Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, October 30, 2006

Back to Kerteh....

Kami tiba dari JB semalam lebihkurang 6:40pm after a few stops kat Kg. Bertemu Jodoh, then kat Labis sebab Angah nak beli sticker (kalau tak moncong sekaki), then singgah kat Kuantan jumpa Datok dan last sekali singgah kat Nirwana beli ayam dan sayuran since kat fridge dah tak ada sayur lagi.


Macam biasa, saat perpisahan ni memang sedih aje. Alang mula dulu, merah mata dan bila tengok Alang macam tu, maklang pun rasa sebak sangat, then Wan pulak yang sedih. Memang setiap kali bila dah cuti panjang2 ni, dah raya, makan, masak, gurau, tengok DVD kat bilik Busu sampai larut2 malam sambil kuk kik kuk kik (gurau2 and usik2 and kutuk2), shopping sakan sama2, bila nak berpisah tu sedih sangat rasa. Maklang memang rapat sangat dengan adek2 maklang yang dua orang ni. Mereka pun rapat dengan anak2 maklang, begitu jugak anak2 mereka dengan maklang dan Cik Abang.Cuma dengan adek yang no. 2 kami agak distance sebab dia membesar di asrama, jadi kami tak berapa mesra. Tak boleh gurau kasar dengan dia, sensitip sikit.


Perjalanan balik ke Kerteh memang meletihkan. Anak2 at first as usual memekak aje. Ada yang menyanyi tak berenti ( si Hakim), ada yang membebel aje (angah le tu). Maya and Along biasanya diam aje. Asyik suruh orang lain diam aje. Pening jugaklah kepala dengan bising dia orang ni. Tu yang kadang2 rasa nak letak screen aje yang boleh pisah depan dengan belakang. Tapi tak lama budak2 tu bising, sat aje lepas tu semuanya lelap. Ngantok agaknya sebab kena bangun awal. Kami bertolak dari JB pukul 9:15 am.


Pukul 10:30 kami talipon Pak Chu dan kebetulan Pak Chu ada kat rumah mentua dia. Kami singgah kat situ dalam 1 jam. Pak Chu nampak slim sekarang, tambah hemsem....
Mak Chu macam biasanya aje. Pak Chu kata baby Bree kecik compared to Baby Dilla anak Pak Teh.

Lepas dari situ kami berenti di Labis. Angah nak beli sticker. Dia kata nak jual kat kengkawan dia. Mula2 ingatkan malas nak berenti sebab dah lewat. Tapi bila tengok Angah dah lain macam, terus aje berenti. 10 mins je kot, then kami meneruskan perjalanan ke Kuantan. Tiba pukol 3:00pm. Maklong served tom yam sea food, sambal bilis bercili api ( we call it sambal Gila sebab dia pedas 'gila') dengan ikan goreng. Berselera kami makan sebab dah berapa hari dok pekena daging dan ayam dan bila dapat lauk2 asam macam ni memang sedap...TQ maklong.


We reached Kerteh about 6:40pm. Angkat barang yang perlu dan maklang terus sinsing lengan nak siang ayam dan goreng dengan rempah kormak. Sambil2 tu goreng terong bercili. Letih badan. Tapi lega sebab perjalanan kami selamat semuanya.


Hari ni masih letih. Alhamdulillah dapat jugak kami berpuasa hari ni. Ni tengah tunggu mesin sulam tudung tu. Ada satu lagi tempahan untuk nak completekan before end of the week. Petang tadi, before maklang tiba rumah dari office, Cik Abang dah call suruh cepat sebab ada tetamu -jiran depan rumah- dah datang beraya...Nasib baik masa balik tengahari tadi dah masuk2 kan kueh dalam bekas. Masa tiba tadi, Bibik pun dah buatkan air....


