Wiken di KL
Assalamualaikum....
Salam Maal Hijrah untuk semua. Masih belum lambat lagikan nak mengucapkan salam. Moga2 tahun ni akan lebih baik untuk kita semua hendaknya, InsyaAllah....
Ni baru aje tiba dari KL. Baru tak barulah, ada dalam 2.5 hrs kot. Penatlah kali ni gi KL. Mana taknya, tak lekat kat rumah pun.
Kami bertolak hari Khamis lepas. Cadang nak bertolak pukul 6. Last2 pukul 6:30pm baru bertolak. Mulanya berkejar nak cepat. Tak jadi pulak. Rupa2nya maklong dah janji dengan Cik Abang kata yang dia pergi ambik anak dia jam 6 di Dungun. Mereka tiba kat rumah kami almost 8. Lepas solat semuanya, akhirnya pukul 8:30 malam baru bergerak. The trip was OKlah. Tiba pukul 10:00+. Kejap lepas tu terus tidur.
Pagi Jumaat tu kami bergerak pukul 7:30pg. Hangkut bebudak yang tak mandi lagi tu. Lepas dah solat Subuh tu, terus aje bertolak. Seronok jalan pepagi ni. Suasana tenang sangat. Sejuk aje. Pulak tu kat hiway tu berkabus aje....sekali sekala terasa macam kat Switzerland pulak....siapa kata Malaysia tak cantek. Tapi the best part was sunyi sepi the 1 hr tu. Budak2 dah sambung tidur...Nyaman....:)
Tiba KL pukul 10pg. Atok and Wan were surprised sebab 20 mins before that maklang call atok dan atok tanya pukul berapa sampai? Maklang kata bebudak tak mandi lagi. Tengok2 kami dah tiba. Atok sihat, tapi Wan nampak susut sangat. Dia susah hati sebab sakit tu. Wan kalau sakit memang cepat susut. Dia kata tak ada selera nak makan. Pagi tu kami ajak Wan dan Atok jenjalan nak pi cari carpet. Memang dah cadang nak beli carpet. Selesai beli carpet, maklang dengan Angah pergi ke sedara dekat maklang kat Nagoya. Tak ada beli apa2 cuma beli kain putih untuk nak buat telekong. Kenalah mencari bahan2 jahitan bila ke KL ni.
Petang tu sebenarnya tak cadang nak ke mana2. Tapi bila Cik Abang tunjukkan ada sale kat Fell@ tu, terus aje keluar. Bebudak pulak sibuk nak ke Ike@. So, masa kat Fell@ tu dapatlah beli remnant sikit. Kain cantik2 dan tebal2. Boleh jahit untuk nak buat throw pillow dan sarung stool yang square tu. Lepas tu gi ke Ike@. Ingatkan nak beli pokok cili padi untuk Wan tu. Advertise kat paper bukan main segar lagi pokok tu, tapi bila pergi, tengok pokok tu pun tak ada mood. Dah hitam2 daun dia.In the end, tak ada beli apa pun, cuma beli tupperware 3 set of 3. Balik dari Ike@ dah dekat nak maghrib. Tunggu orang baca doa akhir tahun dan awal tahun tu. Kami dah baca doa tu masa dalam kereta on the way to Ike@ tadi...Tapi saje nak ikut. Siap solat maghrib, kami pergi rumah makngah kat Serdang. Sedap makan kat rumah makngah...ada satay, ada soto,ada nasi lemak, ada macam2 lah...tapi masa tu perut dah nak full, so rasa2 ajelah...Letih betul hari Jumaat tu...
Hari Sabtu pagi, kami pergi ke KL Conventin Center. Maknanya tercapai lah hasrat hati maklang tu. Best exhibition tu. Maklang ikut guide dia so dapat lah dengar explaination dia pasal alat2 yang dipamerkan. Dia siap pesan kat adek2 yang ada.
