Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, February 23, 2007

6 tahun..


Assalamualaikum....

Hari ni si bujang kesayangan maklang menyambut hari lahir dia yang ke 6. Begitu cepat masa berlalu. Tak tahu lagi nak bawak makan kat mana. Hadiah dia dah kami belikan masa kat KLCc hari tu. Lepas tu the next day tu, dia chong Abah dia mintak belikan dia transformer pulak. Bujang sorang ni memang demand dia manyak tinggi oooo...Tapi Alhamdulillah dia tak degil dan mendengar kata. Hati dia pulak halus sangat, maksud maklang very sensitif, especially apa2 yang berkaitan dengan mak dia ni...


Sebenarnya memang dah lama dia mintak belikan robot yang ada remote control tu. Tapi bila pergi ke kedai, asyik tak jadi aja. Mata dia terpikat kat permainan yang lain. So, baru2 ni masa ke KLcc , maklang pergilah bawak dia ke Toy City. Then tengok pulak kat Isetan and Parkson yang kebetulan ada sale. Tengok2 price range was around RM 69-149.90, So pusing2 and balik ke Toy City. Masa kat Toy City promoter tu cuba2lah kan the robot. Memula ambiklah yang 69 tu. Siap2 onkan , rupanya robot tu berjoget. Mulalah si Kikim boring. Then cuba yang RM150 tu. Rasanya tu oklah sebab besar sangat, macam umur budak 1 tahun tingginya. Cantek pun cantek. Masaalahnya, masa promoter tu dok menery robot tu, Hakim dah boring. Mata dan hati dia dah terpikat kat satu remote controlled kereta. Last2 dia ambil yang itu. Lega maklang sebab kereta tu harga dia RM50 aje. Yang sedap tu, masa nak belikan dia robot tu dia cakap," Mak, Hakim tak naklah robot yang mahal tu. Hakim sayang mak. Kalau Hakim beli yang mahal tu, nanti mak tak ada duit. Hakim sayang mak....!"

Macam tulah dia. Ni dah 2-3 malam dia dok mengendeng nak tidur dengan maklang. Kalau tak kasi nanti, dia punya menangis macam kena cubit dengan kakak dia. Si Angah tu selalu bully dia. Garang macam kakak tiri! Tapi macamana pun memang sayanglah kat adek sorang ni..


Kenkadang, dia bila sayang sangat kat mak dia ni, dia ajak kawin. Last few months dia kata dia nak kawin dengan mak dia. Habis entah macamana, satu hari tu dia kata," Mak Hakim tak jadi kawin dengan mak lah...."

"Kenapa", maklang tanya dia.

"Sebab nanti bila Hakim dah besar, mak dah tua, nanti kulit mak kedut. Dah tak cantek lagi" , dia jawab.


Sabo jelah..jantan sorang ni...Tapi apa2 pun, dia memang rapat sangat ngan mak dia. Manja tak terkira. Maklum anak jantan sorang. Mohon pada Allah, moga2 Hakim berjaya dalam hidup dunia dan akhirat, InsyaAllah...




****************************************************


Semalam was a very busy day. Pagi as usual sibuk ke pasar dan ke dapur. Tapi semalam tak masak sebab ada 2 jemputan. Dalam pukul 10:30pg tu maklang dah siap siang ikan and cuci ayam. The rest Bibik yang uruskan. Pukul 12:15pm kami berlima pun pergilah ke rumah Dr. yang menjemput tu. Along memang biasa tak nak ikut. Dia buat khenduri sebab naik rumah. Besar dan cantek rumah dia. Dengar2 cerita mencecah lebih 600K. Ialah rumah Dr. Kalau KL entah berapa juta. Itupun dia manage sendiri rumah tu. Kalau serah pada Contractor 100% mau naik 40-50% lagi. Tulah dia, biasa2nya Dr. ni memang kayalah...Rezeki..


Then lepas solat Jumaat, maklang and Cik Abang pergi ke rumah opis mate yang buat doa selamat untuk naik rumah jugak. Dia jemput tak ramai. Dari opis cuma maklang sorang aje dan sedara dia yang juga bekerja satu office dengan kami. Tak pergi tak sedap pulak. Yang lain cuma group Yassin .Bebudak tak nak ikut sebab perut pun dah kenyang and masa tengahari semalam tu panas nya ya amat. Masa kami tiba, orang dah mula ( ni group lelaki). So, maklang terus aje ke dapur, tolong2 senduk2 kan lauk and tunggu nak serve. After orang dah makan, turn orang perempuan pulak baca Yassin. Makan lagi petang tu. Cik Abang dah balik awal lagi after session lelaki dah selesai. So, masa nak balik petang tu, maklang tumpang kereta jiran sebelah rumah.


