Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, January 15, 2007

Sambal kacang ikan bilis

Salam....


Tiga hari lagi genaplah 3 tahun pemergian Allahyarhamah. Moga2 beliau sentiasa dicucuri rahmatNya...InsyaAllah...


Entah macamana 2 malam lepas, maklang teringat pulak nak buatkan Cik Abang sambal ikan bilis. Kebetulan hari tu maklang cuma masak sup sayur fishball campur aje. Lauk2 lain kami makan left-overs yang dah nak banyak dalam fridge tu. Bebudak ni kalau lauk2 dah 2-3 hari yang tak habis tu payah dia orang nak makan. Nak yang fresh aje.


Malam tu, bila tengok lauk left-overs tu dah tak ada, yang ada pun yang Cik Abang tak suka, hendak tak hendak, maklang pun ke dapurlah. Maklang pun cari idea nak masak apa. Paling senang buat sambal ikan bilis berlada yang letak kacang tu. Memanglah mudah dan paling sedap makan dengan nasi panas2. Boleh dari tak nak makan, sampai jadi bertambah 2 pinggan!


Mula2 masak, tu maklang gorengkan kentang yang dah dihiris nipis2. Lepas tu dok leka buat benda lain, sampai nak terhangus kentang tu. Tak apalah, just put aside. Then goreng pulak ikan bilis sampai gareng sangat, tapi taklah hangus. Mulanya nak tumis lada kering aje. Macam biasa2 maklang buat. Tapi bila menengokkan ada pulak sambal tumis yang tak habis tu, maklang pun gunalah sambal tu. Campurkan dengan ikan bilis goreng tadi, dan kacang tanah yang memang ada kat tupperware tu, maka jadilah sambalkacan ikan bilis. Bila makan tu....terasa pulak macam sambal ikan bilis yang Allahyarhamah selalu buatkan untuk kami.


Apalagi, semalam petang bila pulang dari office, dengan semangat yang berkobar2, maklang pun terus ke dapur. Goreng kacang tanah dan ikan bilis. Kemudian maklang tumiskan bawang merah dan bawang putih serta lada kering yang telah di blend. Kemudian masukkan sedikit belacan. Taklah sikit sangat, sampai terasa belacannyalah. Lepas tu masukkan 2-3 sudu kecil gula putih. Bila dah agak garing, maklang masukkan pulak bawang besar yang dah dihiris. Masukkan jugak 2-3 keping asam gelugor (asam kepinglah). Masakkan sampai dah garing dan agak kering. Biasanya sambal tu dah agak gelap warna merahnya. Lepas tu maklang masukkan ikan bilis dan kacang tanah tadi. Siap2 tu, maklang packkan dalam 3 bekas. Hajat hati nak bawak ke KL bila kami ke sana hujung minggu ni, InsyaAllah. Lagipun Alang dok sebut2 nak makan sambal Allahyarhamah. Rindu nak makan katanya. Satu bekas kecik, maklang asingkan untuk anak sedara Cik Abang, W, yang belajar dekat2 sini. Satu lagi tu buat makan di rumah. Since malam semalam Cik Abang tak berapa sihat, maka dia taklah merasa sambal tu.


Bila dihidangkan tengahari tadi pun, Cik Abang punya selera tak berapa sedap lagi. Dia kata, rupa dah ada, dan rasanya juga dah ada, walaupun tekak dia masih rasa tak sedap lagi.


Yang sebekas kecik tu tadi, maklang dapat hantarkan ke anak sedara maklang melalui kawan maklang yang tinggal berdekatan dengan dia. Petang tadi, bila dia dah terima, dia rasa suka sangat. Kebetulan pun dia memang suka sambal kacang ikan bilis tu. Masa terima tu, dia OK. Tapi dalam setengah jam lepas tu, dia call lagi. Suaranya macam orang selsema.

'Eh...W selsema ke?', maklang tanya dia.

'Taklah....W menangis!'

'Kenapa?'

'Entahlah...masa W makan tadi sambal tu, W tak sangka yang rasa dia betul2 macam Allahyarhamah buat!. Terus W menangis. W dah lama nak makan sambal kacang ikan Allahyarhamah....' W menangis lagi, sampai susah dia nak berkata2.


'Sabarlah...maklang pun tak sangka bila maklang masak tu nak jadi rasa macam tu'

'Habis, W dah makan ke sambal tu? Dah habis ke?'

'Taklah W makan sesudu aje. Sayang nak makan'

'Laaa...takpelah, makan jelah. Nanti maklang buat lagi. Dah..jangan sedih2, mungkin Allah bagi maklang masak lebihkurang rasa macam Allahyarhamah sebab Allah nak suruh kita ingat supaya bersedekah untuk Allahyarhamah...'

'Ialah maklang, nanti W doakan untuk Allahyarhamah, InsyaAllah...'

Berair jugak mata maklang masa bercakap dengan W. W, adalah cucu sulung Allahyarhamah. Memang sejak 2-3 hari ni, maklang asyik teringat aje pada Allahyarhamah, rupa2nya sudah hampir menjelang ulangtahun pemergiannya.



