Kenyang
Assalamualaikum....
EEEEERrrrrrgh......se'eh betul sehari dua ni. Letih pun iye sebab dah 2 hari ni asyik duduk kat dapur aje. Lutut pun lengoh asyik berdiri aje...
Pagi semalam lepas balik dari pasar tani, maklang sibuk membersihkan bahan2. Yang best tu pagi semalam, kami ajak Wan sekali keluar ke pasar tani. Memula Wan tak nak ikut. Malas nak jalan. Pergi pun duduk dalam kereta aje nak buat apa, kata dia. Tapi last2 bila kami pujuk dia, akhirnya Wan ikut jugak. Memula tu dia duduk je dalam kereta ,lepas tu puas agaknya lama sangat kami membelih belah, akhirnya Wan jalan2 jugak. Alhamdulillah nampak2nya Wan pun dah ada selera makan sikit. Maklang dok kata, tak payahlah nak 'berdiet' waktu2 ni.....
Banyak jugak ikan fresh kat pasar tani semalam. Geram tengokkan. Ikan tenggiri sekilo RM 16.00, ikan selar dalam RM 8.00, ikan kerisi RM10.00, sotong RM 10.00, udang RM16.00. Habislah duit semalam. Ayam dah turun harga RM5.oo/kg. Kiranya bolehlah harga dia. Kalau kat KL, harga ikan murah sikit tapi kalau compare freshness dia tu, jauhlaa...Puas hati pergi beli ikan2 semalam tu.( Ni pun bagi menjawab soalah Bro Zino tempohari)
Gambar ni ambik masa pasar tani mega. Bukan semalam....
Nasib baik semalam Bibik Yati tolong masakkan soto. Dia memang berhajat nak masak, so masaklah. Maklang sempat jugak buatkan anak sedara tu sambal kacang ikan bilis, dapatlah 2 tupperware microwave tu. Wan Pari dan Tok Uncle dan 2 anak mereka tiba tengahari. Bila Atok jumpa Tok Uncle, Atok menangis. Semua nya berair mata semalam. Atok dan Wan ,especially, sebab hajat mereka untuk nak ke Mekah bersama2 tak tercapai. Inilah yang dikatakan kita merancang tapi Allah yang menentukan segala2nya. Dah terlalu dekat sangat masa Wan dan Atok nak terbang ke Mekah, tinggal 5 hari aje lagi, tapi Allah tak benarkan, dan masa tu Wan disahkan tak sihat dan perlu dibedah. Apapun kami bersyukur kerana Wan dah beransur sihat sekarang. InsyaAllah adalah rezeki Atok dan Wan untuk ke tanah suci nanti.
Seronok tengok semua makan soto semalam. Selamatlah ayam 2 kg dan pegedil dekat 3 kg. kalau pegedil tu memanglah sekali buat berkilo2, kalau buat sikit2 buat gadoh aje....
Letih semalam tak hilang lagi, hari ni maklang sibuk pulak buat rojak India. Kuahnya dah buat petang semalam, so pagi ni tinggal goreng cucr udang, cucur kelapa, tauhu dan rebus telur dan kentang. Lepas goreng mee kuning buat breakfast tadi, maklang terus aje prepare untuk rojak India. Selesai tu, prepare pulak daging untuk nak BBQ. Cuci dan potong daging dan ayam. Prepare salad dan perap daging. Ayam, Dhirah yang nak buat. Pukul 12:00 Cik Abang, Atok dan Wan, Datok semua dah mengadap nak makan rojak. Kalau nak tunggu BBQ lewatlah pulak sebab api tak dihidupkan lagi. Makde and Pakde tiba pukul 1:00+, pun makan rojak dulu. Pukul 2:30pm pulak makan BBQ. Kali ni memang sedap sungguh BBQ Cik Abang. Ada pulak Onion sup by Ms W, yang pandai memasak tu... TQ...TQ....
Ni ciplak dari Jo's gambar. Tapi rupanya lebihkurang je sebab Cik Abang jugak yang masak. Malas nak ambik camera, bila dah mengadap BBQ tu...
