Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, November 16, 2006

Boss Mak Hantu ke?

Assalamualaikum....


I am feeling not so okay this morning. Kepala pening, the whole body is stiff. Keras kejong aje urat2 nih...Musim 'cuti'memang biasanya macam ni...Nasib baik Cik Abang dan anak2 rajin layan nak urut maklang. Uruk kaki, urut pinggang dan urutlah kat mana2 yang lengoh tu. Kalau ikutkan malasnya nak gi opis, tapi ada pulak benda nak kena prepare for meeting next Monday. Apart from that ada jugak nak check document. Fening....Fening...


Malam tadi gi makan lagi. Kat sekolah ada buat makan Hari Raya and since Cik Abang is involved in PIBG, maka kami sekeluarga di jemput sama. OKlah, tapi sebab badan tak berapa sedap, taklah enjoy sangat...Dapat Tupperware 2 biji for Lucky Draw...Alhamdulillah...






Ingat tak? 2 hari lepas my bujang senang ikut maklang gi opiskan. Masa kat opis tu terjadilah satu perbualan dengan Boss maklang. Masa tu maklang tengah mengadap Boss laa, tak aleh2 dia masuk. Boss maklang ni memang kelakar, tak kira orang tua ke, muda ke, anak2 ke, habis di kacau nya...


"Kim, ni lah dia Boss mak yang selalu jeling2 kat mak bila Hakim call tu. Kan Hakim kalau call mak sampai 2-3 kali satu hari..."

Hakim dok pandang2 Boss Maklang tu. Boss pun buat2lah jeling...Tapi muka dia memang kelakar. Jeling pun budak tak takut. Macamana agaknya dia dengan anak2 dia. Dengan janggut di yang panjang dekat 6 inci tu, dengan kupiah dia warna biru tu. Tak ada gaya Boss sekarang ni le...A very2 simple man. Kalau maklang selalu usik dia AT - Ayam tua sebab dia selalu berangan nak kawin lagi..macam Datuk K. Dia kata dia kalau nak bagi kesenangan tak boleh lah...tapi nak bagi 'kebahagiaan' bolehlah...Satu department gelakkan dia. Kelakar and perasan tak sudah.... Kalau nak imagine dia, kenkadang macam muka apek nak terjun pokok dalam cerita madu 3 tu...Tapi dia ni hensem sikit and manislah orangnya...


"Kim, kalau Hakim nakal2 kat opis ni, nanti janggut Boss tu jadik paaanjaaaaang, lepas tu dia belit Hakim tau"

HAkim dok perati aje janggut Mr. W (my Bosslaa) ni. Boss maklang pun sambut...

"Ye....nanti janggut Pakcik panjang lepas tu dia belit awak"

"Mana boleh panjang sekejap aje. Mana boleh belit", kata Hakim.

"Tak...nanti dia panjang, dia belit awak, nanti awak tak boleh lari...Pakcik boleh magic!"

"Alaaaaah...kalau dia belit Hakim, Hakim guntinglah janggut tu..."

Langsung tersenyap Boss. Oh...budak ni tak leh layan panjang2...jawapan dia tu, sampai hilang idea...


Balik tu, Hakim tanya..."Mak, Boss mak tu boleh magic tu, dia hantu ke?????"


Agaknya dalam kepala dia terpikir...kalau boleh magic ni mesti hantu macam dalam TV. Joke betul macho manja sorang tu....Wassalam...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

17 Comments:

At Thursday, November 16, 2006 8:47:00 AM, Blogger Mulan said...

payah tu nak jumpo boss lagu tu maklang. rezeki maklang betul dok keje ngan dia. suruh hakim tanya dia, bila dah panjang betul janggut tu, boleh gayut macam tarzan tak? kkrrrghghhh.. kih kih..

 
At Thursday, November 16, 2006 9:23:00 AM, Anonymous Anonymous said...

susah nak carik boss cenggitu..yg byk nak tunjuk power ada lah..

budak2 ni kalau di layan, kita yang sudahnya mati akal.

