Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, October 27, 2006

Cerita 2nd and 3rd Raya

2nd and 3rd Raya


2nd day Raya lepas, my old-old friend masa Uni days came. Kiranya masa dolu2 tu he was one of my favourite ‘Abang’lah kat sana. He is 2 years older than I am. I am quite sure he will be reading this sebab masa dapat contact dia semula about 1-2 months back, I told him about this blog. Seronok jumpa semula. Dia masih hemsem macam dulu and kelakar macam dulu. Teringat zaman memuda dulu. Sometimes rasa macam nak relive semula waktu2 tu. He is a nice person and we used to berbual lelama on the phone. Tapi nak keluar dua-dua tak pernah kot. Maklang pun tak ingat. Masa kat Uni dulu, biasanya kalau nak keluar makan2 ni, kami selalu keluar ramai2. Kalau dua-dua tak bestlaa, lagipun kan ke kena ada chaperone (eh…betul ke spelling ni???). Masih ingat lagi when my housemates, yang semuanya kakak2, buatkan a surprise birthday party. I was only 19 then. I think that was the first time we actually met. Kiranya ‘ Abang’ ni dulu diminati oleh kakak2 tu semua kot!....HA…HA….tapi adek yang comei lote ni yang rapat dengan dia. Anyway, ‘Abang’ ni memang a nice personlaa…Tapi yang tak tahan tu, perasaan dia sampai ke tua ni tak ubah2….


Lepas dia dah grad dulu, dia kerja kat JB and everytime maklang balik ke JB, dia akan datang visit. We used to write letters to each other too. Masa tu rasa bestlaa…sebab maklang tak ada abang kan. Anak sulong!.Now dah almost 20 years since we left school and we dapat jumpa semula. He has already put on like 20kg ,mengembang macam dah telan 1 bag baking powder!, tapi masih hensem! (Kalau dia baca ni sure perasan). Anak dah 3. Semuanya perempuan. Isteri dia cantek, 3 years younger than I am. Nice person. Nama sama ngan maklang! Ni first time maklang met his family. Anak2 lawa2, ikut the handsome parents….Haaaa ni tak leh puji bebanyak. Kang perasan lagi kang!. Dia pun dah jadi boss besar. Well…Alhamdulillah everything is going on well for him and his family. Maklang jamu dia dengan ketupat , rendeng dan ayam masak serai yang masih berbaki from 1st day Raya tu.



Then came my aunty and family yang duduk kat KT tu. Hari Raya ke2 was a malas day for me. Perut tak sedap sangat. Alang kata mungkin akibat ubat hormone tu agaknya. Pening kepala jugak, tapi cuba tahan lah. Lepas Asar we left for my Busus house yang about 5 mins from rumah Wan ni. Satu Busu, adek Atok dan satu Busu Abang Wan. Rumah pun selang beberapa rumah aje from each other. Memula gi rumah adek Abah. Tiba pun dah dekat pukul 6:00, so masa tengah makan tu orang dah azan, so we headed back home to perform Maghrib prayers. Lepas Isyak baru kami ke rumah Busu Abang Mak. Makan lagi. Mee hoon putih pulak. Sedap jugaklaa. Lagipun muak asyik makan daging aje! Balik rumah about 10:00pm. Tak ada kerja malam tu, dok tetas lengan baju yang sempit tu. Frust betul, baju tu maklang suka, entah macam mana bila pakai lengan dia macam sarung nangka. Sambil2 tu tengok Desperate Housewives yang Busu 9 my youngest Bro) download dari PC dia. Jam 12:00 I went to sleep.

3rd Raya morning, disebabkan boring, maklang siap gunting 3 helai kain yang maklang baru beli tu. Lepas tu masakkan spaghetti sebab family Busu Abang mak nak datang. Ingatkan after Asar, rupanya lepas Isyak baru sampai. Petang semalam, Cik Abang bawak budak2 gi jenjalan entah kat mana pun tak tahu. Maklang tinggal kat rumah. Tak ada kerja, maklang pun jahitkan baju2 yang maklang dah gunting pagi tu. Siaplah 2 helai baju. Kain baru nak cantum. Ingatkan nak jahitkan manik kat lengan dengan leher dia. Tengoklah macamana. Lagipun kerja dah tak banyak lepas balik Raya ni. Tinggal jahitkan manik kat telekong sehelai dan ada kawan tempah tudung sehelai. Tu yang rasanya boleh nak menghias baju sendiri. Ni berangan lah ni.