Memang kami rindukan senyumannya, omelannya, masakannya dan segala2nya tentang Allahyarhamah. Memang dulu maklang memang selalu mengendeng nak mintak resepi sambal kacang ikan bilis ni. Tapi Allahyarhamah bergurau, sambil berkata,' Eh...tak bolehlah nanti anak mak datang rumah mak, tak ada apa mak nak masak, resepi semua dah bagi kat awak', selorohnya. Lepas tu maklang tak ada lagi meminta dari dia. Tak apalah, lagipun tiap kali kalau kami pulang melawat dia, pasti dia bekalkan kami 2-3 bekas sambal kacang ikan bilis tu. Ada jugak Allahyarhamah buatkan untuk Alang masa Alang masih study di luar negeri dulu...Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan berkat doa maklang dapat jugak kami merasa masakan Allahyarhamah MIL, walaupun maklang masak taklah sesedap masakan beliau...


Doa kami buat Allahyarhamah...moga2 dicucuri rahmat Allah sentiasa, insyaAllah. aL-Fatihah....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

13 Comments:

At Monday, January 15, 2007 10:51:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Al-fatihah untuk arwah...kemana lauk kalau tak tumpah kenasi..mungkin arwah dah bagi her culinary ke maklang bab tu rasa nya sama.

 
At Monday, January 15, 2007 10:54:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Insya'allah maklang kita bolih jumpa in feb 17-19th I will be in KL staying at Federal Hotel compliment from Kam...his treat to us.

 
At Monday, January 15, 2007 10:59:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

agaknyalah tu...alhamdulillah.

17-18 Feb ni tak rancang nak ke mana lagi. kalau Wan masih di KL, lami ke sana lagi , Insyaallah...so bolehlah jumpa!

 
At Monday, January 15, 2007 11:22:00 PM, Blogger Shami said...

kalau kita sayang pada orang tu, tentu kita ingat akan semua yang dia dah buat pada kita..kan
Mak lang citer kisah ni teringat saya 2-3 hari jumaat mlm sabtu lepas, saya ada termimpi arwah nenek saya, sekarang kan musim orang balik, haji..saya nampak wajah arwah, baru balik dari haji...berseri2...sangat..sedey...
alfatihah untuk mak maklang dan arwah nenek saya...

 
At Tuesday, January 16, 2007 12:31:00 PM, Anonymous Anonymous said...

sampai sekarang tak reti-2 buat masak asam pedas..

Bak sini sikit kasi kita rasa sambal kacang boleh?:)

Alfatihah buat boknek.

 
At Tuesday, January 16, 2007 7:58:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

Terharu baca.

Nenek saya pun buat sambal ikan bilis kacang sedap! Sekarang nenek sedang terlantar sakit di hospital. SEdih saya jauh nak balik ziarah.

 
At Tuesday, January 16, 2007 11:03:00 PM, Blogger zino said...

al-fatihah utk arwah.. amin..

 
At Wednesday, January 17, 2007 8:46:00 AM, Blogger maklang said...

shami:

memangkan...kalau kita teringat2 tu, sedekahlah fatihah.

InsyaAllah, MIL maklang dibawah lindunganNya.

EL:

Saya pun tak terror masak asam pedas style dia.

Saya dah buat sambal kacang ikan bilis tu tadi pagi, sampai terlambat gi kerja! Nanti kita bawak sikit untuk awak. Tapi taklah sesedap moknek's!

mamasarah:

Doa maklang moga2 nenek mamasarah sentiasa dilindungiNya, InsyaAllah...

Zino:

TQ...

 
At Wednesday, January 17, 2007 9:04:00 AM, Blogger Mulan said...

alfatihah.. semoga rohnya bersama2 para mukmin..

 
At Wednesday, January 17, 2007 9:35:00 AM, Blogger Bergen said...

A creative chef can do magic with leftover ingredients, creating marvelous dishes under extreme pressure. You, ma'am, are an excellent chef obviously.

Keep those magic dishes comin', ma'am!

 
At Wednesday, January 17, 2007 11:36:00 AM, Blogger Mama Rock said...

alfatehah, semoga tuhan mencurui rahmat ke atas rohnya.

ps - sambal goreng ikan bilis takde kacang pun makan ngan nasi panas memang menyelerakan...

 
At Wednesday, January 17, 2007 1:06:00 PM, Blogger noha chomel said...

mak lang,

nak menitik air mata baca entry ni, al-Fatihah...

entry sebelum ni, mak lang ada citer beli ikan talapia merahkan? dah masak ikan tu?

apa kata try resepi dlm entry saya yg lepas nih. Resepi ni akan buat ikan talapia tak berbau hanyir, sampaikan mak saya yg tak makan ikan sungai/darat pun boleh makan dgn berselera.

http://nohachomel.blogspot.com/2005/09/talapia-goreng-berempah.html

selamat mencuba! :)

 
At Wednesday, January 17, 2007 10:20:00 PM, Blogger maklang said...

noha:

rajin jugak awak ke sini ye...tq

Maklang dah gi tengok ikan tu. Sedapkan. bibik dah masakkan hari tu. Ikan talapia berlado. Oklah ....

InsyaAllah maklang akan cuba masak yang noha suggest tu...

 

Post a Comment

<< Home