Suka
Assalamualaikum....
Sedap betul rasa....dengan angin sejuk sepoi bahasa, mendinginkan....Hujan pulak dah turun dengan lebatnya tu. Hari ni hujan renyai dari pagi. Matahari menampakkan diri cuma sekejap aja. Lepas lunch tadi, cuaca mulai gelap semula. Petang tadi masa nak balik hujan turun dengan lebatnya. Ingatkan sure basah kuyup nak lari dari pintu office ke kereta. Alhamdulillah, bila sampai ke bawah, hujan dah reda. Sempatlah nak beli roti kat kedai dekat dengan opis. Kalau tak beli kang merajuk pulak orang kat rumah yang pesan suruh beli roti. Merajuuuuuuk je kerja. Perut tengah lapar, kalau tak di tunaikan permintaan memanglah merajuk...ha..ha...siapalah agaknya yang kuat merajuk tu....
Sekarang both my machines are working very hard. Telinga ni macam sedap sangat dengar mesin ni menjahit. Macam lagu gitu. Bila tengok end product lagilah terhibur. Tulah...macam2 cara nak menghiburkan diri.
Kalau maklang suka menjahit dan memasak.
Kalau Cik Abang suka membaca dan suka tengok iklan tanah. Cik Abang ni memang minat sangat dengan tanah. Tak boleh ada iklan menarik kat paper, mesti nak buat search kat PTG kat Kemaman tu. Kalau maklang minat nak beli tanah kat dalam beg je, untuk nak tanam pokok!
Kalau Along suka menyumbat telinga!( MP3laaa...sampai masuk dalam telekong! Satu hari tu, dia solat dia sangkut MP3 kat leher. Bila bukak telekong adek2 kata.." Eh...Along sembahyang sambil dengar lagu kat MP3 ke???' Bengang Along!)
Ni tengah lengoh kot leher sebab asyik sangkut MP3 aje...
Kalau Angah suka menonton dan makan.(Habis segala nama penyanyi pelakon dia ingat!. Macam Pipalah, suka BPBM tu, tapi sekarang kena ke tabilas waktu tu, tak adalah lagi BPBM)
Kalau Maya.....Maya suka apa pun maklang tak tahu...Maya suka belajar!
Kalau Hakim....Hakim suka merajuk.....Tak nak kawan! Bluek!!!! Tu aje kerja si bujang. Entah ikut sapelah tu. Lepas tu kalau suara Abah kuat sikit, Hakim pun berderai, ikut bapa sedara dia....ha...ha...ha...
Ni budak yang kuat merajuk tu....Muka pun macam boring aje...
Masih seronok merasa kedinginan angin sepoi2 dari tingkap bilik study ni.....
Wassalam...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
Mcm2 kerenah anak ni kan mak lang. Bukan anak jer, mak dengan bapaknya pun ada kerenah masing2. Penghibur dalam rumahtangga....
hhihi kelakar la budak yang suka sangkut mp3 tuh. Rupanya sebijjik macam anak sedara saya yang baru masuk form 1 tahun nih. Apa yang ada dalam mp3 anak mak lang yer.
Sapa la yang tak suka BPBM tuh. Kalau keluar cerita tuh abis la tv kena conquer dek anak anak sedara saya.
banyak anak banyak ragam eh maklang?kat sini the young anak sedara both 7 yrs old bukan main lagi ngan PSP kemana mana bawak PSP bukan main syiok...yg teenagers tak main MP3 skg MP4....very fortunate betul budak2 sekarang semua dapt benda yg mahal2...dgn duit tu mak oi bolih beli gelang emas....hehe
kelakau la along tu!! kih kih.. mp3 dalam telekung??? hakim ikut pak sedara yek? cememeh ya.. ok la tu, sementara paling kecik.. kan maklang kan..
hahaahaaaaaaaa....
Ragam anak-anak macam-macamm..layan jerlah...asalkan mereka dan kita bahagia...cute2 anak Maklang niiii...
similiraties between the kids :
tang mp3 tu smaa je ngan lil'n and mikey. boleh share headphone lagi sorang satu telinga :)
tang makan tu sama ngan freddy la...now dah besar makna tu tak sebanyak dulu, tapi damage is done, badan dah naik susah nak turun dah...sib baik tinggi
tang merajuk tu tak tau la ya..
salam perkenalan maklang, saya tak pandai menjahit atau memasak...tau makan je hehehe :)
alaaa hakim, kuat merajuk tak macho lah! nanti esok gf tak de chance nak merajuk. hero yang merajuk dulu :)
kalau yg suka merajuk tu ada sorang geng dia dia rumah zino ni.. jangan silap sikit panjang je moncong hehe
Hakim kuat merajuk..huhhu, tak perlah kan Hakim sementara tak de adik nih. Manja2 ler dengan mak kan.. Along pakai MP3 dalam telekung..Kih kih kih. Kelakar lah Along nih.
Yus:
Kadang2 tu kelakar, ketawa. Kadang2 tu geram, sakit hati. Tapi kalau tak gitu, tak fun pulak kehidupan nikan!
zakiah:
dalam MP3 dia ada memacam lagulaa...lagu jepun kebanyakkannya. Nasib baik jugak dia sumbat kat telinga dia, kalau tak memanglah pencemaran bunyi kat rumah ni!
Oh ye ke serupa. Yang ni baru masuk tingkatan 2, tahun ni.
Kak Elle:
Memang macam2 dia nak. MP4 ke MP 3 ke. Entah apa2. Dia tak suka MP4 kata dia. Ni MP3 dia yg ke2. Sampai merajuklah bila abah dia tak mo belikan...Tapi kak now with the price of MP3 or 4 tu, boleh dapat gelang crystal je, harga emas melambung! Kalau nak pun ,tunggu Cik Abang belikan aje.
Mulan:
Punyalah suka dia sangkut MP3 kat leher dia sampai satu hari Abah dia ingat tali Br@ dia dia kat leher tu macam MP3 dia, geram aje dia!Kememeh tu kenkadang lebih2, pak sedara dia tu I tak tahulah, kena tanya kat Maam dia!
Hanisumayyah:
Alhamdulillah...setakat ni bahagia! TQ
mamarock:
Agaknya bebudak ni memang kebanyakkannya sama aje. Kita yang tak sedar. Tapi bila compare notes dengan adek and kakak ipar, memang lebihkurang aje, pulak umur cuma beza 5-6 bulan je!
Yang merajuk tu kat rumah mama tu mama laa...he...he...
TW:
Tak apa, tak tahu masak, beli aje. Lepas tu makan jelaa...ni bukan nya compulsory (Spelling ?)dalam hidup!
Mamasarah:
Tak pelah nak merajuk...kejap2 je. Nanti dah besar sikit kena beritahu tu, biar gf pulak yg merajuk!
Zino:
Bolehlah gang up. Merajuk dia tu teruk. Tak dapat apa dia nak aje merajuk. Lepas tu kita buat tak layan, lepas tu baru dia datang kat kita. 'Mak Akim nak salam, Akim tak buat lagi'. Kejap lepas tu merajuk balik.....
Ajzie:
Hakim tak dapat dah adek...mak dia dah tak boleh dapat anak lagi. Very risky!!!Tapi Ucop anak Alang dan Alan anak Busu tu macam adek2 dia dah...
maklang yg bolih beli gelang emas tu PSP harga dia betw S$500-$600 plus depend on the games and accessories.
Post a Comment
<< Home