 
At Thursday, November 16, 2006 10:38:00 AM, Blogger Mama Rock said...

ha, ni mesti banyak tengok harry potter ni...hehehe

 
At Thursday, November 16, 2006 11:31:00 AM, Blogger simah said...

hahahhahaha kelakarnya hakim... teringat pulak dumbledor bila mak lang sebut janggut..hakim baca harry potter tak mak lang..

semoga mak lang cepat sembuh :0)

 
At Thursday, November 16, 2006 5:21:00 PM, Blogger Ajzie said...

Hihi..pandai2 hakim jawab...Hihih ala2 Harry Potter gitu...

 
At Thursday, November 16, 2006 7:44:00 PM, Blogger maklang said...

Kakz:

Alhamdulillah...dapat Boss camtu.

Mulan:

Setakat ni, ni Boss yang no.2 dapat yang baik..yang lain tak best!


OO:

Kalau dengan Hakim biasalah tu...


mamarock:

Agaknyalah tu...Harry Potter memang kesukaan dia...


Simah:

Entahlah...dia kenkadang suka imagine yang bukan2!

Ajzie:

Hakim peminat Harry Potter!

 
At Thursday, November 16, 2006 8:11:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wahahahaha!! wat lawak lak adik den nih!! btul2 kalo ngan dia jgn le cakap pepanjang, konpem x dpt jwb kecuali org tuh skali ske putar belit sampai terbelit cerite

 
At Thursday, November 16, 2006 8:15:00 PM, Blogger anggerik merah said...

Kelakar nye...

Hakim so smart to address the what if situation..

Hopefully maklang dah sihat. Suka tengok gambar maklang kat blog Ikelah.

 
At Thursday, November 16, 2006 11:34:00 PM, Blogger Kak Elle said...

ML dah sihat?kesian nasib ada yg nak memicit..take care mak lang..Si Hakim ni bolih tahan jugak loyar buruk...

 
At Friday, November 17, 2006 7:03:00 AM, Blogger maklang said...

Jepang:

Betul tu...Conpem terbelit sekali!


AM:

Ni keas memang tak luar biasa buat Hakim!

Kak Elle:

Masih cam tu. Sib baik ada yang nak urut. Lega skit. Hakim tu bukan loyar buruk...double lauya punya!

 
At Friday, November 17, 2006 8:08:00 AM, Blogger Kak Elle said...

ML u ada muscle relaxant tak? try makan tu biar semua otot renggang sikit atau pun voltaren.Insya'allah I maybe in KL over christmas ni baru je bercadang pasal tak bolih amek leave...

 
At Friday, November 17, 2006 2:00:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Maklang,

A very understand boss,
Flexible hours,
Boleh bawa Hakim lagi.

You are lucky Maklang!

Dapat boss macam kawan punyer... hehe..maleh citer..kang ngumpat lak..

 
At Friday, November 17, 2006 6:38:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Aik DITH, you have a boss above you? I thought you were the boss?

MAklang, HAkim sangat cerdik! Bagus akal dia fikir nak selamatkan diri daripada kongkongan janggut macician tu. Gunting ajelah. apa susah?

 
At Friday, November 17, 2006 7:36:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

InsyaAllah Christmas, kami di KL. Wan gi Haji 23.12, so maybe can meet???

Dith:

Alhamdulillah....Boss baik. Kalau tak dengan kerja yang ada lagi tension..

Dith..jadi macam makteh le...ada clinic sendiri, kan senang!

mamasara:

Soalan pertama DITH yang kena jawab...maklang tak tau...

Alhamdulillah, setelah lama sakit, HAkim dah bijak sekarang ni...Allah Maha Adil...

 
At Friday, November 17, 2006 9:52:00 PM, Blogger Idham said...

:) boss yg macam dia tu mmg best per...boleh buat kawan lagik...

idham

 
At Saturday, November 18, 2006 7:09:00 AM, Blogger zino said...

dapat bos macam tu ok lah.. tapi biasa nya bos ni kepala angin sikit hehe maklum le bos hehe

 
At Saturday, November 18, 2006 7:55:00 AM, Blogger maklang said...

Id:

Apakabar? Lama tak nampak? Ap jadik ngan blog. Maklang sampai termimpi2, mencari blog Id...he...he...

Alhamdulillah...Boss maklang tu memang best in the world..


Zino:

Alhamdulillah Boss yang ni tak kepala angin....Orangnya alim sangat...

 

Post a Comment

<< Home