Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, January 13, 2007

Jalan2 cari makan...

Dah hampir nak tamat wiken maklang. Besok dah kerja. Kalau malam Ahad ni memang boring. Ni sambil2 tengok TV ni, bolehlah menaip N3.


Semalam hari Jemahat macam biasalah gi pasar tani, beli serba sedikit bahan untuk this coming week. Macam biasalah bila ke pasar tu, mesti order ayam 4 ekor kat Mah tokey ayam tu. Order dulu, suruh ptong siap2, mintak letak seekor seplastic bag supaya senang nak simpan. Tapi of course cuci dululaa. Ayam miggu ni dah turun harga jadi RM5.50 se kg. Ikan memang tak ada minggu ni sebab angin dan hujan aje sepanjang minggu . Nasib baik dapat sotong. Lepas tu beli ikan keli sebab last week bibik kata dia suka. Dhirah pun kata dia suka. Maklang masa sebelum kawin dulu makan, tapi bila Cik Abang tak makan, kita pun ikut sama tak makan. Kat penjual ikan keli tu ada jugak jual ikan talapia merah. Ada kawan yang tengah beli tu kata ikan tu memang sedap. So why not cuba.


Beli sayur aje kena RM30. Mahal sekarang ni. Balik pasar mintak bibk bersihkan barang2. Maklang, Cik Abang, Along and Hakim siap2 nak ke Kuantan. Sebenarnya tak ada apa acara pun cuma nak pergi cari barang rumah aje sikit. Maya and Angah tak nakl ikut. Malas kata mereka. Lagipun kalau mak ngan Abah tak ada rumah bolehlah bertenggek depan TV or PC all the time!




Gambar ni ambik dah lama about 1.5 months ago kot. Masa tu ada pasar tani mega. Menteri pun datang.





Ni pun sama, sempat posing depan gerai sayur tu...








Maka bertolak lah kami 4 beranak ke Kuantan. Tiba dalam pukul 12:15pm dan terus ke kedai yang kami nak tuju. Selesai kat situ, Cik Abang hantar kami kat Megamall sementara dia pergi solat Jumaat. Hakim awal2 dah kata nak cari toy dia. Kata dia nak beli dinasour robot tu. Ni dah lama dah dia nak. Berpusing2 kat tempat toys kat Parkson tu. Maklang punya condition is mainan kena bawah RM10. Manalah nak cari meinan harga camtu sekarang ni. Puas keliling Hakim nak pilih mainan harga camtu. At last dapat jugak yang harga lebih sikit. Bukan tak boleh nak beli memahal ni, boleh, tapi Hakim kalau main 3-4 hari,paling kuat 2 minggu aje tahan. Lepas tu entah dia campak kat mana sebab dah boring. Lama lepas tu baru cari pulak. Kadang2 tak carik pun!

!Lepas Cik Abang ambik kami dari mega mall, kami terus bertolak ke rumah kak dith dan abe ikelah. Terimakaseh kak dan abe kerana menjemput kami ke sana. Mee calong tu memanglah sedap. Tak kurang sedap jugak bubur beras tu. First time makan! Kena pulak perut yang belum diisi sejak pagi tadi ,mana tak laju kami makan. Cik Abang kata, malu aje kami makan banyak! Hakim masa tu pun dah berubah perangai. Asyik menjelir aje lidah sebab makan lambat! Ingat masa kat megamall tu nak beli roti, dah dok lama sangat pusing cari toys, tak sempatlaa....habis beli barang aje, Cik Abang dah call suruh cepat sebab dia dah tunggu dekat 20 mins.

Kat rumah para Drs tu, kami bertemu dengan OK dan KKL. Seronok dapat berjumpa. Moga dapat jumpa lagi di Kerteh ya. OK, KKL dan dith serta ikelah jemputlah ke rumah kami pulak...(jangan lupa resepi mi calong tu jugak ye, kalau ada!)






Ni gambar dith dan ikelah masa berkunjung ke rumah kami masa raya lepas. Semalam masa kat rumah mereka, tak terambik pulak gambar. Sedap sangat makan, sampai lupa semuanya...he...he...







Pagi tadi pulak, daripada nak start menyulam pepagi, rancangan tergendala sebab menengokkan longkang kat belakang rumah tu tersumbat. Makanya dok membersihkan longkanglah. Beruskan, cloroxkan, sentalkan all the lumut kat longkang belakang rumah tu. Lepas tu bersihkan ceiling yang dah macam nak jadi gua tu!. Nasib baik Bibik dan Along tolong. Or else patah pinggang! Dah tengahari baru dapat menyulam. Siaplah dekat 2 pasang telekong! Lega.....