" Adek2....nanti dah besar nanti belajar rajin eh....jadi scientist, bukan jadi artis...." . Bagus pesanan dia tu. Kita kenalah menaikkan kegemilangan Islam kembali. Sekarang ni kaum yang kufur yang nampaknya memegang kuasa di dunia ini. ...
Ada jugak ambik gambar dengan guide tu. Ada dalam camera lagi. Tak sempat lagi nak loadkan gambar.
Petang tu, kami gi rumah Pakteh. Kalau mamarock ada sama boleh makan rojak tauhu dan mee sup yang mak teh buat. Cik Abang suka sangat kat tauhu tu. Banyak jugaklah dia makan. Maklang dah kenyang, tapi rasa rasa jugaklah. Lepas tu kami tinggalkan bebudak kat rumah Pakteh. Nak balik ke PJ sebab nak ambik Alang untuk nak pergi ke Gi@nt kat Kelana Jaya tu. Saje nak jalan2 kat situ. Malam tu Pakteh and Makteh gi rumah Alang, sambil nak tengok Wan. It was a very tiring day for all of us.
We had an enjoyable but tiring wiken...InsyaAllah besok, Atok dan Wan tiba. Meriahlah rumah kami. Both Atok dan Wan ada di sini dan Datok Kuantan pun ada....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
Seronok citer MLang jalan2 KL. Full activity betul. Kami pun suka jalan pagi kalau ke KL, lepas solat subuh terus angkat anak2 masuk kereta. Mmg cantik permandangan waktu pagi, tenang dan berkabus..lagi2 permandaung di Gunung Ledang dan lereng2 bukit di sepanjangan perjalanan dari BP ke Air Keroh tuh.
mak oi penuh betul schedule. janji puas kan?
seronok dengar cerita ML asyik bershopping dan makan2 di KL.
wan kot nanti beralih angin, baru ada selera makan.
wah! mamcam boleh rasa rojka tauhu and mee sup tu virtually :) insyaAllah next time la ya. I had a full weekend myself - my uncle was hospitalized and all his siblings came down to KL and my house became a motel :)
wah! mamcam boleh rasa rojka tauhu and mee sup tu virtually :) insyaAllah next time la ya. I had a full weekend myself - my uncle was hospitalized and all his siblings came down to KL and my house became a motel :)
makin kerap turun KL ni.. orang KL pun belum sampai KL convention centre tu lagi.. tah bila ada kesempatan nya..
Salam Maal hijrah to maklang & family
Anggerik M
ainnur dah sampai situ mak lang tp on 14hb sbb ingat dat day yg last rupanya extend sebulan...tp puas hati lah kan..kagum kan pencapain org islam zmn dodulu...
Maklang..sejak wan tak sihat ni selalu jugak turun KL ye...harap2 wan akan sihat seperti dulu
Tentu seronok Wan & Atok nak datang...especially bebudak tu...
ajzie:
tulaa...siapa kata Malaysia tak cantek....kita aje yang kenkadang tak tahu nak appreciatekan...
Lollies:
Kalau menyopping ni memang tak pernah puas! bila nak tobat nih...
kak elle:
masa tengah shopping and makan tu memang best, tapi masa dah poket kosong and berat naik tu yang tak best!:)
EZ:
InsyaAllah kot...Tapi Alang kata EZ pun kalau boleh call2lah dia untuk nak bagi nasihat...
mamarock:
Semuga uncle mama sihat kembali hendaknya, InsyaAllah...
Zino:
Pergilah tengok. Bagus tu....
AM:
Semuga tahun ni lebih baik untuk kita semua, InsyaALlah...
Ainnur:
Bestkan...maklang enjoy sangat...
Kaklady:
Alhamdulillah...Wan dah sihat cuma katanya macam tak ada semangat aje...Tapi kami nak cuba boost up semangat dia semula, InsyaAllah...
amboi, sakan nampak jenjalan kat KL....
bila nak jenjalan kat seremban...hehehehheheheeeeeee.....
Post a Comment
<< Home