Masa di rumah kawan maklang tu, maklang terima sms dari Pak Chu kata dia ada kat rumah Mak De. Pagi tu, Cik Abang dah pelawa, kalau ada masa singgahlah kat rumah kami, boleh buat bakar2. Mereka tiba jam 6:15pm. Mak Chu tiba aje terus nak nengok Mutiara hati ku. Maklang dan Cik Abang sibuk siapkan bahan. Cik Abang hidupkan api and ayam2, sotong and ikan2 yang nak dibakar , and maklang siapkan salad and kentang +dill+ mayo. Seronok makan2 ni. Pak De and Mak De memang rajin tolong kalau buat bakar2 ni. Mereka yang jaga api. Lepas solat Maghrib tu, maklang rehat sat kat atas sebab rasa tak sedap sangat badan ni. Sambil2 tu sempat buatkan YM ID untuk bujang . He has been pestering me for this since the last few days. Sebabnya dia nak YM dengan Aunty Elle. Aunty Elle soranglah kawan YM dia.Thanks kak. Dah pandai dah anak saya tu. Plus kalau dia YM tu dia belajar mengeja as well. So, yahoo ID dia is mondokim@yahoo.com. Pls add him to your list of friends:)


Before Pak Chu and the rest balik we sang "Happy birthday" for Hakim.


Sorrylah kat Kak Elle and Abe yang jauh nun di sana, tak sempat nak Ym sebab after the guests left about 10plus, I was too tired already...Maybe someother time, InsyaAllah...


Have a nice wiken...Cheers and Wassalam:)

Gambar ada tapi yang tukang loadkan gambar, masih beradu lagi agaknya...



Sotong ngan Ikan blum siap bakar~


Pak De n Mak De tgh mengipas
Potatoes and urh Colli-flawer n Carrot

AYAM N DAGING BAKAR.....

Thank you pengload gambar...bahsa pelik2!







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

21 Comments:

At Saturday, February 24, 2007 12:32:00 PM, Blogger Kak Elle said...

wah dah besar putera tu eh?so Hakim beli apa dgn $$ aunty bagi hari tu di KL?I usik Maya smlm masa YM suruh dia hantar ayam bakar...hehe...dia kata macam mana nak hantar?told her aunty tunggu tau..dia kata dah malam!!kesian aunty mainkan dia...hehe...I dah add kan dia kat my list smlm.
HAPPY BIRTHDAY TO HAKIM busuk maklang:)

 
At Saturday, February 24, 2007 1:33:00 PM, Blogger silversarina said...

happy birthday hakim comel ^.~

Maklang memang rajin betul..... sempat lagi buat bakar-bakar ayam...

Eh , Dr mana yang naik mansion pulak kali ni ?? Almost all doctors in kemaman area have mansions, dah lost track, yang mana satu mansion dr mana punya....hehehe.

 
At Saturday, February 24, 2007 1:36:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Happy birtday to hakim...yerlah maklang anak-anak ni mesti nak kawin ngan ibu takpun ayahnya...kelakarlah...Si Hani anak saya pulak selalu cakap nak kawin dgn ayah..baru 3 and half year...ntah apa kawin tu dia ingat agaknya?

 
At Saturday, February 24, 2007 4:10:00 PM, Blogger Mulan said...

epi besday 2 u,
epi besday 2 u,
epi besday dear hakim,
epi besday 2 u..

waaaa chak!! oh bulan mei ya. haaa tu time coti sekolah. mesti datang sini & baru dapat hadiah beg tu!!! he he..

********************
kak elle: muuaaahh.. datang sini dulu. kita gather di vietnam pulak. baru dapat hadiah. hmm.. sape nak pi s'pore & kerteh ni?

 
At Saturday, February 24, 2007 9:49:00 PM, Anonymous Anonymous said...

HAPPY BIRTHDAY HAKIM! NEXT YEAR SEKOLAH DAH YA..SEMOGA JADI ANAK SOLEH DUNIA AKHIRAH.

"Tulah dia, biasa2nya Dr. ni memang kayalah...Rezeki.." (OO angguk kepala mengiyakan kata-kata maklang)

 
At Saturday, February 24, 2007 10:46:00 PM, Blogger aNIe said...

Happy besday buat Haqim...moga Haqim membesar menjadi anak yang membanggakan Mak Lang...

Nak sikit ikan & sotong bakar tu...

Hehehe...nak tergelak bila Haqim beri alasan kenapa tak nak kawin ngan mak dia...hehehe...sabo aje lah anak bertuah ni...

 
At Sunday, February 25, 2007 3:36:00 AM, Blogger Kiah Kardashian said...

kelakar la hakim tuh. Bagusla kalau sayang mak. Nanti besar bleh jaga mak lang dan pak lang....

saya takmo tengok bbq tuh, Jeles. Heheheh.

 
At Sunday, February 25, 2007 6:10:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

suka tul tgk org bbq ni :D..

sejuk hati baca hakim pada mengayat mak dia hihi

 
At Sunday, February 25, 2007 9:18:00 PM, Blogger Mama Rock said...

happy birthday hakim, semoga panjang umur murah rezeki selalu.

bila kami sampai kerteh, boleh bakar2 gak ke :) ?

 
At Monday, February 26, 2007 3:49:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

happy belated birthday hakim! dah besar panjang dah buah hati maklang ya?

sedap nya nampak bbq tu. tengok gambar tu seolah-olah boleh dapat baunya juga :)

 
At Monday, February 26, 2007 8:23:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Happy belated birthday Hakim! ML, esok big day for kakak Sg kita..

