolah anak2. Tak ada masa nak enjoy untuk nak menghabiskan kerja ‘hobby’ maklang tu. Ni dah lebih 2 minggu tak buat apa2. Cuma kenkadang dok jahit manik sikit2. Kadang2 rasa nak menjerit aje. Nasib baik ada sorang kawan setia yang selalu menjadi pendengar maklang. Tu pun dia jauh di sana….Sib baik ada pendengar setia…
Sudah2lah nak meratap nasib…Kita cerita pulak pasal kisah yang menyeronokkan eh…
Semalam maklang menerima tetamu dari Beseghoh. Seronok tak terhingga. Pepagi dah bangun masak. Menu simple2 aje sebab bukan nya sempat nak masak pelik2 pepagi sebelum ke office tu. Petang sebelum tu maklang dah siap2 lada2 yang nak blend. Potong bawang.Perencah sayur, etc. So, pagi semalam sekejap ajelah dah siap.
Pagi semalam pukul 6:20am, maklang dah di dapur. Memula masakkan lemak cili padi ikan tenggiri. Kelapa beli yang dah siap perah tu. (Nasib baik masa kekedai tu, tuannya ada. Biasanya pukul 7:00 mlm dah tutup. Kebetulan tuan dia tengah angkat barang…maklang pun pergilah beli! Alhamdulillah…). Then masak udang tomato. Sat aje. Tumiskan perencah sayur dan masukkan tahu. Letak kicap Kikkoman tu dan pesan kat bibik suruh masukkan taugeh kasar tu bila dah makan tengahari tu. Mintak tolong bibik cucikan sayur2an unutk buat ulam tu dah maklang potong. Lepas tu perapkan ayam dengan rempah dia lepas tu maklang pun siap gi opis. Dah pesan kat Bibik supaya goring ayam jam 12. MAsak nasik 2.5 put!
Yang sedihnya hp maklang entah terselit kat mana tak tahulah. Sampai ni tak jumpa2 lagi. Seingat maklang lah lepas tutupkan alarm kat ph tu, maklang letak sebelah katil. Tapi bila nak gi opis, cari2 tak jumpa. Habis dah bibik tolong geledah kat bawah katil, tak jumpa pun. Bila call ada ringing tone tapi tak bunyi. Kot2 dah masuk vibrate mode agaknya. Tak tahulah kemana. Bimbang jugak bila tetamu dari Beseghoh tiba nanti takut tak jumpa rumah susah pulak sebab dia tak ada ph office maklang. Nasib baik Makteh tolong smskan beritahu no. opis. TQ MT. Cik Abang punya ph pulak kalau battery lemah masuk kat GSM mode. Memang tak dapat punya kalau call. Susah….
Tapi Alhamdulillah tetamu istimewa kami, senang carik rumah. Maklang cabut awal dari opis tengahari tu. Balik opis pun lewat. So, InsyaAllah hari ni n besok kena gantilah hours yang maklang ‘menghilang’ tu. Kesian tetamu kami lambat makan sebab Cik Abang balik lewat. Dekat 1:30pm baru tiba rumah. Dia ada presentation, so dia tak dapat nak keluar. Presentation tu dia pulak yang buat. Harap2 tetamu kami tak berasa hati!. Maaf ye kak dan abang!. Cerita punya cerita, rupa2nya kami pernah bersekolah di sekolah yang sama. Tapi memang tak kenal langsung sebab dia senior maklang beberapa tahun. Kecik dunia nikan….
Maklang jugak nak mintak maaf sebab masa Cik Abang bawak pusing2 tengok2 tu, keadaan sekeliling menyakitkan mata. Bilik anak2 esp. dan bilik study. Kami in mode nak mengemas and in the midst of it, so memang le tonggang langganglaaa. Sorry ye kak dan hubby.
Kejap aje pertemuan kami, tetamu kami nak mengundur diri. Terimaaksehlah kerana datang mengunjungi teratak maklang yang tak seberapa. Moga2 ada umur kita jumpa lagi….InsyaAllah.
Gamabar belum upload lagi. Tunggu Along buatkan…Wassalam...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
18 Comments:
Maklang, tentu seronok jumpa teman sekolah, walau tak sekelas. Banyak cerita tuh.. U are lucky
Wah, sibuk maklang ni. Harap-harap audit tu akan berjalan dgn lancar. good luck!
