Tidur mana
Assalamualaikum....
Semalam kami tak ada gi mana2 pun untuk nak celebrate Anniversary. Cik Abang gi beli fries and suruh Bibik goreng. Lepas tu Along agaknya yang rebus sausage tu. Lepas tu makan ngan salad. Malas nak keluar. Lagi pun letih, dok memasak nasi lemak untuk officemate pagi tu. Tapi nasi lemak tu pun Bibik yang masak. Maklang Cuma goreng ayam dan buang kulit telor aje. Sambal udang dah masak petang sebelumnya. Alhamdulillah habislah nasi lemak tu. Legaa.......
Weekend ni, planningnya nak gi Kuantan gak. Nak service kereta maklang dan nak service air cond kereta Cik Abang. Mungkin service kereta Cik Abang dulu kot,kalau tak kena ke Kuantan 2 hari berturut2. So, maybe kereta maklang next weekend pulaklaa.
Sekarang ni Hakim macam dah nak mensetinggan kat bilik maklang. Tiap malam dah tidur kat bilik maklang. Nak ‘snuggle2’ dengan Abah dia pun dah susah.........Tapi nak buat camana, tiap2 malam ada aje alasan dia nak tidur kat bilik kami. Mulanya , berbulan lepas, ada buat perjanjian mulut dengan dia. Yang dia boleh tidur kat bilik kami, cuma hari Jumaat aja. Hari mak dan abah dia tak kerja, seminggu sekali aje. Tapi ni dah jadi tiap2 hari.
Biasanya tiap2 petang dah tanya,’ Hakim, malam ni tidur kat bilik Angah eh...’
‘OK…”, angguk betullah. Confirm tidor kat bilik Angah.
Tapi dekat2 nak pukul sepuluh tu, dia dah angkat bantal dia.
‘Eh........Hakim nak pergi mana dengan bantal tu?’
‘Hakim nak tidur kat bilik mak laa’
'Apasal?’
‘Angah tu, asyik bukak tutup lampu bilik aje, macam disco. Akim tak boleh tidur’
‘Yelaa tu..’, dan dengan selambanya dia mengangkut segala harta benda dia masuk kat bilik mak dia.
That was the first night. Malam kedua pulak, dalam waktu2 macam tu, dia berlari nangis kat bilik mak dia, kata Angah buat lagi. Then malam ke3, kata pulak Angah cubit lah, dan segala macam reason. Malam tadi, dia kata Abah ajak dia pulak. Abah cuma ajak teman sekejap tapi dia kata Abah ajak tidur sekali.
Ini macam manyak susah oooo. Satu lagi, kalau dia tidur kat sebelah maklang, maklang kena ngadap dia aje. Tak boleh pusing ke lain. Kalau pusing ke Abah dia, dia kata, mak dia tak sayang dia. Lepas tu yang tak tahan tu, tengah malam tu ada aje tangan yang dok meraba2 (tangan kecik eh...tangan besar tak boleh cerita...). Susah nak tidur, kalau tak pon dia dok menyempit kat sebelah kita. ( Biasanya dia tidur ata s kerusi square yang boleh isi barang dalam dia tu. Letak betul2 kat sebelah katil maklang).Tu yang bila bangun pagi rasa letih aje, sebab tak boleh gerak.
Malam ni, kena paksa dia tidur kat bilik Angah…tapi tak tahulah sampai hati ke tak....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
17 Comments:
Mak Lang, Happy Anniversary.
Dulu Nora & hubby hadapi the same problem. Anak kami yang ke2 waktu tu umurnya 4-5 tahun. Tiap-tiap petang janji nak tidur kat bilik sendiri bersama kakaknya. Tapi tiap-tiap malam dia akan angkut bantal dia ke bilik kami. Puas di pujuk, dimarahi dia tetap datang. Macam-macam alasan dia beri. Pernah satu ketika, Nora & hubby pura-pura tidur sebab kita orang siap kira sampai 10 kerana dah pasti si Adik ni akan masuk kat bilik kami. Mak Lang, dia siap datang merangkak macam nak serang hendap musuh lagaknya...Nak ketawa pun ada..sampai dah tak kuasa lagi.
Then finally, kita decided to pasang air cond kat bilik anak-anak dan beli katil 2 tingkat. Baru settle problem tapi tulah kenanya keluar duit sikit...alahai
Happy Anniversary Mak Lang
am be noty here, tangan kecik and tangan besar which one Mak Lang prefer.. gulp sorry
tu la maklang.. patut tinggalkan dia orang tu. pi la honeymoon jap, sambut 15th anniv tu. gituk kan tangan kecik2 udah ganggu-in..
Akim nih kacau daun ler...Kasi can ler...mak awak.
Happy Anniversary Mak Lang. Moga berkekalan dan bahagia hingga ke surga.
Hakim..hakim...ni tak tahu lah bila nak lepas yang dua orang kecik ni..
cadangan saya tarok satu single bed tak payah nak share sekatil ngan mak lang .....
haha... kalau hakim dah tidur - tak boleh diangkat ke biliknya ke maklang?
UMMM.... auntie elle, kat dlm bilik mak tu da ade satu katil single bed da. kang malam konpem merayap naik katil mak
ummm...auntie sarah, hakim tu berat sgt. nak angkat mau ber@k ijo
happy anniversary. salam tu pak lang. hakim pun nak sambut anniversay sama lah tu.
thanks for your hospitality. nice food, great house and most important excellent host. tak sempat nak ucap terima kasih kat sini sebab macam macam berlaku for the past 2 weeks.
keh keh keh...so takde privay le nak celebrate ya?
maklang..dah lepas habis celebrate, jenguk pulak blog saya. TQ
salam,
hehe...sian plak kat maklang. nape hakim tak tidur bilik alongnya?
hepi annibersari ya..
heppy anniversary maklang...:)
privacy tu harus di cari tu ....gi check in hotel pun ok gak tu maklang...
cari bilek yg ngadap ke lautan cina selatan tu...ombak menderu!
idham
heppy anniversary maklang...:)
privacy tu harus di cari tu ....gi check in hotel pun ok gak tu maklang...
cari bilek yg ngadap ke lautan cina selatan tu...ombak menderu!
idham
urh? hakim tido bilik along? nooooo waaaaaaayyy!! my room is only for me no one else!
saya sokong cadangan kak elle. dulu bebudak ni saya letakkan single bed. mula2 hampir lepas tu jauh sikit. pastu try bilik lain. susah sikitlah tu.
tapi saya cakap je bagus. jackjack tidur dengan saya ni. satu katil
oohh..terlepas lagie..by a second...
happy anniversary ML..semoga dikurniakan rahmat Allah senantiasa...
Post a Comment
<< Home