Betul Dr di Kerteh kaya2? Saya nak pindah sana!!!

 
At Monday, February 26, 2007 8:45:00 AM, Blogger Kak Elle said...

tumpang lalu ML...
adah maklang dah call personally last nite..TQ maklang.

 
At Monday, February 26, 2007 2:37:00 PM, Blogger Sya said...

Happy Birthday Hakim moga membesar menjadi anak yg soleh yg bakal melindungi ibu dan kakak2 tersayang.

Pada Dheerah.. pasal muffin tu nanti Auntie cuba buat mcm tu, rasanya muffin Gardenia memang ada chocolate sauce kat dalam.

Muffin yg ada kismis tu banana muffin

 
At Monday, February 26, 2007 4:09:00 PM, Blogger cikdinz said...

dah bertahun tak buat BBQ.
seronok dpt makan banyak....

 
At Monday, February 26, 2007 4:32:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Tengok Hakim teringkatkan Panklang masa kecik kecik jadik favourite makbapak dan adik beradik . Duduk dalam kem main macam macam.Seronok betul.Tapi bila dah kawin bini dia Queen Control abis.Pulun sorang. I wish I am still alive to see the History Repeating itself.

Anak Bugis.

 
At Monday, February 26, 2007 4:34:00 PM, Anonymous Anonymous said...

And Please remember that you have ONLY One Son . I believe the pain is greater................

 
At Monday, February 26, 2007 5:36:00 PM, Anonymous Anonymous said...

happy besday hakim. semoga panjang umur & murah rezeki.

ml, peristiwa buat air tu... adalah kenangan paling manis dlm hidupku...


hari ni i tak kerja, sbb anak i yg kecik tak sihat.

dp

 
At Monday, February 26, 2007 7:06:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Duit tu is still with me, dia suruh maklang simpankan...nanti bila dia perlukan akan dia belanjaklan. kalau dia yang pegang mahu hilang nanti...

LJ:

Oh...Dr tu ada kelinik di Kerteh..


Hani:

Alhamdulillah dah besar anak bujang maklang sorang...hopefully dia akan menjadi seorang yang baik, InsyaAllah...

Mulan:

Jom, nanti u sambut kita orang kat airport eh...bulan 5 nanti...seronok kalau dapat ke sana, walaupun dalam mimpi!

 
At Monday, February 26, 2007 9:00:00 PM, Blogger maklang said...

OO:

InsyaAllah...kalau betul didikan dia, jadilah dia anak yang soleh. dan Insyaallah berkat doa ibubapa, moga2 dia menjadi insan yang pandai menjaga hati orang tuanya nanti!

kak lady:


Jomlaa, datang sini kak, kita bbq sesama, sure gamat!


Zakiah:

InsyaAllah, kalau kita curahkan kasih sayang pada dia masa kecik, bila besar dia akan balas budi mak abah dia.


Kaklong:

Hakim ni bab mengayat memang terror. Nak nak kalau ada yang dia nak dari mak dia ni!

Zakiah:

memang seronok kalau dengar hakim cakap. macam orang dah besar!

mamarock:

Kalau mama datang musim ujan, kita bakar ayam dan daging. Musim sotong kita bajar sotong. Kalau banyak ikan fresh, kita bakar ikan...

Tapi bila musimnya mama nak datang sini? Maklang dah ngantok2 ni menunggu!


mamsarah:

Aha...dah besar panjang, tapi manja betul!

Baunya sungguh menggoda mamasarah...kalau datang sini on the way to dungun tu singgah le...


adah:

Jom lah kerja sini..bukak kelinik sure kaya..ha..ha...

 
At Monday, February 26, 2007 9:06:00 PM, Blogger maklang said...

kak Elle:

Thank you to you too...


Sya:

Selamat maju jaya...moga2 dapat bukak branch kat sini nanti, InsyaAllah...

Cikdinz:

Memang best BBQ ni sekali sekala, nak nak dikelilingi oleh ipar duai yang sporting belaka!


Bang Chik:

Moga2 bang cik diberi petunjuk dari Allah. Insaflah ...jangan ganggu hidup kami. Jagalah anak2 kamu tu untuk menjadi insan yang berguna dan juga perbaiki hidup kamu supaya akan lebih baik dari kami semua. Kalau tak puas hati, mari kita bersemuka...Doa maklang supaya kamu di beri petunjuk dengan segera, sebelum semuanya terlambat..Ingatlah Allah tu sentiasa menolong orang yang teraniaya...Berusaha bersungguh supaya dapat mengubah hidup family. Kalau asyik sakit hati dengan orang pun tak ada faedahnya...

dp:

Kenangan lalu tu memang best...I pun rindu kat u...

 
At Tuesday, February 27, 2007 1:47:00 PM, Blogger cikdinz said...

citer pasal BBq, this week dpt jemputan BBq kat bangi.
best..best..best.....

 

Post a Comment

<< Home