Malam tadi, masa family Busu datang, spaghetti tu larislaa, Alhamdulillah. Kuah yang maklang buat seperiuk besar tu sebenarnya anak2 sendiri dah bedal. Nasib baik cukup!. Wan pulak buat lontong goring. Selamat semuanya. Alang pulak buat coklat cake yang tenggelam tengah tu ( dia tak ayak the baking powder and bikarbonat, that’s why tenggelam tu!) . Nasib baik kek tu, Ok gak…


After they left about 10:00pm gitu, maklang naik atas and solat. Cik Abang sapu minyak kat badan and terus tidur. Masih sakit perut lagi sampai ke ulu hati. Alang kata memang sah2 hormone pills tu. Effect dia macam orang pregnant. Tapi maklang memang TAK pregnant. Ni pun kepala macam senoneng semacam!


Oklah, enjoy your Raya. Maklang hari ni cadang nak gi makan thosei and then nak gi Raya rumah sepupu2, InsyaAllah…




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

8 Comments:

At Friday, October 27, 2006 3:09:00 PM, Blogger Ajzie said...

Mak Lang kat sini raya dah tak macam raya.. 1st day after balik solat raya kami, tabir dirumah berramai than reramai makan juadah raya di rumah ajzie. Than raya ke2 dah tak raya dah, sama aje mcm hari2 biasa..

P/s
Tak perlah tak dapat beraya di Malaysia..dapat baca cerita raya Mak Lang pun dah rasa seronok..
Kirim salam pada Alang..Anak dah tambah lom?

 
At Friday, October 27, 2006 5:46:00 PM, Anonymous Anonymous said...

bila balik kerteh maklang?

mcm2 juadah hari raya keluarga maklang ya. bestnya. thosei tu nak makan kat mana tu? buat sendiri ke?

 
At Friday, October 27, 2006 6:57:00 PM, Blogger Kak Elle said...

ML you masih kat JB ke? I dapat jln raya waktu mlm tak kemana cuma rumah adek beradek aje tu pun ada yg ambil.

 
At Friday, October 27, 2006 8:15:00 PM, Blogger maklang said...

Ajzie:

Tak pelaa...nanti balik sini lepas grad, raya puas2...

Alhamdulillah, syukur dapat jugak maklang menghiburkan hati Ajzie.

Alang masih ada kat JB lagi. Dia balik Kl hari Senin. Maklang Ahad ni balik, InsyaAllah. Anak2 ponteng sehari le...nak elak jem!

Anak alang masih satu lagi...ada rezeki, tambahlah tu, InsyaAllah...

Mama sarah:


Aa...masih kat JB. Hari ni puas beraya sampai sebu perut asyik dok makan, makan and makan!.

Thosei tu gi makan kat kedai lah...manalah masa nak buat ...malas pun ye! Tapi tak sedap tempat yang kami pergi tadi!
Atok belanja...


Kak Elle:

Aha, masih kat JB. HAri Ahad ni baliklaa...Kalau nak balik ke Kerteh ni memang lah malas. Cuti ni berlalu cepat betul...Tak bestkan. Kalau boleh lama, and kalau anak2 dah habis periksa, mau sambung lagi cuti ni...

 
At Saturday, October 28, 2006 1:05:00 AM, Blogger mizzwanda said...

a'kum m.lang wah raya sakan m.lang eh.heh nway slamt hari raya ya..heh

 
At Saturday, October 28, 2006 2:17:00 AM, Blogger simah said...

heheh mak lang dalam raya sempat menjahit lagi tu... mak lang pakai spek tebal tak?

syok baca entry raya mak lang..

 
At Saturday, October 28, 2006 6:57:00 AM, Blogger maklang said...

Misswanda:

Raya sakan??? Taklah...dok kena sakit perut tiap hari sebab makan pill hormone tu, pening kepala siang malam. Makin terok jadiknya nih...


Simah:

Boring dok rumah, tak ada kerja. TApi cuma tu ajelah yang siap. Yang selai lagi kena jahit kat Kerteh. Today ada satu rumah lagi nak pergi and nak gi barang2 keperluan unutk rumah dan nak teman Alang shopping.

Taklah..spec nipis je. tu pun unutk tengok jauh. Kalau dekat nak jahit prefer tak pakai spec sebab tak berapa nampak. Optometris kata belum boleh buat spec for double focal sebab mata tak terok!

Thank you...Membebel kat PC ni bagus sebab tak bising!!

 
At Saturday, October 28, 2006 8:44:00 PM, Blogger maklang said...

Bro Arif:

Senyum2laa selalu...Memang best kalau jumpa kawan2 lama ni...teringat zaman muda dan toya dulu...

Gambar ada ambik tapi tak dapat nak upload lagi..entahlah bila nak buat tak tahulah tu...

 

Post a Comment

<< Home