4th and 5th Raya
Kalau bercuti ni cepat aje nak tamat. Diam tak diam since kami balik dari Kuantan, ni dah hari yang ke 9 kami diJB. Anak2 semuanya merungut kenapa nak balik cepat sangat. Tak puas lagi duduk rumah Wan. Kalau mereka dah periksa akhir tahun memang maklang sambung aje cuti ni. Tapi apa nak buat, kena balik jugak besok pagi. Tu pun dah ponteng sehari. Sepatutnya Ahad dah sekolah, tapi ponteng sebab takut jam satu, satu lagi panjanglah sikit. Maklang pun cuti cuma 1 hari aje, Ahad ni. Last week, minggu raya tu company dah declare cuti free. The 3 days untuk Deepavali and Raya dan 2 hari lagi dia declare cuti. Selamat cuti den. Bolehlah pikir nak jenjalan jauh sikit kalau dapat simpan cuti ni. Rasanya after tomorrow I still have like 9 days more of cuti.
Dah hari ke 4 dan 5 Raya ni, perut macam boncit semacam. Asyik minum air aje. Berbunyi2 perut ni ngan air. Kenkadang rasa macam budak2 tu. Berkocak2 air dalam perut. Semalam lepas makan thosei tu, maklang pergi ke rumah sepupu di BB. Bila pergi BB ni, nampaklah rumah tempat maklang dibesarkan. Tinggal kat BB dari baby sampai umur 16 tahun, lepas tu Wan pindah kat TST. Rumah kat BB tu, Wan sewakan. Lain benar dah BB ni, tak macam kg dulu. Banyak betul kereta, maklumlah laluan nak ke Permas Jaya. Tengok pun tak best dah. Memang hilang betul suasana kg dia. Tak lama lagi banyak kawasan nak diambil oleh kerajaan. Nak dibuat hiway rasanya. Hilang langsunglah kg tu. Rumah2 flat pun dah banyak didirikan kat belakang kg tu. Maklang ceritalah kat anak2 yang masa kecik2 dulu, maklang suka main air sungai tu bila air pasang. Tangkap ikan dan sebgainya. Memang seronok kecik2 dulu.
Balik dari rumah sepupu tu, kami balik ke rumah Wan dan Atok. Ingatkan nak pergi ke rumah mertua Alang tapi tak jadi. Sepupu maklang call suruh gi makan kat rumah dia. Dia ni anak pada kakak mak. She is 2 years younger dari maklang. Anak dia 6 orang. Baik orangnya. Sedap jugak masakannya. Ada dalca, nasi minyak, ayam masak serai ( yang dah berbelas kali tanya macamana nak buat everytime come Raya. Tapi tak jadi! I told her, agaknya tak de pengeras kot. In fact last year Raya, siap demonstrate how to cook it! Agaknya ayam yang dia potong tu besar2 sangat!)Dia jugak ada masak nasi putih, lauk ikan masak cili padi dan sayur kacang.
Balik dari situ, singgah kat EuroModa. Beli kain sebab baju yang maklang tetas tu, lengan dia kecik sangat. Then Alang belanja sepasang kain lagi.... Thank you so much Alang! Cik Abang turunkan kami kat depan kedai tu before dia bawak anak2 balik. Then maklang dan Alang balik naik taxi. Malam tu, perut meragam lagi. Badan seram sejuk. Rasa macam kena food poisoning!. Sapu minyak kat perut, pakai setokin dan selimut ngan comforter. Baru lega sikit. Alhamdulillah hari ni OK sikit!
5th Day Raya
The best thing that has happened today was when Atok CB came. With Wan Countess dan anak mereka. Maklang was so glad that they could find a time to visit us here, kat rumah Atok dan Wan ni. Alhamdulillah. I prepared some meehoon goreng dan rojak buah. Countess is so nice and friendly. Tak sangka pulak, dah pangkat 'Countess' ni, boleh pulak kawan dengan kami rakyat jelata...he...he... Thanks again Count. I wish I could upload the photos here. Tapi masih belum ambik dari camera lagi.
Petang tu, kami when to S3F, kedai bunga tu. Dah lama maklang beritahu Cik Abang yang maklang nak tukar bunga kat rumah tu. Cik Abang kata Ok. So, tu yang pi beli tu. Tapi nak sumbat kat mana agaknya kat kereta yang dah sarat tu....