Tapi dek perut ni dah penuh, maklang makan daging aje sikit. Semuanya pulang dekat2 pukul 4:00pm tadi. Ni dah selesai semuanya barulah boleh melawat kat sini.
Seronok wiken ni. Tak usik langsung jahitan maklang. Kalau larat, malam nanti, kenalah menjahit pulak, Insyaallah....Tapi yang pastinya, semuanya kekeyangan macam ulau sawe......Amin.....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
17 Comments:
salam,
amboi...sayang pun rasa kenyang baca entri kali ni;mee soto, mee goreng, rojak india n bbq..kalau sayalah, camnerlah saya nak kurus ni, selera aje makan, no tahan2 lagi dah. duduk rmh maklang ni mmg takde can nak kurus jawabnya.
er silap tu, bukan 'sayang' tapi 'saya'.
terliuh tengok ayam2 kat grill tu...sabar...sabar...
Seronok betul. Geram betui tgk udang segar tuh. Rinduuu..rindu serindu..rindunya. Sini semua udang frozen...entah berapa bulan entah..keras kejung..
aduhaiiii terliur betul saya dibuatnya..
dari thn lepas sampai le ni saya bila baca blog maklang mesti ade adegan terliur hehehehe
kalau udang fresh macam tu sedap dibuat sambal tumis, kan? hai, manalah kak teh nak cari udang macam ni!
yelah nampak fresh udang dan ikan tu, sini tak merasalah makan yg segar mcm tu.
lapar terus perut saya ni, ada soto, rojak india, mcm2 ada.....soto tu pandailer saya buat, rojak india kena suruh mak lang ajar ni..hehe
kaklong:
tulah terperanjat jugak dok kata sayang nih...tapi kalau iye pun apa salahnya kan!! memang payah nak diet laa...
kak elle:
tulaa...orang ajak datang sini, tak nak. kan dah meleleh aje air liur tu...
ajzie:
udang kejong tu, kalau kena gaya sedap gak. tapi manis dia pun dah ilang kot!
ayu:
tadah air liur tu...kang basah pulak PC tu!!!
kak teh:
nak cari udang macam tu datanglah kat rumah maklang. boleh jugak maklang masakkan kak teh, sambal udang dengan nasi lemak...yum..yum...
yus:
maklang dah masukkan resepi tu dalam one of the entries...tak ingat bila, bulan 10-12 lah lebih kurang . Senang aje buat kueah dia. Cucur tu buat cucur udang dan cucur kelaps, telor rebus, tauhu goreng, ayam goreng etc...
Maklang...kalau masuk blog maklang ni kene makan kenyang dulu...kalau tak...mesti lepas baca nanti akan pulun makan lebih...sebab terasa lapar...
jangan minum air kacang soya ya!
bila nak buat bbq lagi........
i nak datanglah pulak, sebab tak tertahan air liur menengok gambar2 di atas tu....
sabar sabar..
(tengok BBQ tu.. hehe)..
hmmmm...sedap nyer...terliur dah.
rindu tul kat aktiviti bbq. dah bertahun takde buat....
maklang, bila mai kl, buat rojak mamak tu siap-siap, nanti lunch time mama jumpa maklang kat klcc, kit picnic kat park tu ya :)
kak lady:
tak pe...tengok je...nanti bila datang sini bolehlah merasa pulak
panwalla:
:)
dp:
cakap ke nak datang tapi tak tiba pun...
zino:
sabar tu separuh daripada iman...he..he...
cikdinz:
nak bbq mailah sini...boleh dikatakan aktiviti bulanan, jangan jadi mingguan sudah!
mamarock:
nak bawak ke KL tu payah, kita makan kat rumah Jo jelaa...maam dia terror masak!
ok mak lang, thanks, nanti yus cari resepi tu dlm n3 yg lepas
aktiviti bbq bulanan!!!!!!
wau!!!!!!!makan seafood wooooooo...
udang tu nape rege dia sama mahal mcm kat sini??????
Post a Comment
<< Home