Ha...ni gambar mesin2 kesayangan maklang. Dua yang boleh sulam pakai diskette dan yang satu lagi tu boleh sulam biasa aje...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

12 Comments:

At Saturday, January 13, 2007 11:27:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang....kak lady ari ni shopping ngan Ude kat pasar...hehehe...

Suka tengok bilik menjahit maklang...

 
At Saturday, January 13, 2007 11:31:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang best nya dapat jumpa member...study cum business room style lah ..

 
At Sunday, January 14, 2007 7:48:00 AM, Blogger Mulan said...

wallaaa.. manyaknya mesen nyulam tu. nanti mulan balik, maklang bukak kelas boleh?

ahaa.. clorox memang power! kot takde clorox tu, mmg tak siap nyental rumah kami dulu tu. sembur & lap je (tiles). kot longkang tu, curah je kan maklang..

 
At Sunday, January 14, 2007 7:53:00 AM, Blogger maklang said...

kak lady:

memang best do bilik jahit...

hilang ketensionan!!

 
At Sunday, January 14, 2007 7:56:00 AM, Blogger zino said...

kat pasar tani pun sempat posing tu hehe.. zino selalu ke pasar tani kat segambut sinun tu.. jauh jugak..

patut le rajin menjahit dah ada tiga mesin.. hehe

 
At Sunday, January 14, 2007 5:39:00 PM, Anonymous Anonymous said...

kemasnya bilik menjahait ml. suka tengok....

mesin 3 cukup... tak ndak tambah 1 lagi

 
At Sunday, January 14, 2007 8:19:00 PM, Blogger Ajzie said...

Seronok tgk mesin2 MLang bekerja. Sukanya azi tgk..

Mee Calong mcm mana eik? Tak pernah dengar lah.

 
At Monday, January 15, 2007 4:18:00 PM, Blogger simah said...

canggih la *toy* mak lang.. sampai 3 lagi tu.. abis tu mak lang guna semua ka?
mesti bestkan dapat berkumpul dan bersembang dengan kawan kawan blogger..mee calong tu kalau mak lang dapat resepi tu tak teringin ker nak share dalam blog masakan mak lang?? :0) saya tercurious pulak..though i doubt bahan dia boleh jumpa kat turki nih..

 
At Monday, January 15, 2007 6:18:00 PM, Blogger Sya said...

maklang dah siap dah telekong 2 pasang.. he he haku gak tak siap2 buat bantal tuh

 
At Monday, January 15, 2007 7:28:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

syoknya, macam2 jenis makanan dijamu di malaysia tu. saya dok bayangkan, esok-esok orang datang rumah saya, saya hidang mi beli je. huhu...

 
At Monday, January 15, 2007 10:33:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang best dapat jumpa member...kita bila pulak nak jumpa????

memang bilik jahit cum study roomlaa..

mulan:

maklang ni menjahit bukan pandai sangat sampai nak bukak kelas jahit. Untuk sendiri dan anak2 bolehlah sikit2!

Clorox tu memang power, kaki kita pun dia boleh 'makan'!

zino:

kena rajin lah menjahit. Nak ganti duit beli mesin tu..he...he...

daun pandan:

kalau awak nak sedekah se lagi, maklang terimalaa...nak beli satu lagi, kang tak cukup tangan pulak nak jaga masa tengah menyulam tu!

ajzie:

memang seronok! nanti awak balik sini kita jahit sama2 eh...

mee calong tu macam mee soup, banyak tahu, fish ball ( dari keropok lekor) dan tahu yang sumbat dengan fishcake dan juga ada tahu kelempong ( yang warna coklat tu). Sos dia agak pedas dan masam sikit. Seeedaaaap...


Simah:

Resepi tu kena pikir sendiri kot, nanti kita cari kat internet nak! Ke mintak tolong dith....

Pasal susu yang nak buat kek, yang simah tanya berbulan lepas tu...( maklang baru baca kat dari dapur maklang sebab tak perasan ada comment moderation!), tak tahulah if boleh pakai fresh milk tak, tapi cubalah...mana tahu jadik!, tapi mungkin kena tambah gula sikit kot sebab koko kalau banyak sangat without gula, dia jadi pahit sangat nanti!


Sya:

Ni tengah jahit lagi 2 helai telekong. Tadi sempat sambung 2 helai baju kedah Wan, yang maklang dah gunting 2-3 minggu lepas. Lega. Nanti gi KL Khamis ni boleh bawak kat Wan.

mamasarah:


mamasarah kalau gi rumah dith, mintak dia hidang mee tu...seeeedaaaap sangat!

 
At Friday, January 19, 2007 11:10:00 PM, Blogger dith said...

Maklang,

Resepi Mee Calong? hehe...kena tanya Pak Mat ler...

Thanks for coming!

Insyallah will drop at your place kalau ke arah sana...bila yek?

 

Post a Comment

<< Home