Shopping dan shopping lagi...
Assalamualaikum..........
Hari ni cadangnya nak pulang awal dari pejabat. Ingatkan sharp pukul 5 nak cabut dah. Tapi nak buat macamana, lepas solat Asar aje dah pukul 5:20ptg. Lepas tu ada pulak yang nak tanya itu ini. Nak cabut macam tu aje, tak sampai hati pulak. So, terpaksalah layan jugak...
Last2 sampai rumah dekat pukul 6ptg. Dah janji dengan bibik2 nak bawak gi pasar malam. Kat sini kalau hari Selasa memang meriah. Pasar malam besar. Macam2 ada.
Tiba aje kat pasar malam, atok terus gi kat tempat jual ikan. Maklang pulak bawak bibik pergi cari baju. Memula bawak kat kedai jual baju reject tu. Just imagine, baju2 yang reject sikit dijual pada harga yang tersangat lah murah. RM 5 aje sehelai. Hari ni banyak pulak choices. Belikan Angah baju tidur 3 helai. Dah RM 20 (sebab ada baju sepasang jadi RM10). Bibik ambik 2, then tengok pulak baju tidur Maya dan seluar Maya, RM 10 then baju baby 2 lai. Geram tengok. Cantek. Tak kiralah baby siapa dapat nanti. Satu nak bagi kat Baby Pakngah (my 2nd brother) and satu lagi tu nak simpan aje. Kalau Busu dpt anak pompuan, boleh bagi kat Busu pulak, InsyaAllah.
Then pergi pulak kat lelong. Maklang pulak yang beli banyak lai. Beli baju tidur Maya 1, Baju tidor untuk Hakim 2, t-shirt 2, jadinya RM 32 aje. Yang kelakar tu t-shirt tu 2 helai RM5 aje. Murah betul dan kainnya cantek. Baju tidur Hakim tu gambar cicak man.Tu yang beli tu. Then gi tengok blouse pulak. Cantek pulak blouse pasar malam ni. Belilah selai. Lepas tu tengok lak baju Cicakman lagi. Yang ni lagi tebal material dia. Beli lagi selai untuk Hakim dan 1 untuk ucop dan 1 untuk Lan. 3 helai tu baru RM40. OKlah. Sementara tu Bibik tu pun tengok jugak baju2 yang dia orang nak. Cari jugak clip untuk Angah. Ni kena beli sebab tadi dia call kata nak ikut. Dia tak sedar pun kami pergi sebab duduk bertapa dalam bilik dia. Clip tu 2 for RM 5 aje. Cantek jugak.
Lepas tu gi bawak bibik tu kat baju Bundle tu. Memang dia orang nak gi situ. So, biarkan dia orang kat situ sementara maklang pergi beli makanan.Cik Abang dah pesan satay. Beli jugak nasi Pattaya 4 untuk bebudak, beli murtabak 2 dan keropok lekor RM4. Oklah. Then lepas ambik Bibik dari tempat jual baju tu terus aje pergi beli keropok kering untuk nak bagi kat Alang and my cousin. Sambil jalan2 nak balik tu nampak pulak kereta yang boleh tranform jadi robot. Ini yang Hakim dok idamkan. Tawar punya tawar dapatlah RM 11 dari RM 15. Sebelum tu ada gak belikan ucop trailer yang ada kereta2 tu. Kereta ni memang feberet Ucop.
At last balik rumah dah dekat pukul 8:00mlm. Berkejar nak solat maghrib....Lepas tu ada lak opis mate datang sekejap.
Habislah duit hari ni...besok lusa sampai tengah bulan kena puasa shopping....asyik shopping aje...kang tak cukup lak nak bayar kat kak elle nanti Raya Cina nanti...
Ni 3 stooges kesayangan maklang: Alan will be 5 , Ucop will be 3 and Kikim will be 6. Memang macam 3 stooges bila jumpa. Mengekor aje memasing, Alan jadi ekor Kikim dan Ucop jadi ekor Alan...Rapat betul mereka ni...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
13 Comments:
wah maklang lom habis shopping ke?murah juga harga yg maklang sebut kan tu....apa lagi ada di jual kat pasar mlm?
Baju baby tu... kalau dah tak ada sape2 nak bagi... boleh lah bagi baby i... hehe..
pas citer makan maklang citer plak pasal shopping, meriah betul maklang nih..happy sakan..
shopping jangan tak shopping.. hehe..
ni yg zino selalu selisih pendapat dengan mem (bukan gaduh..)
dia nak beli sebab murah zino pulak beli bila perlu.. hehe
miss betol la pasar malam ni.. kekadang tak sedap pun beli jugak sbb... pasar malam... meriaaaahhh..
nak minum air kelapa muda!!!
salam,
ni yg best ni bila pgg duit sendirikan, pas tu shopping utk sendiri n anak2 :D
Maklang...kak lady takut nak pergi kalau nampak bende2 murah ni...nanti bershopping tak hingat dunia...last2 nanti ntah aper2 yang dibeli...akak ni kene set kat mind...bila perlu shopping & bila tak perlu...kalau tak nanti cik abe balik ...aik apsal bank akaun dah menipis...hehehehe
Wah bestnya shopping kat pasar malam....macam-macam ada. Kalau I dapat shopping barang murah camni penuhlah almari baju ... Murah and berkualiti why not...
Teringat tapai goreng , laksam(?betul ejaan), keropok lekor, nasi dagang.. Pulau kapas, Redang, ML, saya nak pergi Trengganu!
adah! aduh..tapai goreng is my favourite!!!!! dah bertahun tak makan tuuuuu....
and maklang, syoknya boleh shopping barang2 murah..kat sini susah sikit nak cari yang 5 ringgit tapi lawa.
kak elle:
macam2 ada...mak bapak je tak de...he..he...
dp:
laaa...beranak lagi ke????no berapa dah ni??? hantarlah gambar baby baru awak..
ajzie:
masa happy je orang suka baca, masa sedih kita pun tak nak cerita!
zino:
kebetulan, baju tido Hakim semuanya dah sempit2. lepas tu banyak yang koyak kat kelenkang. tu yang beli tu...
mamasarah:
air kelapa blend letak aiskrim pun ada. coconut shake!
mulan:
memang best pasar malam, tapi tak leh pegi tgempat baju2 ni every week, mau koyak poket!
kaklong:
ada yang best dan ada gak tak best ni pegang duit sendiri. kalau tak pegang duit sendiri best gak aebab tiap bula ada orang bagi, bila ada duit sendiri kenkadand dapat, kenkadang tak!
kaklady:
maklang shopping pun masih ingat dunia dan akhirat!he..he...
RJ:
Maklang ada cuba masuk comment kat yr blog tapi tak boleh, apasal ek??
Adah:
Jomlah datang sini. ajak Kak Elle dan Nora...kita enjoy....
OO:
Maklang tak tengok brand. Asal boleh pakai dahlah...Bersederhana je...
anak-anak kena rapat dari kecik. supaya besar nnt mereka tidak berenggang....
Post a Comment
<< Home