Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, January 12, 2007

Jalan2 naik roller coaster.

Salam....

Kedinginan di pagi hari ni memang sedap. Bangun aje dari tidur terus cari PC. Malam tadi beradu awal sebab badan tak sedap. Dah 2-3 hari macam ni. Mungkin sebab tengah 'cuti' ni. Entah apa jadi kat anak2 tak tahulaa. Nasib baik, Cik Abang yang uruskan. Sulam telekong pun entah kemana.



Semalam memang sronok pergi ke site. Lama dah tak kerja luar. Biasa2nya gi meeting aje. Since this is a start of a new project, maka terpaksalah keluar. Padahal ni buka kerja maklang pun. Adalah satu insan (project manager/engineer) tu yang memang suka pass kerja kat orang. Suka2 bagi e-mal fya* dan fyi* I. Dia entah buat apa tak tahulah pulak!


Anyway, the trip was 'menyeronokkan'. Maklang pergi dengan sorang Geotechnical Engineer and sorang Civil Engineer. Kita yang bukan ahli dalam bidang kajibumi ni, kita main ikut ajelah. Tempat yang kami pergi tu nak buat plant baru. Dekat2 dengan tempat jual lemang kat Kemam@n tu. Seronok bukan sebab apa. Seronok sebab masa nak gi kat keliling kawasan plant ru kena lalu kat kawasan yang belum rata. Naik Ford ranger. Macam naik roller coaster lak. Cross parit, longkang dan naik jalan2 ynag steep. Maklumlah tak biasa adventure cam ni. Kalau biasa pergi site zaman muda2 dulu tu kat kawasan perumahan atau loji2 minyak yang dah tak sekosong ni lah.


Masa orang sibuk tengok keadaan tanah, kita yang tak tahu benda pasal tanah ni ikut tengok jelaa..tengok kosong. Orang ambik gambar structure tanah, kita ambik gambar pemandangan. Orang ambik gambar borehole, maklang ambik gambar pokok periuk kera. Baaanyak sangat pokok periuk kera ni. Kecik2 and merata2. Tumbuh kat tunggul2 batu dan tumbuh melata. Seronok jugak tengok pokok2 hutan. Allah is really great!. Indah suasana. ...


Bila dah balik opis, cerita kat Boss yang maklang gi naik roller coaster kat plant, member senyum jelaa dan yang pasti kami berdua yang akan sibuk bila project ni mula nak take-off....

* fyi - for yr info
* fya - for yr action

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

12 Comments:

At Friday, January 12, 2007 7:59:00 AM, Blogger Shami said...

salam, kunjungan balas ....aikkk belum ada lagi yang masuk..peserta no 1 lah ni...he..he
Mak lang kerja kat mana...cam sama jer nature biz company tempat saya kerja..construction company atau consultant ka...
seronok kan kalau dapat pergi site..eikk jalan2 makan angin balik mai kat ofis kerja bertimbun...he..he

 
At Friday, January 12, 2007 8:14:00 AM, Blogger maklang said...

shami :

Consultant minyak. buat bahagian/ dept. pasang2 lampu dan kabel

 
At Friday, January 12, 2007 9:32:00 AM, Blogger Mulan said...

wadus maklang, dari dapur ke sulam manik, pastu ke site lagi!! canggih tu maklang. all-rounder ni.

 
At Friday, January 12, 2007 10:57:00 AM, Blogger Mama Rock said...

wah, ingatkan tadi ada ride baru naiak roller coaster for a city tour instead of monorail..hehehe

 
At Friday, January 12, 2007 12:21:00 PM, Anonymous Anonymous said...

tak payahlah gi genting naik roller coaster ye...

 
At Friday, January 12, 2007 2:31:00 PM, Blogger pekan said...

roller coaster..? hihi..
lepas nie boleh buat kek pandan roller pulak..
sulam roller ader ker..?
kata all-rounder..
ahakss..

 
At Friday, January 12, 2007 7:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wah maklang naik ford ranger tu tak mengelodak ke perut?best juag pergi site visit eh....

 
At Friday, January 12, 2007 8:47:00 PM, Blogger aNIe said...

maklang...asyik dok dlm opis je pun kepala ni boleh rasa macam tersumbat...baik pegi jenjalan naik roller coaster kan...hehehhe

 
At Friday, January 12, 2007 11:12:00 PM, Blogger zino said...

mesti projek besar ni meredah hutan lagi..

psss
tongkat ali tak ada ke dalam utan tu hehe

 
At Friday, January 12, 2007 11:48:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ok la tu mak lang dapat tengok pokok pokok..hijauu..sejuk mata memandang :0)

 
At Saturday, January 13, 2007 9:36:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Betul2 adventure kerja2 Mak Lang nih.. Seronok tul. Warna warni kehidupan.

 
At Saturday, January 13, 2007 8:58:00 PM, Blogger maklang said...

mulan:

jom join sekali....naik rollercoaster dah tua2 ni seghiau!

mamarock:

kat sana tu bolehla naik monorail, kat ganu ni manalah ada!

daun pandan:

pernah gi genting naik roller coaster masa muda belia dulu. nasib baik tak tercampak kat gaung tu...seram!!!

pisces:

lepas ni kita belajar guna roller blade lak!

kak elle:

sikit2 aje bukit bukau dia, belum sempat nak gerun, dah landai balik!

kak lady:

tersumbat tu taklaaa....tapi sekali sekala seronok gak keluar ni

zino:

memang projek besr. nak buat plant baru! tapi bukan plant minyak, bahan mentah untuk alat elektronik.

rupa tongkat ali pun tak tahu. camana nak jumpa.

simah:

bukan mata aje sejuk, badan pun sejuk sebab hujan renyai2 masa tu!

ajzie:

tapikan lebih seronok kalau duduk rumah jahit telekong:)

 

Post a Comment

<< Home