Sat lagi lelaplah ni....Good nite dan Assalamualaikum....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

18 Comments:

At Monday, October 30, 2006 11:12:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Skg giliran maklang terima tetamu kat kerteh eh? mesti ramai yg tunggu maklang pulang .. raya katakan.OK my raya dah selesai dan alhamdulillah dapat kunjung semue rumah adik2 ni kena TQ pada my bro Fandi lah sbb die lah yg jemput dan hantar pulang.Cuma sedih tak dpt jumpa ML kat JB driver takde sibuk meraya kat sg dan lagi budak2 ngah end of the yr exam.

 
At Tuesday, October 31, 2006 9:32:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam lebaran,
selamat hari raya n maaf seadanya masa kita berblogging ni ya maklang

tak sangka rajin maklang blogging time2 raya ni. saya baru nak start blogging ari ni, tp mulakan ngan blog kengkawan, utk entri blog sendiri lum lagi..masih tak de mood sbb rasa bersalah tak balas blog kengkawan esp. yg wish hepi raya day ni..tu yg nak ronda blog kengkawan dulu ni

abih dah saya baca semua 6 entries maklang ni...tak leh nak komen satu2..kalau tak jd entri plak komen ni. cuma part tak leh tahan tu, si Hakim cakap duit raya dah banyak tak yah salam org dah hahhaa

 
At Tuesday, October 31, 2006 11:48:00 AM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, welcome back to the daily routine :)

 
At Tuesday, October 31, 2006 2:33:00 PM, Blogger Mulan said...

maklang, masih ada masa blogging time2 raya ni. caya la maklang, tabik spring lagi. anyway, seronok baca cite maklang beraya. i'm back maklang...

 
At Tuesday, October 31, 2006 7:22:00 PM, Blogger Ajzie said...

yeahhh Mak Lang dah balik rumah..time terima tetamu plak.

Moga bergembira..

 
At Tuesday, October 31, 2006 8:10:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Maklang,

Dah lama saya tak balik Johor Bahru. Baru ni balik Muar ziarah tok. Glad to know that you had a great raya back at kampong (naik kete baru ek)

Insyallah kalau ada kelapangan kita ziarah rumah Maklang. Bila lah agaknya yek.

 
At Wednesday, November 01, 2006 7:13:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Maklang pun dapat Raya kat semua yand dicadang nak lawat. Cik Abang kecewa sebab tak dapat gi rumah mentua Alang. Dia nak sangat minum Air Beh(?)...air negeri Johor? Maklang pun tak tahu apa...


Syikin:

Salam lebaran jugak buat Syikin...

Rajin berblog sebab tak ada kerja. Nak jahit dah malam takut kacau orang tidur...so main PClaa...

Saje je, kalau tak blog, nanti lupa!

Mama Rock:
TQ...TQ..:)

Mulan:

Patutlah hilang lama, balik Malaysia rupanya...oh...dekatlah ngan BIL punya rumah tu ek???


Ajzie:

KAt sini tetamu datang biasanya kalau ada open house. Tapi tahun tak buatlah. Buat makan kat opis pun share2 ramai2. Ada tugas kena masak, as usual. Penat dah bila pikir!

dith:

Tak kereta barulah dith...tu cerita setahun yang lepas...now ni pakai je kereta yang ada. Belum bercita2 nak tukar lagi....

 
At Wednesday, November 01, 2006 1:36:00 PM, Blogger Nazrah Leopolis said...

maklang, selamat hari raya, maaf zahir batin...


maklang bolehbuat sulam goyang atas tudung bawal ya? waaahhh.... nak tengok nak tengok...bila mana saya pergi tganu nanti boleh kita belek2 ya...mmg saya gila tudung sulam ni...

 
At Wednesday, November 01, 2006 2:26:00 PM, Blogger maklang said...

nazrah:

Maklang tak buat sulam goyang le...semuanya computerized. Kalau nak tengok sample ada kat daribilikjahitmaklang.blogspot.com tu. Tu sample je. Ada yang letak manik, ada yang letak swarovski. Maklang sulam jugak kat telekong and jahit manik. Interested ke??