Wah ex school mate. Mesti syok jumpa ye? Maklang ni kata masak simple pun mesti sedap juga. :)
eh...eh..eh.. sape kate dhirah nak upload gambar????????? malas la nak upload~ -_"
Maklang and Paklang yang dihormati,
Kami berdua mengucapkan terimakasih yang tak terhingga atas kesudian anda berdua menjamu kami dan berkongsi ttg selok belok rumah (istana sebenarnya!!) yang sunggug indah!
Maklang masak memang best. iKelah puji gulai lemak sedddaappp! Kuih raya pon sedap. Tudung telekung pon cantik dijahi. Pendek kata memang tip top maklang ni. Org Johor ler katakan, hehe
To both of you, thanks and may Allah swt bless your and family!
Take care!
Memang gitulah kita M.L, isteri, ibu, pekerja, majikan, kalau rasa nak jerit, I jerit je, lepas tu pergi shopping, balik senyum dah.. hehe..
CB:
Sebenarnya bukan teman sekelas...teman sesekolah dan juga teman seblogg...he..he..
Sherin:
Audit kena postponed to besok...Sesak betul nafas. Mana nak kejar projek, mana nak layan audit. Boring betul....
Eh ye ke sedap...???Macam dah rasa aje!!
Jepun sayang...
Nanti tolong mak eh...Mak upah famous amos Raya tahun depan!!
dith:
TQlah for sudi datang rumah kami ni...Jauhnya...tak istana tapi kami bahagia di sini...Alhamdulillah...
Kata kat ikelah...jangan puji lebih2, nanti next time masak tak jadik kang...tapi orang Johor memang bestkan dith..( tu kira untuk akak jugaklah tukan..kan..)
Adah:
Apa nak buat, kalau Kerteh ni macam kat tempat u, memang maklang gi shopping. Tapi Kerteh ni tak ada shopping malllaa...tu yang sedih tu...
Maklang, dok le saya rasa lagi tapi dengor orang cerita dan maklang punya description mmg sedap bunyinye.. :)
Sherin:
Kalau nak makan , marilah sini, baru tau sedap ke dak! Tapi masak ni kenkadang, Allh bagi jadi sedap, kenkadang ada gak yang tidak...semuanya ketentuan Allah...
Bila nak datang sini? Cuti sekolah ni tak nak jenjalan sebelah sini ke??
mak lang relax lah I think angah dah buat her best..oh kwn blogging ke sana best nya..I percaya ML punya masak simple tu yg at least 5 macam lauk.
Good luck in the audit session hope semua beres.
Ini macam saya pun mau mengaku orang Johor!
ichiruki sudah ada blog!
Mak Lang..saya junior maklang..hihihi..kawan seumur alang..tp lain class lah..
Kak elle:
Kadang2 rasa frust sangat nak suruh Angah belajar. I do not know how dah rasanya. Yang lain tak susah sangat. Alhamdulillah. I pray to you Allah agar dia berubah lah tahun akan datang ni...
Mamasarah:
Orang mana2 pun sama, janji hati baik..
Kebetulan maklang dilahirkan dan dibesarkan di JB. Asal usul parents dari Alor Gajah , Melaka..
Ajzie:
Eh...masa Ajzie sekolah tu maklang dah entah ke mana agaknya...
Maklang...anak kak lady ni...yang si Farhan tu...kalau suruh belajar...macam nak suruh buat keje berat...bukan main susah lagi...tapi kalau bab duduk depan komputer ni tak payah disuruh...kita ilang sekejap je dia dah duduk...
Ni keputusan UPSR nak kluar dah...tapi dia nampak relax je...heheh...
maklang, kawan maklang takde bawak kueh akak beseghoh ke? maklang punya masak simple = masak bagai nak rak utk mulan ni.. he he..
Kak ku, Lady:
Angah UPSR 2 tahun lagi. Kena start paksa belajar lah ni. No main2 business...
Harap2 Farhan dapatlah apa2 yang diidamkannya...
Mulan:
Tak bawak, dia bawak chips unutk anak2. Anyway their presence yang penting. Maklang pun tak suka kueh manis...
eh mak lang ni memang tere la...simple2 menu pun, meleleh air liur dengar ni hah!
:) Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya yang tak seberapa itu. Melihat dari gambar DITH, memang cantik rumah Mak Lang tu. Mesti Mak Lang banyak tip bab menghias rumah ni.
mamarock:
Tere tu idak le...Ok Ok je...
kenakelayan:
Rumah maklang biasa2 aje...
Post a Comment
<< Home