Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, January 29, 2007

Makan lagi...

Assalamualaikum...


Dua tiga hari di pejabat agak sibuk. Lengohlah pinggang asyik duduk aje. Bila nak bangun tu berdetap detup bunyi kaki....nasib baik tak cramp. Dalam otak pulak berserabut, pikir yang mana satu nak buat dulu. Harap2 semuanya dapat diselesaikan dengan mudah, tapi for sure situasi akan begini aje or lebih teruk lagi sampai 5-6 bulan lagi, atau pun lama lagi.


Kat rumah dapatlah relax sikit tapi bila pikir telekung banyak tersadai, rasa nak relax tu hilang pulak. Kena pulak sambung kerja lagi. Entah bila nak relax betul tak tahulah pulak. Malam tadi pun camtu, tengah2 tengok CSI, bila sedar2 dah pagi aje. Memang tak perasan betul bila maklang tertidur....


Hari ni, makan lagi. Cabut awal waktu lunch. Kena ganti dekat sejam lebihlah waktu kerja. Dengan kerja yang banyak menimbun ni, rasanya boleh ganti dalam seminggu dua ni. Maklang kalau tak iye-ye, memang tak hingin nak OT ni. Kalau kerja lebih masa pun, rasa macam tak di appreciate. Baik kerja macam biasa aje. Sampai masa angkat beg , balik. Layan Cik Abang dan anak2 lagi baik. At least tau yang kita diperlukan...


Balik pada lunch tadi. ...Kami makan kat Dungun lagi. Kali ni Atok, Wan, Datok, Cik Abang dan maklang gi makan sekali. Kali ni sangkaan kami meleset. Portion kecik2 dan kena bayar. Tapi sedap laa. Maklang suka sekali Sup Wonton with Shitake Mushroom tu. Ikan dia portion terlalu kecik. Nasib baik pagi tu maklang dah ambik heavy breakfast. Kalau tak mau kebulur lepas lunch tu. We ordered lamb at first, tapi bila time nak makan tu, dah tak ada. Frust jugak. Chicken pun dah habis. Nampak chicken tu macam sedap sangat.

ni main course dia. red snapper apa entah. makanan orang putih ni nama dia pelik2. walhal ikan merah bakar makan dengan sauce dan kentang rebus. OKlah, tapi sikit sangat!

ni wonton with shitake mushroom. clear soup. ni maklang suka. sedap sangat. ni 2nd course

ni seafood chowder. Udang seketul seketul. Cik Abang kata sedap. Ni pun 2nd course Cik Abang.

ni roast pumpkin, tenderloin and pine nuts. maklang suka sauce dia aje. macam kicap manis plus olive oil. Pumpkin and kacang tu Cik Abang yang habiskan. ni appetizer

yang ni pun appetizer. Kentang plus turkey ham with mozarella cheese. Sedap jugak. Ambik rasa Wan punya





Nanti bila W datang sini, InsyaAllah, weekend ni, kami nak mintak dia masakkan ayam tu. Agaknya kalau makan chicken tu kenyang kot sebab nampak portion dia agak besar. InsyaAllah masa tu baru puas hati.....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

16 Comments:

At Monday, January 29, 2007 7:31:00 PM, Blogger aNIe said...

Kita ni kalau dah veteran memanglah duduk lama sgt atau...berdiri lama sangat rasa nak cramp dah...Sup wonton ngan shitake mushcoom tu mesti sedap kan....yummy...takde gambar ke maklang...

 
At Monday, January 29, 2007 7:47:00 PM, Blogger Kak Elle said...

makan and makan lagi eh ML macam mana nak diet ni....hehe
baik habiskan telekong2 tu dapat bayaran bolih beli corelle lagi banyak2...haha

 
At Monday, January 29, 2007 7:52:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

tulah...nak kena taubat bebayak...kot besok lusa dah dipanggil nak report diri....


Kak elle:

Itulah, kalau ikutkan nak gak beli yang white tu satu set...tapi tak tercapai dek purse ku. Duit bonus bulan ni pun dah nak bayar benda lain...sob...sob...

apakata akak belanja maklang...he..he....

 
At Monday, January 29, 2007 10:45:00 PM, Anonymous Anonymous said...

salam,
amboi..makang makang lagi tu.sedap tul menunya.

maklang tak p berurut ke? sian pulak dgr badan lenguh letih tu

 
At Monday, January 29, 2007 10:57:00 PM, Blogger KakNi said...

MakLang,
Blog maklang ni kan macam blog TJ gak, cerita jalan2, lepas tu cerita makan2..... heheheh

 
At Monday, January 29, 2007 11:03:00 PM, Blogger maklang said...

kaklong:

InsyaAllah weekend ni nak gi ngurut...nak mandi rempah lagi....


ahni:

dah..kata ada pertalian darah dengan Cik Abang I...so blog pun lebih kurang sama...cuma maklang punya tak ada rating 18xx laaa...U aje...he..he...

 
At Monday, January 29, 2007 11:03:00 PM, Blogger maklang said...

This comment has been removed by the author.

 
At Tuesday, January 30, 2007 7:04:00 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang cantik kan bila di hidang kat set warna putih tu....hehe....sorry ler ML mungkin seribu tahun menunggu sebab I pun nak set putih tu dulu:)kata kat PL belikan ML untuk birthday tahun ni....bagi hint lah..tapi I tak larat nak bawak nanti packing nya besar tak muat boot kereta maklum lah bag2 family dah penuhhhhhh

 
At Tuesday, January 30, 2007 8:43:00 AM, Anonymous Anonymous said...

portion-portion sebegitu,untuk mak teh!! bukan untuk mak lang dan pak lang.hehehe

 
At Tuesday, January 30, 2007 9:07:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Semua sedap dan selamat makan...

 
At Tuesday, January 30, 2007 12:54:00 PM, Blogger cikdinz said...

citer makan lagi.
nntleh rekemen tmpt tuh bila kita gi t'ganu...

 
At Tuesday, January 30, 2007 3:48:00 PM, Blogger zino said...

kenapa tetiba lapar balik ni .. baru je lepas makan.. hehe

 
At Tuesday, January 30, 2007 4:00:00 PM, Blogger Sya said...

Mak Lang .. wah di Dungun ada makanan cam tuh.. dulu masa sya kat Dungun yg temoat gi makan tulah kat Medan Selera kat tepi pantai kat Sura tu (ntah apa namanya) yg ada Chicken Maryland

 
At Tuesday, January 30, 2007 5:01:00 PM, Blogger @j said...

This comment has been removed by the author.

 
At Tuesday, January 30, 2007 5:05:00 PM, Blogger Ajzie said...

Nmpk sedap2 makanan tuh..Tetiba rasa lapar pula..

 
At Tuesday, January 30, 2007 5:23:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

Sama mcm sya. masa saya kat dungun dulu, paling posh sekali kat hotel ITM tu. Masa tu dia belum pindah tepi pantai lagi. The best kuey tiow in Dungun (!) Ler ni makin hebat dah Dungun. Impressive :)

 

Post a Comment

<< Home