Balik dari situ, kami keluar ke Metro kat rumah Wan ni. Alang sibuk nak cari handbag. Tapi as usual, Alang kalau pilih barang2 berjam2, tapi last2 tak jadi. Buat lengoh kaki aje...
Lepas solat ISyak tadi, maklang dah start packing baju. Kalau tak buat malam ni sure besok pagi kelam kabut. Besok ingatkan nak balik at 8:00am. Tapi sampai le ni, anak2 tak tidur lagi. Besok sure payah nak bangun....
Good nite everyone! Assalamualaikum...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
Wahhh seronok dengar citer org JB beraya. Rugi kalau ajzie miss membaca post2 mak lang kali nih..Terasa seronok beraya di JB. Saya pun ada rumah atok di BB. Kenal ker dulu2 ada org jual rojak kat junction di BB nama Mak Enab, suami nya nama Pak Yassin. hihi tanya mcm jejak kasih plak eik.. Jgn marah Mak Lang. MEnab & Pak Yassin tuh atok sedara kami. Sebelah rumah dia tuh rumah atok ajzie..
Rambang mata gak gie EuroModa tuh eik..mcm2 kain ada.. Ngape tak ke Perling..ada Jackel(betui ker idak ejaan nya nih)lagi banyak jenis...hihihi
Drive Safe..moga selamat sampai ke Kerteh.
Agree with Ajzie mmg seronok baca raya maklang sekeluarga....makan and makan eh maklang.Hope you feeling better with your tummy.Selamat bertolak ke kerteh esok.
safe journey mak lang...
orang sibuk raya, sempat juga shopping kain ya? wah, hebat betul. bila open house kat kerteh maklang?
Ajzie:
Memang mabuk. Sekali pergi beli sikit. Pergi lagi ada gak sangkut! Nasib baik alang belanja sehelai. Entahlah apa nak jadi. Cik Abang kata gila kain tak apa, gila emas tak apa, jangan gila kat l@ki orang dah!Tapi maklang tak beli yang mahal2. Beli Viscose je...Tu pun yang tengah sale, kalau tak, pandang je laa...
Alhamdulillah...dah sampai pun kat Kerteh pukul 6:40pm tadi.Letih...
Kak Elle:
Thanks, kami dah tiba petang tadi. Dah unpack semuanya. Anak2 pun dah settle...
Simah:
Thanks...
Mama Sarah:
Kain tu dibeli, sebab lengan baju tu sempit...so kena tambah kain le...alasan...alasan...
Open house tahun ni tak buat kot. Malas dan sebenarnya kemarau jugak ni...hujan baru renyai2 so tak boleh spend dulu. Bila dah banjir, baru cerita,K;)
maklang..
amboi sakan beraya.. zino raya ke tiga masing masing dah sibuk ajak balik KL..
Mak Lang.. maaf dipinta tak sempat nak beraya dengan Mak Lang
On the 1st n 2nd day Raya NZN demam.. so atas katil sepanjang masa, balik ke JB on saturday, sampai pun dah petang...
Insyallah panjang umur kita jumpa
Salam sayang
Zino:
Kalau budak dah peksa, memang sambung lagi cuti...
NZN:
Itulaa, tunggu jugak call, tapi tak pe laah, ada rezeki pasti bertemi, InsyaAllah....
seronoknya sequel raya mak lang sekeluarga ni. mama pun raya kedua di jb, api balik ke Kl raya ke4 (friday) - memang tak puas la rasanya raya kat jb tahun ni...pendek na pulak rasanya!
mamarock:
Kalau tahu mamarock kat JB, boleh jumpa2. Apa nak buat belum diketemukan lagi...
Memang pendek sangat rasanya...tak puas!
Maklang.. terima kasih kerana menjamu kami dengan rojak petis tu.. selera Count makan. ML memang tera buat juadah.. kueh2 sema best best.. Countess sampai teringat2 meehoon yang ML sajikan. Kami mohon maaf tak beritahu our children were back to their respective places.. and second youngest had his school activity, jadik hanya yang bongsu ajer yang sempat kami rope in. Once again thank you for your hospitality, you and your family. Thanks
Post a Comment
<< Home