Ikan fresh
Assalamualaikum...
Atok dan Wan dah selamat sampai lebihkurang pukul 7:00 tadi. Seronok kami kat sini, tapi kesian pulak Ucop ngan Alang kat PJ tu...Tapi Wan dan Atok duduk sini cuma sampai cukup bulan aje.Wan ada check up kat UH on the 2nd nanti, InsyaAllah...
Hari ni matahari dah kembali bersinar. Alhamdulillah....Tapi tak tahulah sampai bila panasnya tu...
Kat opis, pulak memang lah sibuk. Tak sempat nak cilok2 nak tengok blog bila dah petang2 ni. Ada meeting kat Client's office tengahari tadi. Lain2 tak ada yang interesting pun.
Since last Friday, taka ada buat grocery, makanya kat dlam fridge tu ada ayam aje. Dahlah kat rumah Alang asyik makan ayam aje, naik muak dibuatnya. Musim2 macam ni, manalah nak cari ikan fresh. Last2 semalam, korek fridge jumpa hati lembu dan ikan tongkol. Pagi tadi buat bende rebus asam, hati goreng dengan kari dan ikan tongkol tu goreng berlada dan goreng dengan kunyit aje.
Bila dah petang tadi, ingatkan pergi kat pasar malam tu, adalah ikan ke udang ke, tapi semuanya tak ada. Gerai jual ikan tu pun tak ada. So, dok pikir apa pulak nak masak besok. Beli juga minced meet ayam dan daging. Nasib baik, masa tengah bayar, mulut ni nak jugak berkata kat kakak tauke kedai tu, yang payahnya nak dapat ikan waktu2 ni. Kakak tu kata dia ada beli ikan kat Paka semalam. Waktu2 petang macam tulah...
Apalagi, maklang pun call Cik Abang beritahu dia yang maklang nak gi cari ikan. Yelah, kena jugak beritahu dia sebab Paka ni agak jauhlah dari Kerteh ni. Seronok betul masa tiba di Paka. Banyak betul ikan fresh!. Ada tenggiri, ada ikan merah, ada selar besar, ada selar kecik, ada sotong dan udang. So, apaalgi, beli aje apa yang teringin nak makan. So, now ni taklah susah sangat nak pikir menu apa for besok. Bila Atok tiba pulak tadi, siap bawakkan siput sedut , limpa dan sayur2an lagi.....
BEST!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
7 Comments:
harga ikan di ganu dengan KL mana mahal?..
maklang dah letak gambar fizah tu pi tengik cepat hehe
musim hujan mmg susah nak cari ikan kan ML?kat sini ikan banyak tapi harga naik 1kg ikan merah skg$8/- naik $2 sama ngan ikan pari.Cuba lah black pepper ikan pari tu lebihkan daun kari best rasa nya...haha
wah! boleh buat barbeque makan ikan bakar nih :)
ikan fresh kalau percik sedap tuuu..
Lega rasa kalau dapat pelbagaikan menu, kan Mak Lang? Kalau hari2 asyik makan ayam je, mahunya rasa macam nak berkokok!!!!
Mahal tak seafood kan Paka tu?
jangan asyik nak makan ayam jerk...
ade banyak masalah bila asyik makan ayam...
kena tukar-tukar menu mcm ikan, daging, ketam, udang, dana berbagai lagi....
Lama tak jenguk Mak Lang ni, moga sihat sekeluarga ya.
Waa, makan-makan, alhamdulillah ... terliur pulak dah baca entri Mak Lang ni :)
Belum terlambat kiranya nak ucapkan Salam Maal Hijrah untuk Mak Lang sekeluarga :)
Post a Comment
<< Home