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kalau datang Kerteh, singgah tau...

 
At Wednesday, November 01, 2006 2:26:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Welcome back. Lamanya MakLang beraya di kampung - memang seronok, kan? Budak2 pulak, tentu seronok kutip duit raya ... kita ni, lengoh tangan dok hulur :-)

 
At Wednesday, November 01, 2006 5:22:00 PM, Blogger Jo Kontan said...

".....Anak2 at first as usual memekak aje. Ada yang menyanyi tak berenti ( si Hakim),....


Yang Si Hakim nii tak berenti nyanyi nii ikot Gene Paklang. Ha ha haaaaa...

Paklang tak pernah Melalak lagu nii ? Sure Pening niii..

La donna è mobile, qual piùma al vento,
muta d'accento, e di pensiero.
Sempre un amabile, leggiadro viso,

*
*
*
*
AAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
e di pensier, e di pensier

 
At Wednesday, November 01, 2006 6:53:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Seronok ML jumpa adik-beradik. I balik kampung 5th raya. Dah tak dapat jumpa 2 adik sebab masing2 dah balik tapi dapatlah makan mee bandung yang popular di Bandar Maharani ni.

 
At Thursday, November 02, 2006 8:35:00 AM, Blogger maklang said...

QOTH:

Memang seronok anak2 kutip duit Raya. Sat lagi ni pun ingatkan nak gi Tabung Haji sat nak masukkan duit Raya anak2. Maklang tahun ni tak dapat duit Raya dari Cik Abang. Tapi nasib baik dapat handbag dan seliper Raya...jadiklah...

Tahun ni duit Raya pun kena catu....kemarau cukup2 tahun ni. Dalam kepala dok pikir budget baju sekolah dan buku2, dan kasut sekolah. Pening..Pening...

Jo:

Paklang ngan Pak Teh dia punya keturunanlaa tu. Hakim minat sangat lagu Amapola by Bocelli tu...lagi satu by penyanyi yang apekenama dia yang nyanyi lagu apa Mary tu...eh ye ke tajuk dia. Tapi once Pak Lang dah nyanyi siap mic pakai tangan lagi...anak2 suka. Maklang senyum senget je laa... Kalau complain kang merajuk lak...he..he...

Adah:

Apasal lah tak berenti kat rumah maklang kat TST tu? Boleh jumpa2...


Abe Arif:

Nanti kita masukkan gambar raya kita pulak. Tak buat2 lagi. Nak buat slide cam kak Elle...

 
At Thursday, November 02, 2006 5:04:00 PM, Anonymous Anonymous said...

traffic ok ke masa balik baru ni maklang?

alhamdulillah selamat sampai. sempat masak lagi lepas penat2 travel tu. agaknya kalau saya dah pakat beli je!

 
At Thursday, November 02, 2006 9:35:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang buat lah slide tu senang je...bolih nanti kita tengok your family beraya ....

 
At Friday, November 03, 2006 2:24:00 PM, Blogger simah said...

mak lang..lama tak update? sihat tak?

 
At Friday, November 03, 2006 5:29:00 PM, Blogger maklang said...

mamasarah...

OKlah traffic. Memang biasanya kalau balik jalan tu masak je. Cik Abang tak suka makan diluar...

Kak elle:

Ni Dhirah dah tolong buatkan ni. Nanti malam baru nak masukkan...busylaa...

Simah:

Alhamdulillah...sihat cuma sibuk sikit laa. Nanti maklang cerita OK....

 
At Friday, November 03, 2006 11:11:00 PM, Blogger Nazrah Leopolis said...

memang ler interested ...especially sulam manik, lekat2 crystal, kerawang pun kita suka...daribilijahitmaklang tu tak leh masuk pun....

 

Post a Comment

<< Home